Thursday, October 22, 2009

Download hingga 10X lebih laju (add-ons Firefox)

Salam...

Jika anda biasa dengan Firefox, cuba tambah add-ons FireDownload 1.1.7 untuk mempercepatkan proses download.

Saya pernah menggunakannya dan sentiasa menggunakannya, ia amat laju, ada kalanya sehingga 188kbps atau lebih kurang 6 minit untuk fail 100MB, mungkin lebih laju dan cepat lagi jika anda menggunakan streamyx, kerana saya hanya mengguna (menumpang) line wireless :)

****************
Klik SINI untuk (download) add-ons FireDownload 1.1.7 (untuk yang ada/guna Firefox sahaja)


Ni (Contoh) yg telah saya buat/guna


Tick pada Open with jika anda mahu terus buka (tak digalakkan)

Guna Save File untuk terus simpan di dalam PC anda (Selalunya di save pada desktop PC anda)




Tandakan (tick) pada Accelerate with FireDownload untuk menggunakan FireDownload.

Jika anda tidak tandakannya, ia akan download menggunakan Firefox biasa.



Hasil;


Bertanda oren - saya guna FireDownload 1.1.7


Bertanda hijau - saya guna firefox biasa.

Parhatikan pada masa; Firedownload mengambil masa 5 minit untuk sudahkan fail 90MB, tetapi firefox biasa memerlukan 1 jam 30 minit lagi untuk fail yang sama.



Cubalah...

Wassalam...

Wednesday, September 9, 2009

Hiren Boot CD v9.9

Salam

Perisian Hiren Boot CD v9.9


Saya upload Hiren Boot CD v9.9 untuk kegunaan juruteknik komputer dan mereka yang biasa dengan Hiren.


Nama : Hiren Boot CD v9.9
Saiz : 182MB (Selepas extract)
Format Upload : WinRAR
Format : ISO (Sila burn terus menggnakan perisian Nero atau lain-lain)





Download sekarang;

1. Hiren Part 01
2. Hiren Part 02

Download kedua-dua part, letakkan kedua-duanya di dalam folder yang sama dan extract Part.01 sahaja (ia akan terus bersambung)

Cubalah..

Wassalam...

Thursday, September 3, 2009

Sound Driver utk Acer Aspire 4732z ( Win XP)

Salam...

Driver sound for Laptop Acer Aspire 4732z (Win XP-SP2)

MS UAA (Microsoft Universal Audio Architecture (UAA) Bus Driver for High Definition Audio)

Jika tidak dapat install sound driver, sila install MS UAA dahulu, dan kemudian install Sound Driver.

Download MS UAA, Klik SINI (dari web HP)





Lain-lain driver; Klik Download Acer


Wassalam...

Monday, August 31, 2009

Compaq Presario V3219TU driver for Win XP


Assalamualaikum...

Driver Laptop Compaq Presario V3219TU
untuk windows XP.








-------------
Tips;

1. Untuk memudahkan format (without AHCI driver), semasa laptop sedang boot, tekan (press) F10.
2. Pilih System Configuration
3. Pada SATA Native Support - Tukar dari Enable kepada Disable.
--------------

Driver for Win XP

1. Intel 945GM chipset; Klik SINI

2. Download & Install MS UAA sebelum install sound driver, klik SINI

3. Audio (Sound), Klik SINI

4. Modem, Klik SINI

5. Wireless LAN, Klik SINI

6. Intel Pro 100 LAN, Klik SINI

7. Card Reader, Klik SINI

8. Touchpad, Klik SINI

9. HP Quick Launch Buttons, Klik SINI




Cubalah, Wassalam...

Monday, August 17, 2009

Driver Laptop CQ40-401au dan CQ40-402AU


Driver Laptop CQ40-401au dan CQ40-402AU


Salam...

Kedua-dua laptop ni menggunakan driver yang sama.

Driver-driver ni telah saya download, install dan laptop berfungsi dengan baik.

