Sunday, May 22, 2011

Skandal Video Seks Turki pula

ISTANBUL 22 Mei - Enam pemimpin kanan parti pembangkang Turki, Parti Pergerakan Nasionalis (MHP), semalam meletakkan jawatan ekoran skandal video peras ugut dan seks, sekali gus dijangka mempengaruhi keputusan pilihan raya umum negara ini pada 12 Jun ini.

Media Turki melaporkan, pemimpin kanan pembangkang itu dipaparkan dalam keadaan memalukan dalam rakaman video lucah itu, yang disiarkan melalui Internet.

Awal bulan ini empat yang lain yang juga merupakan pemimpin kanan parti itu telah meletakkan jawatan ekoran rakaman video hampir sama iaitu beberapa orang daripada mereka dipaparkan sedang mengadakan hubungan seks, dipercayai di sebuah rumah yang digunakan oleh anggota parti untuk mengadakan hubungan sulit.

Gelombong kedua peletakan jawatan pemimpin-pemimpin MHP itu mungkin memberi kelebihan kepada Perdana Menteri, Tayyip Erdogan yang memimpin Parti AK yang dijangka mengekalkan kuasa buat penggal ketiga dalam pilihan raya umum pada Jun ini.

Ketika ini, tinjauan pendapat meletakkan sokongan terhadap parti Tayyip berada sekitar 45 peratus.

Ekoran skandal itu, sokongan terhadap MHP juga dijangka merosot.

MHP dijangka tidak dapat meraih sokongan melebihi 10 peratus yang diperlukan bagi mengekalkan mereka dalam Parlimen, ekoran skandal tersebut.

Sokongan terhadap MHP ketika ini berada pada sekitar 10 hingga 15 peratus, kata tinjauan pendapat.

MHP ketika ini menguasai 70 daripada 550 kerusi di Parlimen Turki.

Antara mereka yang meletkkan jawatan ialah Timbalan Pengerusi MHP, Osman Cakir, Umit Safak dan Mehmet Ekici, serta Setiausaha Agung, Cihan Pacaci dan timbalannya Mehmet Taytak.

Mereka meletakkan jawatan sebagai anggota parti dan juga menarik diri daripada dicalonkan bertanding sebagai calon Parlimen mewakili parti itu.

Seorang lagi timbalan pengerusi MHP, Deniz Bolukbasi kemudian turut meletakkan jawatan.

"Saya telah meletakkan jawatan bagi mengelakkan konspirasi ini dan tuduhan palsu ini mengugat MHP pada pilihan raya akan datang,'' kata Bolukbasi dalam satu kenyataan.

Stesen televisyen CNN Turki melaporkan, pihak berkuasa telekomunikasi telah melancarkan siasatan berhubung video tersebut. - AP/Reuters/Utusan

Wednesday, May 18, 2011

Kelantan : Populariti Nik Aziz Jatuh Menjunam Ke 48.3%

Masalah air di kelantan dan perebutan kuasa di peringkat tertinggi AKSB, yg menyebabkan rakyat menderita, boleh juga menjadi penyebab Nik Aziz di tolak

KOTA BHARU: Kajian pendapat oleh sebuah syarikat perundingan dan penyelidikan, mendedahkan penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menurun kepada 48.3 peratus, berbanding 76 peratus pada 2006 kerana beberapa faktor, termasuk penentangan rakyat di negeri itu terhadap kerjasama PAS dengan DAP.

Bagaimanapun, kajian oleh Social Matrix Research (SOCMAT) itu mendapati penerimaan rakyat Kelantan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed melonjak kepada 31 peratus berbanding enam peratus pada 2006, manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin meningkat kepada sembilan peratus.
Kaji selidik yang dinamakan Tinjauan Kepekaan Penduduk Tentang Kepemimpinan Kelantan 2011 itu dilakukan pada Mac lalu. Kaji selidik sama pernah dilakukan oleh syarikat berkenaan pada 2006.

Terlalu memuja Anwar. Gambar di atas, saya pernah cerita di sini

Penasihat SOCMAT, Dr Khairudin Damhoeri, berkata kaji selidik juga mendapati pemimpin PAS lain seperti Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, gagal mengulangi pencapaian hebat lima tahun lalu, sekali gus menunjukkan kedudukan PAS untuk mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang amat getir.

Beliau yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Lembah Klang, berkata kaji selidik membabitkan 3,000 responden berumur 21 hingga 102 tahun dan setiap mereka dihubungi sekali lagi untuk pengesahan bagi memastikan integriti hasil kajian.

"Kajian ini tidak memihak kepada sesiapa kerana ia pernah dilakukan pada 2006. Ketika itu kami dapati PAS amat popular dan sukar untuk UMNO mengambil alih kerajaan. Bagaimanapun, kali ini, kaji selidik mendapati Barisan Nasional (BN) sudah mendapat tempat kerana selepas Nik Aziz, populariti adalah kepada Mustapa dan Awang Adek," katanya kepada Berita Harian.

Kajian juga mendapati golongan yang menyukai Nik Aziz adalah yang berusia 51 tahun ke atas dan bawah 30 tahun, manakala Mustapa menerima sokongan mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun.

Beliau menegaskan hasil kajian pada 2006 menunjukkan rakyat Kelantan tetap akan memilih PAS walaupun Nik Aziz meletakkan jawatan ketika itu.

“Bagaimanapun, kali ini, jika Nik Aziz meletak jawatan BN dijangka akan kembali merampas Kelantan,” katanya.

Kelemahan pengurusan dan isu Bazaar Tok Guru

Ditanya mengenai punca kemerosotan sokongan terhadap Nik Aziz, beliau berkata, rakyat Kelantan belum dapat menerima kerjasama PAS dengan pakatan pembangkang, terutama DAP.

Katanya, sebelum ini PAS melaungkan dasarnya menegak Islam dan menentang pihak yang berkawan dengan kafir, tetapi kini parti itu sendiri sudah berbaik dengan DAP yang jelas menentang Islam.

"Faktor kedua adalah perpecahan dalam PAS berikutan ada kem Erdogan, iaitu kepemimpinan profesional seperti Husam dan Dr Hatta Ramli. Selain itu, ada kumpulan kerajaan perpaduan terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali serta kumpulan tradisional yang diketuai Mohamad Sabu.

“Penurunan populariti Nik Aziz juga berpunca daripada menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam kes Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK),” katanya.

Dr Khairudin berkata, isu pelbagai fatwa yang dikeluarkan Nik Aziz, mengelirukan orang Melayu sehingga menyebabkan mereka tidak lagi yakin padanya.

