Friday, October 28, 2011

Anwar Pernah Rugikan Wang Rakyat sebanyak RM9.3 billion

Anwar bukan pakar pun, dia hanya menumpang populariti TDM. Dia menjadi menteri kawangan ketika ekonomi negara tengah rancak. Minyak dunia pun pada masa tu USD30 se-tong. Getah masa tu 70 sen sekilo.

Ketika Anwar Menteri Kewangan, Bank Negara rugi, Siapa pula kaki judi ?

Patutlah Anwar dibayar RM1 oleh kerajaan Selangor,”if you pay peanut you get monkeys”

Orang macam ni mau bercakap soal ekonomi?Orang yang macam ini yang begitu digilai oleh haprak pakatan? Orang ini bercakap untung rugi wang kerajaan? Orang yang macam ini bercakap soal ketirisan?

Lebih baik anda fikir kembali selepas baca artikel dibawah

Anwar punca negara kehilangan RM9.3 billion WANG RAKYAT

“Anwar mesti mengakui punca terbesar kerugian adalah akibat permainan spekulasi mata wang asing yang gagal. Jelas, kerugian ini bukanlah atas kertas sahaja tetapi kerugian nyata yang ditanggung oleh rakyat jelata. Umat Islam terperanjat bagaimana Menteri Kewangan yang banyak bercakap tentang Islam boleh merestui permainan spekulasi seperti ini. Sedangkan secara jelas ia memperjudikan wang rakyat sebegitu banyak. Bahkan kami hairan kenapa beliau boleh merestui pendekatan Bank Negara yang amat merbahaya ini dan tidak mahu berterus-terang apabila ia menemui kegagalan,” tegas Shabery.

Beliau seterusnya berkata jumlah RM 9.3 bilion yang lesap itu bukan kecil. Untuk memahami betapa besarnya, boleh kita bayangkan apa yang boleh kita buat dengannya. Misalnya, kita boleh mendirikan 18 buah universiti dengan harga RM500 juta sebuah, atau 45 buah hospital berharga RM200 juta sebuah, atau 180 buah sekolah berharga RM50 juta sebuah ataupun 372,000 buah rumah berharga RM25,000 sebuah. Sekiranya hendak digunakan untuk membayar bonus kepada 800,000 kakitangan kerajaan, sebagaimana yang dituntut oleh CEUPACS, maka tiap-tiap seorang pekerja boleh diberikan RM12,000.

Selanjutnya klik sini

sumber - pisau.net

1 comment:

  1. Salam sejahtera, mohon dilink blog KL BOYZ disini. Blog saudara telah dilink di blog KL BOYZ..Terima Kasih..http://klboyzwangsa.blogspot.com

    ReplyDelete

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...