---------------
1. Buat Boot CD (AHCI Driver), Klik SINI
---------------

2. Mula-mula kena install Microsoft.NET, Klik SINI

3. ATI Radeon Display (HD3200), Klik SINI

4. MS UAA (Install sebelum install driver sound); Klik SINI

5. Sound Driver (IDT High-Definition Audio CODEC) - Guna versi Vista, Klik SINI

6. Driver Modem, Klik SINI

7. Wireless Booadcom, Klik SINI

8. Realtek LAN, Klik SINI

9. Card Reader, Klik SINI

10. Cyberlink WebCam, Klik SINI

11. HDMI R218, Klik SINI

12. SM Bus Controller (AMD Chipset), Klik SINI

13. Quick Launch Button, Klik SINI

14. 7 Unknow Devices, Klik SINI (Open Folder, Klik kanan mouse (right click) pada machine dan pilih (klik) Install)

-----------------
Pada pertama kali install driver CQ40-401au dan CQ40-402AU, masalah 2 driver tidak dijumpai (Gambar bawah).


Rupa-rupanya ia ialah,

HDMI R218 (Driver no 11 di atas)

dan

SM Bus Controller (Driver no 12 di atas)
















Tambahan,

Bagi yang tidak dapat install 7-unknow device, cuba cara di bawah.

Cara 1:

Klik kanan pada machine, dan klik install



















Cara 2:

Klik kanan pada My Computer > Hardware > Device Manager > Dwi Klik pada Unknow Device > Pada Hardware Update Wizard, pilih No, not this time [NEXT]> if your hardware come with installation CD... 'tick' pada install from a list...(Advanced) [NEXT]> Please choose your search...(Tick pada Include this location...), dan tekan butang Browse (cari folder 7-unknow device yang telah di download), klik dan tekan OK [NEXT] > Please wait while the wizard install the software.

Teruskan untuk unknow ke 2 dan seterusnya (Tetapi tidak perlu tekan butang Browse lagi)



*********************
Sesetangah driver juga boleh di ambil dari sini

ECS A740GM-M Mainboard Driver

Wassalam.. Cubalah,

Kredit:
1. http://laptop-driver.blogspot.com

Saturday, August 15, 2009

Membuat Boot CD menggunakan nLite

Salam..

Cara membuat boot CD untuk install Win XP pada laptop Compaq Presario CQ40-401AU dan Presario CQ40-402AU.

Oleh kerana saya tidak mempunyai external floppy disk untuk install AHCI driver dalam laptop CQ40-401AU dan CQ40-402AU, jadi saya menghasilkan boot disk menggunakan perisian nLite.

Keperluan (ini adalah hasil kerja atau pengalaman saya)

1. CD Windows XP SP2
2. CD kosong (CD-R)
3. Perisian nLite (download & install) Download : Klik sini
4. *Service Pack 3 (SP3) Windows XP Download : Klik sini
5. Driver AHCI (utk laptop dinyatakan di atas) Download : Klik sini (ia guna 7 zip, extract dulu)

* Note : Yang no 4 tu (Servis Pack 3), kiranya..alang-alang buat cd boot XP, molek kiranya terus upgrade SP2 kepada SP3.

Caranya;

1. Buat satu folder, Copy windows XP (dari CD Win XP) anda dan paste ke dalam folder tersebut. Saya buat folder pada desktop PC saya, sebab senang untuk mencarinya.







2. Buka progran nLite yang telah di install tadi. Klik Next...




















2. Bila keluar Locating the WIndows installation, klik butang Browse...


3. Cari lokasi folder Win XP yang di buat tadi, jika di letakkan di bahagian deskop, cari di bahagian desktop PC anda.

4. Aktifkan (klik) pada folder Win XP tadi. Lihat rajah sebelah. Saya klik pada folder WinXPsp2. Klik OK. nLite akan analisis Win XP anda tadi dan akan memaparkan keputusannya.

Kemudian klik Next...








5. Jika arahan ini keluar (Presets), abaikan dan terus sahaja klik Next...

















6. Klik pada (pilihan);

a. Service Pack

b. Drivers

c. Unattended

d. Bootable ISO


Kemudian klik Next...







7. Service Pack

Upgrade service pack anda. Klik butang Select dan cari service pack yang telah di download tadi.