SOCMAT ditubuhkan sebagai badan perunding bebas kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat yang mahu mendapat nasihat serta penyelidikan berhubung isu masyarakat, politik, sosial, ekonomi dan pasaran. Kaji selidik terbaru itu dilaksanakan menerusi temubual di tempat awam, seperti pasar, masjid dan warung makan selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Mac lalu.

Walaupun amat sibuk sebagai menteri MITI, Tok Pa banyak turun padang bertemu rakyat Kelantan.

Dr Khairudin pernah bertugas sebagai perunding bebas di Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan pada 2006 dan melakukan kaji selidik terhadap kepemimpinan Kelantan. Beliau juga ditugaskan melakukan analisis keputusan pilihan raya umum pada 2004 dan 2008 mengikut Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk daerah mengundi dan saluran. Kajian berkenaan membabitkan 6,000 daerah mengundi dan 18,000 saluran mengundi yang mendapat pembiayaan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

FAKTA
Keputusan Kaji Selidik Social Matrix Research

Datuk Nik Aziz Nik Mat – 48.3 peratus
Datuk Seri Mustapa Mohamed – 31.4 peratus
Datuk Awang Adek – 9 peratus
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah – 1.8 peratus
Datuk Husam Musa – 1.6 peratus
Datuk Mohd Alwi Che Ahmad – 1.3 peratus
Datuk Mohd Fatmi Che Salleh – 1.1 peratus

(Berita Harian)
-----------------
Walaupun ini sebagai kajian, jangan ambil mudah atau merasakan berada dalam zon selesa. BN Kelantan perlu bekerja amat keras untuk memastikan rakyat kelantan terlepas dari belenggu kesusahpayahan.

"Masa Untuk Kita Berubah dan Mengubah"

Tuesday, May 17, 2011

Nik Aziz Nasihat atau Sindir Anwar?

Harakah melaporkan:

KUALA LUMPUR, 16 Mei: “Saya nasihatkan supaya DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) banyakkan bersabar, kezaliman akan kalah jua akhirnya,” ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Macam pernah dengar nasihat macam tu.

Apa taknya. 12 tahun dulu pun Nik Aziz dah cakap macam tu. Malah tak cukup dengan kata-kata, PAS mengajak rakyat melakukan solat hajat agar Allah SWT tunjukkan kebenaran.

Tak lama selepas itu Anwar dipenjarakan.

Selepas dibebaskan, timbul pula kes Saiful.

Belum selesai kes Saiful di mahkamah, muncul pula kes video dengan pelacur cina.

Dalam pada itu, Anwar rancang untuk beli ahli parlimen BN dalam koplot 16 September. Rancangan itu bukan sahaja Allah Taala gagalkan malah beberapa orang YB pembangkang pula yang berpaling tadah.

Pinjam dari Cg Man Waadat

----------
Masa sekolah dulu, Ustazah kata..doa orang yg di zalimi Allah Taala cepat makbulkan.

Sunday, May 15, 2011

Israel Lepaskan Tembakan (amaran) kapal Malaysia

KUALA LUMPUR: Angkatan tentera laut Israel, melepaskan tembakan amaran ke arah kapal Malaysia yang membawa bantuan ke Gaza ketika ia sedang menghampiri pesisir pantai.

Penganjur membawa bantuan kapal Malaysia Yayasan Keamanan Global Perdana, Shamsul Azhar, berkata tindakan itu menyebabkan kapal dinaiki mereka berundur daripada perairan Mesir.

“MV Finch, membawa paip kumbahan ke Gaza mendapat tembakan amaran yang dilepaskan pihak keselamatan Israel di zon keselamatan Palestin pada waktu pagi kira-kira jam 6.54 pagi (waktu Jordan),” katanya.

“Ketika ini, kapal terbabit terpaksa berlabuh di perairan Mesir, kira-kura 30 batu nautika daripada Gaza,” katanya lagi. - AFP (Bharian)

Menanti Esok - masih menyinarkah Anugerah Tuhan itu?

Anwar, akan menuju ke habitat asal kah?

Dipetik : AgendaDaily

Jeng jeng jeng…Isnin ini seantero dunia akan tahu sama ada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Nasib Anwar terletak di tangan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang dijangka akan mengumumkan keputusan penting itu sekitar jam 9 pagi.

Apakah keputusannya akan memihak kepada hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mewakili pihak pendakwaan ataupun barisan peguam Anwar, Karpal Singh, Ram Karpal serta S N Nair?

Jika hakim mendapati wujud prima facie, maka akan bermulalah lagi perbicaraan sebenar yang memakan masa entah berapa lama.Jika sabit kesalahan, di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Jika Anwar dibebaskan, tak perlu ceritalah kesannya kepada politik di negara ini.

Sementara menunggu D-Day Isnin ini, kita toleh ke belakang bagaimana cerita ini bermula.

Sejah tercipta pada 28 Jun 2008 apabila Saiful membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Kuala Lumpur.

Tindakan Saiful yang mengejutkan seantero dunia itu membuat Anwar panik dan keesokannya lari mencari perlindungan di Kedutaan Turki. Difahamkan semasa Anwar berada di kedutaan itu dia sempat membuat panggilan ke Amerika Syarikat, meminta pertolongan kawan-kawannya di sana.

Anwar hanya keluar dari kedutaan itu keesokannya dan pada sidang akhbar dia mendakwa wujud konspirasi pihak tertentu menjatuhkannya menggunakan isu liwat.

Dia terus memfailkan saman ke atas Mohd Saiful di Mahkamah Tinggi dengan mendakwa bahawa Saiful membuat laporan polis itu dengan motif jahat dan juga untuk menjejaskan peribadinya sebagai seorang ahli politik.Pada 1 Julai Anwar buat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Keesokannya (2 Julai) Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ketika menyampaikan Kuliah Hadis di Masjid Alwi, Kangar mencabar Anwar dan Mohd Saiful bersumpah mubahalah untuk membersihkan diri masing-masing.

Pada 31 Julai Menteri Dalam Negeri ketika itu, Syed Hamid Albar mengumumkan siasatan kes liwat terhadap Anwar sudah selesai dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara. Pada 6 Ogos Anwar menerima sapina supaya hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 7 Ogos untuk menghadapi tuduhan liwat berkenaan.

Keesokannya Anwar didakwa di Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii (meliwat) Saiful. Anwar mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu dan dibebaskan dengan bon jaminan peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Anwar juga tidak perlu menyerahkan passport antarabangsa sebagai jaminan beliau tidak meninggalkan negara ini.Pada 15 Ogos, Saiful bikin gembar apabila dia dia melakukan sumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan.

