Ini pendapat peribadi saya serta pengalaman dari kawan-kawan saya sahaja
Menaikkan gaji kakitangan awam boleh memberikan masalah kepada kerajaan sendiri serta pekerja lain. Ia ada juga kebaikan.
1. Masalah - Belanja, adakah dengan kenaikan gaji, penjawat akan berbelanja seperti sediakala (seperti bergaji asal). Kebanyakanya tidak, lagi besar gaji lagi banyak berbelanja (boros).
2. Ada kakitangan awam suka menabung (bagus), tapi mereka ini selalunya menabung mengikut yang ditetapkan..contohnya; setiap bulan kena menabung RM100 dari RM2000 gaji. adakah dengan kenaikkan gaji (eg: RM2300) tabungan akan naik kepada RM 130?
3. Masalah kepada kerajaan - menaikkan gaji bermakna kadar bonus juga akan naik. Jika dulu setengah bulan gaji RM1000 (jika gaji RM2000), jika dinaikkan - berapa RM kerajaan kena belanja PULA?. Jika dinaikkan gaji, pekerja akan ingat 'jasa' ini sehari dua sahaja (Paklah pernah naikkan gaji), lepas tu lupa terus 'jasa' ini. Takkan kerajaan nak suruh penjawat awam ingat 'jasa' mereka menaikkan gaji.
4. Kapitalis akan ambil kesempatan dari kenaikan gaji pekerja awam ini. Sudah tentu barang2 akan naik harga. Pernah di era Paklah, harga mesin basuh auto sebelum naikkan gaji, adalah murah RM100 dari selepas paklah naikkan gaji kakitangan..walhal barangan elektrik sepatutnya semakin murah.
5. Adalah lebih baik, duit untuk menaikkan gaji disalur kepada sektor lain seperti pertanian, atau memberikan subsidi kepada barang-barang keperluan harian.. Dikatakan gaji akan dinaikkan kepada 40%, maknanya kerajaan perlu belanja berbillion ringgit setahun untuk bahagian tambahan gaji sahaja.
6. Jika subsidi ditambah, semua lapisan rakyat akan dapat menikmatinya.
7. Adalah lebih baik berikan bonus tiap-tiap tahun (bonus tak tetap nilainya).. itu akan membuatkan penjawat awam 'ingat jasa' kerajaan kepada mereka.
Tapi saya rasa, kenaikan gaji ini hanyalah kabar angin sahaja..tak pun ini adalah modal politik..bila 'khabar angin' ini (gaji naik) tidak berlaku seperti yg dikhabarkan, ia akan membuatkan pekerja awam rasa xpuas hati..ini akan memberi 'hit' kepada pihak yang buat dan sebar khabar angin sahaja.
No comments:
Post a Comment
Salam,
Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..
Wassalam...