Sunday, November 28, 2010

Cara Reset Ink Absorber Full (E27) Pada Printer Canon

Cara reset Ink Absorber Full (E27 atau E8) pada Printer Canon MP145/150/160


1. Matikan printer (kabel power masih terpasang), tekan dan tahan butang STOP/RESET kemudian tekan dan tahan butang ON/OFF dan lepaskan STOP/RESET,
kemudian tekan tombol STOP/RESET 2x (Dua Kali)

2. Lepaskan kedua dua butang, sekarang printer dalam keadaan SERVICE MODE (pada LCD printer dipapar nombor "0" - kosong)

3. Setelah lampu on/off berwarna hijau, Tekan butang STOP/RESET sesuai dengan petunjuk berikut:

tekan 1x = lampu Orange nyala >untuk Service pattern print
tekan 2x = lampu Hijau nyala >untuk EEPROM print
tekan 3x = lampu Orange nyala >untuk EEPROM reset
tekan 4x = Lampu Hijau Nyala >untuk Waste ink counter reset

4. Matikan printer dan cabut kabel POWER.

5. Hidupkan kembali printer anda.



Canon Error Code:

E2-2 = tidak ada kertas (ASF)
E3-3 = Paper jam
E4 = tidak ada cartridge
E5-5 = ink cartridges tidak terpasang atau cartirdge yang terpasang salah (tidak compatibel)
E8 = absorber full, atau platen waste ink absorber full - kena reset
E9 = sambungan ke digital camera / video camera tidak support
E14 = Ink cartridges whose destination are wrong
E15 = Ink cartridge tidak dipasang
E16 - Ink remaining is unknown
E16 -E19 = masalah pada scan head alignment sheet
E22 = Carriage error
E23 = Paper feed error
E24 = Purge unit error
E25 = ASF(cam) sensor error
E26 = Internal temperature rise error
E27 = ink absorber full or platen waste ink absorber full >kena reset
E28 = Ink cartridge temperature rise error -
E29 = EEPROM error
E33 = Paper feed position error
E35 15 = USB Host VBUD overcurrent error - USB
E37 17 = motor driver tidak betul
E40 20 = hardware lain error
E42 22 = Scanner error

Kredit - KLIK

Saturday, November 27, 2010

The 1st PM's in Pakatan & Malaysia - Who?


I think that there are a number of candidates that can lead Malaysia into a new era of efficient administration and one that is corrupt free.

These candidates are the best currently to become the Prime Minister of Malaysia.

Candidates who can become the next Prime Minister of Malaysia would be as follows;

1. Lim Kit Siang
2. Lim Guan Eng
3. Tian Chua
4. Jeff Ooi
5. Loh Gwo Burne
5. Elizabeth Wong
6. Hannah Yeoh

I believe that eventually, Pakatan Rakyat will choose Lim Kit Siang after an exhaustive search and hours of consultation or syura led by PAS.

Lim Kit Siang has worked doubly hard after Abdullah Ahmad Badawi's initial landslide win to shatter Malay unity and at the same time ensure that Non Malays vote for the Opposition.

Lim has worked his magic to ensure that political power in Malaysia will forever fall into the hands of non Malays.

Gaining control of political power for the Non Malays, in addition to 90% of the economic pie which is already in the hands of Non Malays in Malaysia plus the fact that 36 of the Top 40 richest people in Malaysia are non Malays, Lim is indeed the Superstar!

Kit Siang wins the competition hands down.

He is Prime Minister material. A wily politician that even Machiavelli will honor.

Lim Kit Siang should rule until he is in his 80s and then he should hand over power, Lim Kit Siang knows when to let go unlike other politicians and the best candidate to be Prime Minister next is obviously the only intelligent one around, Lim Guan Eng.

Lim Kit Siang can then be a Minister Mentor. His vast experience in splitting the Malays is valuable.

With the support of Lim Kit Siang, Lim Guan Eng can then concentrate on total annihilation of all opposition and to consolidate their power.

But Lim Guan Eng is not that bad, he will allow the the Opposition to win 2 or 3 seats in Parliament.

Malaysians will no longer be able to enjoy chewing gum and if Malaysians want to spray graffiti, there will be a designated area at a local park that they can go to spray all the nonsense that they want.

Lim Guan Eng is democracy. Just like Lim Kit Siang.

Congratulations Anwar and Tok Guru for all your efforts in making Malaysia an efficent administration and a corrupt free country.

Many Malays forget to thank the two of you for all your efforts in ensuring that political power is also given to the Non Malays.

I hope both of you sleep well at night. Again, thank you.

However, for Lim Kit Siang and Lim Guan Eng to be the next two Prime Ministers of Malaysia, Malays need to continue fighting.

Malays, please fight, please blame each other for everything and please prove who is the better Muslim!

Malays, please fight as our future, the future of Malaysia depends on your community breaking up!

Malaysia is currently lagging far behind in its implementation of democracy and the US and the Western World are disappointed with us.

China has had a few non Chinese Prime Ministers throughout their modern history [they were born in China though, these Prime Ministers]and India too, their last 3 Prime Ministers have been non ethnic Indians [they were born in India and this is an important criteria]

What great nations China and India have proven to be in modern history.

I am sadden by the fact that Malaysia has not yet chosen to follow the example set by the 2 countries.

Malays, please continue to fight. Please.

Lim Kit Siang and Lim Guan Eng will never forget the Malays and they will make sure that once that they are in power, the first President of Malaysia will be a Malay [most likely, one of our recent Prime Ministers] and they will also make sure that former Prime Minister's face will be printed on all ringgit notes in future to forever honor his contributions towards making Malaysia a better nation during his tenure as Prime Minister.

Lim Kit Siang, Lim Guan Eng and all of their supporters, thank you for fighting for freedom of speech for Malaysians.

That led me to post this one.

Thursday, November 25, 2010

Gambar PAS Mempolitikkan Institusi Masjid

Perhimpunan Puak PAS Geting, Tumpat di Balai Islam Lundang, mendesak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) agar memecat Imam Muda Masjid Geting kerana dikatakan pro BN selepas mertua beliau (Tok Guru Hj Loh) menyertai BN.

Kita kat sini boleh kata camni je;

SESIAPA YANG ADA JAWATAN YG ADA SANGKUT PAUT NGAN NEGERI, KALAU 'BALUN' NIK ABDUL AZIZ ATAU PAS, SIAP LA..

Sebelum ini, Imam Muda tak ada masalah pun, orang suka kat dia, tapi bila mertua beliau 'titik' Nik Aziz.. habis. Dari suka terus jadi tak suka, walaupun ada yg masih suka..terpaksa kata tak suka.

