Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

Keputusan Liga Super 01/02/2011


Keputusan Liga Super

T-Team (1)
Rosdi Talib - min-42

N. Sembilan (3)
min 30, 68 - Idris Karim
min 54 - Firdaus Azizul

*******************************
Kedah (1)
Badrol Bakhtiar - min 63(pen)

Felda United FC (0)

*******************************
Perak (1)

Johor FC (0)

******************************
Kuala Lumpur
(1)
Yong Kuong - min-54

Sabah (0)

******************************
Perlis
(0)

Selangor (2)
min 63 - Safee Sali
min 75 - Fitri Syazwan

******************************
Kelantan (1)
Badhri Radzi - min-36

Terengganu
(1)
Marzuki Yusof - min 68

******************************
Harimau Muda A (3)

Pahang (1)

Monday, January 10, 2011

Motorola Xoom tablet crowned best CES Gadget

Motorola Xoom tablet crowned best CES Gadget-Yahoo News


LAS VEGAS (AFP) – Motorola Mobility's Xoom tablet computer powered by new "Honeycomb" software from Google was crowned the best gadget at the giant Consumer Electronics Show (CES) on Saturday.
Along with being declared the top creation at the dazzling gadget extravaganza, Xoom was also honored as the best of the scores of tablets introduced here as fresh competitors in a market dominated by Apple iPads.

Motorola also scored a victory with its Atrix smartphone designed to work with high-speed 4G wireless networks and which can be used in a dock to power a laptop.

Atrix won the top spot in a smartphone category at the official Best of CES awards.

"We took big risks and they paid off," said Motorola Mobility chief software engineer Seang Chau. "We didn't know if people would get it; but obviously they got it."

US telecom maker Motorola Mobility jumped into the bustling tablet computer market Wednesday when chief executive Sanjay Jha unveiled Xoom at CES.

Motorola Mobility's hotly awaited tablet computer, the "Xoom," will be available in the first quarter of the year, Jha said.

With a 10.1-inch (25.6-centimeter) screen, the Xoom is about the same size as Apple's iPad, which hit stores in April and has other leading technology companies around the world scrambling to catch up.

Xoom will be a fierce competitor in the marketplace because Google built Honeycomb software specifically to power tablet computers, according to Jha.

"This is really the next generation of tablets," Motorola Mobility device team head Alain Mutricy said as he held a Xoom in one hand at the awards ceremony.

"Our partnership with Google has been very intense and has enabled some great technology."

The CES accolades came just four days after Illinois-based Motorola split into two companies, Motorola Mobility and Motorola Solutions.

Motorola Mobility will focus on mobility, the Internet and computing markets while Motorola Solutions will target next-generation communications solutions to government, public safety and enterprise customers.

"This has been a great week for us," Mutricy said of Motorola Mobility. "It is a good beginning."

The official CES awards were sponsored by tech news website Cnet, which had editors pick the winners.

Japan-based Wii console maker Nintendo took top honors in a gaming category with a version of a DS videogame handset that allows 3D play without the need for special glasses.

A Sony "HandyCam" handheld video recorder with a built-in projector placed first in a Digital Imaging category, while a Casio Tryx digital camera was deemed the slickest gadget design at the show.

US chip giant Intel got some of the spotlight, with a speedy new generation of "Sandy Bridge" chips that thwart film piracy and enable quick handling of data-rich video and games rated the best computer innovation at the show.

A Toyota Entune innovation that makes fun or helpful software applications available while driving won top spot in a car category.

A Vizio TV that features Internet television from Google and online videogames from OnLive was declared the best in its category.

A sleek Razor Switchblade laptop that packs desktop computer gaming power into a small "netbook" won a People's Voice award based on votes logged on the Internet.

Meanwhile, a dual-screen Acer Iconia laptop with a second screen, touch controlled, where a keyboard would usually be won "Last Gadget Standing" honors at another CES competition.

A color version of the Nook electronic reader was the favorite in online "Last Gadget Standing" voting.

Sunday, January 2, 2011

More than 1,000 dead birds fall from sky in Ark

BEEBE, Ark. (AP) — Wildlife officials are trying to determine what caused more than 1,000 black birds to die and fall from the sky over an Arkansas town.


The Arkansas Game and Fish Commission said Saturday that it began receiving reports about the dead birds about 11:30 p.m. the previous night. The birds fell over a 1-mile area of Beebe, and an aerial survey indicated that no other dead birds were found outside of that area.

Commission ornithologist Karen Rowe said the he birds showed physical trauma, and she speculated that "the flock could have been hit by lightning or high-altitude hail."

The commission said that New Year's Eve revelers shooting off fireworks in the area could have startled the birds from their roost and caused them to die from stress.

Robby King, a wildlife officer for the agency, collected about 65 dead birds, which will be sent for testing to the state Livestock and Poultry Commission lab and the National Wildlife Health Center lab in Madison, Wis.

Rowe said that similar events have occurred elsewhere and that test results "usually were inconclusive." She said she doubted the birds were poisoned.

Wednesday, November 24, 2010

Petua Untuk Isteri - 'Perawan yg sentiasa perawan


PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)

Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

----
Kredit

Monday, October 18, 2010

Komen tuk Farah Deebah di Malaysia-Instinct

Farah Deebah mengulas di MI (SINI)
Kalau anda langgan perkhidmatan dengan kelajuan 1.8Mbps atau 3.6Mbps....tidak ada bezanya....tapi untuk 1.8 bayar RM60 lebih dan 3.6 bayar RM90 lebih....ini adalah satu bentuk penipuan!!!
Bayangkan...1.8 dan lembab dan perlahan nak mampus....3.6 pun perlahan dan lembab nak mampus.....bukankah ini satu penipuan?
Kita berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat melihat kepada perkara ini....
Banyak pihak mendakwa Celcom dengan status GLC (melalui Telekom) merasakan dirinya tidak boleh disentuh dan boleh berterusan menipu pengguna..

