Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Kalau Dato' T Nk Jatuhkan UMNO camna?

Macam ni kah kita bila video tu bukan lakonan lelaki Y?

Apa yg terrakam dalam video tu masih menjadi pertanyaan walaupun rata-rata yang dah 'tengok' lelaki dalam video tu adalah iras2 pemimpin kanan pembangkang. Kita dah tengok video tu, dah soheh 100%, butir2 terperinci dan tidak mendatangkan syak dah dapat? Jawabnya BELUM!

Kita hanya mengambil khabar angin, menokok tambah, seting dan sunting serta sambung dan kaitkan cerita sampai berkait-kait panjangnya, hinggakan kita alpa dengan tugas seharian dan apa yg perlu dibuat.

Dah la tu, jangan dihebah & ditokok tambah buat cakap orang.

Saya bukan apa, dalam dok syok2 hentam dan rekacereka, kang nya terkena balik, tu dah terkena pukulan TKO. Memang rebah terus tak dapat bangun. Bila dah rebah terus, tang DNA dan isu sondol II orang tak pandang dah. Ye la kan, seminggu dua kebelakangan ini hebah diperkatakan rakyat dok asak DS Anwar serah DNA untuk cari kebenaran. Anwar dok bersilat tak mahu serah DNA, dan untuk menyedapkan silatnya, ditambah2 dengan bukti dan tuntutan dia dalam mahkamah yg mahkamah nafikan.

Betul ke dalam video tu lakonan 'orang tu'?

Wartawan yg dah tengok pun teragak2 nk kata YA (kot).
Ada yg tak nk komen lansung.
Ada yg terus kata 'Bukan' dia.

Sekarang orang (penyokong pembangkang) dok kata tu kerja (video) UMNO, UMNO buat.

Silap hari bulan, ada orang nk kenakan UMNO-BN. Kalu video ni palsu atau bukan 'orang tu', Anwar masuk lokap pun orang tak caya dia salah, orang akan kata - konspirasi. Rakyat mungkin akan bangkit menentang dan terjadilah cam Mesir atau Libya.

Masa tu;
Pilihanraya Sarawak - BN kata boleh dapat 50, tup2 jadi kurang, mungkin 10 - tu pun tenat.
PRU 13 - Anwar jadi PM, DAP TPM.

Harapan saya, udah la tu. Biar mereka buat keputusan sendiri.
Sy takut terkantoi je.

Sedikit seloka;

Video Sex dikejar tak dapat-dapat, DNA pula keciciran.

Sunday, November 28, 2010

Cara Reset Ink Absorber Full (E27) Pada Printer Canon

Cara reset Ink Absorber Full (E27 atau E8) pada Printer Canon MP145/150/160


1. Matikan printer (kabel power masih terpasang), tekan dan tahan butang STOP/RESET kemudian tekan dan tahan butang ON/OFF dan lepaskan STOP/RESET,
kemudian tekan tombol STOP/RESET 2x (Dua Kali)

2. Lepaskan kedua dua butang, sekarang printer dalam keadaan SERVICE MODE (pada LCD printer dipapar nombor "0" - kosong)

3. Setelah lampu on/off berwarna hijau, Tekan butang STOP/RESET sesuai dengan petunjuk berikut:

tekan 1x = lampu Orange nyala >untuk Service pattern print
tekan 2x = lampu Hijau nyala >untuk EEPROM print
tekan 3x = lampu Orange nyala >untuk EEPROM reset
tekan 4x = Lampu Hijau Nyala >untuk Waste ink counter reset

4. Matikan printer dan cabut kabel POWER.

5. Hidupkan kembali printer anda.



Canon Error Code:

E2-2 = tidak ada kertas (ASF)
E3-3 = Paper jam
E4 = tidak ada cartridge
E5-5 = ink cartridges tidak terpasang atau cartirdge yang terpasang salah (tidak compatibel)
E8 = absorber full, atau platen waste ink absorber full - kena reset
E9 = sambungan ke digital camera / video camera tidak support
E14 = Ink cartridges whose destination are wrong
E15 = Ink cartridge tidak dipasang
E16 - Ink remaining is unknown
E16 -E19 = masalah pada scan head alignment sheet
E22 = Carriage error
E23 = Paper feed error
E24 = Purge unit error
E25 = ASF(cam) sensor error
E26 = Internal temperature rise error
E27 = ink absorber full or platen waste ink absorber full >kena reset
E28 = Ink cartridge temperature rise error -
E29 = EEPROM error
E33 = Paper feed position error
E35 15 = USB Host VBUD overcurrent error - USB
E37 17 = motor driver tidak betul
E40 20 = hardware lain error
E42 22 = Scanner error

