Showing posts with label Microsoft Windows. Show all posts
Showing posts with label Microsoft Windows. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

Driver Compaq CQ40-410TU For Windows XP

Driver Compaq CQ40-410TU For Windows XP

Laptop Compaq CQ40-410TU hanya dibina untuk Windows Vista sahaja, Jadi ramai yg tak sukakan windows Vista sebab banyak masalah, malahan Win Vista adalah produk gagal dari Microsoft sendiri.

Jadi, camna nk install Win XP kt Notebook yg tak ada driver khas untuknya?

Boleh, aku dah buat.. ok je jadinya.

Nota :
1) Notebook ni takda modem, jadi takyah lah nk buang masa nk install modem
2) Notebook ni takda bluetooth, jadi takyah susah2kan diri nk install bluetooth
3) Sebenarnya, driver lain tak da masalah, yg susah ialah Soundnya. Aku letakkan cara-cara nk install sound. (Sound Driver for Compaq CQ40-410TU - using Windows XP)
4) Satu lagi.. sila guna Windows XP SP2, sebab aku pernah guna SP3, xblh pakai driver sound ni (Tak blh running MsUAA sebenarnya).

Cara nk install Win XP
1. Download dahulu SATA Ahci for Compaq CQ40, Download SINI
2. Kalau mahu guna External Floppy, sila masukkan ahci driver kedalam disket (tekan F6)
3. Kalau nk buat boot CD guna nlite, boleh baca SINI, tetapi yg tu guna AMD, bagi Intel ahci pula kena pilih;

Intel(R) ICH8M-E/M SATA AHCI Controller



Permulaan

1) Download Microsoft Installer 3.1, Download SINI
2) Download sound driver IDT (SigmaTel) HD Audio Driver, Download SINI
3) Download Microsoft Universal Audio Architecture (UAA v1.0), Download SINI
4) Download pula Microsoft Universal Audio Architecture (UAA) v1.0a, Download SINI

Cara Install (ikut step)
1) Install Microsoft Installer 3.1

Selepas tu, baca elok2 nota omputeh di bawah;


Inside the RAR file there is an audio patch and devcon patch file. Devcon file will solve issue with KB835221 (missing PnP function id). Follow the given instruction below
a) You must install two patches first from Microsoft: KB835221 (UAA version 1.0) and then kb888111 (UAA update version 1.0a)
b) Install the IDT HD Audio driver (you can use your Vista driver from HP site as well)
c) Extract CQAudioSolution.rar
d) Extract devcon.exe self-extracter from Devcon folder extracted in c)
e) Copy devcon.exe from extracted folder to C:\WINDOWS\SYSTEM32
f) Run Audio path from extracted Audio Path folder in c)
g) Restart
h) You should be able play sound with IDT HD Audio after restart.

However, in Device Manager, there is a exclamation icon on "Audio Device on High Definition Audio Bus". This is installed by KB835221 patch. Just ignore it. The CQAudioSolution will make sure that there is no more issue with missing IDT HD Audio when restarting after installing the IDT HD Audio driver.

-------------
To avoid "End program - Sigmatel - IDT -SysTray" issue during shutdown, just disable this system tray application "Sigmatel - IDT -SysTray" in this registry path
"HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run";
with something like "sstray.exe". Just put a comment with ";" in front of the file path of "sstray.exe" entry.

This system tray is not so important anymore. You will do just fine with the standard Windows XP Volume control although it has disabled the "Advanced Controls" option. By disabling it, you won't get that "End Program" issue during Windows shutdown

Lain-lain Driver

2. JMB38X Card Reader Host Controller Driver, Download SINI
3. Cyberlink Youcam Software and Driver, Download SINI
4. Intel GM45 integrated GPU (GMA 4500MHD) and Intel Matrix Storage, Download SINI
5. Realtek RTL8102E/8111C Family PCI-E Gigabit Ethernet NIC Driver , Download SINI
6. Broadcom Wireless LAN, Download SINI , atau SINI atau SINI
7. Alps Touchpad, Download SINI
8. The HP Application Launch Buttons - the well-known 7 unknown devices in Device Manager for CQ40 models (HP Quick Launch Buttons), Downlowd SINI atau SINI atau SINI


Wassalam.. Try and Error ok..

