Tuesday, February 1, 2011
Pelan 100 hari yang gagal
SHAH ALAM - Pelan 100 hari Pakatan Rakyat (PR) yang dilaung-laungkan pakatan pembangkang tidak memberi sebarang kesan kepada pola pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kelmarin.
Penganalisis politik, Datuk Zainal Keling berkata, pengundi sekarang bijak dan boleh menilai kemampuan parti bertanding serta janji ditaburkan.
Menurutnya, cubaan PR mahu membawa isu Pelan 100 Hari gagal dan jumlah sokongan undi kepada Barisan Nasional (BN) meningkat berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
Menurutnya, keputusan PRK DUN Tenang membuatkan PR perlu memikirkan semula strategi mahu diguna pakai sebelum PRU akan datang kerana kekuatan tsunami politik 2008 semakin lemah.
"Pelan 100 Hari PR seperti diperkatakan ramai pihak tidak berjaya menarik sokongan undi kepada calon Pas.
"Ia adalah kerana pengundi sedar Pelan 100 Hari itu hanya manifesto politik dan tiada harga jika sekadar cakap-cakap,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Beliau turut menyifatkan kepincangan berlaku dalam PKR terutama isu pemilihan parti hujung tahun lalu sebagai antara faktor pengundi protes terhadap PR.
"Faktor kepincangan dalam PKR memainkan peranan, selain pengundi tidak termakan janji undi Pas masuk syurga, semua ini memainkan peranan,” katanya.
Menurutnya, pola pengundian seperti dilihat pada PRK sebelum ini termasuk di Parlimen Hulu Selangor, Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas menunjukkan aliran pengundi menyokong BN semula.
Menurutnya, aliran itu adalah kerana kepercayaan rakyat kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang cuba membawa transformasi secara meluas dan terperinci di negara ini.
"Transformasi dibawa Najib bukan sekadar cakap kosong, rakyat boleh menilai sejauh mana keberkesanan pentadbiran Najib.
"Selain itu, rakyat sudah menerima konsep 1Malaysia dan segala perubahan dibuat,” katanya.
Kelmarin, keputusan rasmi menunjukkan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim mendapat 6,699 undi, mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman yang mendapat 2,992 undi.
BN menang dengan majoriti 3,707 undi, iaitu meningkat 1,215 undi berbanding PRU 2008.
_ Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Salam,
Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..
Wassalam...