Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Kecoh Fasal Perkahwinan Norman dan Memey


Lebih menarik adalah kenyataan jujur chef selebriti Malaysia, Chef Wan yang turut hadir ke majlis malam tadi. Chef Wan turut menyifatkan majlis tersebut jauh lebih murah dari angka RM12 juta.

Menurut Chef Wan lagi, ramai media tidak berpuas hati dengan koir yang ada dalam majlis bertemakan New York itu kerana di’katakan mendendangkan lagu bertemakan perkahwinan ala gereja.

Chef Wan turut menulis yang tiada sebarang doa di’bacakan sepanjang majlis sedangkan ini sebuah majlis perkahwinan orang Islam.

Anda boleh membaca kenyataan Chef Wan yang jelas tidak berpuas hati dengan cara majlis ini di’jalankan di Facebook rasmi beliau atau kenyataan copy pasta di’bawah.

Just got back from the Wedding of Norman Hakim and Memey. If u asked me for my honest opinion is just a wedding that Rafelessia organised to promote their products non stop the entire evening as i expected too comercialised that it ruined the event for all the guests i have spoken.

Both Pengantin just play their game since its being sponsored.There nothing wrong with that except it served the purposed to used the Pengantin as their so call model la.

I liked the ambience and Atmosphere but tak tahan MC asyik panggil Taukeh Rafelessia,Dato Jimmy Choo and Lord Taylor tak habis2 puji memuji and mengingat kan kita semua betapa mahal tajaan mlm tu dgn gown dan kasut harga mcm ni dan mcm tu… letih mak lah!

Ramai Press tak suka Choir yg menyanyikan lagu2 gereja kawin ni kata mereka sedangkan ini Wedding org islam satu doa selamat pun tak buat and thema pulak Blacktie and evening dress glam habis.

I am not sure about the choir song gereja ni even though i heard because i sendiri tak tahu apa itu song gereja for wedding.That what the press upset about. Aiyo mesti controversial lepas ni lah. Kita baca la media nanti.

U tengok this weekend jika masin mulut i mesti banyak issue di ketengah kan.I think the sponsors also tak make it clear that this wedding pengantin tak ada banyak involvement.

Just as a model for us to fit all our jewellery on her baju.Press ambil2 gambar pun publicity is for the sponsors lah as i was told by the hotel that the actual cost of the interior is only RM94,000 ,the room is sponsored.

Makan sponsor cover for 200 guests i feel would not be more than RM100,000 la that menu mcm tu. So where is the 12 million yg press2 heboh2 dari awal tahu saja press kita dengar RM12 million. Wow

Sumber : SINI

Saturday, September 24, 2011

Terkini : Video 13 dah keluar

Video 13 Jan dan keluar..



Ihsan video : http://darulehsantoday.blogspot.com/2011/09/aku-tanggung-risiko-ni-video-anwar-di.html

Cara Nak Godam Web dan Edit

Dipanggil cara nak edit website.

Nota : Sekadar untuk 'print screen' sahaja, web asal tidak berubah.

1. Salin kod dibawah :

javascript:document.body.contentEditable='true'; document.designMode='on'; void 0

2. Paste kod tadi pada web browser address bar dan tekan butang Enter

3. Boleh edit, print screen dan buat lawak-lawak petang, jangan panggil wartawan dan buat PC aaaa.


JPos dah keluar 'kata' Netanyahu dan Abbas berpakat nak tubuh negara merdeka
Palestine yg merdeka



Web asal tak berubah

Friday, September 23, 2011

Wednesday, September 21, 2011

Mamat (Sepah) Mengaku Salah 'Dedah' Rambut Fida


PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat telah melakukan kesilapan apabila secara tidak sengaja memuat naik gambar kekasihnya, pelakon Fida Ibrahim yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya.

Mamat berkata, dia kesal dengan kesilapannya itu kerana perbuatan tersebut telah menyebabkan nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak tercalar.

"Saya mengakui itu adalah salah saya tetapi sejujurnya saya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida pada mata masyarakat. Dia adalah seorang gadis yang baik," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.


Mamat diminta mengulas mengenai penyebaran gambar kekasih tanpa tudung sebaliknya tetapi menampakkan sebahagian rambutnya dengan memakai topi di laman-laman blog hiburan tempatan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kejadian itu, Mamat berkata gambar tersebut diambil ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di sebuah destinasi yang turut disertai oleh Fida dan beberapa rakan lain.

Baca Mstar

Tuesday, September 20, 2011

Gambar : Kata-Kata Prof. Ungku Aziz

Gambar : Fida dah pandai buka tudung?

Mamat Sepah-kah imej dalam cermin?


Fida baru?

Dari cun cun, lawar lawar dan cantik cantik pakai tudung, dah start nak buka dan tunjuk aurat. Rasanya lebih baik terus bertudung tutup. Usah dibuka walaupun kekasih minta.

