Monday, November 1, 2010

PKR Main Silap Mata


Silap mata dari PKR, buleh ubah-ubah selagi kehendak tak diperolehi, alasan pun nampak menarik.. skrip ok punya.. bling2

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa berlaku kesilapan dalam penyaluran maklumat keputusan yang dipaparkan laman web parti itu mencatat Datuk Zaid Ibrahim mendahului jumlah undi pertandingan jawatan Timbalan Presiden setakat 31 Oktober lalu.

Sebaliknya, Setiausaha Agung parti, Saifuddin Nasution Ismail, pada sidang media semalam mengumumkan Mohamed Azmin Ali menduduki tangga teratas dengan memperoleh 3,051 undi.
Beliau berkata, ia berlaku akibat `kesilapan manusia’ berikutan petugas pemilihan bekerja siang dan malam, khususnya terpaksa menyalurkan maklumat awal keputusan 20 cabang parti menerusi panggilan telefon.

Sambil menjelaskan keputusan pemilihan 48 cabang lagi sudah diperoleh dalam bentuk dokumen rasmi setakat ini, beliau berkata, keputusan semasa meletakkan Zaid di tempat kedua dengan 2,529 undi, diikuti Mustaffa Kamil Ayub 1,149 undi.

Ini berbanding keputusan dipaparkan laman web PKR sebelum itu yang menyaksikan Zaid menduduki tangga teratas dengan 3,683 undi, Mohamed Azmin (3,051) dan Mustaffa Kamil (1,271).

Bagi pertandingan jawatan Naib Presiden pula, empat calon yang mendapat jumlah undi tertinggi setakat ini ialah Tian Chua 3,621 undi, diikuti Nurul Izzah Anwar (3,543), Fuziah Salleh (2,895) dan Datuk Mansor Othman (2,852).

Sambil mengakui jumlah ahli mengundi dalam proses pemilihan setakat ini hanya sembilan peratus, beliau berkata antara lain ia disebabkan perlawanan akhir Piala Malaysia serta pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi.

Saifuddin berkata, setakat ini, pertandingan jawatan Ketua Wanita didahului Zuraida Kamaruddin dengan 1,160 undi, manakala Badrul Hisham Shaharin mengatasi pencabarnya untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dengan 1,133 undi.

Berita Harian

-----
Perhatikan angka tu, bukan sikit tu silap...

2 comments:

  1. Tipu..tipu..bohong... macam mana benda yang penting macam ni boleh salah...

    Cakap macam ni dah le... Semua undi2 hanya gimmic... Yang sebenarnya, dah set "Azmin" menang dan Zaid Kalah... bye--bye Khalid Ibrahim....

    ReplyDelete
  2. peratus mengundi kurang sebab Galas dan Bola? hehehe.... cuba tengok ujung minggu ni. peratus meningkat tak. kalau tak apa lagi alasan S/U yang selalu mencari alasan.

    keh kah keh kah.

    ReplyDelete

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...