Sejak itu macam-macam ding dong berlaku dan Anwar menggunakan kesempatan menjadikan kes itu modal dalam ceramah-ceramahnya termasuk dalam beberapa pilihanraya kecil, walhal perbuatannya itu jelas menghina mahkamah.

Perbicaraan dalam perbicaraan kes liwat ini hanya bermula pada 3 Februari 2010 dan sejak tarikh itu ia sudah lima kali ditunda.

Antara punca penundaan itu ialah pertikaian mengenai senarai saksi dan bahan bukti yang membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, Karpal mengalami sakit dua kali kerana denggi dan cirit-birit dan kemudian kerana kematian adiknya, serta cubaan peguambela memohon hakim digugurkan daripada kes.

Secara total perbicaraan lengkap berlangsung selama 57 hari. Walaupun 71 nama dikemukakan sebagai saksi, hanya 27 dipanggil memberi keterangan.-13/5/2011-

Saturday, May 14, 2011

Apa Cerita Orang Lelaki

Saleh boleh tiru gaya dan suara Nik Aziz

ADA yang tersenyum sumbing apabila penyampai radio popular, Salih Yaacob diberitakan bakal mencukupkan kuota empat orang isteri. Ia sekali gus menjadikan perkahwinan yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat sebagai perkahwinan kelima dalam hidup Salih.

Lebih dikenali dengan panggilan SY, Salih kini hidup berpoligami dengan tiga orang isteri iaitu Norlizah, Norraha dan Norfara. Perkahwinan pertama Salih pada 1980 berakhir dengan perceraian pada 1989.

Bisik-bisik tentang perkhabaran perkahwinan terbaru Salih diketahui umum apabila gambar dan artikel Salih bersama calon isteri keempat yang hanya dikenali sebagai Ermi tersiar di dada akhbar beberapa hari lalu.

Sambung baca : Kosmo

Video X : Anda Nilaikan Sendiri - TKPN

Dipertil : AgendaDaily

Analisis kedua video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilakukan oleh pakar luar negara telah mengukuhkan penemuan pakar tempatan sebelum ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu demikian dalam satu sidang media di Bukit Aman Jumaat ketika menjawab soalan wartawan mengenai perkembangan siasatan kes video seks itu.LIHAT VIDEO PENUH KENYATAAN BELIAU DI RUANGAN VIDEO AGENDADAILY.

"Polis telah terima laporan pakar luar dan ia mengukuhkan keterangan pakar tempatan mengenai kesahihan video tersebut,"katanya.Ditanya mengenai apakah polis akan mendedahkan siapakah pelaku dalam video tersebut, kata Khalid, polis telah kenal pasti siapa dia, tetapi tidak ada keperluan undang-undang untuk mendedahkannya.

Namun Timbalan Ketua Polis Negara itu menambah bila ada keperluan undang-undang kemudian hari ia akan dihebahkan.

"Apa yang saya boleh katakan, kalau dah video itu sahih, lain-lain tuan-tuan boleh buat andaianlah," katanya berjenaka ketika menjawab satu soalan lain.

Mengulas mengenai apakah Trio Datuk T akan didakwa, kata Khalid, polis hanya menjalankan siasatan, soal pendakwaan terpulang kepada Pejabat Peguam Negara.

Ditanya apakah jika terbukti Anwar pelaku dalam video seks tersebut, apakah beliau boleh didakwa membuat laporan polis palsu, kata Khalid "Tengoklah nanti,".

Mengulas mengenai individu yang memuat naik rakaman video seks tersebut, Khalid berkata, polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat pihak yang bertanggungjawab dalam memuat naik video berkenaan.

"Sebenarnya bukan mudah hendak mengesan orang yang memuat naik video tersebut di 'Youtube' sebab dia buat di luar negara, memang memakan masa untuk siasat dimana dia muat naik," katanya.

Khalid juga mengakui siasatan kes itu kini sudah sampai ke tahap akhir dan laporan dijangka dihantar kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat selain akan memanggil semua yang terlibat termasuk individu yang memuat naik video untuk diambil keterangan.

Ketika diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat oleh anak perempuan Anwar, Nurul Izzah tentang keluarganya yang menerima ugutan serta pemandu Anwar yang mendakwa keretanya telah dirosakkan, beliau berkata polis akan menyiasat segala laporan yang diterima dengan adil.

"Apa jua ancaman dan laporan akan dijalankan siasatan dengan seadil-adilnya tanpa mengira sesiapa dan fahaman politik mereka," katanya.

Khalid juga mengakui siasatan kes ini kini sudah sampai ke tahap akhir dan laporan dijangka dihantar kepada pejabat peguam negara tidak lama lagi.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan tarikh tepat bila ia dijangka selesai dan sama ada trio Datuk T sebagai pihak di belakangnya akan didakwa di mahkamah selepas ini.-13/5/2011

Tuesday, May 10, 2011

Nyawa Azizah Terancam, Selamatkan Kak Wan!

Di dalam laporan itu, Abdullah Sani Said tidak menyebut sama ada beliau diliwat oleh suami Wan Azizah atau tidak tetapi mendakwa terdapat unsur sabotaj pada kereta Mercedes Benz S350 yang dipandunya dengan Wan Azizah dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor sebagai penumpangnya.

Sekiranya siasatan itu mendapati ada unsur-unsur sabotaj, maka satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja hendaklah ditubuhkan. Sementara itu demi keselamatan Wan Azizah dan keluarganya, saya gesa Menteri Luar Malaysia segera menghubungi Duta Turki Ke Malaysia memohon disiapkan tempat penginapan sementara kepada keluarga berkenaan kerana rakyat Malaysia amat prihatinkan keselamatan mereka.

NGO Hak Asasi Wanita terkemuka di seluruh dunia juga hendaklah menghantar penyiasat mereka untuk menyiasat sekiranya terdapat masalah domestik dalam rumahtangga Wan Azizah yang memungkinkan ancaman ke atas nyawa Wan Azizah berpunca daripadanya.

Memandangkan Parti Keadilan Rakyat terkenal dengan taktik kotor dan suka mengamalkan taktik melukai diri sendiri demi menagih simpati, World Health Organisation (WHO) digesa segera menghantar sekumpulan pakar psikiatri bagi membuat diagnosis terhadap mereka yang terdekat dengan Wan Azizah.

Cerita panjang boleh baca : Kick

----
Kalau terjadi apa-apa kepada Kak Wan, alasan 'jam omega' hilang semasa kemalangan akan di PC kan.

