Saturday, October 1, 2011

PAS abaikan bangunan UMNO KB - Kesederhanaan?

Dikatakan PAS tak akan guna bangunan tersebut sehingga habis PRU 13 agar rakyat tidak tahu perihal kekayaan, keangkuhan serta agar parti PAS sentiasa tampak 'kesederhanaan dan miskin' di mata rakyat.


JALAN BAYAM- Pas pernah mendabik dada kononya berjaya menjatuhkan Umno Kota Bharu apabila membeli bangunan parti itu dengan harga RM4.5 juta.

Malangnya apa yang sudah jadi sekarang, bangunan Umno Kota Bharu itu dibiarkan terbiar tanpa penghuni mahupun penyewa.

Tidakkah ini satu pembaziran kepada duit parti. RM4.5 juta dibazirkan begitu saja tanpa sebarang manfaat untuk rakyat.

“Adakah ini konsep kebajikan untuk rakyat yang dilaungkan Pas. Atau ini konsep membangun bersama Islam Pas.

“Ini perbuatan syaitan yang penuh dengan perasaan bongkak dan membazir, inilah wajah keimanan Pas,” kata seorang pengunjung yang lalu di hadapan bangunan Umno Kota bharu yang mula menjadi cacat keindahan bandar ibu negeri.

Pas Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu dengan harga RM4.5 juta pada Oktober tahun lepas.
Bangunan itu dibeli oleh Dewan Pemuda Pas Kelantan.

Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid Ibrahim dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Read more: SINI

----

Dikatakan UMNO Kelantan tidak mampu membayar dengan harga yang begitu tinggi untuk mendapatkan kembali bangunan yang pada asalnya milik mereka. Hanya PAS Kelantan yang mampu membayar dan memilikinya.

RM 4.5 juta - Berapa buah rumah rakyat miskin yang berharga serendah RM 60,000 dapat dibina jika nak dibandingkan dengan bangunan mewah sebegini. Begitulah kesederhanaan & berkebajikan yang PAS amalkan.

:D

2 comments:

  1. Kalau hati dah busuk, rugi pun tak mengapa. Padan muka orang Islam yang tidak Islam

    ReplyDelete
  2. memang puak ni semua sederhana.hentam bini orang pon sederhana.hentam belakang pon sederhana. semuanya sederhana.musam husa kata dia tak pernah peggang pitis rm300 ribu bila kick difilla kata musam bagi duit kak dia.kan ini juga sederhana namanya tak peggang pitis RM300 ribu. yang banyak tu nama orang lain cuma ana yang punya.tebang balak dapat 30%.itu sedekah atau derma tak bolih kira.kan sederhana tu.kalau aku nak komen kat blog ni tak habis kesederhanaan puak puak ni.rakyat hidup sederhana dengan bangsal yang tiris, pemimpin juga hidup sederhana dengan harga rumah jutaan RM.tiap bulan rakyat miskin di kelantan di beri beras satu kampit percuma,sudah tentu rakyat kelantan tidak akan lapar.itu lah cara kebajikan yang sederhana.bukannya nak usaha supaya di kelantan banyak kerja dan rakyat boleh kerja dan beli beras dgn lauk yang sedap.kebajikan dan kesederhanaan ala pas. kerajaan BN tahu apa. mana ada kerajaan BN beri beras pada rakyat.kedekut betul kerajaan BN ni.yang aku tahu cuma bagi sikit bantuan RM 300, mana cukup. dapat duit tak beli beras,tak ada beras kebulur nanti.rakyat kelantan akan kebulur kalau nak harap pd BN. beri satu kampit beras dan beri ceramah 2 jam pula, tak cukup lagi , aku pon tak tahu laaa.

    ReplyDelete

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...