Saturday, August 15, 2009

Nombor Arabic didalam MS Word 2007

Salam

Disini saya sediakan cara untuk memasukkan nombor arabic (Numeral Arabic) di dalam Microsoft Office 2007.

Pada permulaan, install dahulu arabic language di dalam MS Office anda.

Rujuk sini : Arabic Language

-------------------

Langkah-langkah untuk install Numeral Arabic.

Langkah 1 : Buka MS Office 2007 anda, kemudian klik pada icon/logo Office di penjuru atas sebelah kiri.

Lihat pada rajah sebelah





Langkah 2 : Klik pada Word Options.






















Langkah 3 : Klik pada menu Advanced


Langkah 4 : Tandakan (tick) pada automatically switch keyboard to match language surrounding text.
















Langkah 5 : Scroll mouse anda dan pada Numeral, klik pada kekotak di sebelahnya dan tandakan pada Context.




















Klik OK dan Selesai...

Untuk menggunakannya, sama seperti menggunakan arabic font.


Klik pada 'right to left











dan nombor arabic boleh digunakan..


















Wassalam..

Rujukan : putera.com

Thursday, August 6, 2009

Download & Install Font Jawi / Tulisan Jawi

Secara ringkasnya, saya terangkan cara-cara install tulisan Jawi.

Terlebih dahulu, sila download font Jawi. Fail tersebut saya zip kan menggunakan 7-zip. Jadi anda boleh membuka (extract) fail Tulisan Jawi ini dengan menggunakan 7-zip atau WinRAR. Jika PC anda masih belum mempunyai 7-Zip atau WinRAR, sila download dan install terlebih dahulu. Semasa anda menjalankan proses Unzip (atau extract), password akan di minta. Masukkan password iaitu : mediamayabn.blogspot.com

Download : Font Jawi
Download : 7-Zip
Download : WinRAR
Password : mediamayabn.blogspot.com


Cara install tulisan (Font) Jawi

Cara install font jawi sama juga dengan cara install mana-mana tulisan.

Terlebih dahulu, sila install arabic font. Cara install telah saya buat sebelum ini. Klik sini

1. Download font jawi
2. Extract fail tersebut (Sebaik-baiknya gunakan 'Extract here...)


Gambar : Folder Font Jawi selepas di extract


3. Klik START > SETTING > Control Panel


4. Dalam Control Panel, Klik Switch to Classic View untuk paparkan keseluruhan icon dalam Control Panel.








5. Dwi klik pada icon Fonts dalam Control Panel








6. Klik pada menu File dan klik pada Install New Font...










7. Arahan Add Fonts akan keluar.

8. Di sini, sata extract font jawi di dalam partition (Hard Disk saya) yang di beri nama Software (e:). Sila pilih lokasi anda sendiri untuk memudahkan pencarian anda.










9. Dwi klik pada folder Font Jawi.















10. List of Fonts akan keluar

11. Klik butang Select All

12. Klik butang OK, proses install font jawi akan berjalan.










13. Install Font Progress.

14. Klik butang OK jika arahan Windows Fonts Folder keluar. (Ia menggantikan font asal iaitu font yang disediakan oleh Windows)

P/S : Arahan ini keluar lebih dari sekali. Klik OK

15. Selesai.





Tips ke dua (Paling senang)

1. Buka folder Font Jawi (Yang telah di extract tadi)
2. Klik Edit > Select All dan kemudian, Klik Edit semula > Klik Copy

Atau (Guna Keyboard)

Ctrl + A (utk Select All) dan kemudian tekan Ctrl + C (utk Copy)


3. Kemudian buka folder Fonts dalam Control Panel.

4. Klik Edit dan Paste.

5. Klik butang OK jika ada pertindihan fonts. (Seperti no 14 di atas)




Selamat Mencuba.

