Saturday, July 23, 2011
Otak Bahagian Kanan Mat Sabu Tercedera Teruk
Mula2 dia kata Land Rover merempuh dia (maknanya dia dilanggar la tu)
Lepas tu dia kata kereta waja polis pula langgar dia (bila video kantoi di dedah)
Lepas tu dia kata pula "jumpa di mahkamah".
Tuesday, July 12, 2011
Rakaman DS Anwar Ibrahim Di Belasah
AIDCNews – 13/07/11 – Rakaman video Reuters di atas memberi gambaran lebih jelas tentang apakah faktor sebenar kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam perhimpunan BERSIH, 9 Julai lalu.
Berikut disertakan 19 keping foto yang dipetik dari rakaman video di atas. Keratan foto-foto itu bermula ketika Anwar (dirujuk sebagai nombor 1) bersama dua orang pembantunya, Ibrahim Yaakub (dirujuk nombor 3), Ketua Staff Anwar di pejabat Ketua Umum, Seksyen 16 dan Fayyadh Afiq (dirujuk nombor 2), pengawal peribadinya berada di KL Sentral, sebaik sahaja keluar dari Hotel Hilton.
Foto-foto itu disusun mengikut kronologi kejadian dari foto A hingga S dengan disertakan minit-minit kejadian.
Minit 0.12 – 0.14 – kelihatan Anwar, Fayyadh dan Hadi Awang, Presiden PAS bersama-sama dalam perarakan di KL Sentral. Pada awalnya perarakan kelihatan tenang dan perjalanan lancar, walaupun dikelilingi dengan para wartawan
Minit 0.16 – Bermulalah suasana tegang, tolak menolak di antara peserta-peserta BERSIH. Bunyi bising dan jeritan di kalangan peserta. Anwar tersepit di kalangan kesesakan peserta. Manakala para wartawan pula dengan sibuk menghampiri perarakan untuk merakamkan foto terbaik untuk media mereka.
Minit 0.17 – Dalam kesesakan itu, Ibrahim Yaakub, tiba-tiba meluru ke belakang, untuk mencari posisi bosnya, Anwar Ibrahim, manakala peserta lain sedang berusaha untuk bergerak ke hadapan
Minit ke 0.19-0.24 – Anwar dan pengawal peribadinya (Fayyadh) diasak dan ditolak oleh para peserta BERSIH hingga kedua-dua tumbang. Ibrahim Yaakub meluru ke arah Anwar untuk menyelamatkan bosnya itu.
Tiada polis, pasukan FRU atau skuad penembak seperti yang didakwa Fayyadh [klik di sini], cuma yang ada ketika itu Anwar, Fayyadh, Ibrahim yang diasak oleh para peserta serta para wartawan/media yang sibuk merakamkan kejadian.
Minit ke 0.28 -0.33 – Apabila Anwar dan Fayyadh tumbang, Ibrahim cuba membantu tetapi tidak berjaya. Ibrahim meminta bantuan peserta di sekelilingnya untuk mengangkat semula Anwar. Ada di kalangan peserta yang bantu.
Manakala peserta-peserta yang berada di barisan hadapan terus meluru ke hadapan yang kemudiannya diikuti oleh peserta lain dan para wartawan.
Minit 0.44 – 0. 52 – Anwar dipapah oleh Fayyadh dan Ibrahim dibawa keluar dari perarakan, keluar melalui sebuah esklator sempit dan tangga, menuju ke jalan bawah (underpass) KL Sentral untuk kembali semula ke lokasi asal, Hotel Hilton, KL Sentral.
Turut mengekori di belakang mereka adalah N Surendran, Naib Presiden PKR.
Anwar lega kerana berjaya keluar dari kesesakan orang ramai dan turut diberi makan ubat dan air mineral semasa meneruskan perjalanan di jalan bawah, Kl Sentral itu.
Terdapat kesan luka di pipi pembantunya, Fayyadh, manakala Anwar pula terdapat kesan comotan pada bahagian baju putih bahu belakang.
Minit 1.03 hingga seterusnya – Anwar kelihatan ceria kembali dan membebel-bebel memarahi kerajaan kepada wartawan Reuters yang mengekorinya sepanjang perjalanan di jalan bawah, Kl Sentral menuju ke Hotel Hilton itu.
Mohon dirujuk kepada kronologi masa-masa yang tertera di foto-foto itu dan semak semula dengan menonton sekali lagi rakaman video Reuters di atas untuk membuat semakan dan analisis lanjut.
Sebarang maklumat tambahan atau sudut-sudut lain yang mungkin kami tidak nampak, harap diberi komen di bawah…
(Disalin bulat-bulat dari : SINI (Video juga boleh di tonton di sini))
Monday, July 11, 2011
Gambar Terbaharu Anwar ; Berpendakap
Cerita panjang anwar 'diserbu' peguam Umi di sini
Benar seperti kata PM, zaman Malaysia aman adalah zaman dimana anwar dalam kerajaan.
“Saya kata pada rakan-rakan dari zaman ayahanda saya( bekas PM Allahyarham Tun Abdul Razak) ..ramai mati kebuluran...demonstrasi di Kuala Lumpur...zaman Tun Hussein Onn pun buat juga...zaman Tun Dr Mahathir...buat juga...lepas tu baik sementara( masa dalam kerajaan)...negara aman berapa tahun...lepas tu buat demonstrasi zaman Pak Lah Bersih 1...sekarang zaman saya Bersih 2.” - agendadaily
Hanya Sungai Buloh Resort tempat bersemadi anugerah tuhan ini dan kembali amannya negara tercinta ini..