Fakta Mengenai Harga Minyak di Asia Tenggara

Sumber : Agenda Daily

JIKA dibandingkan dengan tujuh buah negara jiran di Asia Tenggara, harga petrol di Malaysia ialah yang kedua termurah. Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (S$2.12) seliter bagi RON 95, diikuti Thailand (RM3.91), Filipina (RM3.90), Indonesia (RM3.18), Vietnam (RM3.14) dan yang paling murah ialah Brunei (RM1.28 untuk RON 97).

Sesetengah orang tidak suka menukar harga-harga petrol negara jiran kepada mata wang ringgit untuk tujuan perbandingan. Namun begitu, walaupun mata wang tidak ditukar, harga petrol di Malaysia masih juga antara yang termurah.

Sebagai contoh, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan S$3,000 sebulan masih perlu membayar S$2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.

Bagaimanapun, harga petrol di Malaysia tidaklah semurah di Brunei kerana negara berkenaan mampu memberikan subsidi yang lebih untuk petrol. Tidak seperti Malaysia, hampir keseluruhan pendapatan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak. Brunei juga memiliki populasi kecil yang tidak sampai pun jumlah populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000. Malaysia sebaliknya memiliki populasi seramai 27.57 juta orang.

Berdasarkan data Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Brunei ialah negara keenam terkaya di dunia, satu tangga di belakang Amerika Syarikat dalam senarai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli (PKB) per kapita terbanyak.

Malaysia hanya berada pada tangga ke-60 senarai ini. KDNK (PKB) ialah nilai kesemua keluaran (barangan dan perkhidmatan) sesebuah negara dalam setahun yang dibahagikan dengan jumlah penduduk negara tersebut.

Pembahagian ini penting untuk perbandingan yang lebih tepat kerana sebagai contohnya walaupun pendapatan Malaysia lebih besar daripada Brunei, jumlah penduduk Malaysia juga ialah 68 kali ganda lebih besar. Maka KDNK (PKB) adalah ukuran yang lebih digemari oleh ahli-ahli ekonomi bagi membandingkan kebajikan per kapita dan keadaan hidup serta penggunaan sumber negara-negara.

Malaysia sememangnya ialah negara pengeluar minyak, namun ia bukanlah pengeluar yang utama. Malaysia tidak pun layak untuk menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) kerana ia lebih banyak mengimport minyak untuk kegunaan sendiri daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.

Berdasarkan maklumat Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia dengan jumlah pengeluaran 703,920 tong sehari. Jika dibandingkan dengan sepuluh negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol keempat termurah.

Negara yang memiliki harga termurah (RM0.82 untuk RON 97) antara sepuluh negara tersebut ialah Qatar, yang juga merupakan anggota OPEC. Ia diikuti oleh Oman (RM0.93 untuk RON 95). Kedua-dua negara tersebut memiliki jumlah pengeluaran minyak yang lebih besar daripada Malaysia.

Negara dengan harga petrol ketiga termurah pula ialah Mesir (RM1.38 untuk RON 95), namun dalam mata wang Mesir harganya ialah EGP2.75. Bayangkan sekiranya rakyat Malaysia perlu membayar RM2.75 untuk petrol gred terendah di pasaran, mungkin rusuhan sebesar di Mesir pula berlaku di sini.

Malaysia tidak mampu untuk menambah subsidi bagi menurunkan harga petrol kerana berdasarkan data Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), jumlah subsidi minyak Malaysia sudah pun yang tertinggi antara mana-mana negara Asia Tenggara, iaitu sebanyak 2.4 peratus daripada KDNK. Brunei, negara yang memiliki harga petrol terendah di Asia Tenggara pun sekadar membelanjakan 2.2 peratus sahaja daripada KDNK untuk subsidi minyak. Adalah perlu diingatkan bahawa KDNK Brunei (RM36.88 bilion) jauh lebih kecil berbanding Malaysia (RM682.66 bilion).

Pada November 2010, sidang kemuncak negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.

Menurut IMF, subsidi minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Berdasarkan kertas kerjanya yang diterbitkan pada 2007, untuk setiap unit sumber yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 unit atau lebih digunakan oleh golongan lebih kaya. Kertas kerja berkenaan turut mencadangkan subsidi minyak dihapuskan. Perbelanjaan untuk subsidi kemudiannya boleh dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.

Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya turut meningkatkan permintaan minyak sekali gus mendorong kenaikan harga borong. Antara negara yang dilihat mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia ialah China.

China yang merupakan negara terbesar di dunia (populasi 1.3 bilion orang), kini juga merupakan pasaran kereta terbesar di dunia (13.6 juta unit kereta dijual pada 2009) apabila mengatasi Amerika Syarikat (10.4 juta unit). Namun begitu, jumlah pengguna kereta yang sebegitu besar di China tidak perlu membayar harga sebenar untuk minyak, kerana mereka menerima subsidi 3.9 peratus daripada kos sebenar.

Situasi ini sudah pasti akan menggalakkan pembaziran minyak, seterusnya meningkatkan permintaan untuk bekalan yang lebih. Bayangkan apabila berjuta-juta pengguna kereta di negara terbesar di dunia menuntut bekalan minyak yang lebih, tidakkah ia sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada harga minyak dunia? Apabila China menaikkan harga petrol sebanyak 20 peratus pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menurun AS$5 setong.

Tekanan daripada G20 telah menyebabkan China mula mengambil langkah untuk mengurangkan subsidi. Harga produk-produk minyak telah diindekskan kepada harga-harga wajar minyak mentah antarabangsa pada 2008. Harga gas asli telah dinaikkan sebanyak 25 peratus pada Mei 2010, manakala tariff kuasa untuk industri intensif buruh telah dihapuskan.

Ketika kuasa ekonomi dan politik gergasi seperti China pun terpaksa tunduk kepada realiti pasaran, malangnya terdapat 'kuasa-kuasa kerdil' dalam negara kononnya lebih bijak apabila menabur janji untuk mencipta keajaiban "menurunkan harga petrol serta-merta". Apa yang lebih pelik, walaupun janji mereka ini langsung tidak berpijak di bumi nyata, berduyun-duyun orang mempercayai janji ini, termasuklah golongan terpelajar.

Lihatlah betapa mudah janji ditabur oleh pihak yang tidak perlu memikul sebarang beban tanggungjawab untuk menjaga masa hadapan negara. Inilah contoh permainan politik populisme keji yang hanya bakal menjahanamkan negara.-9/5/2011

Kelantan : Peniaga Kecil Melayu Dipaksa Masuk Lubang Kubur Tok Guru

Oleh kerana sempitnya ruang niaga hingga boleh 'berlaga jubor', 30 ruang niaga akan di robohkan untuk meluaskan sedikit lubang kubur itu.

