Fail documen (.doc) menjadi fail Executable (.exe)
Virus ini akan menjangkiti fail-fail yang di taip dalam Microsoft Word dan di save .doc (fail document)
Ia akan menyalin diri mereka (sama dengan nama fail) dan akan di sorokkan (super hidden) fail-fail yang asal.
Cara untuk mendapatkan balik fail .doc yang telah di clone menjadi .exe ialah;
1. Install antivirus atau update antivirus di dalam PC anda.
Anda boleh mendapatkan antivirus percuma, saya syor dua AV dibawah;
Download : Free Avira
Download : Free AVG
2. Sesudah selesai scan & membuang virus di dalam PC anda, anda perlu unhidden balik fail-fail yang telah di sorok oleh virus tadi.
Caranya;
Klik Start > RUN > taip cmd (dalam kotak open:) dan tekan Enter pada keyboard (atau tekan butang OK)
(Gambar sebelah adalah dari PC saya, mungkin PC anda berbeza, TETAPI caranya adalah sama)
Pada permulaan, paparan akan keluar;
C:\Documents and Settings\Manager>
Apa yang kita perlukan hanya C:\ sahaja.
Selepas paparan C:\Documents and Settings\Manager> anda hanya perlu menambah cd.. (huruf c dan d dan dua titik) selepas tanda >
Ia akan jadi seperti ini;
C:\Documents and Settings\Manager>cd..
dan seterusnya sehingga yang tinggal hanya C:\
Contoh sekali lagi;
C:\Documents and Settings\Manager>cd.. (pertama)
C:\Documents and Settings>cd.. (kedua)
C:\ (Ketiga)
Ok, selesai dan kita telah dapat C:\
Apabila C:\ telah kita dapat, teruskan dengan menaip
attrib *.doc* -h -r -s /S
dan ia akan menjadi seperti ini;
C:\attrib *.doc* -h -r -s /S
Tekan butang Enter pada keyboard, dan fail-fail yang hilang akibat virus tadi akan di paparkan semula.
cubalah.. Wassalam.
Kredit;
1. Sdr Sawi di Putera.com
No comments:
Post a Comment
Salam,
Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..
Wassalam...