Kredit - KLIK

Tuesday, September 28, 2010

Petua Orang Alim

bila dah senja

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas (stress)
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

-------------------

Tambahan

EMPAT CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Wednesday, August 4, 2010

Contoh Resume yg Lengkap dan Terkini


INFO YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMBINA SATU RESUME YANG LENGKAP

Maklumat Peribadi (Personal Information)

Maklumat peribadi adalah merangkumi nama, alamat, nombor telefon dan e-mail. Anda boleh juga memasukkan profail ringkas yang merangkumi objektif kerjaya anda. Pastikan bahawa maklumat peribadi adalah ringkas. Tak payah nak masukkan info yang tidak relevan seperti warna rambut, status, tempat lahir, jumlah anak, jumlah isteri, opsss…

Tolong simpan huraian lanjut anda untuk bahagian yang lebih penting.

Hobi/ Aktiviti Masa Lapang (Interests/ Hobbies)

Majoriti majikan gemar mengambil calon yang mempunyai keseimbangan dalam kerjaya dan hidup. Menerangkan apa yang ada buat di masa senggang dapat menolong future employer menilai karektor anda. Adakah anda seorang yang suka menyertai kerja – kerja amal? Gemar fotografi? Menyelam? Penulisan kreatif? Sebutkan.
Hobi yang dinyatakan tidak semestinya berkaitan dengan kerjaya anda. Malah anda juga boleh memilih untuk tidak menyertakan maklumat berkaitan hobi.

Pendidikan dan Kelayakan Profesional (Education and Professional Qualifications)

Masukkan maklumat yang paling terkini sahaja. Misalnya, anda baru sahaja tamat pengajian ijazah. Maklumat tersebut adalah mencukupi, ditambah dengan maklumat sekolah menengah. Tak payah letak maklumat sekolah rendah, tadika dan taska. Sekiranyaanda berkeras jugak (degil sungguh) nak letak maklumat sekolah rendah sebab anda lompat darjah dua kali (pandainyeeee… anak sape ni..), anda boleh berkongsi maklumat tersebut semasa temuduga, itupun sekiranya diperlukan. Bukan dalam resume.

Maklumat kelayakan profesional adalah kursus – kursus yang pernah anda ikuti atau persijilan (certification) tambahan yang anda perolehi. Misalnya, kursus keusahawanan, Six Sigma, LCCI cerification, kursus andaman dan sebagainya.

Ingat!

Hanya letakkan kelayakan profesional yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon sahaja. Jangan beria – ia nak masukkan semua maklumat sampaikan kursus kahwin pun nak dimasukkan.

Skil/ Kemahiran (Skills)

Sertakan ringkasan skil: kemahiran mengunakan aplikasi komputer, book keeping, kelajuan menaip, project management, menggubah bunga, penyediaan western food, dan sebagainya.

Ingat!

Hanya letakkan skil yang paling relevan dengan kerjaya anda sahaja. Kalau apply untuk kerja network engineer , jangan letak ‘mahir menjahit cross-stitch‘. Kena baling ngan telur busuk.

Bahasa (Language)

Letakkan seberapa banyak bahasa utama yang anda tahu, berserta tahap penggunaan. Sekiranya anda tahu bahasa asing seperti bahasa Jepun atau Perancis, pastikan maklumat tersebut turut disertakan.

Contoh:
Language (Spoken) (Written)
English (8) (10)
Malay (10) (10)
Mandarin (8) (6)
Arab (10) (7)

Kriteria bahasa adalah lebih mudah dibaca dalam bentuk jadual. Pilihan jadual juga mempelbagaikan kandungan resume anda supaya tidak nampak mendatar.

Pengalaman Kerja (Working Experience)

Maklumat yang paling penting dalam penulisan resume anda adalah pengalaman kerja. Mengapa?

• perkara pertama yang akan dipertimbangkan oleh majikan.

• membezakan antara yang experienced dan fresh graduate .