Tunggu sehingga nLite selesai menjalankan proses Slipstreaming...

Ia mengambil masa beberapa minit.



Setelah selesai proses Slipstreaming, klik butang Next...










8. Klik butang Insert.

Untuk memudahkan, saya syorkan pilih Multiple driver folder.















9. Selepas Multiple driver folder di klik, akan keluar arahan Browse for Folder, pilih folder driver AHCI yang telah di extract (7 Zip) tadi.

Tandakan pada x86 (Windows 32bit)













10. Teruskan (Lihat rajah sebelah)

Dan tekan OK















11. Ikut langkah seperti gambar sebelah, klik pada AMD AHCI Compatable RAID Controller x86 platform

Tekan OK













12. Selesai bahagian memasukkan driver AHCI.

Klik butang Next...















13. Unattended.

Anda boleh memasukan product key, Regional (Pilih Arabic).

Dan sebagainya.

Note : Selepas ini anda tidak perlu lagi memasukkan key jika product key (pada ganeral) telah anda isi dengan key Win anda.

Kemudian, Klik butang Next...






14. Processing..

Klik butang OK untuk start process..

Selesai processing,

Klik butang Next...











15. Bootable ISO, masukkan CD kosong (CD-R) kedalam pemacu CD-RW/DVD-RW anda.

Mode - Pilih Direct Burn

Label - Letak lah apa-apa nama

Burn Speed - pilihan (16x - maximum), disini, saya pilih maksimum.

Media - CD kosong (CD-R), klik refresh sebelum burn CD.

Klik butang Burn dan tunggu sehingga selesai. Kemudian klik Next dan exit.



Selesai... Cubalah,
Wassalam...

Kredit :
1. Putera.com (OngBok) utk SP3
2. Lowyat.net utk AHCI driver

Nombor Arabic didalam MS Word 2007

Salam

Disini saya sediakan cara untuk memasukkan nombor arabic (Numeral Arabic) di dalam Microsoft Office 2007.

Pada permulaan, install dahulu arabic language di dalam MS Office anda.

Rujuk sini : Arabic Language

-------------------

Langkah-langkah untuk install Numeral Arabic.

Langkah 1 : Buka MS Office 2007 anda, kemudian klik pada icon/logo Office di penjuru atas sebelah kiri.

Lihat pada rajah sebelah





Langkah 2 : Klik pada Word Options.






















Langkah 3 : Klik pada menu Advanced


Langkah 4 : Tandakan (tick) pada automatically switch keyboard to match language surrounding text.
















Langkah 5 : Scroll mouse anda dan pada Numeral, klik pada kekotak di sebelahnya dan tandakan pada Context.




















Klik OK dan Selesai...

Untuk menggunakannya, sama seperti menggunakan arabic font.


Klik pada 'right to left











dan nombor arabic boleh digunakan..


















Wassalam..

Rujukan : putera.com

Sunday, August 9, 2009

Virus - fail .doc menjadi .exe

Fail documen (.doc) menjadi fail Executable (.exe)

Virus ini akan menjangkiti fail-fail yang di taip dalam Microsoft Word dan di save .doc (fail document)

Ia akan menyalin diri mereka (sama dengan nama fail) dan akan di sorokkan (super hidden) fail-fail yang asal.

Cara untuk mendapatkan balik fail .doc yang telah di clone menjadi .exe ialah;

1. Install antivirus atau update antivirus di dalam PC anda.

Anda boleh mendapatkan antivirus percuma, saya syor dua AV dibawah;

Download : Free Avira
Download : Free AVG

2. Sesudah selesai scan & membuang virus di dalam PC anda, anda perlu unhidden balik fail-fail yang telah di sorok oleh virus tadi.

Caranya;

Klik Start > RUN > taip cmd (dalam kotak open:) dan tekan Enter pada keyboard (atau tekan butang OK)


(Gambar sebelah adalah dari PC saya, mungkin PC anda berbeza, TETAPI caranya adalah sama)

Pada permulaan, paparan akan keluar;

C:\Documents and Settings\Manager>

Apa yang kita perlukan hanya C:\ sahaja.