Peniaga kemboja dikelek dan disusukan, diberi pelbagai keutamaan, bagaimanapun peniaga Melayu Kelantan, yang dijanjikan ruang niaga hebat dua hari sebelum Pilihanraya Umum 2008 terus dipinggirkan.

Begitulah rintihan ahli-ahli Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB yang sudah tiada pilihan lain melainkan terpaksa berpindah juga ke Bazar Tok Guru dikini lebih terkenal dengan jolokan Lubang Kubur Tok Guru.

Pada 27hb April 2011, satu mesyuarat telah di adakan diantara Kerajaan PAS Kelantan dengan Wakil Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB bagi menyelesaikan kemelut perpindahan mereka ke Lubang Kubur Tok Guru. Kerajaan PAS Kelantan di wakili oleh YB Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan, Haji Ahmad Yacob, YB Dato’ Anuar Tan dan YB Dato’ Takiyuddin Hassan. Bagaimanapun, wakil persatuan peniaga yang hadir sudah mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila majlis itu bermula dan berkesudahan bukan sebagai sebuah mesyuarat sebaliknya lebih kepada penjelasan segala yang telah diputuskan oleh Kerajaan PAS Kelantan.

Di dalam majlis tersebut Kerajaan PAS Kelantan memaklumkan bahawa pada 2hb Mei 2011, 300 ahli persatuan Pasar Lama MPKB akan dibenarkan memilih ruang tapak niaga pilihan mereka di Bazar Tok Guru.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang memiliki Bazar Tok Guru itu juga dilaporkan akan memecahkan lebih 30 buah tapak gerai bagi memastikan Lubang Kubur Tok Guru yang mempunyai karektoristik ruang laluan ‘berlaga punggung’ akibat sempit menjadi lebih luas untuk keselesaan para peniaga dan pengunjung.

Akibat tiada pilihan lain dan setelah tawaran seorang ahli perniagaan untuk membeli balik Pasar Lama MPKB tempat ahli persatuan berniaga sekarang tidak dilayan, maka mereka merasakan terpaksa bersetuju untuk masa depan periuk nasi mereka.


Sebut fasal Kemboja, teringat balik kat Janda Cun kat atas
Add Image

Apa yang mengejutkan ialah bila pada 30hb April 2011, dua hari sebelum tarikh pembahagian tapak dijadualkan, telah ada pihak-pihak tertentu membahagi-bahagikan lebih 100 buah tapak gerai kepada orang-orang lain tanpa pengetahuan persatuan peniaga.

Lebih menyedihkan bila persatuan peniaga mendapati, diantara yang diberi keistimewaan menempah tapak niaga lebih awal dari jadual itu ialah peniaga-peniaga kemboja yang didalangi oleh beberapa individu yang rapat dengan pimpinan PAS Kelantan.

Tapak-tapak gerai yang strategik telah habis diberikan kepada ‘golongan istimewa’ ini. Apa yang tinggal untuk pilihan peniaga ialah 250 tapak saki-baki yang tidak dianggap tapak niaga ‘strategik’ oleh ‘golongan istimewa’. Baca Selanjutnya : Kick

---
Bab Baazar tok guru ini ialah JANJI Nik Aziz untuk beri ruang yg selesa.
Eh..tak selesa ke luar 6x8'.. kalau buat lubang berak, rasa lapang semasa membuang.

Gula : Selaraskah Harganya di Kedai2?

Gambar ihsan berita harian

Dulu gula RM2.10 sekilo, kitaorang beli dikedai runcit RM 2.30
Sekarang naik 20 sen, rasanya harga dah jadi RM 2.50

Itu harga runcit kat kampung2..
Ada orang komplen?
Tak ada yg sesibuk nak komplen.

Saya rasa, baik hapuskan terus subsidi gula.

Penyeludup Memang Hebat


KOTA BHARU 10 Mei – Seramai 20 penduduk di Simpangan, Tumpat ‘mengamuk’ dengan mengangkat dan mengalihkan kereta penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan yang cuba menahan empat buah kenderaan dipercayai membawa diesel dan petrol seludup pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian pukul 1.15 petang, tindakan empat pegawai agensi berkenaan menghalang kenderaan itu untuk masuk ke negara jiran menimbulkan kemarahan penduduk tersebut.

Pengarah PPDNKK Kelantan, Fauzi Haron berkata, empat pegawainya ketika itu sedang menjalankan rondaan sebelum terserempak dengan kenderaan terbabit di Pengkalan Haram Nyior.

Beliau berkata, penduduk kampung itu tiba-tiba keluar beramai-ramai dan mengangkat kereta jenis Proton Waja serta mengalihkannya bagi memberi laluan kepada dua buah lori untuk meloloskan diri.

"Pegawai kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana jumlah penduduk yang begitu ramai, keadaan amat tegang sebelum dua buah lori itu beredar.

"Bagaimanapun kita berjaya menyita dua buah kereta yang diubah suai tangki mengandungi lebih 120 liter petrol dan diesel, kesemuanya bernilai RM10,000," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Utusan

----
Seorang rakan semasa sekolah menengah bekerja sambilan sebagai penyeludup beras kecil-kecilan menggunakan motosikal. Pendapatan bersih RM 100 sehari. Penguatkuasa selalunya 'pejam sebelah mata' dengan penyeludup kecil-kecilan begini (Bergantung kepada 'hari' juga). Tu pun jika penyeludup ini tak terlalu 'over' memunggah beras dari Siam ke Malaysia. Setakat satu dua trip sehari, penguatkuasa tak kisah sangat, cari rezeki sampingan katakan.

Yang penguatkuasa marah sangat ialah penyuludup yg menggunakan kereta, mereka ni terlalu over, samseng pon ada. Siap upah pengintip untuk intip jalan samada 'clear or not'. Drive kereta laju dengan beban yang berat.

Penyeludup dan keturunannya boleh pijak kepala kalau ada orang yang tolong 'backup' mereka. Lebih-lebih lagi kalau yg ada pangkat.

Penyeludup besar-besaran ini boleh dapat lebih RM 10,000.00 sebulan!

Monday, May 9, 2011

Pemilihan PAS : Mat Sabu Masih Kekal Di Atas

Dari : Agendadaily

KALAU tengok dari jumlah pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden PAS hingga hujung minggu lalu, 'Ayam Sabung PAS' Mohamad Sabu boleh senyum bila unggul di depan dengan menguasai lebih separuh pencalonan dari 133 yang selesai bermesyuarat.