• memutuskan sama ada anda mampu memikul tanggungjawab yang lebih berat.

• menentukan basic salary anda (fuiyo! penting tu).

So camane nak start cerita pasal working experience nih?

* The best would be in reverse chronological order (didahului dengan pengalaman kerja yang paling akhir). Semasa temuduga juga, majikan akan lebih menekankan soalan yang berkaitan dengan pengalaman kerjaya anda yang terkini.

* Nyatakan tarikh (tahun/ bulan) bila anda bermula dan mengakhiri setiap kerjaya. Pastikan tiada ruang kosong atau jarak yang lama di antaranya. Sekiranya ada, pastikan anda boleh menyatakan sebabnya apabila disoal semasa temuduga kelak.

* Terangkan dengan jelas tentang tugas dan tanggungjawab anda untuk setiap kerjaya. Tekankan skil yang paling relevan dengan kerjaya yang anda pohon. Anda boleh menggunakan beberapa perkataan yang power untuk memberikan professional feel kepada penulisan resume anda.

* Hadkan pengalaman kerja anda kepada tiga yang terakhir. Lima paling maksima. Sekiranya anda nyatakan lebih dari itu, majikan mungkin akan mendapat tanggapan bahawa anda suka job hopping (bertukar – tukar kerja).

Fresh graduates : Anda boleh abaikan bahagian ini. Tapi jangan lupa menyatakan tentang kursus atau praktikal yang pernah anda ikuti sekiranya ada.

Pencapaian dalam Kerjaya (Accomplishments)

Fikirkan. Apakah yang akan membezakan penulisan resume anda dengan yang lain? Calon lain pun ada skil yang diperlukan, calon lain pun ada beberapa tahun pengalaman, calon lain pun ada rujukan yang baik. Jadi apa yang anda boleh buat untuk membezakan atau menaikkan taraf resume anda daripada mereka?

Jawapannya adalah: pencapaian anda dalam bidang kerjaya

Inilah kriteria penghulu dalam penulisan sebuah resume. Biasanya diletakkan selepas atau digabungkan dengan kriteria Working Experience. Sekiranya kriteria ini dihuraikan dengan baik (dan segala aspek resume yang lain dipatuhi), saya jamin bahawa kemungkinan anda dipanggil temuduga adalah 110%. Begitulah kuatnya impak Accomplishments. It can work wonders.

Tetapi jarang sekali saya lihat kriteria di atas dititik beratkan oleh calon.

Pencapaian dalam kerjaya bermaksud pencapaian atau sumbangan anda yang ketara semasa bertugas. Ia mungkin dalam bentuk keuntungan, penjimatan, pembaik pulihan, pengiktirafan, anugerah dan sebagainya.

Lihat dua contoh di bawah:
Contoh A

Prepared training modules for new hires

Contoh B

Developed comprehensive training modules (Softskill & Product Knowledge) for new hires that lead to 32% increase in service level

Nampak tak perbezaan antara A dan B? Kedua – duanya menerangkan perkara yang sama tetapi ayat B mempunyai 3 kekuatan:

1. pengunaan perkataan yang power – developed, comprehensive
2. penerangan yang lebih fokus – softskill & product knowledge
3. pencapaian – that lead to 32% increase in service level

Ayat manakah yang anda rasa akan menarik perhatian bakal majikan? Tepuk dada dan tanyalah selera.

Rujukan (Referees)

Maklumat berkaitan dengan orang yang boleh menjadi rujukan anda. Jumlah optimum adalah empat orang. Dua dari bidang akademi, dua dari bidang pekerjaan. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, syarikat dan nombor untuk dihubungi. Tempoh perkenalan adalah tidak perlu.

Penting!

Mintak izin dulu ye? Jangan memandai nak sumbat maklumat orang lain sesuka ati korang. Pentingnya meminta izin adalah supaya rujukananda bersedia untuk bekerjasama sekiranya dihubungi oleh bakal majikan anda.

Bukan semua syarikat memerlukan rujukan. Jadi, anda boleh memilih untuk tidak menyertakan rujukan. Sekiranya diperlukan, maklumat rujukan boleh diberikan semasa temuduga atau diisi dalam borang temuduga.