Gambar sumber email

Saturday, May 14, 2011

Apa Cerita Orang Lelaki

Saleh boleh tiru gaya dan suara Nik Aziz

ADA yang tersenyum sumbing apabila penyampai radio popular, Salih Yaacob diberitakan bakal mencukupkan kuota empat orang isteri. Ia sekali gus menjadikan perkahwinan yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat sebagai perkahwinan kelima dalam hidup Salih.

Lebih dikenali dengan panggilan SY, Salih kini hidup berpoligami dengan tiga orang isteri iaitu Norlizah, Norraha dan Norfara. Perkahwinan pertama Salih pada 1980 berakhir dengan perceraian pada 1989.

Bisik-bisik tentang perkhabaran perkahwinan terbaru Salih diketahui umum apabila gambar dan artikel Salih bersama calon isteri keempat yang hanya dikenali sebagai Ermi tersiar di dada akhbar beberapa hari lalu.

Sambung baca : Kosmo

Tuesday, May 10, 2011

Nyawa Azizah Terancam, Selamatkan Kak Wan!

Di dalam laporan itu, Abdullah Sani Said tidak menyebut sama ada beliau diliwat oleh suami Wan Azizah atau tidak tetapi mendakwa terdapat unsur sabotaj pada kereta Mercedes Benz S350 yang dipandunya dengan Wan Azizah dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor sebagai penumpangnya.

Sekiranya siasatan itu mendapati ada unsur-unsur sabotaj, maka satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja hendaklah ditubuhkan. Sementara itu demi keselamatan Wan Azizah dan keluarganya, saya gesa Menteri Luar Malaysia segera menghubungi Duta Turki Ke Malaysia memohon disiapkan tempat penginapan sementara kepada keluarga berkenaan kerana rakyat Malaysia amat prihatinkan keselamatan mereka.

NGO Hak Asasi Wanita terkemuka di seluruh dunia juga hendaklah menghantar penyiasat mereka untuk menyiasat sekiranya terdapat masalah domestik dalam rumahtangga Wan Azizah yang memungkinkan ancaman ke atas nyawa Wan Azizah berpunca daripadanya.

Memandangkan Parti Keadilan Rakyat terkenal dengan taktik kotor dan suka mengamalkan taktik melukai diri sendiri demi menagih simpati, World Health Organisation (WHO) digesa segera menghantar sekumpulan pakar psikiatri bagi membuat diagnosis terhadap mereka yang terdekat dengan Wan Azizah.

Cerita panjang boleh baca : Kick

----
Kalau terjadi apa-apa kepada Kak Wan, alasan 'jam omega' hilang semasa kemalangan akan di PC kan.

Tuesday, May 3, 2011

Akhirnya Dia Bersumpah

Nuaq kata :" Kalau rujuk hukum Islam, orang yang mengangkat sumpah dalam hal-hal seperti ini harus bebas daripada dosa besar, tidak pernah minum arak, tidak pernah berzina".




Takkan tak faham lagi kenapa Nuaq tak nak bersumpah. :D

Ide Bicara Kelantan... ente memang kepala bergeliga daa..

Sunday, May 1, 2011

Video Lelaki YX Berkualiti 'Blue'Ray akan keluar pula?

Dari awal lagi macam dah boleh agak, 'pengeluar' klip macam nak main 'angin'. Gambar Ihsan Blog bumiyang

Wednesday, April 27, 2011

Kejanggalan Pada Klip 1 dan Klip 2

yang jaggal atau sangsi (bulat merah) ialah pada jam (timing) dan tulisan siam - yg boleh di edit.
yang tak janggal ialah yg dibulat hijau - yg tak boleh di edit.

Friday, April 22, 2011

Anwar Start Sakit Belakang Dahh...

Agenda Daily

Ramai yang telefon Kawan pagi Jumaat dok gebang bila dapat tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim batal lawatan dua hari ke Pulau Pinang.Ikut ceritanya alasan kononnya sakit belakangnya berulang.

Bukan apa...depa dok garu kepala hairan sebab nampak Pak Sheikh bukan main ligat lagi kempen di Sarawak baru-baru ini.

“Masa dia marah wartawan TV3 dalam sidang akhbar di Kuching , tak nampak pulak muka orang sakit belakang,” sindir salah seorang dari mereka.

Dia merujuk kejadian Anwar hilang sabar bila wartawan wanita tu yang berulang kali tanya mengenai jam Omega yang dikaitkan dengan kes video seks.

Menurut kawan itu lagi, Anwar bukan saja kempen sakan di Sarawak. Dia cabut ke pada hari pilihanraya negeri Sarawak berlangsung.

“Masa di London, Anwar tweet bukan main happy lagi, tengok bola di stadium Emirates milik pasukan Arsenal,”

“Masa itu tak ada pulak cerita sakit belakang,” kata kawan tu.