Mohamad Sabu yang dikenal lantang dan popular di akar umbi juga mendapat pencalonan terbanyak dari dua negeri yang ditadbir PAS iaitu lapan dari Kedah dan enam dari negeri Kelantan, yang boleh dikatakan sebagai kemenangan moral sedangkan beliau sendiri merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.
Beliau memperolehi 70 pencalonan manakala Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang akan mempertahankan jawatan tersebut hanya memperolehi 39 pencalonan dari hingga kini tiada satupun dari 13 kawasan yang sudah bermesyuarat di Kelantan.

Umum tahu Nasharuddin memang menghadapi masalah di Kelantan walaupun beliau merupakan Ahli Parlimen Bachok, ini berikutan orang nombor dua PAS itu tidak 'ngam' dengan beberapa orang 'taiko' politik PAS di negeri tersebut.

Selain mereka berdua, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga menerima 17 pencalonan walaupun pernah membuat kenyataan terbuka tidak mahu bertanding jawatan nombor dua itu.

Sumber memberitahu Agendadaily, jika Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang masuk gelanggang, peluang Mat sabu untuk 'menggulingkan' Nasharuddin sedikit terjejas.

"Nasharuddin akan digantikan, beliau sudah dua penggal jadi timbalan presiden dan prestasinya 'biasa-biasa' saja. Jika Tuan Ibrahim tak bertanding, mungkin Mat Sabu boleh menang mudah, sebaliknya, jika pertembungan tiga penjuru, saya percaya Mat Sabu kena kerja kuat untuk menang," kata sumber tersebut.

Menurutnya, Tuan Ibrahim merupakan 'orang Presiden' dan seorang ulama yang juga bekas pensyarah universiti.

"Jadi dari segi kelayakan baik Tuan Ibrahim setara dengan Nasharuddin, dan kelebihan beliau adalah beliau muka baru untuk jawatan tersebut."katanya.

"Satu-satunya cabaran Mat Sabu adalah beliau bukan ulama, selain tidak memegang apa-apa jawatan kecuali dilantik sebagai
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat selepas kalah bertanding dalam pemilihan sebelum ini,"katanya.

Bagaimanapun kata beliau, hampir pasti Tuan Ibrahim hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya sejak penggal lalu.

"kalau kita lihat senarai pencalonan yang diterima Mat Sabu, kita tahu bahawa beliau menerima sokongan dari kawasan-kawasan baru yang selama ini tidak pernah mencalonkan beliau. Ia merupakan satu risiko jika Tuan Ibrahim mahu bertanding jawatan nombor dua,"katanya.

Selain mereka bertiga, turut menerima pencalonan adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan lima pencalonan, manakala seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin masing-masing memperoleh satu pencalonan.

PAS akan mengadakan pemilihan parti pada Muktamar Tahunan ke-57 di Taman Melewar, awal bulan depan yang akan dihadiri 1,100 perwakilan daripada 179 kawasan dengan 15 Mei ditetapkan sebagai tarikh akhir untuk kawasan mengemukakan pencalonan.

Baki 45 kawasan tidak termasuk Bachok, dijangka mengemukakan pencalonan sebelum tarikh tutup 15 Mei ini.

Pencalonan juga diterima daripada Majlis Syura Ulama, Dewan Ulama, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda. Mat Sabu bertanding merebut jawatan sama pada pemilihan 2009, membabitkan persaingan tiga penjuru antara beliau, Nasharuddin dan Datuk Husam Musa.

Sumber turut memaklumkan sehingga kini, Mat Sabu memperoleh enam pencalonan daripada 13 kawasan di Kelantan, termasuk Kubang Kerian, empat di Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan (dua daripada 13 kawasan), Kedah (lapan daripada 15 kawasan), Perak (13 daripada 24 kawasan), Pulau Pinang (lima daripada 13 kawasan), Selangor (empat daripada 22 kawasan), Perlis (dua daripada tiga kawasan), Melaka (dua daripada enam kawasan), Sabah (lima daripada lapan kawasan), Johor (15 daripada 26 kawasan), Pahang (tiga daripada 14 kawasan) dan Sarawak (satu daripada lima kawasan).

Agendadaily difahamkan bagi jawatan Naib Presiden Tuan Ibrahim menerima pencalonan terbanyak dikuti Salahuddin Ayub dan seorang lagi penyandang Datuk Mahfuz Omar, selain itu turut menerima pencalonan adalah Exco PAS Kelantan Datuk Nik Amar Nik Abdullah, dan Nizar Jamaluddin.-9/5/2011

Sunday, May 8, 2011

Hamas & Fatah Gagal Bersatu Kerana Israel, UMNO & Pas angkara siapa?

Sumber : Anwar Ibrahim Dot Com

Akhirnya pemimpin pergerakan Hamas, Khaled Meshaal telah memeterai perjanjian dengan pemimpin Fatah yang juga Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan bagi pihak Berkuasa Palestin (PA).

Pembentukan kerajaan perpaduan itu pada dasarnya membentuk kerajaan baru di Palestin yang akan menentukan tarikh pilihan raya untuk memilih pimpinan baru orang Islam di Palestin.

Ismail Haniyeh salah seorang pemimpin Hamas yang disegani dalam satu kenyataan menyatakan, mereka akan menghadapi apa sahaja kesukaran untuk memastikan kejayaaan perdamaian di antara dua kumpulan Islam terbesar di Palestin. Malah beliau turut menyeru semua kumpulan bersenjata menghormati perjanjian tersebut.

Dan hari ini, perjanjian tersebut telah menyebabkan orang Islam Palestin kembali bersatu di bawah satu panji dan mengenepikan perbezaan agenda berkumpulan. Malah lebih menariknya, ia disambut gembira di Semenanjung Gaza iaitu kubu kuat pergerakan Hamas dan di Tebing Barat yang merupakan wilayah penguasaan kumpulan Fatah.

Asas yang membawa kerjasama ini dipercayai berkait dengan keterbukaan kedua pemimpin untuk mengenepikan ideologi bagi membantu perjuangan rakyat Palestin yang tertindas.

Namun dalam menghadapi situasi sebegini, Benjamin Netanyahu Presiden Israel telah melahirkan rasa tidak puas hati. Lantas memberi amaran kepada Fatah agar memilih sama ada perdamaian dengan Israel atau Hamas.

Ugutan dari Benjamin ini sebenarnya tidak mengejutkan. Ini kerana beliau sudah mengetahui tentang kesatuan umat Islam di Palestin yang menyukarkan Israel. Mereka terpaksa berdepan dengan kebangkitan rakyat Palestin untuk kembali berkuasa di tanah air sendiri.

