Friday, February 11, 2011

Ops Piramid : Pelajar Negara Lain Juga Malaysia Selamatkan

Ops Piramid : Negara-negara yang dikatakan mengharapkan Malaysia utk menyelamatkan pelajar-pelajar (rakyat) mereka antara yang diketahui Timor Leste, Maldives, Papua New Guinea, Palestin, Kemboja


SEPANG: “Memang sayu melihat rakan lain diselamatkan kerajaan masing-masing, tetapi kami tidak sangka dan tidak terfikir ada pihak sanggup membantu dan membawa kami keluar dari negara bergolak itu (Mesir),” kata penuntut Kemboja, Fikri Mohd Zain, 22, semalam.

Dia yang juga penuntut tahun satu jurusan Usulludin di Universiti Al-Azhar antara 16 penuntut Kemboja yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.

Penerbangan mereka dari Jeddah ditaja Yayasan Pok dan Kassim yang diasaskan Datuk Seri Shahidan Kassim (bekas Menteri Besar Perlis).

Menurutnya, dia terharu dan tidak menyangka dapat keluar dari bumi Mesir sekali gus menamatkan kesukaran bagi meneruskan kehidupan harian di negara berkenaan.

“Ia bagaikan satu mimpi indah kepada kami kerana kebanyakan penuntut Kemboja yang melanjutkan pelajaran di Mesir dari golongan tidak berkemampuan. “Kami tidak pernah terfikir dapat keluar dari kekusutan negara benua Afrika itu dan sering memikirkan bagaimana meneruskan kehidupan dalam keadaan yang terlalu berbahaya itu,” katanya.

Ketibaan kumpulan penuntut Kemboja yang menaiki pesawat GulfAir jam 9 pagi disambut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz. Menurutnya, keprihatinan kerajaan Malaysia membantu penuntut Kemboja memang dihargai memandangkan mereka tidak mampu membeli tiket penerbangan keluar dari negara itu.

Saya bersyukur kerana dapat keluar dengan selamat dan tidak terus terperangkap di Mesir kerana terdapat pelbagai masalah sekali gus boleh membahayakan kami.


“Saya bimbang memikirkan keadaan kucar-kacir sepanjang rusuhan ini termasuk kejadian rompakan dan rogol dilakukan mereka tidak bertanggungjawab,” katanya.

Rakannya, Syakirin Nasir, 21, yang juga penuntut tahun pertama Pengajian Bahasa Arab berkata, dia lega apabila dapat keluar dengan selamat dari negara itu, sekali gus menamatkan mimpi ngeri yang menghantuinya sepanjang tempoh rusuhan.

“Saya terkejut kerana tidak pernah menyangka ada pihak yang sanggup membantu membawa kami keluar dari negara itu.

“Sehingga kini, saya seperti tidak percaya dapat menjejakkan kaki ke Malaysia dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang prihatin dengan nasib kami semua,” katanya.

Sementara itu, Wan Mohamad berkata, beliau dihubungi menteri yang menjaga Hal Ehwal Muslim di Kemboja, Othman Hassan memohon bantuan bagi membawa keluar 50 penuntut Kemboja yang melanjutkan pelajaran di Mesir.

“Mereka (Kemboja) mengetahui kerajaan kita menjalankan Operasi Piramid untuk membawa pulang pelajar Malaysia dari Mesir dan meminta kita membawa sama penuntut mereka yang belajar di negara berkenaan.

“Kita bersetuju memberikan bantuan dan penerbangan pulang penuntut Kemboja itu ditaja sepenuhnya Yayasan Pok dan Kassim yang diasaskan Datuk Seri Shahidan Kassim (bekas Menteri Besar Perlis,” katanya.

Malah, katanya, buat masa ini, penuntut berkenaan ditempatkan di asrama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bandar Baru Bangi sebelum dihantar pulang.

1 comment:

  1. Sekurang2nya ada juga manusia yang tahu bersyukur dan berterima kasih kepada usaha kerajaan.Bagi mereka2 yang berdikap bagaikan melepaskan anjing2 yang tersepit...insaflah.Apa yang terjadi hari ini tidak mustahil akan berlaku lagi..boleh jadi bukan atas kita..tapi keturunan kita,hukum ALLAH pasti berlaku.

    Alhamdulillah, semoga bertambah sejahteralah negara ini dan diberkati Allah hendaknya.

    ReplyDelete

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...