Gaji (Salary)

Gaji sekarang (current salary)

Ada yang suka menipu dengan meletakkan amaun yang lebih tinggi untuk current salary, dengan harapan akan mendapat expected salary yang diinginkan. Ketahuilah bahawa majoriti syarikat akan meminta slip gaji terakhir sebelum menawarkan anda kerja. Kalau terbukti anda menipu, lupakan saja peluang anda untuk menjawat jawatan tersebut. Dengan kata lain, anda kantoi.

Gaji yang dikehendaki (expected salary)

Expected salary mestilah setimpal dengan kelayakan dan pengalaman anda. Setiap kali anda bertukar kerja, secara kasarnya anda boleh menaikkan expected salary dengan penambahan RM500 – RM2000 (pastikan setimpal dengan pengalaman). Atau gunakan prinsip kenaikan 30% – 50% dari gaji lama.

Jangan sekali – kali meletakkan gaji yang spesifik. Nyatakan lingkungan gaji yang dikehendaki sahaja.

Jangan lupa letakkan terma ‘Negotiable’ atau yang seangkatan dengannya. All the little details count! Terma ini menggambarkan bahawa gaji yang anda kehendaki masih boleh dirundingkan semasa proses temuduga nanti.

Contoh:

Expected Salary

RM2500 – RM3200 (Negotiable)

RM3200

RM2500 – RM3200 (Nego)

RM2500 – RM3200 (Negotiate)

Salary is fully negotiable

Salary is negotiable, depending on the responsibilities of the position.

Isu gaji paling baik dibincangkan semasa temuduga. Nyatakan gaji yang dikehendaki (expected salary) dalam resume hanya jika diminta berbuat demikian. Dikhuatiri, jika anda meletakkan gaji yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, risiko untuk anda diketepikan dari panggilan temuduga juga sangat tinggi.

The bottom line is this: if it’s not asked, don’t volunteer. Senang citer.

Sumber : www.jobsmalaysiaonline.com

Monday, August 2, 2010

Contoh Soalan Temuduga Kerajaan - SPA


1. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan peranan yang dimainkan oleh SPA?

2. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?

3. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?

4. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatanyang diberikan oleh jabatan anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?

5. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?

6. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?

7. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh Juruukur (atau jawatan yang dipohon) di jabatan ini?

8. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?

9. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada beliau untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan beliau menjadi seorang jurutera yang serba boleh?

11. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang?

12. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap yang tertinggi?

13. Mengapa anda memohon jawatan ini?

14. Kenapa jawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?

15. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa ini?

16. Sebagai pereka lanskap, apakah langkah langkah yang perlu diambil, serta faktor faktor yang mesti diambil kira sebelum anda melakukan sebarang rekaan di atas kertas?

17. Nyatakan sebarang pencapaian atau keterlibatan anda dalam membangunkan sistem teknologi maklumat, samaada di tempat kerja sebelum ini, di universiti atau di tempat tempat lain.

18. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?

19. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaranyang muncul dalam proses perpindahan ini?

20. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau programyang besar dan berjaya.

Sumber: Jobsmalaysiaonline.com


Sedikit Tentang Tips Lulus Temuduga Kerajaan

Temuduga merupakan proses yang perlu dilalui oleh mereka yang ingin menjawat jawatan awam atau kerajaan. Proses temuduga ini penting kerana ia merupakan antara benteng terakhir yang menentukan samaada usaha anda selama ini yang bersusah payah mengisi borang SPA dan juga menghadiri sesi ujian bakal memberi habuan atau sebaliknya kekecewaan.

Pastikan anda membuat persediaan rapi sebelum menghadapi sesi temuduga kerana tanpa persediaan yang secukupnya, anda akan pulang hampa dan kecewa.

Berikut adalah 5 tip asas dan mudah yang boleh diikuti oleh anda yang akan melalui temuduga kerja kerajaan:

1. Ambil berat adab dan tertib temuduga

Tampilkan pemakaian dan personaliti yang menggambarkan anda seolah olah seorang eksekutif yang yakin, berkarisma dan berketerampilan. Untuk lelaki, tali leher serta kasut, baju dan seluar yang berpadanan manakala untuk wanita, pemakaian eksekutif yang bersesuaian. Jangan segan silu untuk memakai kot atau blazer, kerana ia bukan sesuatu yang anda akan lakukan setiap hari. Pastikan anda datang awal ke sesi temuduga, lengkap dengan segala dokumen yang diperlukan.