MAIK ni, dia lantik Imam setelah di tapis, masuk ujian, bla2 tu, bla2 ni-Lulus, baru blh jadi imam... Kes ini pernah terjadi di masjid baru siap dibina, juga di Tumpat. MAIK pilih tanpa pilih bulu, nak jadi kebetulan, terpilih ustaz dari Umno, ada la sedikit kekecohan selepas sembahyang Jumaat. Bunyi khabar juga ada sembahyang dua imam, tak nk ikut imam yg Maik lantik.

Satu lagi, masih ada yg tak makan langsung sembelihan dari orang UMNO, yang tua-tua la, orang muda dah 'open' dah. Tapi yg tua tadi, blh pulak makan ayam daging yg beli kat pasar yang ntah sapa sembelih!.

Wednesday, November 24, 2010

Petua Untuk Isteri - 'Perawan yg sentiasa perawan


PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)

Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

----
Kredit

Utusan Raja China Mengadap Raja Suran

Ihsan : CikguMan
Blog : Waadat


Berita kedatangan angkatan perang Raja Suran akhirnya tiba ke pengetahuan Maharaja China.
Baginda segera memanggil sidang tergempar bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil bagi menghadapi serangan itu.

"Tuanku, bala tentera Raja Suran bukan calang-calang angkatan perang. Mereka sudah mengalahkan semua negeri yang dilalui sepanjang perjalanan ke sini." ujar seorang menteri.

"Apa nak digusarkan. Angkatan perang kita juga tidak kurang hebatnya. Mana wilayah yang tidak dialahkan kita?" sahut menteri perang.

"Ya. Memang kita kuat. Tentera Raja Suran juga hebat. Justeru jika bertembung, nescaya sebagaimana kata orang; menang jadi arang, kalah jadi abu." seorang menteri bersuara.

Suasana sepi seketika. Kata-kata menteri tua memang ada kebenarannya.

"Jika demikian, kita kirimkan utusan untuk meminta perdamaian dengan Raja Suran." seorang menteri membuat syor.

"Tidak boleh. Itu akan menjatuhkan maruah kita sebagai sebuah empayar besar. Seluruh dunia akan mengejek kita kerana bersikap pengecut." Menteri Perang membantah.

Suara bergumam mula kedengaran. Ibarat mengulum buah simala karma: diluah mati emak ditelan mati bapak. Berperang akan mengundang korban yang bukan sedikit manakala mengalah akan dianggap bacul dan pengecut.

"Kita kirim mesej simbolik." menteri tua berkata tiba-tiba. Sekalian menteri menoleh pada beliau menanti kata-kata selanjutnya.

"Kita pilih beberapa orang lelaki yang sudah lanjut usia sebagai utusan. Naikkan mereka ke sebuah jong tua yang usang. Muatkan jarum-jarum karat, konon sebagai barang dagangan." Menteri tua menarik nafas.

"Nanti mereka tiba di Temasik dan bertemu dengan bala tentera Raja Suran, pasti Raja Suran akan bertanya arah dan jarak perjalanan kerana baginda tidak pernah sampai ke benua sebelah sini."

"Maka, para utusan itu hendaklah memberitahu baginda bahawa mereka telah belayar dari China sejak remaja membawa besi-besi sebesar pemeluk untuk dijual di Temasik. Begitu lama belayar, apabila tiba di Temasik, mereka sudah menjadi tua dan besi-besi yang hendak dijual haus dimakan angin dan air laut sehingga tinggal sebesar jarum." Menteri tua menerangkan.

Para menteri mengangguk-angguk, tanda faham dan setuju.

"Saya rasa cadangan ini langsung tidak masuk akal. Mustahil Raja Suran yang cerdik itu akan terpedaya dengan muslihat ini." bantah menteri muda.

Para menteri sekali lagi mengangguk-angguk. Kali ini kerana bersetuju dengan menteri muda pula.

"Ya. Kerana Raja Suran seorang yang cerdiklah kita lakukan rancangan ini. Utusan yang kita hantar ini membawa mesej simbolik iaitu kita bukanlah lemah sebaliknya sengaja tidak mahu berperang." Menteri veteran menjelaskan.

Seterusnya menteri yang terkenal kerana kebijaksanaannya itu menerangkan mesej yang tersirat di sebalik cadangannya.

Maka bersetujulah sidang tersebut dengan cadangan menteri tua.

Dipendekkan cerita, tidak berapa lama kemudian kapal usang yang membawa utusan Maharaja China itupun tiba di Temasik.

Berita kedatangan kapal daripada Cina segera tersebar dan sampai ke telinga Raja Suran.

Sebagaimana dijangka, para pelayar itupun dibawa mengadap Raja Suran. Sebagaimana rancangan begitulah cerita yang mereka khabarkan.

Raja Suran termenung mendengar perkhabaran. Baginda memandang para penasihat untuk meminta pendapat. Satu mesyuarat khas segera diadakan.

"Hamba langsung tidak percaya cerita para pelayar tua itu." ujar seorang menteri.

"Hamba pun begitu juga." sahut seorang lagi. Namun kenapa Maharaja Cina berbuat cerita bohong?" tambahnya dengan soalan.

"Itulah yang bermain dalam fikiran hamba tatkala mendengar cerita mereka." Bendahara berkata.

Seterusnya beliau menyambung:
"Pada fikiran hamba, Maharaja Cina sengaja menghantar utusan sebagai sindiran kepada kita. Tujuannya ialah supaya kita tidak berperang dengan mereka. Pasukan kita dan tentera Cina sama kuat, sama hebat. Jika bertembung belum tahu siapa yang akan menang. Yang nyata, kalah jadi abu menang jadi arang."

"Justeru, utusan yang dihantar hanyalah simbolik. Para pelayar tua kononnya sudah mula belayar sejak remaja dan apabila tiba di sini mereka menjadi tua."

Itu BUKAN bermakna jarak perjalanan terlalu jauh sebaliknya bermaksud bahawa hidup ini terlalu singkat. Alangkah. Ruginya jika berbuat yang sia-sia.

Semua ahli persidangan mengangguk-angguk.

Esoknya, Raja Suran membuat pengumuman:

"Mulai saat ini, bubar lah kita semua. Hambapun sudah letih berperang. Sudah jauh kita berjalan dan sudah jenuh melihat negeri di atas daratan. " Raja Suran berhenti menghela nafas sambil memandang jauh ke hadapan.

"Hamba bercadang untuk melihat negeri yang lain pula. Hamba ingin turun ke dalam laut dan melawat negeri di bawah sana pula."

Maka bersoraklah bala tentera dan rakyat yang menyertai rombongan besar itu.

Bersambung...

TV Series : Chuck (Season 4 Episode 09)

Tuesday, November 23, 2010

Nenek Kecewa Cinta Terhalang

KULIM - Gara-gara hasrat untuk berkahwin dengan lelaki dicintai tidak direstui anak-anak, seorang warga emas berumur 75 tahun lari meninggalkan rumah untuk bertemu kekasihnya di Sik, empat hari lalu.