Bilangan penduduk Israel hari ini sebenarnya hanyalah sekitar 8 juta sahaja yang sebahagian besarnya dibawa dari negara bekas Kesatuan Soviet. Namun atas kebijaksanaan Zionis, mereka telah berjaya menguasai Asia Barat yang mempunyai umat Islam terbesar iaitu lebih 200 juta dari bilangan rakyat mereka sendiri.

Jiran Israel, Mesir misalnya mempunyai penduduk lebih 80 juta, namun Zionis berjaya mewujudkan pemimpin seperti Anwar Sadat yang boleh melacurkan prinsip berdamai dengan Israel. Begitu juga sebelum kewujudan Israel, kerajaan Turki Uthamaniyah diruntuhkan untuk menaikkan Kamal Atartuk yang telah membaculkan diri dengan membenarkan penubuhan negara Israel malah menyembah Israel dalam banyak bidang keselamatan serta ketenteraan.

Trend perpaduan di kalangan kelompok Islam akhir-akhir ini bukanlah suatu yang mengejutkan, kerana telah banyak saranan dilakukan oleh ulama agar umat Islam bersatu menghadapi penjajahan akidah di zaman moden ini melalui gerakan Kristianisasi dan pro Zionis.

Dalam senario politik Malaysia, idea kerajaan perpaduan juga pernah dilontarkan. Malah yang terbaru oleh Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Razak, yang menyeru supaya umat Islam bersatu. Namun ia ditolak mudah oleh Parti Islam Semalaysia sehinggakan menerima teguran dari Mufti Perlis.

Tindakan PAS yang menolak idea tersebut tanpa diberikan ruang perbincangan dipercayai dipengaruhi oleh peranan yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim melalui kumpulannya di dalam PAS.

Jika di Israel, Benjamin Nentanyahu merupakan orang yang akan memastikan Fatah dan Hamas tidak akan bersatu, di Malaysia dapat kita katakan Benjamin itu adalah Anwar Ibrahim.

Sikap Benjamin Anwar ini sebenarnya selari dengan Presiden Israel itu. Bukti beliau menyokong Israel dan rapat dengan Zionis apabila beliau sanggup mengatakan Hamas adalah kumpulan pengganas dan menyokong pula Perjanjian Annapolis Summit (sebuah perjanjian yang mengiktiraf kewujudan negara haram Israel sewaktu Bush masih berkuasa di White House).

Benjamin Anwar juga satu-satunya pemimpin Islam yang selalu mengadakan perjumpaan dengan Malcoml Hoelien, seorang pemimpin Yahudi Zionis di Amerika Syarikat. Malah dalam siri Anwar’s Appology Tour, beliau pergi melutut kepada Hoelien untuk memohon maaf terhadap pimpinan Yahudi tersebut kerana terlibat dalam aksi protes Israel di Kedutaan Amerika Syarikat pada tahun lepas.

Dalam satu kenyataan minggu lepas, Benjamin Anwar dengan nada yakin menyatakan PAS tidak akan bersatu dengan UMNO, walaupun pucuk pimpinan PAS belum mengeluarkan kenyataan. Keadaan ini membuktikan nasib PAS kini seumpama FATAH yang dikuasai Benjamin Netanyahu sebelum ini.

Sejauh mana besarnya perpecahan umat Islam hari ini di Malaysia, orang yang bertanggungjawab melakukannya ialah Anwar Ibrahim iaitu Benjamin Nentanyahu Malaysia.

Dan seandainya suatu hari nanti, orang Islam hilang kuasa di bumi Malaysia sebagaimana usaha yang sedang dilakukan oleh Jeff Ooi di Pulau Pinang. Jeff Ooi mengumpulkan pengerak Kristian seluruh negeri untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Kristian, orang yang harus bertanggungjawab juga adalah Anwar Ibrahim @ Benjamin Anwar

Saturday, May 7, 2011

Satu Lagi CD Klip, Juga Di Setemkan Siam

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Datuk Thasleem Ibrahim, pengerusi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) berkata, beliau salah seorang daripada beberapa individu yang turut menerima DVD video seks, yang “Datuk T” dakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Thasleem berkata, DVD diposkan ke pejabatnya di Jalan Damansara di sini, dengan bersetem Thailand dan tertera perkataan “Prasan Mit” — dipercayai pejabat pos bahan itu diposkan.

Baca Penuh : SINI

--------------------

Pada pandangan saya, 'Di Setemkan' atau beralamat dari Siam (thailand) bertuju maksud cerita 'klip' itu dilakonkan di Siam, pelakonnya ialah 'Lelaki dari Siam', dan bukannya berlaku di Malaysia seperti yang di uar uarkan.

Jadi, 'sukar' nak cari 'pelakon' dari Siam tu, kalau kat Malaysia..senang saja.

Saya rasa lepas ni banyak lagi akan dapat CD disetemkan Siam.

Perlu kah 'hantar' CD sedangkan klip boleh di ambil dari intenet?

Jawabnya PERLU sebab dapat tunjuk 'Setem' Siam.

Apa akan jadi kalau si Eskay menjadi orang kehormat Indonesia dan klip ada tulisan Indon?

Surat akan di Setem dari Indon pula

Friday, May 6, 2011

'Adik' Singapura

Here are some pictures of an Opposition Workers Party rally in Singapore. (ihsan Syed)

Apapun, nasib Melayu di Singapura adalah dekat di hati Melayu di Malaysia kerana kebanyakan 'orang kita' di sini mahu mereka menjadi iktibar, perpaduan adalah penting.

"Jika Hamas dan Fatah sudah berdamai, kita di sini harap UMNO dan Pas juga boleh begitu, lihat saja kami di sini dan Melayu di sana jangan sokong parti 'adik' Singapura di sana," luah Abdullah, 40-an, yang tidak mahu nama penuh dan pekerjaannya didedahkan ketika ditemui dalam kempen terakhir WP di Serangoon Stadium, malam tadi.

Baca Lagi : Here

Keluar PKR masuk DAP

“Ada banyak sebab mengapa Chegubard memutuskan untuk keluar, dengan ada halangan kepada dia daripada menjalankan program, aduan Chegubard mengenai pemilihan pusat tahun lalu juga belum selesai sampai sekarang” kata seorang rakan Badrul Hisham dari Negeri Sembilan ketika dihubungi wartawan The Malaysian Insider.

Laman itu melaporkan wartawan mereka turut mendapatkan pengesahan dari ibu pejabat PKR berkenaan dengan status Chegubard.

“Saya ada dengar Chegubard sudah berkongsi pendiriannya dengan beberapa pengikut dan penyokongnya baru-baru ini”, kata sumber itu.