Baca seterusnya...
---

Celcom broadband uses 3G network to connect to the Internet. If the area does not have 3G network, don’t worry, you are still be able to connect to the Internet but the speed is slower than you are in the 3G area.

If you subscribe the RM68 package, you will get limited speed which is 384kbps only. But if you have more money to spend for each month, you can subscribe the RM120 package and you will get up to 3.6Mbps speed. But take note, you only will get the speed if you are in the HSDPA area. I’m not sure which area got the HSDPA network because Celcom does not put the covered map on their website. So I don’t have any clue whether my place is in the HSDPA area.

Anda akan dapat kelajuan maksima jika berada di kawasan 3G (HSDPA)
Anda akan mendapat kelajuan yang paling perlahan bila berada di luar kawasan 3G (GPRS)

Anda guna lah yang pakej ter-amat tinggi sekalipun, jika berada di luar kawasan 3G, anda akan mendapat perkhidmatan yg paling perlahan dan setaraf dengan pakej RM68.

Saya pernah tanya kepada pegawai di pusat Celcom, apa beza antara setiap pakej?
Beliau menjawab; "Yg berbeza ialah bayaran bulanan, perkhidmatan tetap sama dan tiada beza dengan pakej RM68 jika berada di luar kawasan 3G".

Apa yg seeloknya dilakukan?
Tukar pakej, kalau pengguna berada di luar kawasan 3G, baik ambil yang pakej murah (RM68) atau pakej khas untuk pelajar RM48 (kalau tak silap-ambil je IC adik/keluarga yg belajar untuk daftar).

Dan satu lagi, perkhidmatan juga boleh menjadi perlahan jika mengguna di masa puncak.

Nk lagi menarik, tukar kepada TM Streamyx 1Malaysia. dapat netbook percuma, hanya RM38 sebulan.

Pengalaman saya, Maxis, Celcom mahupun Digi, sama aje. Ada tempat ada 3G, ada tempat tiada langsung.

Nota : Tidakkah celcom sekarang di bawah Axiata (TM International)?

PS: Ulasan di atas adalah pengalamanku selama ini bersama2 celcom broadband.

Saturday, October 16, 2010

Pusat (Program) Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (Permata)

Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (Permata)


Pusat Anak Permata Negara yang dicetuskan oleh sekumpulan wanita profesional diketuai isteri DS Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia (YHKM), tidak menekankan kepada pendidikan formal sebaliknya berteraskan kepada pembelajaran yang memberi keseronokan kepada kanak-kanak.

Antara keistimewaan pusat Anak Permata Negara ini ialah menyediakan kanak-kanak untuk mencungkil kreativiti, membina personaliti, mendorong minat, merangsang minda, mahir berinteraksi, mahir dalam aspek sosial dan gembira belajar.

Anak-anak Permata (Ehsan Permata Jeli)

1. Apakah itu PERMATA?
PERMATA merupakan satu program pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak di bawah Kerajaan Malaysia. Program ini menawarkan pendekatan alternatif dalam asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Penekanan diberi kepada rangsangan minda dengan kaedah meneroka, mengeksperimen dan mengalami melalui permainan.

2. Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan anak ke Pusat Anak PERMATA Negara?
Orang ramai perlu mengisi borang permohonan kemasukan anak ke PAPN yang boleh didapati di semua PAPN tersebut dan menghantar ke pejabat Sekretariat PERMATA atau ke PAPN yang terdekat. Borang ini juga boleh dimuat turun dari laman web PERMATA dari sub menu muat turun.

3. Apakah syarat-syarat untuk melayakkan seseorang kanak-kanak itu ditempatkan di Pusat Anak PERMATA Negara?
Syarat-syarat yang melayakkan seseorang kanak-kanak itu ditempatkan di Pusat Anak PERMATA Negara adalah seperti berikut:-
a) Jarak rumah ke PAPN adalah berdekatan,
b) Berumur di antara 1 hingga 5 tahun,
c) Pendapatan ibu bapa tidak melebih RM 1,500.00,
d) Merupakan warganegara Malaysia, dan
e) Sihat fizikal dan mental

4. Saya berminat dengan kanak-kanak. Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan di Pusat Anak PERMATA Negara?
Calon yang berminat dan berkelayakan boleh menghantar resume mereka ke pejabat Sekretariat PERMATA setelah iklan mengenai kekosongan jawatan diiklankan.

5. Bagaimanakah sistem pembelajaran di PERMATA? Kurikulum PERMATA menekankan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh merangkumi 6 aspek perkembangan iaitu:-
• sosio-emosi dan kerohanian,
• bahasa dan literasi awal,
• pra-matematik dan logik,
• sensori dan pemahaman dunia persekitaran,
• estetika dan kreativiti, dan
• motor kasar dan halus

6. Apakah kelayakan guru-guru Pusat Anak PERMATA Negara?
Guru di PAPN dikenali sebagai Pendidik PERMATA. Mereka terdiri daripada lepasan ijazah dan diploma dalam pelbagai bidang tetapi diutamakan kepada mereka yang mempunyai latar belakang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Manusia selain daripada STPM dan SPM. Mereka kemudiaannya wajib mengikuti Kursus Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA).