Seorang anak wanita itu yang enggan dikenali berkata, ibunya sering dilihat mengelamun dan termenung.

Setelah diajukan soalan, dia memberitahu hasratnya mahu berkahwin.

Menurutnya, pada mulanya, hasrat si ibu tidak ditentang keluarga, tetapi setelah mendapati umur kekasihnya jauh lebih muda daripadanya, anak-anak tidak bersetuju memandangkan warga emas itu ada penyakit darah tinggi dan kencing manis.

"Niat mak untuk bernikah semula itu kami setuju, tetapi biarlah dengan lelaki yang seusia dengannya.

"Sekarang ini mak berumur 75 tahun manakala kekasihnya 42 tahun.

"Sekiranya mereka menikah, ini akan mendatangkan kesulitan kepada anak dan waris untuk memanggilnya bapa. Mendengarkan itu, mak mungkin berkecil hati,” katanya.

Menurutnya, setelah mendapati cintanya terhalang, warga emas itu mengambil keputusan membawa diri.

Dia dikatakan keluar dari rumah menaiki teksi menuju ke Sik.

"Keluarga puas berusaha mencari mak di sana, tetapi gagal dan akhirnya kami membuat laporan polis," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song :(gambar) :berkata, terdapat beberapa kejadian lari dari rumah yang tidak dilaporkan kepada polis.

“Saya meminta kerjasama orang ramai supaya membuat laporan sekiranya ada ahli keluarga mereka lari dari rumah atau hilang. Dengan adanya laporan, polis boleh membantu mencari ahli keluarga yang hilang.

"Kita harus peka dan cuba mendalami masalah dialami ahli keluarga,” katanya.

Apapaun, kisah cinta nenek ini jika dapat direalisasikan hingga diijab kabul mungkin tidak jauh bezanya dengan cinta Nek Wok, atau nama sebenarnya, Wook Kundur, 108, dari Besut, Terengganu yang juga memilih Mohd Noor, 39, lelaki jauh lebih muda sebagai suami.

Kisah cinta unik pasangan yang mempunyai perbezaan umur yang jauh itu pernah menggemparkan negara dan mendapat perhatian media.

---------
Cinta tak kenal usia

Monday, November 22, 2010

Cerpen : Debat

DEBAT
RAMLI ABDUL HALIM
meli_industry@yahoo.co.uk

DARI sirit-alas belukar yang muda hingga ke padang luas sejauna mata memandang, Negeri Serban Putih Jubah Labuh penuh pepak bukan sahaja dengan ‘kawan manusia’ tetapi juga dengan ‘kawan menatang’ sama ada yang berkaki empat mahu pun yang berkaki dua.

Masing-masing datang buang masa tinggalkan kerja adalah bagi menyaksikan debat perdana khas meyambut Ramadhan kali 1431 mengikut kelendar Hijriah yang diperkirakan sempena tarikh penghijrahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah.

Sesetengah yang pakai serban, paling tidak pun pakai kopiah bagi yang berjanggut panjang, ada yang janggutnya labuh hingga nyaris-nyaris mencecah pusat, malah ada yang sampai menyapu kepala lutut, buah tasbih yang setiap biji ada sebesar buah setol putik dibilang, tambah-tambah bila ada yang perhati pada apa yang sedang dibuat, peluang tunjuk warak, sekali gus demi melabakan dari sudut kepentingan politik.

Pun begitu bila irama bersembahan tarian singa dipersembahkan sebagai antara acara selingan yang diadakan bagi menampakkan ada nilai-nilai intergrasisme pengahuran majlis, masing-masing tak ‘lekat taha’ mempamerkan ‘berjejak angin’nya dengan rentak dan lengok tarian dengan menggeleng-gelengkan kepala.

Yang paling alim benar pun ‘menggeditkan’ jari tangan dan kaki. Yang pakai serban, berjanggut panjang atau yang berkopiah tetapi berseluar pendek, bertepuk tangan tanda seronok dan terhibur, tanpa disedari penampilan dan imej menjadi hancur lebur.

Sesetengah yang datang itu pula pakai songkok dan berbaju teluk belanga dengan misai melintang tanpa janggut. Ada juga yang tidak berserban, berkopiah atau bersongkok, tanpa misai tanpa janggut, hanya memakai kemeja biasa atau kemeja ‘T’ penuh santai, yang pakai seluar dalam sahaja manakala yang perempuannya hanya pakai baju mandi pun ada.

Agaknya mereka salah faham tentang konsep intergrasisme. Spesis manusia dan ‘menatang’ jenis ini tanpa sembunyi, tanpa menyorok hipokrit, bukan setakat tergeleng kepala atau ‘bergedit’ jari tangan dan kaki tetapi ada yang bangun dan ikut menari sama, malah yang melompat ikut gaya penari tarian singa mempersembahkan tarian pun ada.

Semakin hadirin kuat ketwa semakin menjadi-jadi lompatannya. Mungkin disangka hadirin terhibur dengan apa yang mereka lagak dan lakukan, walhal hadirin mentertawakan sebuah ketololan, kegonan dan kesewelan.

Manakala jenis yang tidak boleh tengok punggung orang tertonggeng, kecur air liornya bila melihat penari-penari bukan sahaja ditonggengkan punggung tetapi digoyang-goyang pula sebagai sebahagian dari gaya tarian walaupun penari yang tonggeng pungung itu semuanya jantan ‘jengo-jenga’.

Turut membanjiri padang adalah kaum Cina yang bercakap Cina, kaum India yang bercakap India, Sikh dengan semuntal Sikhnya yang turut dikerah dan dipunggah, termasuk menggunakan van dan lori yang lazimnnya digunakan bagi memungah ‘pot getah’.

Kehadiran pelbagai kaum menepati pengistergrasian majlis, Selain dari persembahan joget, turut dipersembahan tarian masyarakat kaum India danjuga rambong oleh penari berbangsa Siam.

Kerana itulah agakanya yang menarik kehadiran. Yang tempang turut datang dengan berpapah, yang buta datang berpimpin, yang tepak datang berketpong, yang sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan uluran kronik datang berbekalkan berguni ubat, yang banyak harta kerana acap dapat kawasan balak datang siap dengan doktor peribadinya sekali.

Susah untuk bezakan antara jantan dengan betina yang hadir kerana jumlahnya tidak ubah seperti ulat sedang nyunyak-nyunyak membaham bangkai gajah yang sudah mampus lebih dari sebulan.

Masing-masing kononnya tidak mahu terlepas mengikuti debat dari dua tokoh hebat, satu daripadanya dikatakan ada keramat dan berkat.

Kalau bukan kerana lebih sejuta corong pembesar suara yang setiap satunya sebesar Gunung Setong dipasang pada empat penjuru alam, barang butir yang dihebah melalui pembesar suara tidak mungkin latas ke telinga hadirin yang belum tentu selesai dalam tempoh sebulan kalau dikutip kira satu persatu oleh sejuta orang pengira yang bijak matematik macam adik Adi Putera sekali pun.