Selepas paparan C:\Documents and Settings\Manager> anda hanya perlu menambah cd.. (huruf c dan d dan dua titik) selepas tanda >

Ia akan jadi seperti ini;

C:\Documents and Settings\Manager>cd..

dan seterusnya sehingga yang tinggal hanya C:\

Contoh sekali lagi;

C:\Documents and Settings\Manager>cd.. (pertama)
C:\Documents and Settings>cd.. (kedua)
C:\ (Ketiga)

Ok, selesai dan kita telah dapat C:\

Apabila C:\ telah kita dapat, teruskan dengan menaip

attrib *.doc* -h -r -s /S

dan ia akan menjadi seperti ini;

C:\attrib *.doc* -h -r -s /S

Tekan butang Enter pada keyboard, dan fail-fail yang hilang akibat virus tadi akan di paparkan semula.

cubalah.. Wassalam.

Kredit;
1. Sdr Sawi di Putera.com

Thursday, August 6, 2009

Download & Install Font Jawi / Tulisan Jawi

Secara ringkasnya, saya terangkan cara-cara install tulisan Jawi.

Terlebih dahulu, sila download font Jawi. Fail tersebut saya zip kan menggunakan 7-zip. Jadi anda boleh membuka (extract) fail Tulisan Jawi ini dengan menggunakan 7-zip atau WinRAR. Jika PC anda masih belum mempunyai 7-Zip atau WinRAR, sila download dan install terlebih dahulu. Semasa anda menjalankan proses Unzip (atau extract), password akan di minta. Masukkan password iaitu : mediamayabn.blogspot.com

Download : Font Jawi
Download : 7-Zip
Download : WinRAR
Password : mediamayabn.blogspot.com


Cara install tulisan (Font) Jawi

Cara install font jawi sama juga dengan cara install mana-mana tulisan.

Terlebih dahulu, sila install arabic font. Cara install telah saya buat sebelum ini. Klik sini

1. Download font jawi
2. Extract fail tersebut (Sebaik-baiknya gunakan 'Extract here...)


Gambar : Folder Font Jawi selepas di extract


3. Klik START > SETTING > Control Panel


4. Dalam Control Panel, Klik Switch to Classic View untuk paparkan keseluruhan icon dalam Control Panel.








5. Dwi klik pada icon Fonts dalam Control Panel








6. Klik pada menu File dan klik pada Install New Font...










7. Arahan Add Fonts akan keluar.

8. Di sini, sata extract font jawi di dalam partition (Hard Disk saya) yang di beri nama Software (e:). Sila pilih lokasi anda sendiri untuk memudahkan pencarian anda.










9. Dwi klik pada folder Font Jawi.















10. List of Fonts akan keluar

11. Klik butang Select All

12. Klik butang OK, proses install font jawi akan berjalan.










13. Install Font Progress.

14. Klik butang OK jika arahan Windows Fonts Folder keluar. (Ia menggantikan font asal iaitu font yang disediakan oleh Windows)

P/S : Arahan ini keluar lebih dari sekali. Klik OK

15. Selesai.





Tips ke dua (Paling senang)

1. Buka folder Font Jawi (Yang telah di extract tadi)
2. Klik Edit > Select All dan kemudian, Klik Edit semula > Klik Copy

Atau (Guna Keyboard)

Ctrl + A (utk Select All) dan kemudian tekan Ctrl + C (utk Copy)


3. Kemudian buka folder Fonts dalam Control Panel.

4. Klik Edit dan Paste.

5. Klik butang OK jika ada pertindihan fonts. (Seperti no 14 di atas)




Selamat Mencuba.

Sekian.. Wassalam.

MP3 Cutter

MP3 Cutter 1.3 ni saya selalu guna untuk 'cut' atau 'potong' lagu MP3 dan kemudiannya saya buat nada dering dalam talifon bimbit saya.


