Wednesday, July 29, 2009

Install Arabic Language pada Win XP

Perlu di ingatkan, jika pengguna mahu menggunakan tulisan arab serta tulisan jawi, anda perlu mengaktifkan penggunaan tulisan arab dahulu pada Windows anda.

Disini saya akan sertakan cara-cara install 'arabic language'.

Contoh language bar

Language bar terletak di atas taskbar (Lihat gambar sebelah)

EN = Penggunaan biasa (English (US))
AR = Arabic, klik sini untuk mengaktifkan tulisan Arabic


Cara install arabic (Tulisan Arab)


1. Pastikan anda mempunyai CD/DVD Windows XP. Masukkan CD/DVD tadi ke dalam pemacu CD/DVD komputer anda. Close/Exit apa-apa arahan yang keluar.

2. Klik pada START > SETTING > Control Panel atau anda boleh masuk ke Control Panel melalui My Computer (dalam Other Places).


Klik pada Switch To Classic View untuk memaparkan keseluruhan icon dalam Control Panel. Lihat gambar sebelah.









3. Dwi Klik (double clicks) pada Regional and Language Options (Icon seperti gambar sebelah)




4. Klik pada bar Languages (Seperti gambar di bawah). Tandakan 'tick' pada Install files for complex script and right-to-left languages (including Thai). Klik butang OK bila menu Install
Supplemental Language Support di paparkan.


5. Kemudian tekan butang Apply. Komputer akan menjalankan proses meng'install' atau copy files tulisan arabic serta aplikasi-aplikasinya. (Gambar di bawah)














6. Arahan menyuruh restart komputer di paparkan. Abaikan arahan ini dengan klik butang NO. Kemudian klik pada butang Details pada To view or change the languages... (lihat gambar atas).



7. Kemudian, arahan Text Services and Input Language akan keluar, klik butang Add...

8. Setelah butang Add di tekan, arahan Add Input Language pula akan keluar.


Klik pada Input Language. (Klik pada English (United States))












9. Setelah menu Input Language di tekan, anda perlu memilih bahasa-bahasa yang di kehendaki.

Saya syorkan disini, pilih Arabic (Saudi Arabia), seperti yang saya telah tandakan pada gambar di sebelah.

Klik pada Arabic (Saudi Arabia) untuk memilihnya.











10. Setelah memilih bahasa (Arabic), Klik butang OK. Seperti gambar sebelah.








11. Setelah selesai, Klik butang Apply dan diikuti butang OK. Pastikan satu icon language bar akan keluar pada taskbar (Seperti gambar bawah).










Penggunaan Tulisan Arabic

Dalam Microsoft Word, cara untuk mengaktifkan tulisan arab adalah seperti gambar di bawah. Saya menggunakan Microsoft Word 2007. Tapi cara guna lebih kurang Microsoft Word 2003 dan XP.


1. Mula-mula sekali, aktifkan Arabic Language. Caranya, klik pada icon EN pada language bar (Gambar sebelah). Kemudian klik AR iaitu Arabic. Tanda 'tick' menunjukkan ia aktif.





2. Kedua, klik pada Right-to-Left Text Direction. Di dalam Microsoft Word 2007, ia berada di dalam toolbar Home. Bagi Microsoft Word 2003/XP, ia berada pada Formatting Toolbar.

Nota : Pastikan keyboard anda mempunyai tulisan arab di atasnya.




Selesai... Wassalam

PS: Pada topik seterusnya, saya akan ajar cara install tulisan Jawi. Dan saya akan upload tulisan jawi..

Klik : Download, Install & Guna tulisan JAWI

Thursday, July 23, 2009

Picasa 3 : Sehebat ACDSee







Picasa 3 :
Cari, edit dan kongsi gambar anda


Kalau anda sukakan proses mengedit gambar, membuat slide dan persembahan, Picasa 3 keluaran Google adalah pilihan terbaik.

Dan yang paling best..ianya adalah PERCUMA










Rasanya tak perlu saya ulas panjang-panjang.. Download sekarang

Download : Sini

Youtube : Introducing Picasa 3


Wassalam...

Wednesday, July 22, 2009

Isian semula (refill) katrij Printer Ip1880

Cara isian semula dan reset (refill) katrij printer Canon yang menggunakan katrij PG40 / PG 830 dan CL 41 / CL 831

Nota : Kandungan ink (sukatan mililiter/ml) dalam katrij PG830 dan CL 831 adalah sedikit berbanding PG40 dan CL 41.

Juga : Cara refill di bawah boleh juga di gunakan pada model printer yang menggunakan katrij PG40, PG830, CL41, CL 831, 50 (black), 51 (color) dan 52 (Photo).

-------------------------------

1. Contoh warning yang keluar apabila ink sudah kehabisan


(Gambar 1) Ink has run out

Arahan menunjukkan ink sudah kehabisan.

(jika ingin teruskan dengan saki baki ink, tekan butang RESUME/CANCEL selama (sekurang-kurangnya) 5 saat.









(Gambar 2)

Tanda merah : Ink sudah kehabisan dan proses mencetak terhenti.

Tanda kuning : Ink semakin berkurangan.






(Gambar 3)

Keluarkan katrij yang kehabisan ink tadi.
Jika katrij PG40/PG830 (black), kita hanya perlu menebuk satu lubang sahaja, dan di isi dengan ink hitam.

* Saya sarankan setiap ink yang dimasukkan, sebanyak 10ml.