Kopiah dan serban sahaja kalau dilonggok dan mahu dipunggah dengan seratus buah trellar, mungkin seratus ribu hari seratus ribu malam punggah pun belum tentu habis. Pun begitu dengan songkok.

Jumlahmya sali dengan jumlah serban dan kopiah.Kamera milik wakil stesen televisyen serta kamera jurugambar media cetak dan juga para bloggers dari dalam dan luar negara jika diperipun, boleh terbentuk menjadi sebuah gunung setinggi Gunung Kinabalu dibuatnya.

Jumlah kehadiran besar kerana isu yang akan diperdebatkan digembar gemburkan sebagai besar, membabitkan dua tokoh besar mewakili dua buah parti politik besar, sekurang-kurangnya mahu dianggap besar walaupun hakikatnya hanya bukan saja kecil, tetapi lebih kecil dari kecil, yakni halus dari sudut kerpeluan dan faedahnya kepada sekaliam makhluk di langit dan di bumi. Yang besarnya cuma bual, rasa dan syok sendiri, angan-angan mat jenin serta mimpi di siang hari.

"Wahai sekalian makhluk di langit dan di bumi. Kedua-dua tokoh yang akan berdebat pada kali ini sudah pun berada di atas pentas" moderator memulakan tugasnya selepas berdehem untuk membetulkan tone suaranya yang dirasakan parau kerana agak parak makan budu dalam sehari dua ini.

Kalau nak kira, dia tidak suka sangat makan budu tapi apa nak dibuat, kemampuannya hanya setakat makan nasi dingin gaul budu dan ketit lada cengik supaya ada rasa pedas, selera akan sedikit terbukalah.

Dia hidup susah kerana berpegang kepada prinsip, biar mati kebulur namun kalau yang tidak halal, jangankan berjuta, sesuku sen dibelah sejuta pun bukan sahaja tidak akan disentuh, malah tidak akan dipandang sebelah mata pun.

Kerana itu dia dilabel sebagai makhluk hijau sekerat biru sekerat, dia dianggap memilih hidup yang bila dia susah tidak ada yang pecah lior nak bantu, kalau masa dia lega, ramai yang berebut-rebut hulur kepala mahu diperakukan sebagai rakan akrabnya.

Baginya segala-galanya dunia belaka yang tidak akan abadi. Dia tidak akan tertipu dengan kekayaan kalau kekayaan itu akan menjadi roket membawanya ke neraka."

Yang sedang lurut janggut tu tentu sekalian makhluk sudah kenal. Kalau tak kenal pun kena kata kenallah, orangnya bengkeng dan cepelag. Kalau ada makhluk yang tidak kenal, jangan terkejut kalau dia akan kata cis, menatang ni tak kenal aku" tokok moderator yang memulakan majlis dengan mengajak hadirin membaca Ummul Kitab al-Fatihah bersamanya.

"Yang di sebelahnya tentu sekalian makhluk sudah kenal. Orangnya masih muda cada, segaknya tak seberapa tetapi manis tetap menyenga. Kalau dibuang songkoknya akan nampak ada kilatan dan pantulan cahaya. Bukan botak lagi, tapi baru bubus saja. Maklumlah banyak yang kena difikirkan setiap saat, tunjang rambut pun jadi reput" bebel moderator, cuba buat jooke menjadikan ada semacam gegaran pada bumi yang dipijak, langit yang dijunjung oleh deraian dan dekahan ketawa sekalian makhluk di langit dan di bumi.

"Debat kali ini adalah tentang itu, yang terjongol depan kedua tokoh yang akan mula berdebat sekejap lagi. Sekalian makhluk tentu boleh nampak dengan jelas kerana pihak penganjur ada pasang layar putih di empat penjuru alam dan saiz huruf yang ditulis pula tidak lebih dan tidak kurang dari sebesar batang nyior setiap satu. Kalau tak nampak juga maknanya makhluk yang tak nampak tu bole kalau pun tak buta kepek" tokok moderator lagi.

Seorang lelaki berambut berpintal-pintal, berpakaian cumpang camping dan berkaki ayam tiba-tiba melompat naik ke pentas dan merampas corong pembesar suara yang bakal digunakan oleh kedua-dua pendebat.Moderator tergamam. Kedua-dua pendebat juga tergamam.