Difahamkan pemimpin kanan PKR juga telah mengetahui keputusan Chegubard itu, yang akhir tahun lalu turut menolak pelantikan sebagai penolong setiausaha agung PKR selepas tewas pemilihan.

Ketika ditanya parti yang bakal disertai Chegubard, sumber memberitahu kemungkinan besar DAP.

“Kemungkinan besar DAP, sebab parti itu memerlukan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Melayu di mana Chegubard merasakan boleh menyumbang melalui DAP” katanya.

Sumber : SINI

-----
* Jadi boneka DAP la best, DAP sekarang teramat-amat mengalu-alukan orang Melayu join mereka, boleh jadi calon Melayu di kawasan Melayu untuk DAP, PAS dan PKR gigit jari bila DAP kuat. DAP memang hebat!

Thursday, May 5, 2011

Lagi Tanah Milik Rakyat Di Ceroboh

Dia cagar tanah kepada Cina Singapore, tu je kerja dia tau..ambik untung atas angin


KOTA BHARU 5 Mei - Seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia mendakwa tanah bergeran milik keluarganya seluas 2.4 hektar di Kampung Kijang Relai, Gua Musang, telah diceroboh sebuah syarikat swasta yang dipercayai terlibat dengan projek Ladang Rakyat.

Abdul Rahman Mohamed, 31, berkata, bahawa sejak pencerobohan di tanah pusaka itu bermula awal tahun lepas, beberapa rundingan dengan pihak syarikat telah diadakan namun gagal menyebabkan beliau melantik peguam bagi membuat tuntutan ganti rugi daripada syarikat yang didakwa milik bukan Bumiputera itu dan berpejabat di luar Kelantan.

"Tanah ini mempunyai geran atas nama bapa saya, Mohamed Noh yang meninggal dunia pada tahun 1998. Keseluruhan tanah adalah seluas 9.6 hektar tetapi syarikat ini telah menceroboh sebahagian tanah itu meskipun saya sendiri sudah beberapa kali cuba menghalang mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri peguamnya, Norazli Ahmad.

Abdul Rahman berkata, tanah itu sepatutnya dibahagikan antara beliau dan lapan adik-beradiknya tetapi pembahagian itu kini terjejas disebabkan pencerobohan yang berlaku.

Beliau berkata, aduan telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Galian Gua Musang manakala laporan polis telah dibuat pada 24 Mac lepas. - Bernama

Tuesday, May 3, 2011

Akhirnya Dia Bersumpah

Nuaq kata :" Kalau rujuk hukum Islam, orang yang mengangkat sumpah dalam hal-hal seperti ini harus bebas daripada dosa besar, tidak pernah minum arak, tidak pernah berzina".




Takkan tak faham lagi kenapa Nuaq tak nak bersumpah. :D

Ide Bicara Kelantan... ente memang kepala bergeliga daa..

Sunday, May 1, 2011

Jambatan Sultan Yahya KB akan siap 2012


Batu asas jambatan PAS, rasanya diletakkan pada tahun 1995. Jambatan ini menghubungkan langit dan bumi.


KOTA BAHARU: Pembinaan jambatan kedua Jambatan Sultan Yahya Petra sepanjang 800 meter bernilai RM157 juta yang menghubungkan Kota Baharu dan Wakaf Baharu, Tumpat dijangka siap pertengahan tahun depan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pembinaan jambatan, yang dimulakan pada Jun 2007 sepatutnya siap pada Disember 2009 dan kemudian dilanjutkan kepada Ogos tahun ini akan hanya dapat disiapkan tahun depan berikutan beberapa masalah teknikal.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, akibat masalah teknikal itu, pihak pengurusan projek meminta tambahan masa bagi menyiapkan projek dan kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh projek itu, yang kini baru 63 peratus siap.
Antara masalah utama adalah masalah pengambilan tanah seluas 1.3 kilometer persegi di sini yang masih belum selesai hingga melewatkan permulaan projek dan pemasangan paip air, paip Tenaga Nasional Berhad dan Telekom pada jambatan.

"Masalah ketinggian tiang yang dipacak di dalam sungai didapati tidak mencukupi paras ketinggian yang diperlukan," katanya kepada kepada pemberita selepas melawat tapak projek jambatan itu, di sini hari ini.

Mustapa turut diberi taklimat oleh pihak pengurus projek, Syarikat Konsortium Is-Ris Resources Sdn Bhd, Jabatan Kerja Raya dan kontraktor yang terlibat dalam pelaksanaan projek berkenaan.

Kita memandang berat kelewatan ini yang sering dibangkitkan dalam mesyuarat MTPN dan juga rungutan rakyat Kelantan yang menggunakan jambatan itu. Kita harap rakyat bersabar," katanya.

Mustapa berkata, pembinaan jambatan itu, bagaimanapun, lebih efisien berbanding projek kerajaan negeri pimpinan PAS yang ingin membina sebuah jambatan baru bagi menyambungkan Kampung Cina di Kota Baharu dan Palekbang, Tumpat, dengan peletakan batu asasnya dilakukan 10 tahun lalu namun sehingga kini belum dilaksanakan. - BERNAMA

Video Lelaki YX Berkualiti 'Blue'Ray akan keluar pula?

Dari awal lagi macam dah boleh agak, 'pengeluar' klip macam nak main 'angin'. Gambar Ihsan Blog bumiyang

Solat Dua Imam? Fahaman Mana ni?

Solat 2 imam AMK


Satu Imam PAS dan Satu Imam PKR gamaknya.

Anda boleh baca perihal Anwar dan "Religion and Pluralism in a Divided World" . Klik SINI

Ladang Rakyat - Mana Hitam Putih?

Apa kes perjanjian hitam putih, Bazaar Tok Guru main janji mulut je

KOTA BAHARU 1 Mei - Barisan Nasional (BN) Kelantan hari ini menggesa kerajaan Kelantan mengemukakan laporan secara “hitam putih” mengenai projek Ladang Rakyat.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, laporan itu perlu demi menjawab pelbagai persoalan dan isu mengenai projek terbabit yang sudah sekian lama berbangkit.

"Kita minta kerajaan Pas Kelantan bersikap telus dalam perkara ini dan kemukakan maklumat terperinci berapakah jumlah tanah diberikan, berapakah perolehan kerajaan negeri dalam hasil perhutanan dan ladang yang diterokai dan siapakah syarikat yang terbabit,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Konvensyen BN, di sini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata gesaan itu adalah antara lima resolusi yang dibawa pada konvensyen sehari BN tersebut. - Bernama