2. Tahu tugas dan peranan anda

Semak semula jawatan yang dipohon dan senaraikan tugas tugas dan peranan yang mungkin dipikul jika sekiranya anda berjaya menjawat jawatan kosong yang ditawarkan. Jika ditanya, “Pada pandangan anda, apakah tugas tugas jawatan seorang Pegawai Penyelia seperti yang anda pohon sekarang?”, perkara terakhir yang anda inginkan berlaku adalah gagal menjawab soalan di atas dan hanya kelu tidak terkata di hadapan penemuduga. Dapatkan maklumat dari beberapa sumber seperti laman web, buku panduan, rakan rakan serta ahli keluarga yang bekerjaa dengan kerajaan.

3. Buat kajian mengenai struktur & organisasi pentadbiran kerajaan

Buat sedikit kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas tugas yang dipikul oleh jabatan yang berlainan. Buat perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk memahami perbezaan dari segi struktur dan fungsi. Ini terutamanya penting untuk mereka yang bakal menghadiri temuduga PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).

4. Ambil tahu isu semasa dan terkini

Seorang kakitangan kerajaan perlu sentiasa peka dengan perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang berlaku di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, penemuduga mungkin bertanyakan pendapat anda tentang dasar dasar luar Amerika yang diamalkan oleh Presiden barunya Barrack Obama. Manakala, dari konteks dalam negeri, anda mungkin diminta menghuraikan pandangan anda tentang konsep Satu Malaysia yang diperkenal oleh Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak.

5. Usaha jawab walaupun tidak tahu jawapan tepat

Bukan sesuatu yang memalukan jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan temuduga. Tetapi, jangan sekadar menjawab “maaf, saya tidak tahu”. Sebaliknya, cuba terangkan sejauh mana yang anda tahu dan tunjuk usaha kepada penemuduga bahawa anda sanggup bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau maklumat.

Sebenarnya, selain daripada menguji pengetahuan, penemuduga ingin mengetahui sejauh mana usaha atau inisiatif anda mencuba. Mereka juga ingin bersemuka dengan calon pekerja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mereka yang boleh membuat analisa kepada sesuatu persoalan dan isu.

Sunday, August 1, 2010

Makanan Yg Dilarang Utk Pengantin Perempuan


ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata :

"Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

"Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh (70) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat (4) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu:

1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam


Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."

Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna" .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."


"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S"

Thursday, July 29, 2010

Top 10 Antivirus Software

Klik untuk besarkan gambar


No 1 : BitDefender - http://www.bitdefender.com/

No 2 : Kaspersky - http://www.kaspersky.com/

No 3 : Webroot - http://www.webroot.com/

No 4 : Norton Antivirus - http://www.symantec.com/

No 5 : ESET Nod 32 - http://www.eset.my/

No 6 : AVG Antivirus - http://free.avg.com/

No 7 : F-Secure - http://www.f-secure.com/

No 8 : G-Data Antivirus - http://www.gdatasoftware.com/

No 9 : Avira Antivirus - http://www.avira.com/

No 10 : Trend Micro - http://us.trendmicro.com/us/home/

Monday, July 26, 2010

Orang Yang Mencintai Kamu



1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika
ada,jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan
menyesal melakukannya!


Saturday, July 24, 2010

Melayu Suka Membazir Ketika Nikah

Kata seorang ustaz, antara calon isteri yang baik ialah yang murah mas kahwinnya. Hal ini termasuklah wang hantarannya, tidaklah terlalu mengada-ngada seperti orang sekarang, hendakkan RM11,111.11 atau RM22,222.22 atau RM33,333.33 atau RM44,444.44. Hidup biarlah berpada-pada, janganlah nak riak, nak menunjuk-nunjuk.

Semuanya akan membawa kehancuran. Sia-sia saja amal perbuatan sedangkan kita hendakkan keredaan Allah SWT.

Ia benar-benar berlaku sekarang ini. Sebagai seorang Muslim dan bapa kepada beberapa orang anak remaja yang akan berkahwin suatu masa nanti, eloklah penulis menyentuh hal ini supaya masyarakat Islam dapat bersama-sama membanteras gaya hidup baru yang tidak Islamik ini.