Balik saja Malaysia tiba-tiba terus sakit belakang. Ada kawan-kawan yang dakwa depa cukup master dengan ‘gelagat’ Anwar kata dia tu sakit bila mula rasa ‘goyang’.

Ada juga teori yang berlegar dikalangan kawan-kawan repoter bahawa Anwar tidak mahu menghadiri program di Pulau Pinang sebab nak elak kena ulas mengenai laporan di Berita Harian pasal dia.

Ikut laporan itu analisis biometrik yang dibuat oleh sebuah syarikat penyiaran Korea Selatan lelaki dalam video seks itu sepadan dengan Anwar Ibrahim.

Analisis yang dibuat berdasarkan perincian saiz tubuh Anwar dalam rekod polis dengan lelaki dalam video seks tu.

Difahamkan antara kaedah yang digunakan bagi membantu siasatan dan pengecaman individu dalam rakaman itu ialah melalui sistem biometrik (mesin imbasan diri berkomputer).

Petang Jumaat Kawan baca kenyataan dikeluarkan oleh PKR balon akhbar Berita Harian kerana siar cerita tu.

Parti tu juga pertikai kredibiliti analisis yang dibuat oleh syarikat tu kerana dakwa mesti dah kowteam dengan polis Malaysia.

Dalam bab ni Kawan malas nak komen sebab dah boleh agak kalau analisis itu dibuat oleh agensi perisikan terkenal dunia seperti FBI,KGB,Scotland Yard,CIA atau mungkin Bangsa-Bangsa Bersatu sekalipun depa akan nafi dan pertikai.

Esok ni kalaulah DNA pada jam Omega kata menang sah DNA Anwar pun depa kata temberang.

Esok lagi kalau Datuk Eskay (Datuk Trio) tunjuk SMS Anwar minta simpan jam Omega tu pun depa boleh tuduh SMS tu palsu.

Esok dan esok lagi kalau pelacur China yang dikatakan pelajar sebuah IPT swasta di Malaysia tunjuk pasangannya dalam video seks tu Anwar pun depa akan kata dia diupah.

Esok dan esok lagi dan esok lagi dan esok lagi kalaulah 900 orang dari 1,000 orang yang tengok video seks penuh kata cukup yakin itu Anwar sekalipun depa akan kata semua orang tu kelabu mata.

Sebab tu ada seorang kawan yang telefon masa dengan cerita saki belakang Anwar berulang langsung tak terkejut.Kawan yang mulut lazer ni kata ini babak baru ‘Drama King’.

Cuma dia harap janganlah nanti sampai ‘tuan direktor’ minta Anwar berpapah naik tangga bila ke mahkamah Isnin nanti sudahlah.

Mana mungkin orang yang sakit belakang ‘hayun’ China Doll tu.Tak gitu.


Kawan: tumpang gelak aje

Tuesday, April 12, 2011

Dapat RM211,955 kerana Video di YouTube


GERMANTOWN, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pelajar pergigian Universiti Temple di Philadelphia, AS, Rob Homayoon menyatakan dia sudah memperoleh pendapatan sebanyak AS$70,000 (RM211,955) sejak 2008 dengan menghasilkan klip video origami di laman YouTube di Internet, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Homayoon, 25, yang tinggal di sini, Pennsylvania menghasilkan klip video mengenai cara untuk membuat origami daripada kertas dari apartmennya.

Origami merupakan kaedah melipatkan kertas untuk menghasilkan pelbagai bentuk seperti burung.

Dia memperoleh pendapatan itu menerusi satu perjanjian dengan YouTube yang menjual iklan.

Menurutnya, dia memperoleh 80 peratus daripada jualan iklan dan Google yang memiliki YouTube memperoleh 20 peratus.

"Semasa (video) saya bermula, saya memperoleh AS$100 (RM302.85) dan saya berpendapat saya boleh menggunakannya untuk wang minyak saya. Kemudian ia meningkat kepada AS$400 (RM1,211) dan AS$600 (RM1,817) dan pada akhirnya saya memperoleh AS$1,000 (RM3,028) dan kemudian AS$2,000 (RM6,057).

"Salah satu cek saya mengandungi lima angka. Ia berlaku pada Disember lalu, empat bulan lalu," kata Homayoon.

Video klip Homayoon kini dimuat naik sebanyak 29.4 juta dan rangkaian klip videonya di YouTube mempunyai 64,000 pelanggan. - Agensi

Tuesday, April 5, 2011

Amazing : Russian Flying Fortresses


In 1930s Russian army was … by the idea of creating huge planes. At that times they were proposed to have as much propellers as possible to help carrying those huge flying fortresses into the air, jet propulsion has not been implemented at those times yet.

Not much photos were saved since that times, because of the high secrecy levels of such projects and because a lot of time passed already. Still on the photo below you can see one of such planes – a heavy bomber K-7.

Now modern history lovers in Russia try to reconstruct according the plans left in once to be top-secret Russian army archives their look in full color. This is one example based on ideas of Russian aviation engineers of that times.