7. Siapakah yang mengendalikankan kursus tersebut?
Kursus tersebut dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDRC) di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak dengan usahasama Bahagian PERMATA.

Belajar Solat (Gambar Ihsan Permata, Jeli)

8. Apakah tujuan Program PERMATA diwujudkan?
Program PERMATA diwujudkan bertujuan untuk menyediakan Malaysia dengan modal insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:-
• holistik dan seimbang,
• mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia,
• berintelektual tinggi,
• mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia,
• bijak bergaul,
• sihat jasmani, dan
• suci rohani.

9. Apakah keistimewaan Program PERMATA?

Antara keistimewaan Program PERMATA adalah seperti berikut:-

• Program PERMATA dilaksanakan secara bersepadu dengan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pelbagai agensi melalui pemberian pelbagai perkhidmatan termasuk kesihatan, pemakanan dan kaunseling.

• Ibu bapa memainkan peranan penting di dalam program PERMATA kerana mereka perlu terilbat secara aktif di dalam aktiviti anak-anak di PAPN sekurang-kurangnya 4 jam sebulan seperti yang dipersetujui dalam surat akujanji.

Aktiviti ibubapa di PAPN (Ihsan Permata, Jeli)

• Kaedah meneroka, mengeksperiman dan mengalami melalui permainan yang ditekankan di dalam kurikulum pembelajaran PERMATA adalah amat bersesuaian dan menyeronokkan kanak-kanak.

10. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk kemasukan anak ke Pusat PERMATA?
Buat masa ini tiada bayaran dikenakan kerana program ini adalah bertaraf projek perintis**.

11. Agensi manakah yang menggubal struktur Kurikulum PERMATA?
Jawatankuasa Teknikal dan Kurikulum dan Penyelidikan PERMATA bertanggungjawab menggubal dan menambahbaik kurikulum PERMATA Negara serta membuat penilaian atas hasil pembelajaran di Pusat Anak PERMATA Negara melalui penyelidikan dan kajian penilaian. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Aminah Ayob, Naib Censelor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dibantu oleh Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Kanak-kanak (NCDRC), UPSI.

12. Mengapakah kebanyakan Pusat Anak PERMATA Negara diwujudkan di kawasan luar bandar?
Antara sebab kebanyakan PAPN ini diwujudkan di kawasan berikut adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak di kawasan luar dan pinggir bandar mendapatkan pengasuhan dan pendidikan awal yang bermutu dan baik.

13. Mengapa PERMATA menekankan konsep penglibatan ibu bapa?
Penglibatan ibu bapa adalah amat penting dalam membantu dan menggalakkan proses pembelajaran anak serta menjamin kelangsungan penerapan ilmu yang diterapkan di PAPN untuk dipraktikkan di rumah pula.

14. Adakah Pusat Anak PERMATA Negara terbuka kepada semua kaum?
Ya. PAPN terbuka kepada semua kaum di Malaysia.

15. Apakah perbezaan Pusat PERMATA dengan pusat asuhan kanak-kanak yang lain?
PERMATA menekankan konsep asuhan dan didikan secara integrasi kepada kanak-kanak manakala kebanyakan pusat asuhan biasa hanya memberikan perkhidmatan asuhan semata-mata. Selain itu, penglibatan aktif ibu bapa dititikberatkan di dalam program PERMATA.

16. Bilakah waktu operasi bagi Pusat Anak PERMATA Negara?
Waktu operasi bagi PAPN adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sekiranya ibu bapa terlewat mengambil anak di pusat PERMATA melebihi jam 5.30ptg, bayaran sebanyak RM 3.00 akan dikenakan.

17. Adakah kanak-kanak di Pusat Anak PERMATA Negara akan memperoleh sijil apabila tamat pembelajaran?
Kanak-kanak PERMATA akan dianugerahkan sijil tamat program PERMATA sekiranya mereka berjaya menamatkan sesi pembelajaran mereka di Pusat Anak PERMATA Negara.

-----------
Bajet 2011:

Sementara itu, Najib menambah, pembangunan modal insan di peringkat kanak-kanak juga tidak dilupakan apabila sebanyak RM111 juta disalurkan untuk Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (Permata).

“Peruntukan ini antaranya bagi pembinaan Fasa Kedua Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN), membiayai operasi 52 PAPN serta meneruskan program Permata Pintar,” katanya. - Utusan

------------------

Nah..faham dah tentang Permata Negara?
Pusat asuhan kanak2 macam nurseri biasa (tapi lebih baik)
Aku sokong didirikan banyak2..

Klinik 1Malaysia (Klinik 'swasta' free - bayar RM 1 sbg pendaftaran)
Permata = 'Pusat jagaan dan asuhan Free (Ada yg kata kena bayar, tapi bawah RM100-lebih murah dari yg persendirian)


Web : http://www.permata.jpm.my
Gambar2 dan aktiviti Permata, Kanak2 dan Ibubapa boleh tengok di Blog Permata (Jeli) : http://papnjelikelantan.blogspot.com/

PS: Jadi, kenapa masih ada yg bangkang?

Saturday, October 9, 2010

Gambar Kejadian Sungai di Bawah Laut











“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”

(Al Furqan 25:53)


Video boleh tengok sini : http://www.youtube.com/watch?v=99YxM9ouTLA&feature=player_embedded

Wednesday, September 29, 2010

Virus PC : Folder Jadi Shortcut dan Super Hidden

Seorang rakan call, bunyi macam nak nangis.