Kebetulan kelas pengajian kuliah Subuh yang penulis ikuti di masjid sekarang ini membicara soal nikah. Ustaz terbabit tidak terlepas daripada memberitahu jemaah bahawa perkahwinan dengan hantaran wang sebegitu banyak bukan daripada ajaran Islam.

Beliau memberitahu dua sebab mengapa amalan berkenaan mesti ditentang selain daripada membazir dan menunjuk-nunjuk. Pertamanya ia dikhuatiri akan menjadi contoh kepada masyarakat dan yang kedua perkahwinan gah begini akan mengecilkan hati orang miskin dan tidak mampu.

Jika orang berada dan berpangkat berbangga dan menghebahkan seluruh negara akan hantaran dan pemberian hadiah yang sebegitu besar, dikhuatiri ia akan menjadi panduan masyarakat. Tidak menghairankan jika bakal keluarga pengantin perempuan akan menuntut wang hantaran sekurang-kurangnya RM10,000, RM15,000 dan RM20,000.

Ada akan jadi dengan masyarakat jika keadaan ini berlaku? Mampukah anak-anak muda yang baru bekerja atau keluar dari universiti menyediakan jumlah wang sebegini besar sedangkan keinginan mereka untuk kahwin sudah memuncak.

Seorang anak muda lulusan universiti (untuk ijazah pertama) ketika mula bekerja sudah berusia 23 tahun. Gaji permulaannya mungkin RM1,300 sebulan. Ditolak dengan bayaran pinjaman pendidikan, pinjaman kereta, sewa bilik, pemberian kepada keluarga dan pelbagai perbelanjaan lain, mungkin dia dapat menyimpan RM200 sebulan.

Jika dihitung setahun, dia baru mampu mengumpul RM2,400. Kalau 10 tahun menghimpun, dia baru mengumpulkan RM24,000. Ketika itu pun umurnya sudah terlajak ke 33 tahun.

Bagi kebanyakan anak muda, pada usia 25-30 tahun, mereka sudah 'gatal' untuk kahwin. Tapi wang tiada. Disebabkan oleh 'segolongan manusia' yang gila glamour dan sebagainya, ibu bapa 'buah hati' mereka akan tetapkan wang hantaran melampau seperti RM10,000, RM20,000 atau RM30,000. Cuba bayangkan bagaimana anak muda kita hendak 'cekau' duit sebegitu banyak bagi membolehkan mereka kahwin?

Bukankah ini akan menimbulkan masalah besar dalam masyarakat. Bukankah akan berlaku fitnah paling hebat dalam masyarakat? Anak-anak muda yang kemaruk untuk kahwin tetapi tidak dapat kahwin akan menerbitkan rangkaian masalah yang bukan saja menjejaskan masyarakat tetapi juga negara, bangsa dan agama.

Ustaz itu bertanya betapa banyak bakal pengantin dan keluarga pengantin cuba mendalami pengajian agama. Katanya, tidak ramai sebab kebanyakan manusia hari ini mengejar dunia dan segala perhiasannya. Jika mereka tahu ilmu agama tidaklah mereka berbuat seperti hari ini. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Sebesar-besar berkat penikahan ialah yang sedikit mas kahwinnya."

Apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada masyarakat kita? Nampaknya, masyarakat sedang menuju ke arah fitnah terbesar sedangkan sebahagian besar anggotanya tidak menyedarinya. Mereka yang mengaku beragama Islam tidak lagi hidup berpandukan ajaran Rasul tetapi mengikut hawa nafsu yang berdasarkan logik akal masing-masing.

Dalam bab perkahwinan ini pun, orang Islam tidak mengikut contoh yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w. tetapi membiarkan diri mereka terjerumus ke dalam lembah yang ditunjuki oleh orang Yahudi dan Nasara.

Misalnya, dalam bab berpakaian, orang Islam yang berkahwin pun mengikut telunjuk Yahudi dan Nasara. Sedangkan sudah jelas dinyatakan salah satu perkara yang membezakan antara orang Islam dengan orang Islam ialah dari segi berpakaian.

Jika pengantin wanita Islam memakai pakaian yang mendedahkan tubuh badan mereka, apakah yang membezakan antara diri mereka dengan orang bukan Islam? Jika mereka memakai gaun menunjukkan sebahagian buah dada atau telanjang belakang (bare back), apa bezanya mereka dengan orang bukan Islam.