Sekian.. Wassalam.

Wednesday, July 29, 2009

Install Arabic Language pada Win XP

Perlu di ingatkan, jika pengguna mahu menggunakan tulisan arab serta tulisan jawi, anda perlu mengaktifkan penggunaan tulisan arab dahulu pada Windows anda.

Disini saya akan sertakan cara-cara install 'arabic language'.

Contoh language bar

Language bar terletak di atas taskbar (Lihat gambar sebelah)

EN = Penggunaan biasa (English (US))
AR = Arabic, klik sini untuk mengaktifkan tulisan Arabic


Cara install arabic (Tulisan Arab)


1. Pastikan anda mempunyai CD/DVD Windows XP. Masukkan CD/DVD tadi ke dalam pemacu CD/DVD komputer anda. Close/Exit apa-apa arahan yang keluar.

2. Klik pada START > SETTING > Control Panel atau anda boleh masuk ke Control Panel melalui My Computer (dalam Other Places).


Klik pada Switch To Classic View untuk memaparkan keseluruhan icon dalam Control Panel. Lihat gambar sebelah.









3. Dwi Klik (double clicks) pada Regional and Language Options (Icon seperti gambar sebelah)




4. Klik pada bar Languages (Seperti gambar di bawah). Tandakan 'tick' pada Install files for complex script and right-to-left languages (including Thai). Klik butang OK bila menu Install
Supplemental Language Support di paparkan.


5. Kemudian tekan butang Apply. Komputer akan menjalankan proses meng'install' atau copy files tulisan arabic serta aplikasi-aplikasinya. (Gambar di bawah)














6. Arahan menyuruh restart komputer di paparkan. Abaikan arahan ini dengan klik butang NO. Kemudian klik pada butang Details pada To view or change the languages... (lihat gambar atas).



7. Kemudian, arahan Text Services and Input Language akan keluar, klik butang Add...

8. Setelah butang Add di tekan, arahan Add Input Language pula akan keluar.


Klik pada Input Language. (Klik pada English (United States))












9. Setelah menu Input Language di tekan, anda perlu memilih bahasa-bahasa yang di kehendaki.

Saya syorkan disini, pilih Arabic (Saudi Arabia), seperti yang saya telah tandakan pada gambar di sebelah.

Klik pada Arabic (Saudi Arabia) untuk memilihnya.











10. Setelah memilih bahasa (Arabic), Klik butang OK. Seperti gambar sebelah.








11. Setelah selesai, Klik butang Apply dan diikuti butang OK. Pastikan satu icon language bar akan keluar pada taskbar (Seperti gambar bawah).










Penggunaan Tulisan Arabic

Dalam Microsoft Word, cara untuk mengaktifkan tulisan arab adalah seperti gambar di bawah. Saya menggunakan Microsoft Word 2007. Tapi cara guna lebih kurang Microsoft Word 2003 dan XP.


1. Mula-mula sekali, aktifkan Arabic Language. Caranya, klik pada icon EN pada language bar (Gambar sebelah). Kemudian klik AR iaitu Arabic. Tanda 'tick' menunjukkan ia aktif.





2. Kedua, klik pada Right-to-Left Text Direction. Di dalam Microsoft Word 2007, ia berada di dalam toolbar Home. Bagi Microsoft Word 2003/XP, ia berada pada Formatting Toolbar.

Nota : Pastikan keyboard anda mempunyai tulisan arab di atasnya.




Selesai... Wassalam

PS: Pada topik seterusnya, saya akan ajar cara install tulisan Jawi. Dan saya akan upload tulisan jawi..

Klik : Download, Install & Guna tulisan JAWI