"Awaknya, pendrive kite semua folder jadi shortcut, saiz 1kb. Try scan pendrive tu, virus dapat buang dah, tapi folder tak juga muncul, ada shortcut jer". Berhenti sejenak-ambil angin gamaknya.

"Dalam tu (pendrive la) ada banyak data, gambar, soalan ujian bebudak, lagu...". Sambungnya.

Sebab dia pompuan - kaum yg lemah, aku tolong lah (hahaha..melawak je. Jgn mare)
----

Gambar virus menjadikan folder kepada shortcut macam di bawah


Jangan risau, folder asal masih ada, cuma ia telah di super hidden kan. Anda boleh tengok di:
- Klik My Computer
- Pilih Tools
- Pilih Folder Options
- Pilih View
- Buat macam gambar bawah, tandakan pada show hidden files & folders, dan buang tanda pada dua kotak 'hide...' tu

Sekarang, tengok (buka) pendrive (atau apa-apa drive yg di superhidden foldernya). Kita tak boleh unhide folder tadi kerana fungsi hidden pada folder tersebut telah di disable kan.

Cara paling mudah; guna GeeKz Virus Remover 4.2 Beta (made in Malaysia)

1. Cara nak unhide folder

Selepas install GeeKz VR4.2B:


Arahan:-
Klik tool
Klik Unhidden Folder (seperti gambar)














2. Unhide Folder

Klik butang Browse dan pilih lokasi pen drive anda

Contoh; G:\

Dan tekan butang Start





3. Tunggu sehingga selesai, bila dah selesai, buka pen drive anda kemudian icon shortcut folder tadi bolehlah di buang.

----
Download GeeKz VR 4.2B : Klik SINI
Web Pemilik GeeKz (Kredit) : http://www.geekzlife.net/


AMARAN !!!


Kalau guna Kaspersky Internet Security 2010 (macam saya la), KIS2010 akan detect sebagai OS bahaya, klik Allow jer..

Banyak lagi cara lain..guna OS ni ok dan senang..

Waullahu 'Alam..

Tuesday, September 28, 2010

Petua Orang Alim

bila dah senja

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas (stress)
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

-------------------

Tambahan

EMPAT CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Wednesday, September 22, 2010

Info - Berapa tinggi himpunan duit RM 1 billion?

Bayangkan 100 USD ialah RM100 (Sekeping)


Gambar atas : (RM 10,000) 100 keping duit RM 100


Gambar atas : 10,000 keping RM 100 = RM 1 juta (RM 1,000,000.00)


Gambar atas : RM 100,000,000.00 (Seratus juta) 1 juta keping RM 100

Gambar atas : RM 1 billion

Gambar atas : RM 1 Trillion

Tuanku Muhammad Faris Petra menegur orang Melayu

Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra
(Sultan Muhammad ke-V)

“Mungkinkah orang Melayu tidak bijak berpolitik menyebabkan usaha-usaha menyatukan orang Melayu gagal dicapai? Demi kekuasaan, ada dalam kalangan pemimpin-pemimpin Melayu sanggup mengetepikan kepentingan Melayu sendiri, berbeza dengan para pemimpin kaum lain yang sanggup bersatu biarpun berbeza fahaman demi mempertahankan hak mereka”.

"Yang menyedihkan ada pula paling taksub hendakkan kuasa sehingga membujur lalu, melintang patah, asal dapat kuasa, sehingga sanggup menang sorak kampung tergadai, selagi sikap ini tidak dikikis, maka selagi itulah usaha untuk menyatukan Melayu hanya akan menjadi satu impian semata-mata”

“Kita harus akur bahawa dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, hak-hak kaum lain adalah sentiasa terjamin”

“Sesungguhnya beta mempunyai impian dan harapan untuk melihat suatu keadaan di mana perbalahan dan perbezaan pendapat antara semua pemimpin Melayu Islam itu dirungkaikan menerusi satu muzakarah secara tertutup”.
-------
Majlis Perhimpunan Perpaduan Melayu, sempena Maulidur Rasul 1429 H bersamaan 12 April 2008, di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.


Demikian ungkapan seorang Tengku Mahkota yang kini bergelar Sultan. Baginda menyeru untuk Melayu tetapi demi kemakmuran, keamanan negara dan kesejahteraan rakyat seluruhnya. Para pemimpinlah perlu lebih berhemah, berhikmah dan bijaksana mengetepikan sebentar perbezaan pendapat, tetapi merenungi bersama semangat perpaduan ummah demi agama, bangsa dan negara.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!.

Sumber : Sinar

Tuesday, September 21, 2010

Pengurusan Krisis : Belajar dari TV3

Oleh : Nobisha
Dari : http://nobisha.com/home/archives/371


Dalam setiap kursus korporat yang saya kendalikan, pasti ada soalan mengenai bagaimanakah untuk menguruskan krisis — sama ada ia besar atau kecil. Bagi sesetengah orang, krisis memberikan mereka peluang untuk mendapat publisiti; publisiti bagus atau buruk, itu soal kedua.

Bagaimanapun, bagi organisasi media seperti TV3, ia memilih untuk menamatkan krisis yang lahir dari protes terhadap iklan hari raya aidil fitri mengikut buku teks.

Pertama, akui kesilapan dan mohon maaf.

Kedua, tarik balik iklan raya yang diprotes.

Dan, ketiga, umumkan langkah-langkah yang akan diambil bagi menentukan kesalahan yang sama tidak berulang lagi.