Jika Allah SWT mengancam menghumbankan si kufur ke lembah azabnya, apakah jaminan untuk orang Islam yang hidup mengikut telunjuk Yahudi dan Nasara tidak sama dicampakkan ke sana.

Alangkah peliknya sesetengah anggota masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita hidup bagai 'sumpah-sumpah' yang boleh bertukar 'color' (warna). Jika nikah di masjid, boleh pakai tudung litup, majlis bersanding boleh pakai gaun dedah sana dedah sini. Jika khatam Quran, begitu manis bersopan bertudung litup tetapi pada majlis jamuan, tudung ke mana, pakaian seksi juga jadi kebanggaan.

Yang dibimbangi, golongan ini akan menjadi ikutan, 'set trend' dalam masyarakat. Akan timbullah kata-kata seperti, 'si dia tu boleh buat begitu, kenapa kita tidak boleh?' 'Si dia tu, boleh bikin pelamin dalam masjid, kenapa kita tidak boleh?' 'Anak dia dapat hantaran RM22,222.22, kenapa anak kita tidak boleh dapat RM33,333.33 kerana anak dia lulus SPM saja sedangkan anak kita lulusan universiti luar negara?'

Ustaz kuliah Subuh itu cukup bimbang, perkembangan hal ehwal kahwin di negara kita sedang menuju apa yang berlaku di sesetengah negara Arab. Katanya, di negara berkenaan, adalah sukar seorang bujang berkahwin kerana tuntutan keluarga pengantin perempuan terlalu banyak dan tinggi. Misalnya, menyediakan rumah, kereta dan pembantu rumah.

Mampukah si bujang menyediakan kemewahan ini sedangkan mereka 'baru nak kenal hidup'. Ramailah anak bujang Arab, jadi bujang terlajak. Ramai yang kahwin warga asing dan tak kurang juga yang hanyut di kota-kota maksiat seperti Bangkok, London dan Paris.

Jadi kepada mereka yang prihatin kepada kesucian Islam, marilah sama-sama membanteras amalan kurang sihat yang mula menular dalam masyarakat kini. Tidak kiralah sama ada anda ustaz, jurutera, tukang masak, pekedai, atau orang kaya raya atau berpangkat, marilah bersama-sama kita melawan golongan yang hidup tidak berpandukan agama ini.

Antara langkahnya boleh dimulai dengan keluarga sendiri. Janganlah kita mengada-ngada meletakkan hantaran anak-anak kita RM1/2 juta, RM222,222.22, RM77,777.77 atau RM22,222.22. Ingatlah pernikahan paling diberkati adalah yang paling sedikit mas kahwinnya seperti disabdakan oleh junjungan besar kita.


Artikel Kepilan

Masyarakat Melayu perlu hentikan segera sifat boros, membazir

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) sekali lagi menggesa masyarakat Melayu supaya menghentikan segera sifat boros dan membazir serta memberikan keutamaan kepada perkara yang lebih bermanfaat.

Akhbar tempatan sebelum ini mendedahkan berita perkahwinan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit dan terbaru sebuah lagi perkahwinan yang mendapat liputan utama akhbar tempatan turut menelan belanja berjuta ringgit.

Perkahwinan sememangnya satu perkara yang baik bahkan dituntut oleh agama Islam sendiri tetapi apa yang dipersoalkan di sini ialah kenapa berita ini yang digembar-gemburkan oleh media serta menjadi lebih penting daripada berita yang lain sehingga mendapat liputan muka depan.

Apakah tidak ada lagi isu-isu lain yang lebih penting daripadanya sedangkan masih banyak isu-isu lain yang perlu diutamakan.

Teras kesal dengan apa yang digembar-gemburkan oleh akhbar-akhbar tempatan kita yang begitu mengutamakan berita perkahwinan ini memandangkan ia menggambarkan kepada umum bahawa masyarakat Melayu lebih mengutamakan budaya pembaziran, kemegahan, hiburan dan turut memalukan bangsa.

Apa yang dilakukan oleh seseorang itu adalah haknya tetapi tidakkah kita merasa prihatin, sensitif dan peka dengan isu lain yang lebih penting untuk diutamakan seperti nasib kanak-kanak, wanita dan orang tua yang menjadi mangsa perang terbaru di Lebanon, Afghanistan, Iraq, Chechnya, dan Palestin.