"Awak Jusoh?"
"Yes, I am"
"Yang selalu kata oi mari seghial kalu nak buwi gat dari pelanggan Kedai Kopi Rais, kedai kopi tunggeng mamak orang Punjab tu?"
"You right""
"Cakap orang putih?"
"Bolehlah sikit-sikit. Sebagai persediaan kalau-kalau nanti ada anak bangsaku sudah tidak reti cakap Melayu nanti, bahasa yang kononnya tidak layak jadi bahasa ilmu"
"Mana awak tau?"
"Tau apanya?"
"Bahasa Melayu tak layak jadi bahasa ilmu?"
"Sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris, malah lulus bahasa Inggeris mungkin dijadikan syarat lulus SPM"
"Jadinya?"
"Itulah aku berlatih guna bahasa Inggeris. Takut nanti bila aku kata oi mari seghial kalu nak buwi gat, tak ada yang faham pula. Takut kena sebut give me one dollar, please!"
"Sempat juga dalam keadaan rambut berjiban, baju dan kain yang dipakai cumpang camping begini awak bagi sindiran pedas"
"Ada peluang dan ruang, kena isilah, kena redas"
"Redah ke redas?"
"Redas"
"Macam mana pun bukan soal bahasa yang mahu diperdebatkan kali ni. Juga buan soal perdamaian dua parti sebangsa yang berbalah dan becanggahan"
"Tauuuu"
"Dah tau pasal apa lompat naik ke mari?"
"Pasal tu"
"Pasal yang terjongol tu?"
"Ha ah"
"Bangkai seekor lembu"
"Nampak macam masih hidup"
"Diawet. Nampak saja hidup tapi dah mampus"
"Ahli panel yang sedang lurut janggut tu yang bawa ke mari?"
"Hm"
"Bawa dengan kereta sendiri?"
"Tak. Muat lori"
"Dia yang cabar lawannya tu berdebat 'kan?"
"Gamaknyalah"
"Berdebat tentang bangkai seekor lembu?"
"Ha ah"
"Lawannya tu pakar dalam awetan binatang?"
"Tidak"
"Kepakarannya?"
"Tukang jjawi"
"Banyak sangat guna loghat daerah, tak boleh ke guna bahasa standard. Berjjawi tu penamo rima?
"Tukang sunat"
"Ooooo"
"Kenapa tukang sunat sahut cabaran berdebat untuk isu dan perkara yang telah ditetapkan untuk diperdebatkan oleh pencabar sedangkan dia bukan pakar dalam bidang yang mahu diperdebatkan?"
"Katanya ular tidak akan hilang bisanya kerana menyusuri akar berduri"
"Bagi aku cabaran itu satu perangkap"
"Maksud awak?"
"Pencabar mahu mengaibkan tokoh yang dicabar. Dia mahu dilihat sebagai pemenang dalam perdebatan untuk isu yang awal-awal lagi diketahui kemenangan berpihak kepadanya"
"Ilat"
"Ilat dan jahat"
"Kalau saya kata awak prejudis terhadap pencabar?"
"Itu hak mutlak awak"
"Awak tak marah?"
"Kenapa nak marah?"
"Kerana membuat tuduhan awak prejudis"
"Bagi saya, itu bukan tuduhan"
"Dah tu?"
"Tanggapan atau andaian. Dalam amalan demokrasi, sesiapa pun boleh membuat andaian, tanggapan, memberi pandangan, memberi teguran. Pihak yang ditegur, yang diberi pandangan, tidak boleh menyentak, tidak boleh melenting"
"Kalau melenting?"
"Tak cukup masaklah"
"Apanya yang tak cukup masaknya?"
"Pengamal demokrasi yang mudah marah, mudah menyentak, mudah melenting bila ditegur dan dikritik, tidak cukup masak dalam berpolitik"
"Jadi awak tetap dengan pandangan awaklah?"
"Tentang tokoh yang bakal berdebat dan isu yang akan diperdebatkan?"
"Hm"
"Tentulah kerana pencabarnya umpama orang dewasa ajak budak di pra-sekolah bergocoh"
"Saya tak faham"
"Tukang sunat tak ada kelayakkan untuk bercakap tentang awetan bangkai lembu"
"Saya masih belum faham"
"Pencabar yang mencabar lawan debatnya untuk berdebat mengenai isu yang dirancang awal untuk kemenangan dan menonjolkan kehebatannya umpama memandu lawan ke arah jalan mati, digunakan muslihat jahat untuk tunjuk kehebatan sendiri dengan mengaibkan lawan"
"Awak boleh nampak yang tersirat di sebalik yang tersirat ekoran cabaran debat yang akan bermula sebentar lagi?"
"Patutnya orang lain, orang yang tidak berambut berpintal-pintal dan berjiban, yang tidak berpakaian cumpang camping dan tidak bersepatu macam aku ni kena lebih awal nampak sebelum orang macam aku nampak"
"Jadinya?"
"Lebih baik jangan diteruskan debat. Suruh makhluk di langit dan di bumi balik ke tempat masing-masing. Yang asal dari langit balik ke langit yang asal dari bumi balik ke bumi. Jangan biarkan mereka terus dikecong. Kalau debat diteruskan juga, sampai empat puluh hari cerah empat puluh hari malam pun tidak akan selesai. Aku pun nak gi dah, marilah seghial kalu nak buwi gat"Jusoh dengan gaya tarzan melompat turun dari pentas khas, sekalian makhluk di langit dan di bumi yang mengikuti perdebatan moderator dengan Jusoh mula ikut sama meninggalkan majlis, masing-masing tidak pecah lior untuk menyaksikan temberang pencabar yang mencabar lawannya berdebat.

Lagi pun tarian singa, ronggeng, rambong dan tarian dari penari berbangsa India sudah lama tamat. Para penarinya sudah meninggalkan majlis.

Moderator juga hilang mood dan telah melangkah meninggalkan pentas khas tanpa mengambil upah yang dijanjikan sebanyak samas untuk tugas kemodetorannya.Yang tinggal hanya pencabar yang yang mencabar lawannya berdebat bagi isu yang telah sedia dirangka dan dikerangkakan untuk kemenangannya terpaku di kerusi seorang diri dengan mulut terlopong lagi tergohong.

Pun begitu dia tidak berhenti melurut janggut. Perangai mudah marah dan cepelagnya mula berapi pada Jusoh yang telah menyebabkan makhluk di langit dan di bumi tidak sempat dan tidak berpeluang dikecong melalui debat yang isunya sengaja dirangka dan dikerangkakan untuk kemenangannya, sekaligus untuk dilihat sebagai juara bagi segala juara dan tokoh yang hebat, keramat dan berkat!

---
END

Memali - Kebenaran Yang Cuba Ditutup

BALING 22 Nov. - Penulis buku Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali kesal dengan sikap pemimpin Pas yang melarang ahlinya membeli buku tersebut ketika majlis memperingati 25 tahun Memali diadakan di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, buku yang banyak mendedahkan penyelewengan Tabung Memali itu oleh pihak tertentu dalam Pas telah dihalang dan disekat daripada dijual kepada orang ramai pada majlis berkenaan.

Penulis buku itu, CN Al-Afghani atau nama sebenarnya, Zainon Ismail berkata, tindakan penganjur majlis iaitu Dewan Pemuda Pas Pusat melarang orang ramai membeli buku berkenaan membuktikan mereka sebenarnya takut dengan pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak tertentu dalam Pas itu daripada terbongkar.

"Saya kecewa dengan halangan pihak berkenaan untuk mengedarkan buku ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Hadir sama anak Ibrahim Libya, Mohd. Irsyad Zamani Ibrahim, 28, dan beberapa ahli Pas.

Majlis memperingati 25 tahun Memali itu diadakan selama tiga hari yang berakhir semalam dan majlis penutupnya disempurnakan oleh Mohd. Sabu.

Tabung tersebut dilancarkan oleh Pas selepas peristiwa berdarah Memali pada November 1985 yang menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota polis terbunuh ketika operasi menahan guru agama, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dilakukan oleh pihak berkuasa atas dakwaan terbabit dengan kegiatan ekstremis.

Tambah Zainon, halangan penjualan buku itu menunjukkan sikap tidak adil kepimpinan Pas terhadap kebebasan bersuara dan mahu melindungi salah laku pemimpin yang berkenaan.

''Jika penyelewengan itu dilakukan oleh pemimpin UMNO atau Barisan Nasional (BN), mereka akan menelanjangi habis-habisan tetapi jika dilakukan oleh pemimpin Pas sendiri, mereka akan cuba menutup dan menganggapnya fitnah.

"Inilah sikap double standard dalam Pas yang cuba melindungi pemimpin berkepentingan,'' tegasnya.

Zainon juga mencabar pihak yang tidak berpuas hati dengan pendedahan buku tersebut dan menganggapnya sebagai fitnah, menggunakan saluran undang-undang untuk mengambil tindakan.

Bekas guru itu juga mencabar pihak berkenaan mengadakan forum di pentas terbuka untuk memberi penjelasan tentang dakwaan penyelewengan wang anak-anak yatim dan ibu tunggal yang telah disalahgunakan pihak berkenaan.