Dalam menguruskan krisis, elakkan menyalahkan orang lain, menafikan wujudnya krisis atau memandang remeh impak krisis itu kepada reputasi atau pendapatan (income) organisasi. Lagi lama dibiarkan berterusan, lagi buruk kesannya.

Pendekatan TV3 jauh berbeza dengan sikap sesetengah pemimpin politik.

Ramai pemimpin politik yang memandang rendah kepada protes rakyat. Ada pula yang membiarkan kakitangan bawahan menghadapi krisis. Dan, cara yang popular ialah menyalahkan lawan politik.

Apabila ini berlaku, rakyat hilang keyakinan kepada pemimpin untuk menguruskan krisis.

Sementara protes iklan hari raya sedikit sebanyak menjejaskan imej TV3, namun cara stesyen televisyen itu menguruskan krisis amat bagus.

Eloklah kalau TV3 mengadakan kelas “Crisis Management 101″ kepada pemimpin politik kita!

Sunday, September 19, 2010

I m Halal - Engin Pencarian yg Islamic dan Halal

Enjin pencarian yang Islamic dan halal, bebas dari ciri-ciri kelucahan

Klik sini untuk guna



Saya cuba taip nama bintang lucah dari Jepun, memang keluar, tapi ada ayat berbunyi; This result might Haram content


Saya try taip 'free porn', walaupun result found dijumpai, i m halal tidak siarkannya. Kalau dalam google, berjujuk keluar.

Try juga 'free sex' juga tidak di papar.

Saya taip 'sex'. Tapi keluar website dakwah Islamiah yg akan menerangkan tentang seks halal dan seks haram (zina)

Sememangnya Halal!!
Bebas dari benda Haram!!

Kredit : Azli Shukri

Sunday, August 29, 2010

Perang Arab-Israel (aka Yom Kippur War)


1) Peperangan ini juga dinamakan sebagai Perang Yom Kippur iaitu hari kebesaran Yahudi dan dalam bulan kebesaran Islam – Ramadhan. Ia berlaku pada 10 Ramadhan 1393 bersamaan 6 Oktober hingga 22 Oktober 1973.

2) Konflik Arab-Israel berlaku sejak 1948 selepas negara haram Israel ditubuhkan. Pada jun 1967 berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Negara Arab lain seperti Saudi, Sudan, Tunisia, Maghribi dan Algeria turut memberi bantuan ketenteraan.


3) Dalam Perang Enam Hari ini, Israel menjaya menduduki Bukit Golan Syria dann Semenanjung Sinai di Mesir hingga ke Terusan Suez. Selepas itu Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Mereka memperuntukkan tidak kurang US500 juta untuk membina kubu yang diperbuat daripada pasir sepanjang 160km.

Sisa-sisa Garis Bar Lev

4) Kubu ini dipanggil Garis Bar Lev turut disokong dengan dinding konkrit. Binaan daripada pasir menyebabkan ia bertahan daripada serangan udara dan kereta kebal Mesir. Ia disifatkan oleh Menteri Pertahanan Israel sebagai kubu anti kereta kebal terbaik di dunia.

5) Presiden Mesir Anwar Sadat menggantikan Jamal Abdul Nasser pada 1970. Beliau bertekad melawan Israel dan menawan kembali Sinai yang ditawan Israel pada 1967. Pada 1972 Anwar Sadat mengumumkan Mesir sedia berperang dan menyediakan sejuta tentera, jet-jet pejuang MiG-23, roket SAM6, RPG-7 dan peluru berpandu anti kereta kebal Sagger.

6) Tentera Mesir dan Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur. Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang kubu di Bukit Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk. Walaubagaimanapun, Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi ketenteraan yang mahal. Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali Sinai dan Bukit Golan.

7) Ulama Mesir bernama almarhum Syaikh Hafiz Salamah yang juga Imam Masjid Bandar Suez bermimpi kaedah merobohkan kubu Bar Lev. Dalam mimpinya, beliau ditunjukkan cara meruntuhkan kubu itu ialah dengan menggunakan air. Lagipun kubu itu begitu hampir dengan Terusan Suez yang menjadi laluan kapal besar. Ilham ini dipraktikkan apabila Mesir menggunakan meriam air yang biasa digunakan dalam kerja-kerja perlombongan.

8) Selain itu, Mesir turut menggunakan pam gasolin yang lebih kecil dan ringan. Mereka mendapatkan 300 pam buatan British dan 150 pam buatan Jerman. Akhirnya Mesir berjaya meruntuhkan kubu pasir berkenaan dalam tempoh kurang dua jam. Israel menerima tamparan hebat yang tidak diduga oleh mereka. Tentera Mesir terus menyerbu masuk dan menembusi kubu ini disamping bantuan tentera udara menggunakan 250 jet pejuang MiG-21, MiG-19 dan MiG-17. Pasukan jurutera Mesir juga berperanan membuka laluan kubu pasir Bar Lev. Serangan demi serangan menyebabkan pertahanan Israel menjadi lumpuh.

9) Pada 22 Oktober 1974, perjanjian damai diisytiharkan. Rakyat Israel menyalahkan pimpinan Israel dan menuntut Menteri Pertahanan mereka agar meletakkan jawatan. Akhirnya pada akhir 1974, Menteri berkenaan menyerahkan surat perletakan jawatan.

Tuesday, August 17, 2010

Bulan Puasa Bukan Bulan Untuk Tunjuk Lagak

Oleh : Ramli Abdul Halim

KEWAJIPAN berpuasa yang menduduki tangga ketiga selepas mengucap dua kalimah syahadat dan sembahyang lima waktu dalam senarai Rukun Islam yang lima, adalah untuk menginsafkan manusia, termasuk dari sudut keangkuhan dan ketakburan yang merupakan antara penyakit hati manusia yang sukar dibendung.

