Perisian Recuva digunakan untuk mendapatkan semula fail anda yang hilang. Punca kehilangan data-data atau fail-fail anda yang penting adalah seperti;
1. Hard Disk (HDD) diformat atau ter'delete' dan terhapus dari Recycle Bin.
2. Kehilangan data dalam Pen Drive.
Caranya;
1. Download perisian RECUVA secara percuma : KLIK
2. Install persisian tersebut kedalam PC anda.
3. Cara menggunakan perisian Recuva
File Type.
Pilih jenis fail yang anda perlukan, samada pictures, music, documents (Word, Excel, pdf etc), Video atau cari keseluruhan data.
File Location;
Jika 'I'am not sure' dipilih, Recuva akan mencari fail-fail yang dipilih tadi di keseluruhan HDD atau media-media yang lain
In a specific location
Tekan butang 'browse' dan pilih media lain yang di kehendaki. Contohnya; Pen Drive
Select Location
Setelah menekan butang 'browse', select location akan kelihatan. Pilih lokasi data yang di perlukan.
Enable Deep Scan
Tandakan pada Enable Deep Scan untuk pencarian data yang maksimum. Ia akan mengambil masa yang lama, bergantung kepada saiz media. Tekan butang Start untuk memulakannya.
Fail-fail yang dijumpai
Fail yang bertanda hijau adalah fail yang sempurna. Hanya fail ini yang boleh di 'becup' semula.
Manakala fail yang berwarna kuning dan merah adalah fail yang tidak dapat diselamatkan.
Tandakan pada fail yang bertanda hijau dan klik butang 'Recover'.
Pilih lokasi untuk fail tersebut di simpan.
Kemungkinan-kemungkinan fail tersebut tidak dapat di selamatkan;
1. Menggunakan 'Full Format' semasa format HDD
2. Fail-fail lain telah di 'over write' di atas fail asal.
3. Masa yang lama
No comments:
Post a Comment
Salam,
Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..
Wassalam...