Tegasnya, Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang mewakili Pas perlu telus dalam hal itu kerana jika tidak, mereka tidak layak untuk bercakap dan mempertikaikan salah laku pihak lain.

----
Pak Lebai songlap duit tabung Memali la

War Film : The Last Drop (2005)

The Last Drop (2005) DVDrip
DVD | English | 1h 42mn | 870Kbps | 25.000fps | MP3 – 48KHz | 700 MB
Genre: Action,Adventure,History,War


Download:


Saturday, November 20, 2010

Wajarkah Polis Menuntut Ilmu Kebal?

(Gambar sekadar hiasan)

Pernah saya mendengar ceramah oleh ketua balai di kampung, beliau menegaskan (secara sinis) yang anggota polis perlu menuntut ilmu kebal, kalau tak, ramai anggota polis yang mati. Ini disebabkan anggota polis sekarang ini tidak boleh mempertahankan diri jika diserang dan polis hanya boleh menembak jika polis di parang/dipukul/ditikam terlebih dahulu.

Itu adalah sindiran beliau, ini kerana sekarang ini ramai sangat peguam-peguam yang cuba menanguk di air keruh demi kepentingan politik.

Cerita terbaharu ada dalam keratan akhbar di bawah:

(klik untuk besarkan gambar)

Masa belajar dulu, guru kata antara tanda-tanda hampirnya kiamat ialah (lebih kurang berbunyi);

"ramai anggota keselamatan, tetapi kegiatan jenayah tetap berleluasa"

Mula2 tu terlintas juga perihal anggota polis yang corrupt , tetapa dewasa ini kita lihat ramai yang menjadi 'pembela' di pihak yang satu lagi.

Patut la diaorang semakin berani.

Cerita pasal penyamun boleh baca sini; klik sini

Sunday, November 14, 2010

27,116 Kes Cerai Pada Tahun 2009

FB punca kes cerai

BANGI 14 Nov. - Kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan rumah tangga sekiranya tiada kesabaran.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha berkata, kajian Jakim pada 2008 itu mendapati, pada tempoh berkenaan perkahwinan menghadapi cabaran hebat seperti rumah tangga mudah goyah sehingga berlakunya perceraian.

Dalam pada itu, katanya, dalam kajian pada 2007 pula mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian.

Selain itu, katanya, 27.7 peratus perceraian berlaku untuk tempoh enam hingga 10 tahun pertama perkahwinan.

"Kajian juga menunjukkan 44.9 peratus perceraian berpunca daripada pasangan gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing selain masalah akhlak, kewangan, seksual dan campur tangan orang ketiga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Kursus Keluarga Sakinah sempena Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan musim kedua di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Penolong Ketua Pengarang II, Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Halid Sintol, Pengarah ILIM, Paimuzi Yahya serta 200 peserta yang bakal mendirikan rumah tangga.

Othman juga memberitahu, sebanyak 135,136 perkahwinan didaftarkan pada 2009, manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan pada tahun berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pasangan yang bakal berkahwin supaya bersedia menghadapi tekanan seperti proses penyesuaian tingkah laku dan tabiat suami isteri.

Dalam pada itu, katanya, mereka juga harus bersedia menanggung beban tugas dengan penambahan anak, perbelanjaan membayar hutang, kenderaan, persekolahan anak, pengasuh dan bantuan kepada ibu bapa yang sudah tua.

Katanya, perlu diingat perceraian memberi kesan buruk kepada anak-anak, justeru isu-isu gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat kini adalah mereka dari keluarga kucar kacir dan tidak stabil.

Menurut Othman, rumah tangga yang kucar kacir juga mewujudkan anak-anak atau keluarga yang rendah jati diri dan lemah harga diri.

Free OS : SMPlayer

Download SMPlayer (Windows): SINI
Download SMPlayer (All OS) : SINI
Kredit


SMPlayer intends to be a complete front-end for MPlayer, from basic features like playing videos, DVDs, and VCDs to more advanced features like support for MPlayer filters and more.

One of the most interesting features of SMPlayer: it remembers the settings of all files you play. So you start to watch a movie but you have to leave... don't worry, when you open that movie again it will resume at the same point you left it, and with the same settings: audio track, subtitles, volume...

Other additional interesting features:

* Configurable subtitles. You can choose font and size, and even colors for the subtitles.
* Audio track switching. You can choose the audio track you want to listen. Works with avi and mkv. And of course with DVDs.
* Seeking by mouse wheel. You can use your mouse wheel to go forward or backward in the video.
* Video equalizer, allows you to adjust the brightness, contrast, hue, saturation and gamma of the video image.
* Multiple speed playback. You can play at 2X, 4X... and even in slow motion.
* Filters. Several filters are available: deinterlace, postprocessing, denoise... and even a karaoke filter (voice removal).
* Audio and subtitles delay adjustment. Allows you to sync audio and subtitles.
* Advanced options, such as selecting a demuxer or video & audio codecs.
* Playlist. Allows you to enqueue several files to be played one after each other. Autorepeat and shuffle supported too.
* Preferences dialog. You can easily configure every option of SMPlayer by using a nice preferences dialog.
* Possibility to search automatically for subtitles in opensubtitles.org.
* Translations: currently SMPlayer is translated into more than 20 languages, including Spanish, German, French, Italian, Russian, Chinese, Japanese....
* It's multiplatform. Binaries available for Windows and Linux.
* SMPlayer is under the GPL license.

Jawatan Kosong : MARDI


IKLAN JAWATAN KOSONG DI MARDI

1. JAWATAN:

i) Pegawai Penyelidik Gred Q41
ii) Pegawai Tadbir Gred N41
iii) Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
iv) Juruteknik Gred J17
v) Pembantu Penyelidik Gred Q17 (Sabah dan Sarawak sahaja)

DOWNLOAD IKLAN

PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE KLIK SINI

TARIKH TUTUP : 19 NOVEMBER 2010


Kredit : SINI

TV Series : Supernatural (Season 6 Episede 08)

Supernatural (S6E08)

Monday, November 8, 2010

"Aku Pun Layu Juga" ~Zaid

Salam 2 all.

Keputusan dan tindakan calun Timbalan Presiden PKR Dato' Zaid Ibrahim untuk meletakkan semua jawatan dan menarik diri daripada pertandingan Timbalan Presiden tidaklah mengejutkan saya, malahan saperti yang telah saya sebut awal lagi, saya tidak akan terkejut bila nnanti Zaid mengumumkan keluar terus daripada PKR.

Malahan saya juga tidak terkejut beberapa lagi tokoh dan kepimpinan kanan PKR akan meletak jawatan dan keluar parti, termasuk beberapa orang Ahli Parlimen dan ADUN. Saya kira hanya tinggal masa sahaja. Cuma yang saya terkejut ia berlaku lebih awal dari jangkaan saya. Saya pernah menyebut bahawa PKR akan berkubur sekitar Februari atau Mac 2011 kesan daripada pemilihan ini. Rupanyan ia berlaku lebih awal.

