Monday, November 8, 2010

"Aku Pun Layu Juga" ~Zaid

Salam 2 all.

Keputusan dan tindakan calun Timbalan Presiden PKR Dato' Zaid Ibrahim untuk meletakkan semua jawatan dan menarik diri daripada pertandingan Timbalan Presiden tidaklah mengejutkan saya, malahan saperti yang telah saya sebut awal lagi, saya tidak akan terkejut bila nnanti Zaid mengumumkan keluar terus daripada PKR.

Malahan saya juga tidak terkejut beberapa lagi tokoh dan kepimpinan kanan PKR akan meletak jawatan dan keluar parti, termasuk beberapa orang Ahli Parlimen dan ADUN. Saya kira hanya tinggal masa sahaja. Cuma yang saya terkejut ia berlaku lebih awal dari jangkaan saya. Saya pernah menyebut bahawa PKR akan berkubur sekitar Februari atau Mac 2011 kesan daripada pemilihan ini. Rupanyan ia berlaku lebih awal.

Zaid dalam kenyataannya menegaskan bahawa proses pemilihan yang sedang berlaku "membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu. Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini" (lihat kenyataan penuh Zaid dibawah).....

Baca sambungan di SINI

------------------------------------

Dr Ashraf Wajdi kata:

Apa dah jadi pada PKR? Pendedahan Zaid mengenai undi hantu, beli undi, kertas undi melebihi yg mengundi dan bermacam2 ketempanggan lain tidak menggambarkan parti yg kononnya mahu lakukan reformasi utk rakyat. Teringat kata2 keramat Sheikh Al-Mawdudi 'One who cannot reform oneself will never be able to reform others'.

http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=1623709046

-------
Nk lompat kemana lagi Zaid?

1 comment:

  1. terima kasih atas kesudian bersama kami menyelamatkan AIDC.

    kita perlu bersatu di saat genting sebegini...


    terima kasih sekali lagi...


    salam perjuagan demi alif ba ta

    ReplyDelete

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...