
Diberitahu oleh seorang YB yang mana pajabat MB Kelantan 'akhirnya' terpaksa dipindahkan dari tingkat atas ke bahagian bawah (ground Floor).
Mana taknya, beliau yang mana telah lama dikatakan amat
'lak aih' atau uzur dan tidak mampu memerah khuderat (
reng) untuk berjalan jauh, guna lif apatah lagi tangga.
Rasanya boleh dah kalau nak tukar kepada MB yang muda belia, Pok Nik boleh rehat-rehat. Nanti boleh lantik seorang exco jadi MB, Che Lah boleh juga, sebab dia banyak
'reng', bunyi kata akan tambah satu lagi
'reng'.Kurang pasti kenapa Pok Nik masih lagi mahu memegang tampuk kerajaan negeri, mungkin beliau mahu menjadi MB sepanjang hayat, atau mungkin juga orang kiri kanan yang mahu terus menggunakan beliau selagi ada hayat.
Anaknya sendiri pernah menyebut, yang ayahnya banyak diguna oleh orang kiri dan kanannya.
Beliau boleh berehat, main dengan anak cucu dan juga boleh berceramah agama seperti biasa walaupun tidak lagi berada dalam kerajaan. Rasanya lebih aman dari berada dalam politik.
Tapi bagi saya, molek kita tukar terus dengan parti-parti yang memerintah negeri. Sebab sekarang YB2 mereka baru nampak pasang banner, banting dan kain rentang nak kasi nampak buat kerja. Kerja
last minute ini adalah penyambung 'hayat' periuk nasi mereka untuk 5 tahun lagi kalau diberi peluang.
Boleh ke orang yang dah uzur, kuderat dah semakin kurang serta ingatan dah semakin
'slow' dilantik menjadi pemimpin?
MASA UNTUK BERUBAH