Keseronokan, kesenangan, kekayaan, kenikmatan dan sentiasa tidak pernah merasa lapar dan dahaga akan menjadikan manusia lalai, lupa dan tidak akan merasa simpati dengan manusia yang disebabkan oleh faktor dan keadaan-keadaan tertentu menjadikan mereka hidup dalam kesusahan walaupun mereka tidak minta dilahirkan sebagai manusia malang di dunia kepunyaan Allah ini.

Lapar dan dahaga adalah seperkara yang lumrah kepada golongan fakir miskin yang terpaksa hidup dalam kemiskinan dan kefakiran kerana barangkali itulah fitrah dirinya dalam menerima ujian Allah.

Kalau mereka lulus dalam ujian, yankini bersabar dan bersyukur dengan keadaan diri, mungkin si fakir miskin akan menjadi lebih kaya di akhirat nanti berbanding golongan kaya raya semasa di dunia tetapi bakhil dan lupakan Allah.

Manusia yang kaya juga diuji dan kekayaan itu adalah merupakan ujian. Manusia yang gagal dalam ujian dengan diberi kekayaan dan kemuliaan akan menjadi miskin dan hina dina di akhirat nanti. Kehidupan penuh bahagia di dunia akan bertukar dengan sengsara di akhirat nanti dan kekayaan yang dimiliki kalau silap gayanya akan menjadi kayu api neraka nanti.

Si kaya yang tidak lupakan Allah tidak akan memandang rendah, apatah lagi menghina golongan miskin kerana dengan adanya golongan miskin, akan memberi peluang kepada si kaya mengumpul pahala melalui huluran derma atau sedekah kepada golongan fakir miskin, paling tidak pun diadakan majlis berbuka puasa untuk golongan yang kurang bernasib baik dan berzakat.

Seandainya setiap umat Islam menghayati tujuan sebenar kewajipan berpuasa, baru-baru ini Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz tidak akan menasihatkan pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Kalau orang kaya faham tentang hikmah dan tujuan kewajipan berpuasa, hotel-hotel bukannya menjadi pilihan untuk mereka menjadi pangkalan berbuka puasa, sebaliknya mereka akan pilih rumah-ruah anak yatim, rumah penempatan orang tua atau menganjurkan majlis berbuka puasa di rumah masing-masing khusus untuk golongan miskin.

Nasihat yang dibuat Ketua Pengarah JAKIM itu pastinya kerana dikhuatiri setelah berlapar seharian, umat Islam akan merosakkan ibadah puasa masing-masing dengan menikmati juadah yang tidak sahih kehalalannya sewaktu berbuka secara mewah dan ala pesta di hotel-hotel dengan lambakan makanan (kalau halal) yang dibazirkan sedangkan golongan yang miskin hanya berbuka dengan meneguk air putih dan nasi berlaukkan ikan masin.

Nasihat Ketua Pengarah JAKIM itu juga sekali gus menampakkan betapa sepanjang Ramadan, hotel-hotel menjadi tumpuan umat Islam berpesta berbuka puasa, malah ianya lebih bersifat mahu menunjuk lagak tentang kemampuan untuk bermewah-mewah sedangkan berlagak itu bukan sahaja tidak patut dilakukan pada bulan puasa tetapi juga pada bulan-bulan biasa kerana berlagak itu adalah di antara feel perangai syaitan laknatullah.

Bila berbuka puasa di hotel-hotel mewah dan tentulah pula kena berbelanja mewah, mahu tidak tujuan berpuasa tidak akan dapat dihayati dan difahami. Kewajipan berpuasa adalah supaya kita berlapar dan dalam keadaan lapar kita akan rasa tersiksa. Lazinya orang yang dalam keadaan sakit dan tersiksa akan mengingati Allah.

Tidak ada maknanya berpuasa kalau hikmah dan tujuan di sebalik kewajiban berpuasa itu tidak dihayati dan gagal difahami serta gagal diselami akan maksud dan tujuannya dengan yang kaya terus dengan lagak kayanya tanpa ada rasa mahu meringankan beban kemiskinan dan kesiksaaan hidup kalangan yang kurang bernasib baik yang sepatutnya diberi peluang menikmati juadah berbuka puasa hasil sumbangan golongan kaya yang sering membazirkan makanan dan minuman pada pesta berbuka puasa dihotel-hotel mewah yang membabitkan golongan yang sudah kaya.

Tuesday, August 10, 2010

Kelebihan Solat Tarawih


Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1:

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2:

Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3:

Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4:

Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5:

Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6:

Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam 7:

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.

Malam 8:

Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9:

Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam 10:

Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:

Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12:

Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13:

Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14:

Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15:

Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam 16:

Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:

Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18:

Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19:

Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20:

Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22:

Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23:

Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24:

Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25:

Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26:

Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27:

Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30:

Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"."

Monday, August 2, 2010

Contoh Soalan Temuduga Kerajaan - SPA


1. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan peranan yang dimainkan oleh SPA?

2. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?

3. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?

4. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatanyang diberikan oleh jabatan anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?

5. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?

6. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?

7. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh Juruukur (atau jawatan yang dipohon) di jabatan ini?

8. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?

9. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada beliau untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan beliau menjadi seorang jurutera yang serba boleh?

11. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang?

12. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap yang tertinggi?

13. Mengapa anda memohon jawatan ini?

14. Kenapa jawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?

15. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa ini?