Saban hari media elektronik dan cetak mendedahkan nasib penduduk di pedalaman Baling, Padang Terap, Sik, dan tempat-tempat lain lagi yang memerlukan pembelaan tetapi malangnya ada segelintir yang sanggup berhabisan berjuta ringgit untuk perkara lain sedangkan ada lagi perkara penting yang perlu diutamakan.

Teras memandang berat perkara ini kerana masyarakat Melayu perlu meletakkan Islam sebagai landasan bertindak untuk membawa perubahan ke arah sebuah masyarakat Melayu yang menterjemah seluruh ajaran Islam secara kaffah dalam kehidupan sam ada secara menyentuh persoalan hal ehwal peribadi, berkeluarga, bermasyarakat, berorganisasi dan bernegara.

Sehubungan itu, Teras mengharapkan masyarakat Melayu Islam menghentikan segera tabiat boros, membazir dalam perbelanjaan, dalam majlis perkahwinan, lebih mengutamakan simpanan untuk masa depan pendidikan anak-anak dan mengelakkan kemewahan hidup yang melampau.

Mengadakan majlis perkahwinan yang mewah adalah satu pembaziran, malah melanggar ia sudah melanggar syarak kerana ia sudah menjadi satu yang riak, takbur, membazir dan melampau serta memberikan mesej yang salah kepada masyarakat dan mewujudkan kelas dalam masyarakat.


Dipetik dari http://www.megasutra.com

Petua Menghadapi Suasana 'Frust Bercinta'


Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.

Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang , apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati.

Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”


Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan (segala pujian bagi Allah).”

1. Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.
Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “ Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah dan

2. Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.

3. Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.

Wallahu’alam.

Friday, July 23, 2010

Amalan Baik Yang Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan
sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa (Ramadhan) adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam
antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat".

Thursday, July 22, 2010

Pesan Rasulullah SAW Sebelum Tidur


Amalkan amalan tersebut sebelum tidur yang dikenali sebagai tafsir haqqi. Rasulullah pernah berpesan kepada Aisyah ra,

"Ya Aisyah, jangan engkau tidur melakukan empat perkara".

Empat perkara yang dimaksudkan Rasulullah ialah,

  1. Sebelum khatam Al-Quran.
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
  3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
  4. Sebelum kamu laksanakan haji dan umrah.

Aisyah bertanya,

"Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara dalam satu masa?"

Rasulullah tersenyum lalu bersabda,

"Jika engkau tidur, bacalah,

1. Al-Ikhlas 3 kali, seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran.

Surah Al-Ikhlas

Maksudnya,

  1. Katakanlah (Wahai Muhammad), (tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
  2. Sesungguhnya Allah kekal.
  3. Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.
  4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa-NYA.

2. Selawat untukku dan para nabi sebelumku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Allohhumma solli a’laa syaidina Muhammad wa’ala alihi syaidina Muhammad

{Baca selawat sebanyak 3 kali}

3. Istighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Astagfiruloh al adzhiim alladzi laa ilaaha illa huwal hayyul qoyyum wa atuubu ilaih

{Beristighfar sebanyak 3 kali}

4. Dan perbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Subhanaloohi walhamdulillahi wala ilaha illallahi wallahu akbar

{Dibaca 3 kali}


Renungkanlah! Insya-Allah dengan usaha kita sedari kecil ini memungkinkan kita mendapat lebih hidayah dan nur keimanan yang lebih teguh dan cekal menghadapi hari-hari yang penuh cabaran pada masa ini.

Mungkin juga bermulanya amalan tersebut menguatkan dan dapat memperbaiki lagi hubungan kita dengan Allah.

Waullahu A'lam

Enam Jenis Wanita Yang Buruk



SEORANG penceramah wanita di tv tadi menjelaskan ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.


1. Al Nananah - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Al Manaqah - wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah beristeri yang juga turut berminat untuk mendapatkan suami bergelar datuk dan berkedudukan).

4. Al Hudaqah - wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Al Basaqah - wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

6. Al Salaqah - wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Semoga kita tidak akan ditemukan dijodoh ataupun mendapat menantu dengan wanita yang memiliki sifat-sifat demikian. Walahu'alam.