(Gambar 4-Untuk katrij warna)

Bagi katrij warna (CL41/831)


Jika katrij warna, tiga lubang perlu di tebuk

Isi setiap lubang dengan warna yang berlainan

Saranan saya : isikan 6 ml untuk setiap warna



Masukkan katrij tadi ke dalam printer dan jalankan proses cleaning head.

Nota : Cara clean head ; Klik START > SETTING > PRINTERS & FAXES > [klik kanan pada icon printer anda - contoh IP1880] dan pilih Properties > MAINTENANCE > [Pilih deep cleaning].

Sebelum proses deep clean berjalan, amaran ini akan keluar (Seperti gambar 1 dan gambar 2) dan lampu (warna oren) akan menyala (berkelip-kelip).







(Gambar 5)

Cara reset (disable) amaran;

Untuk disable amaran di atas, tekan tanpa lepas butang RESUME/CANCEL selama 5 saat atau sehingga proses deep clean dapat di lakukan.
(Lihat gambar 5 di sebelah)









Setelah printer di reset, paparan katrij akan kosong (seperti gambar sebelah). Jangan risau, ini adalah keadaan biasa bagi pengemar isian semula atau menggunakan ink/refill.

Printer anda akan 'bertugas' seperti biasa.



Nota : (Gambar atas) Ink is running low - Arahan untuk katrij warna.
Nota : Lakukan langkah yang sama untuk mengisi katrij warna. (Gambar 4)


(Gambar 6)

Gambar di sebelah menunjukkan kedua-dua katrij telah di refill dan di reset







-----------------------------
Also

Refill Instructions Canon 40 and 41 Inkjet Cartridges

1. Remove label from top of cartridge
2. Using a drill tool, open all of the vent holes that were previously covered by the cartridge label.
3. Tape over all holes except the one you are going to put ink into. Use scotch tape or black electrical tape.
4. Set the cartridge on news paper or paper towel so the print head is in contact with the paper.
5. Attach needle to syringe and load syringe with 6 cc of ink per color position for the 41 cartridges or 20 cc for the black 40 cartridges.
6. Insert needle into correct cartridge ink hole. Make sure needle reaches to bottom of cart.
7. SLOWLY inject the ink into the cartridge. Stop if the ink begins to well up from the fill hole.
8. Clean off top of cartridge, un-tape the next fill hole and tape over the one just filled. This is so you do not get accidental color contamination.
9. Repeat steps 5, 6, 7, 8 until all colors have been injected.
10. Clean off the top of the cartridge. Place scotch tape over the top of the cartridge so it covers every hole.
11. Use a pin and put a small hole (vent hole) through the scotch tape for each hole on the top of the cartridge. This is important, don’t skip this step. The cartridge must be vented to atmosphere or it will not work.
12. Reinstall in printer and run one or two cleaning cycles until the cartridge begins to print correctly.

Wassalam...

Monday, July 20, 2009

Al Quran (Malay) in MS Word 2003 & 2007

Satu perisian percuma yang ringkas, mudah dan berguna.












Cara menggunakan perisian ini;

Download : SINI
Download : SINI

Install perisian Al Quran tersebut;

Menu Al-Quran berada di sebelah menu Help dalam Microsoft Office Word.











Klik pada menu Al-Quran,

Get Arabic + Translation = Ayat Al Quran dan Terjemahan

Get Arabic = Ayat Al Quran sahaja
Get Translation = Terjemahan sahaja


Surat/Surah : Ada keseluruhan surah

Ayat : Pilihan ayat dari () hingga ()

Font Size : Pilihan saiz huruf












Untuk pengguna yang menggunakan Office 2007, Menu Al Quran berada dalam Add-Ins








Wassalam...

Sunday, July 19, 2009

[Recuva] Kembalikan Fail Yang Hilang

Perisian Recuva digunakan untuk mendapatkan semula fail anda yang hilang. Punca kehilangan data-data atau fail-fail anda yang penting adalah seperti;

1. Hard Disk (HDD) diformat atau ter'delete' dan terhapus dari Recycle Bin.
2. Kehilangan data dalam Pen Drive.

Caranya;

1. Download perisian RECUVA secara percuma : KLIK

2. Install persisian tersebut kedalam PC anda.

3. Cara menggunakan perisian Recuva

File Type.

Pilih jenis fail yang anda perlukan, samada pictures, music, documents (Word, Excel, pdf etc), Video atau cari keseluruhan data.











File Location;


Jika 'I'am not sure' dipilih, Recuva akan mencari fail-fail yang dipilih tadi di keseluruhan HDD atau media-media yang lain

In a specific location

Tekan butang 'browse' dan pilih media lain yang di kehendaki. Contohnya; Pen Drive






Select Location


Setelah menekan butang 'browse', select location akan kelihatan. Pilih lokasi data yang di perlukan.











Enable Deep Scan


Tandakan pada Enable Deep Scan untuk pencarian data yang maksimum. Ia akan mengambil masa yang lama, bergantung kepada saiz media.
Tekan butang Start untuk memulakannya.









Fail-fail yang dijumpai


Fail yang bertanda hijau adalah fail yang sempurna. Hanya fail ini yang boleh di 'becup' semula.

Manakala fail yang berwarna kuning dan merah adalah fail yang tidak dapat diselamatkan.

Tandakan pada fail yang bertanda hijau dan klik butang 'Recover'.

Pilih lokasi untuk fail tersebut di simpan.



Kemungkinan-kemungkinan fail tersebut tidak dapat di selamatkan;

1. Menggunakan 'Full Format' semasa format HDD
2. Fail-fail lain telah di 'over write' di atas fail asal.
3. Masa yang lama