Tuesday, November 22, 2011

Rakyat Kelantan Minum Air di Kelantan, Bukan di Perlis


Dalam keadaan terdesak dengan masalah air, rakyat kelantan menjadi kreatif dengan sendirinya..dan ke'kretifan' ini di kongsi bersama-sama. (Guano demo buleh air? .. Oooo, kawe sedut paka enjeng - nati kawe aja, enjeng keno letok dekat meta baru kuat sedut bla..bla..bla..)


Rakyat kelantan banyak keluar bajet untuk air sahaja.. Ini yang saya lakukan sendiri:

1. Untuk mendapatkan air dari batang paip AKSB, saya membeli sebuah enjin air berharga RM150, wayar air dan kelengkapan untuk membuat sambungan-selepas meter air -> wayar air > enjin air > wayar ke tangki. Disini, saya keluar bajet lagi iaitu,
a) Bil Air,
b) Bil Elektrik dan
c) Bil Angin (Kalu air tiada - hanya angin disedut, atau ada tu air + angin - meter bergerak juga walaupun angin).

2. Saya beli tangki tambahan sebagai persediaan jika terjadi seperti tahun2 sudah.. berminggu tanpa air. Bajet lagi dikeluarkan-beli tangki dan 'paiping' tambahan termasuk upah.

3. Penapis air - penapis air memang wajib ada bagi pengguna air kelantan.. nak mandi tak perlu penapis.. tapi nk memasak dan guna untuk makan minum, wajib tapis.. alat penapis perlu ditukar penapisnya dan di servis. Bajet lagi.

Sebab karat dalam air/makanan, kalau kita 'ambil' selalu, ia akan 'makan' sendi tubuh kita. Ia boleh rosakkan badan suatu hari nanti.

Saya berani keluar modal begini sebab terdesak dan untuk memenuhi keselesaan keluarga. Ditambah pula dengan janji Kerajaan Negeri Al_Kebajikan Islemic, mereka kata 17 tahun lagi pulih la..

Tapi bunyi pulak dok banding dengan negeri lain.. Tak tau bila la rakyat nk dok selesa. Mujur dia tak kata "Mmekah (Mekah) pun air kotor".. hehe, tapi kalu kata "Mekkah pun tak de air" biasa sangat.

Nak tutup kelemahan diri, salahkan orang dan bandingkan dengan negeri orang.

Adakah rakyat Kelantan guna air dari negeri lain? Lain la kalau yg menetap di negeri tersebut, tapi saya bercerita fasal orang Kelantan di Kelantan.

Suratkhabar komen dan kata air Kelantan kotor, mujur juga ada orang ambil berat fasal negeri ini..nak harapkan pemimpin yang ada - berjanggut la.. duduk setara ini la kami. Tapi orang 'tegur' supaya cepat2 perbetulkan, dia bandingkan dengan orang lain dan salahkan orang pula.. yang dok terkebil2 mata atau putih mata ialah rakyat Kelantan sendiri.

Waullahu A'lam..

Saturday, November 12, 2011

Air paip di Kelantan banyak bakteria e-coli

Hari-hari rakyat Kelantan makan dan minum jus bakteria e coli berperisa besi dan karat

Kandungan bahan asing seperti klorin, bakteria E. coli, aluminium dan besi didapati tinggi dalam air terawat di Kelantan dan Perlis.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, ujian makmal yang dijalankan di Loji Rawatan Air (LRA) Pintu Geng, Kota Bharu mendapati kandungan besi dalam air terawat di loji itu adalah sangat ketara iaitu melebihi 0.3 miligram per liter.

Sebagai contoh, pada Februari 2009, sebanyak 20 kali sehari ujian yang dilakukan mendapati kandungan besi dalam air dirawat ialah antara 1.5 hingga 1.8 miligram per liter setiap hari. ~ BERNAMA

Bila ADUN pembangkang Kelantan (BN) bertanyakan perihal karat dalam air yg dibekalkan oleh AKSB (Air Kelantan Sdn Bhd) dalam sidang DUN baru-baru ini, YB Pas Kelantan kata

" Kalau air yang kita bekalkan itu berbahaya (cerita masalah karat dalam air ni), takde (tiada) dah YB-YB pas dalam dewan ini (sambil tunjuk kepada rakan-rakan pas-nya)".

Dia (YB PAS) cuba yakinkan yang karat dalam air AKSB tak bahaya.. haha, untuk makluman, karat yang masuk dalam tubuh akan merosakkan sistem tubuh badan, dan ambil masa yang lama. Buat malu kat budak-budak yang hadir masa sidang DUN je.

Rakyat guna terus air samada utk memasak atau membasuh atau guna air utk keperluan harian, tetapi YB PAS dia pakai penapis dan bertapis2 sebelum masuk kedalam perut pedal mereka.

Cerita panjang perihal masalah air boleh rujuk sini : SINI