Saturday, June 11, 2011

Kewajipan Nik Aziz melobi BERSIH

Mat Sabu kata;

“Secara rasionalnya, apabila ramai yang hadir menyertai perhimpunan aman BERSIH sudah tentu mereka akan menggunakan perkhidmatan awam, makan, minum, jadi apa isu menjejaskan pendapatan, bukankah ia akan menambah pendapatan peniaga." kata beliau (Petik dari SINI)


Apa yang menarik didalam demo BERSIH ialah seperti kata mat sabu, 'meningkatkan' ekonomi peniaga, saya setuju.

Tetapi kenapa Nik Abdul Aziz tak mahu melobi salah satu daripada aktiviti pelancongan domestik yang menguntungkan ini (iaitu Demo BERSIH), supaya ianya di buat di Kelantan al Serambi Mekah?

Cuba bayangkan, 100,000 bertumpu di Kota Bharu, semua boleh untung. Dari peniaga air batu, peniaga karipap, kuih muih, kain baju, pingganmangkok, periuk belanga, budu, ikan kering, dan banyak lagi.

Dibuat pula pada musim kemarau, mau terbalik gerai-gerai minuman diserbu penDEMO bersih. Jual RM3 segelas pun laris.

Rumah tumpangan, hotel murah, hotel bajet tinggi menerima impak yang sama. Semua dapat untung lumayan.

Bebas cukai Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang-sudah tentu diserang habis-habisan. InsyaAllah, dua kali Demo Bersih di Kelantan, ramai peniaga dapat pergi Umrah atau naik Haji.

Mat Sabu juga dapat menikmati dan mengimbau kembali kenangan beliau di hotel perdana bilik 121 (sekarang dah diubahsuai-katanya dah dijual).

Tapi Nik Aziz tetap seperti dulu, lembap... sepatutnya benda camni, cepat2 la lobi kat mat sabu supaya dibuat di kelantan, Nasha pun Nik Aziz boleh gulingkan dengan sekali marah je.

Kalau aktiviti DEMO ni membawa keuntungan yang amat lumayan, boleh Nik Aziz serapkan dalam kelendar Tahun Melawat Kelantan.

* Aku pong nok buko gerai air tebu...

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...