16. Sebagai pereka lanskap, apakah langkah langkah yang perlu diambil, serta faktor faktor yang mesti diambil kira sebelum anda melakukan sebarang rekaan di atas kertas?

17. Nyatakan sebarang pencapaian atau keterlibatan anda dalam membangunkan sistem teknologi maklumat, samaada di tempat kerja sebelum ini, di universiti atau di tempat tempat lain.

18. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?

19. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaranyang muncul dalam proses perpindahan ini?

20. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau programyang besar dan berjaya.

Sumber: Jobsmalaysiaonline.com


Sedikit Tentang Tips Lulus Temuduga Kerajaan

Temuduga merupakan proses yang perlu dilalui oleh mereka yang ingin menjawat jawatan awam atau kerajaan. Proses temuduga ini penting kerana ia merupakan antara benteng terakhir yang menentukan samaada usaha anda selama ini yang bersusah payah mengisi borang SPA dan juga menghadiri sesi ujian bakal memberi habuan atau sebaliknya kekecewaan.

Pastikan anda membuat persediaan rapi sebelum menghadapi sesi temuduga kerana tanpa persediaan yang secukupnya, anda akan pulang hampa dan kecewa.

Berikut adalah 5 tip asas dan mudah yang boleh diikuti oleh anda yang akan melalui temuduga kerja kerajaan:

1. Ambil berat adab dan tertib temuduga

Tampilkan pemakaian dan personaliti yang menggambarkan anda seolah olah seorang eksekutif yang yakin, berkarisma dan berketerampilan. Untuk lelaki, tali leher serta kasut, baju dan seluar yang berpadanan manakala untuk wanita, pemakaian eksekutif yang bersesuaian. Jangan segan silu untuk memakai kot atau blazer, kerana ia bukan sesuatu yang anda akan lakukan setiap hari. Pastikan anda datang awal ke sesi temuduga, lengkap dengan segala dokumen yang diperlukan.

2. Tahu tugas dan peranan anda

Semak semula jawatan yang dipohon dan senaraikan tugas tugas dan peranan yang mungkin dipikul jika sekiranya anda berjaya menjawat jawatan kosong yang ditawarkan. Jika ditanya, “Pada pandangan anda, apakah tugas tugas jawatan seorang Pegawai Penyelia seperti yang anda pohon sekarang?”, perkara terakhir yang anda inginkan berlaku adalah gagal menjawab soalan di atas dan hanya kelu tidak terkata di hadapan penemuduga. Dapatkan maklumat dari beberapa sumber seperti laman web, buku panduan, rakan rakan serta ahli keluarga yang bekerjaa dengan kerajaan.

3. Buat kajian mengenai struktur & organisasi pentadbiran kerajaan

Buat sedikit kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas tugas yang dipikul oleh jabatan yang berlainan. Buat perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk memahami perbezaan dari segi struktur dan fungsi. Ini terutamanya penting untuk mereka yang bakal menghadiri temuduga PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).

4. Ambil tahu isu semasa dan terkini

Seorang kakitangan kerajaan perlu sentiasa peka dengan perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang berlaku di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, penemuduga mungkin bertanyakan pendapat anda tentang dasar dasar luar Amerika yang diamalkan oleh Presiden barunya Barrack Obama. Manakala, dari konteks dalam negeri, anda mungkin diminta menghuraikan pandangan anda tentang konsep Satu Malaysia yang diperkenal oleh Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak.

5. Usaha jawab walaupun tidak tahu jawapan tepat

Bukan sesuatu yang memalukan jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan temuduga. Tetapi, jangan sekadar menjawab “maaf, saya tidak tahu”. Sebaliknya, cuba terangkan sejauh mana yang anda tahu dan tunjuk usaha kepada penemuduga bahawa anda sanggup bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau maklumat.

Sebenarnya, selain daripada menguji pengetahuan, penemuduga ingin mengetahui sejauh mana usaha atau inisiatif anda mencuba. Mereka juga ingin bersemuka dengan calon pekerja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mereka yang boleh membuat analisa kepada sesuatu persoalan dan isu.

Saturday, July 31, 2010

Hari Raya atau Puasa Dahulu?



KURANG dua minggu lagi umat Islam akan menyambut Ramadan. Maknanya ada kira-kira sebulan lebih, hari raya akan diraikan. Bagi umat Islam, Ramadan sememangnya ditunggu-tunggu. Banyak fadilat dan manfaat yang datang bersama Ramadan. Apatah lagi tahun ini umat Islam di Malaysia sekali lagi menyambut ulang tahun kemerdekaan tanah air dalam bulan Ramadan. Tentu banyak nostalgia mahu dibangkitkan sepanjang Ogos yang merupakan bulan merdeka dan juga bulan untuk umat Islam di negara ini menunaikan ibadah puasa.

Sememangnya rezeki juga datang mencurah-mencurah pada bulan yang menguji ketahanan mental dan fizikal umat Islam.

Manakala hari raya atau kedatangan Syawal pula bagi meraikan kejayaan umat Islam melawan godaan nafsu dengan berpuasa selama 30 hari. Begitulah susun-aturnya - Ramadan datang dahulu sebelum Syawal.

Namun trend kebelakangan ini semacam terbalik. Belum pun sempat Ramadan menjenguk, iklan-iklan hari raya melimpah-ruah. Jualan murah yang tidak diketahui murah atau mahal berlangsung di sana-sini, semua sempena menyambut hari raya. Jualan murah pula tidak terhad pada satu item sahaja. Namakan apa saja pasti ada saja jualan murah yang berkaitan. Baik pakaian, perabot, aksesori, tiket kapal terbang malah pakaian dalam sekali pun kononnya dijual murah semata-mata untuk memeriahkan hari raya.