Download : SINI
Saiz : 2.77MB
Penggunaan : Mudah
Katagori : Perisian percuma

Fungsi butang dan cara guna;

Klik butang Open untuk pilih fail MP3 yang diperlukan, klik Play/Pause untuk dengar lagu tersebut. Untuk 'memotong' lagu, klik Set Start sebagai permulaan. Set End untuk pengakhiran. Play Selection adalah untuk mendengar lagu yang kita 'potong' tadi. Bila 'potongan' lagu tersebut memuaskan, klik butang Save Selection untuk simpan lagu tersebut. Gunakan kabel atau bluetooth untuk transfer lagu ke handset anda. Cubalah. Wassalam

Wednesday, July 29, 2009

Install Arabic Language pada Win XP

Perlu di ingatkan, jika pengguna mahu menggunakan tulisan arab serta tulisan jawi, anda perlu mengaktifkan penggunaan tulisan arab dahulu pada Windows anda.

Disini saya akan sertakan cara-cara install 'arabic language'.

Contoh language bar

Language bar terletak di atas taskbar (Lihat gambar sebelah)

EN = Penggunaan biasa (English (US))
AR = Arabic, klik sini untuk mengaktifkan tulisan Arabic


Cara install arabic (Tulisan Arab)


1. Pastikan anda mempunyai CD/DVD Windows XP. Masukkan CD/DVD tadi ke dalam pemacu CD/DVD komputer anda. Close/Exit apa-apa arahan yang keluar.

2. Klik pada START > SETTING > Control Panel atau anda boleh masuk ke Control Panel melalui My Computer (dalam Other Places).


Klik pada Switch To Classic View untuk memaparkan keseluruhan icon dalam Control Panel. Lihat gambar sebelah.









3. Dwi Klik (double clicks) pada Regional and Language Options (Icon seperti gambar sebelah)




4. Klik pada bar Languages (Seperti gambar di bawah). Tandakan 'tick' pada Install files for complex script and right-to-left languages (including Thai). Klik butang OK bila menu Install
Supplemental Language Support di paparkan.


5. Kemudian tekan butang Apply. Komputer akan menjalankan proses meng'install' atau copy files tulisan arabic serta aplikasi-aplikasinya. (Gambar di bawah)














6. Arahan menyuruh restart komputer di paparkan. Abaikan arahan ini dengan klik butang NO. Kemudian klik pada butang Details pada To view or change the languages... (lihat gambar atas).



7. Kemudian, arahan Text Services and Input Language akan keluar, klik butang Add...

8. Setelah butang Add di tekan, arahan Add Input Language pula akan keluar.


Klik pada Input Language. (Klik pada English (United States))












9. Setelah menu Input Language di tekan, anda perlu memilih bahasa-bahasa yang di kehendaki.

Saya syorkan disini, pilih Arabic (Saudi Arabia), seperti yang saya telah tandakan pada gambar di sebelah.

Klik pada Arabic (Saudi Arabia) untuk memilihnya.











10. Setelah memilih bahasa (Arabic), Klik butang OK. Seperti gambar sebelah.








11. Setelah selesai, Klik butang Apply dan diikuti butang OK. Pastikan satu icon language bar akan keluar pada taskbar (Seperti gambar bawah).










Penggunaan Tulisan Arabic

Dalam Microsoft Word, cara untuk mengaktifkan tulisan arab adalah seperti gambar di bawah. Saya menggunakan Microsoft Word 2007. Tapi cara guna lebih kurang Microsoft Word 2003 dan XP.


1. Mula-mula sekali, aktifkan Arabic Language. Caranya, klik pada icon EN pada language bar (Gambar sebelah). Kemudian klik AR iaitu Arabic. Tanda 'tick' menunjukkan ia aktif.





2. Kedua, klik pada Right-to-Left Text Direction. Di dalam Microsoft Word 2007, ia berada di dalam toolbar Home. Bagi Microsoft Word 2003/XP, ia berada pada Formatting Toolbar.

Nota : Pastikan keyboard anda mempunyai tulisan arab di atasnya.




Selesai... Wassalam

PS: Pada topik seterusnya, saya akan ajar cara install tulisan Jawi. Dan saya akan upload tulisan jawi..

Klik : Download, Install & Guna tulisan JAWI