Zaid dalam kenyataannya menegaskan bahawa proses pemilihan yang sedang berlaku "membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu. Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini" (lihat kenyataan penuh Zaid dibawah).....

Baca sambungan di SINI

------------------------------------

Dr Ashraf Wajdi kata:

Apa dah jadi pada PKR? Pendedahan Zaid mengenai undi hantu, beli undi, kertas undi melebihi yg mengundi dan bermacam2 ketempanggan lain tidak menggambarkan parti yg kononnya mahu lakukan reformasi utk rakyat. Teringat kata2 keramat Sheikh Al-Mawdudi 'One who cannot reform oneself will never be able to reform others'.

http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=1623709046

-------
Nk lompat kemana lagi Zaid?

TV Series : Merlin (Season 3 Episode 09)

Sunday, November 7, 2010

Semakan Panggilan Ujian MTeST (KPLI-SR/jQaf)


Semakan Panggilan Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat di:

KLIK SINI UNTUK SEMAKAN

* Ujian MTEST pada 13 November 2010 (Sabtu).
Calon diminta mencetak slip Panggilan Ujian MTEST dan membawanya semasa hari ujian.


8 NOVEMBER 2010

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU (BPG)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Kredit : SINI

Kahwin Dulu, Bayar Kemudian


CUTI penggal persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Lazimnya, pada musim ini ramai pasangan memilih untuk melangsungkan majlis perkahwinan.

Bagi yang memilih untuk meraikan hari bahagia di bandar, para tetamu dijamu dengan keindahan hiasan kanopi dan pelamin yang diterapkan elemen moden dan eksklusif, lebih-lebih lagi jika ia disulami dengan karangan bunga segar yang menaikkan lagi seri majlis.

Di kampung pula, semangat gotong-royong atau rewang yang masih menebal pastinya menyuntik kemeriahan pada majlis perkahwinan tersebut.

Begitupun, harga sebuah perkahwinan bermula daripada majlis pertunangan hingga ke majlis persandingan menelan belanja yang besar.

Bayangkan, untuk persiapan pertunangan sahaja anggaran peruntukan yang diperlukan sekitar RM4,000. Untuk majlis perkahwinan, tidak mustahil kosnya lebih daripada RM20,000.

Kos kenduri kahwin yang semakin tinggi sering menjadi punca banyak pasangan menangguhkan perkahwinan hingga usia lewat 30-an demi mengumpul wang.

Namun, bagi yang ingin bergelar suami isteri pada usia ideal, konsep ‘kahwin dulu, bayar kemudian’ yang ditawarkan menerusi pinjaman peribadi oleh institusi-institusi kewangan menjadi pilihan.

Menurut pendapat di beberapa laman sembang berkaitan perkahwinan, lebih 90 peratus pinjaman peribadi di negara ini digunakan untuk melangsungkan perkahwinan.

~Kosmo

Amalkan konsep ~Kahwin Dulu Bayar Kemudian

TV Series : Supernatural (Season 6 Episode 07)

Thursday, November 4, 2010

GALAS: Keputusan Tak Rasmi (Setiap Peti Undi)

Peti undi Batu Papan: BN menang majoriti 108

Peti Undi Kampung Bharu menang majoriti 16

Peti Undi Kampung Pulai menang majoriti 44

Peti Undi Sungai Ber Menang Majoriti 158

Peti Undi Lepan Tupai Menang Majoriti 80

Peti Undi Bandar Lama Gua Musang BN Menang Majoriti 37

Peti Undi Balar BN Menang majoriti 112

Peti Undi Bihai BN Menang majoriti 228

Peti Undi Hau Bn Menang majoriti 49

Peti Undi Brook Bn Menang majoriti 346

Peti Undi Belatim BN Menang 108

Peti Undi Sungai Terah BN Kalah majoriti 258

Sumber : Pisau.net

10 peti undi BN menang di Galas

Buat masa sekarang, BN menang dah 10 peti undi, InsyaAllah,
BN akan menang di Galas.

Keputusan PRK - Lansung Dari...

Keputusan PRK P. Batu Sapi dan DUN Galas boleh di jengok di (Sila refresh blog mereka)

1. http://www.pisau.net/

2. http://ruangbicarafaisal.blogspot.com

GALAS : Peratusan Keluar Mengundi Keseluruhan

Peratusan


lojing 82%,

ber 88.8% ,

sg terah 80.8% ,

kg bt papan 80.2 ,

bdr baru 65.8%,

kg bharu 58.4% ,

bdr lama 61.1% ,

lepan tupai 86%,

kg pulai 84.7%


Kredit : PISAU

Meng-UnLike FB Rosmah Mansur-sila minta maaf..


Mereka buat group FB, hanya untuk kepentingan politik..bukan Islam semata-mata

Pejabat PAS Terbakar

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Sebahagian ruang pejabat bangunan tujuh tingkat ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut di sini, musnah dijilat api dalam kebakaran hari ini.

Kebakaran pukul 8.30 pagi itu disedari seorang kakitangan di bangunan tersebut ketika ingin memulakan kerja.

Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit, Fazlee Alias memberitahu, seramai 26 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba Chow Kit dan Sentul bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan. – Utusan

Wednesday, November 3, 2010

Kejayaan PAS Kelantan (2)

Rupanya masih ada lagi rakyat yang tinggal di bawah rumah atau reban ayam. Gambar di atas adalah keluarga di Pengkalan Chepa, Kelantan.


Pemimpin?

(PAS Kelantan) Beli bangunan bernilai RM4.3 Juta. Tujuan..untuk mengaibkan UMNO Kelantan, nk bersohor la kononnya.


Rakyat?

Menunggu jambatan (PAS) yang di batu asaskan sejak tahun 1995 lagi. Kemana duit peruntukkan tersebut pergi?


Pemimpin?
(PAS Kelantan) Melantik 13 orang pembantu exco untuk tujuan ceramah politik. Kalau gaji diaorang RM ribu2 seorang sebulan, tidakkah siap sebuah rumah untuk rakyat yang tinggal dalam reban ayam, jika gaji ke 13 orang tersebut di himpun?

Rakyat?

"Harta dan kesenangan dunia tidak perlu di kejar-kejar" - Pemimpin

Tuesday, November 2, 2010

Coretan Coretan di DUN Galas

Bagi PAS, Jika PAS bagi rasuah, ia adalah halal

Kata PAS : UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. "Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur.." (Kuliah Di Marang 1983)
KEMUDIANNYA.,PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan...raya ke-11 & 12.

Kata PAS: "Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin".
KEMUDIANNYA.. Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

Kata PAS: "Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi"
KEMUDIANNYA.. Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carlsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

Kata PAS: Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: "Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga? Babi? "
KEMUDIANNYA.. Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?! Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka 'kerajaan Babi'.