Bagaimana pula dengan persiapan menyambut Ramadan. Apa yang diuar-uarkan? Terbacakah kita tentang iklan sembahyang terawih di Dataran Merdeka misalnya? Adakah iklan-iklan yang mengajak anak-anak muda bersama-sama menghidupkan Ramadan di Dataran Pahlawan? Atau sama-sama bertadarus di masjid-masjid bagi menambah pengisian sepanjang Ramadan?

Berbuka

Kebiasaannya, yang diuar-uarkan berkaitan bulan puasa adalah bufet berbuka puasa di hotel-hotel. Hotel itu menawarkan RM65++++, manakala hotel ini pula mempromosikan 100 hidangan berbuka dengan hanya RM95++ satu kepala. Ada pula hotel menyediakan hiburan sampingan seperti persembahan ghazal mengiringi majlis berbuka puasa. Untuk menjadi lebih pelbagai dan kononnya kreatif, ada tawaran menginap di hotel dengan pakej bersahur di dalam bilik.

Jelas apabila datangnya puasa dan hari raya, aspek yang diketengahkan hanyalah soal berbelanja, makan, makan dan makan. Seolah-olah Ramadan dan Syawal adalah bulan untuk umat Islam makan sepuas-puasnya seperti mana iklan - dengan RM95++ anda boleh menikmati 100 juadah berbuka puasa. Nikmatilah harga runtuh dan potongan istimewa untuk perabot baru bagi memeriahkan hari raya anda. Jualan musim perayaan, bazar raya dan macam-macam iklan yang mula memenuhi akhbar dan berkumandang di radio serta televisyen.

Bukan untuk menyalahkan iklan lantaran itu adalah strategi perniagaan mereka, tetapi daripada mana mereka belajar strategi itu kalau bukan berpunca daripada sikap umat Islam itu sendiri.

Mungkin hasil kaji-selidik dan pemerhatian syarikat-syarikat iklan, orang Melayu beragama Islam gemar berlebih-lebihan dalam soal menyediakan juadah berbuka puasa. Mereka juga tidak lokek berbuka puasa di hotel. Seperkara lagi, orang Melayu ada kecenderungan makan di hotel semasa Ramadan seolah-olah sepanjang 11 bulan yang lain mereka tidak oleh berbuat demikian. Peliknya harga bufet yang ditawarkan bukanlah rendah - malah dari tahun ke tahun boleh saja dirumuskan harga bufet berbuka puasa semakin mahal. Namun keterujaan berbuka puasa di hotel menyebabkan hotel-hotel berlumba-lumba mengiklankan promosi berbuka puasa di premis mereka.

Perabot

Lebih daripada itu, orang Melayu memang suka menukar perabot, membeli barang kemas, langsir baru, perhiasan rumah yang baru dan pelbagai lagi setiap kali mahu menyambut kedatangan Syawal. Bukan cerita dongeng kalau dikatakan ada yang sanggup berhutang untuk memenuhi keinginan tersebut. Sedangkan jika dihayati konsep Ramadan dan Syawal itu sendiri, elemen pembaziran, menunjuk-nunjuk dan membuang masa tidak termasuk di dalam senarai. Hakikatnya baik Ramadan maupun Syawal membawa nilai muhasabah diri, mengenang insan yang tidak bernasib baik, bersedekah, meningkatkan amalan kebaikan dan mengeratkan silaturrahim.

Sehubungan itu, kepada umat Islam di Malaysia, biarlah Ramadan menjadi persiapan kepada sambutan hari raya yang serba sederhana. Seperkara yang perlu diingat - Ramadan dan Syawal tahun ini mungkin yang terakhir untuk kita. Atau belum tentu kita dapat melalui dua bulan istimewa itu, justeru kurangkan keterujaan yang tiada kaitan dengan ajaran Islam itu sendiri.

-Utusan

Monday, July 19, 2010

Tenaga Nuklear dan Perbandingannya

Tenaga Nuklear : Menurut kajian sesebuah loji jana kuasa nuklear yang berkeupayaan menghasilkan 1,000 Megawatt elektrik untuk beroperasi dalam masa setahun hanya memerlukan 30 tan metrik uranium.



Minyak dan Arang Batu : Bagi kapasiti yang sama (1000 Megawatt) untuk loji arang batu pula sebanyak dua juta tan metrik arang batu diperlukan, manakala bagi loji yang menggunakan minyak pula terpaksa memerlukan 1.96 bilion gelen minyak.



Tenaga Hijau : Bagi kapasiti yang sama juga dalam tempoh setahun untuk loji tenaga suria, sebanyak 100 kilometer persegi panel photovoltaic diperlukan, untuk loji tenaga angin pula memerlukan 3,000 turbin angin.



Biomass : Loji tenaga biomass berasaskan kayu pula memerlukan 30,000 kilometer kawasan tanaman pokok bagi menghasilkan biomass, loji tenaga bioalkohol berasaskan jagung pula memerlukan 16,100 kilometer persegi kawasan tanaman jagung bagi menghasilkan bioalkohol, manakala loji tenaga biogas berasaskan najis ayam pula memerlukan 800 juta ekor ayam bagi menghasilkan biogass. (Bagi kapasiti yang sama iaitu 1000 Megawatt)


Di Malaysia : Di Malaysia, sudah ada sebiji loji janakuasa nuklear di bangi; triga mark II, berkapasiti 1 megawatt untuk tujuan R&D.