Kata PAS: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.
KEMUDIANNYA.. Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata "Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah".

Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata : "Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…"
KEMUDIANNYA.. Bila Anwar kena pecat, PAS kata: "UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam".

Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: "Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi". Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.
KEMUDIANNYA.. Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: "Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..

Kata PAS: "Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir"
KEMUDIANNYA.. PAS Kedah yang baru memerintah kata : "Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

Kata PAS: "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur".
KEMUDIANNYA.. PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

Kata PAS: "Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir".
KEMUDIANNYA.. PAS Kedah kata : "Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah" (Datuk Seri Azizan Razak, MB Kedah)

Kata PAS: "UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves".
KEMUDIANNYA.. PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.APA KATA ANDA?!

Kata PAS: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.
KEMUDIANNYA.. Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.
KEMUDIANNYA.. PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

Kata PAS: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara
KEMUDIANNYA.. PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

Kata PAS: "Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam"
KEMUDIANNYA.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: "Kami menentang negara Islam" (YB Lim Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: "Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO".

PAS kata: "UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya"
KEMUDIANNYA.. PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS? Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

PAS kata: "UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah"
KEMUDIANNYA.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Pulau Pinang,Selangor dan Kedah.

PAS kata: "Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam" (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).
KEMUDIANNYA.. PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

ADAKAH ANDA JUGA TERMASOK DALAM GOLONGAN PELUPA DAN LALAI ?
(Dari Braveheart-blogger petikan asal dari blog papa Gomo )

Galas : Lagi Kejayaan PAS Kelantan

Bangga Pemuda PAS Kelantan kerana berjaya membeli bangunan lama UMNO yg berharga RM4.3 Juta. Rupanya banyak duit PAS ni.

Apa PAS kata kepada pengikutnya:

"PAS melarang orang melayu khususnya yang beragama Islam mengejar harta dunia dan cita² mereka dengan menanamkan bahawasanya cita² dan harta itu adalah duniawi sahaja tidak perlulah dikejar-kejarkan".


Inilah batu asas yg PAS Kelantan letakkan, untuk pembinaan jambatan Palekbang, Tumpat. Tahun letak batu asas ini adalah pada tahun 1995. Sekarang, jambatan itu tak nampak lagi (Mungkin dah naik ke langit).

Apa pengikut PAS kata perihal 'kelewatan' pembinaan jambatan ini?

"Duit peruntukkan pembinaan jambatan tersebut digunakan untuk kebajikan rakyat".

"Parti kita parti yang miskin".

PAS lebih senang menggunakan 'rakyat' untuk melarikan isu.

Apa cerita dana PAS untuk rasuah pengundi sebanyak RM250. Katanya peruntukan tu lebih RM2 juta?

PAS dah cukup 3 ta..Takhta, Harta dan Wanita.

Sabda Nabi SAW (Lebih kurang berbunyi)
"Aku tidak takut ummatku di uji dengan kemiskinan, tetapi aku takut ummatku di uji dengan kekayaan".

Monday, November 1, 2010

PKR Main Silap Mata


Silap mata dari PKR, buleh ubah-ubah selagi kehendak tak diperolehi, alasan pun nampak menarik.. skrip ok punya.. bling2

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa berlaku kesilapan dalam penyaluran maklumat keputusan yang dipaparkan laman web parti itu mencatat Datuk Zaid Ibrahim mendahului jumlah undi pertandingan jawatan Timbalan Presiden setakat 31 Oktober lalu.

Sebaliknya, Setiausaha Agung parti, Saifuddin Nasution Ismail, pada sidang media semalam mengumumkan Mohamed Azmin Ali menduduki tangga teratas dengan memperoleh 3,051 undi.
Beliau berkata, ia berlaku akibat `kesilapan manusia’ berikutan petugas pemilihan bekerja siang dan malam, khususnya terpaksa menyalurkan maklumat awal keputusan 20 cabang parti menerusi panggilan telefon.

Sambil menjelaskan keputusan pemilihan 48 cabang lagi sudah diperoleh dalam bentuk dokumen rasmi setakat ini, beliau berkata, keputusan semasa meletakkan Zaid di tempat kedua dengan 2,529 undi, diikuti Mustaffa Kamil Ayub 1,149 undi.

Ini berbanding keputusan dipaparkan laman web PKR sebelum itu yang menyaksikan Zaid menduduki tangga teratas dengan 3,683 undi, Mohamed Azmin (3,051) dan Mustaffa Kamil (1,271).

Bagi pertandingan jawatan Naib Presiden pula, empat calon yang mendapat jumlah undi tertinggi setakat ini ialah Tian Chua 3,621 undi, diikuti Nurul Izzah Anwar (3,543), Fuziah Salleh (2,895) dan Datuk Mansor Othman (2,852).

Sambil mengakui jumlah ahli mengundi dalam proses pemilihan setakat ini hanya sembilan peratus, beliau berkata antara lain ia disebabkan perlawanan akhir Piala Malaysia serta pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi.

Saifuddin berkata, setakat ini, pertandingan jawatan Ketua Wanita didahului Zuraida Kamaruddin dengan 1,160 undi, manakala Badrul Hisham Shaharin mengatasi pencabarnya untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dengan 1,133 undi.

Berita Harian

-----
Perhatikan angka tu, bukan sikit tu silap...

TV Series : Chuck (Season 4 Episode 07)

Mimpi Berjumpa Rasulullah SAW - kesudahannya?

Dah Islamkan si Bala ni? Waullahu A'lam


Julai 2009 : PENGERUSI Kelab Penyokong PAS Pahang, Balakirsnan telah memberitahu Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Naib Presiden PAS yang juga merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang bahawa dia telah bermimpi berjumpa dengan baginda Nabi Muhammad SAW. Demikan diberitakan oleh blog Lajnah Penerangan DU PAS Pahang baru-baru ini.

Ustaz Tuan Ibrahim bertanya bagaimana dia boleh tahu individu yang datang menjumpainya itu adalah Nabi Muhammad SAW? Individu dilihat didalam mimpinya itu memakai serban, berjubah dan mengakui dia adalah Rasulullah SAW lalu memberikan satu nama Muslim kepadanya. Mengenai mimpi jumpa Nabi ini, Tuan Ibrahim membacakan dalam ceramahnya sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW berkata, “Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguh syaitan tidak mampu menjelma rupaku“. Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

"Berdasarkan pengalaman ramai non Muslim yang revert sebelum ini, mimpi sebegini adalah lumrah dialami oleh mereka sebelum kembali ke agama fitrah mereka. Insya Allah, mimpi itu merupakan hidayah dari Allah untuk menambah keyakinan mereka terhadap kebenaran Islam." komen editor blog tersebut. "Sama-samalah kita doakan mereka agar hati kita dan mereka tetap dengan Islam di masa-masa akan datang."