Friday, April 29, 2011

Satu Lagi CD Klip Di Temui

KUALA LUMPUR 30 April - Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa menerima sampul surat mengandungi cakera padat (CD) video seks membabitkan pelaku mirip Ketua Pembangkang di Kapar, Klang semalam.

Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira 10.30 pagi ini untuk membuat laporan polis itu, sebelum beredar keluar setengah jam kemudian.

"Semalam saya melawat pejabat Pusat Khidmat Parlimen Kapar. Saya mendapati satu surat telah diterima yang dialamatkan kepada saya dan bertanda pos negara Thailand.

"Saya mendapati ada satu CD di dalamnya dan selepas menonton, video ini sama dengan video yang ditayangkan oleh kumpulan Datuk T di Carcosa Seri Negara.

Oleh itu, saya meminta siasatan dibuat terhadap mereka yang menyebarkan CD ini,” katanya kepada pemberita. - Bernama

----

Kalu tulisan di Klip tu ada tulisan Urdu, rasa2 tanda pos dari India pulak kan?

Demam polis nak gi cari kes kat Siam, risau gak..kang terjumpa banyak 'klip' yang perut 'tak sama'. Tambahan pulak, 5 soalan dari Eskay tak berjawab dah.

Thursday, April 28, 2011

Fast Five (2011)

Fast Five 2011

Download :

Download Here

"Saya Bersumpah Lelaki Itu Anwar"- Eskey

KUALA LUMPUR 28 April - Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini bersumpah atas nama Allah bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh beliau adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shazryl Eskay berkata, beliau sedar akan azab yang bakal dilaluinya di hari akhirat kelak jika tuduhan tersebut adalah fitnah, tetapi beliau yakin dia berada di pihak yang benar.

Pada masa yang sama, beliau menjemput Anwar untuk bersama-sama dengannya bagi melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat esok. - Utusan

Wednesday, April 27, 2011

Kejanggalan Pada Klip 1 dan Klip 2

yang jaggal atau sangsi (bulat merah) ialah pada jam (timing) dan tulisan siam - yg boleh di edit.
yang tak janggal ialah yg dibulat hijau - yg tak boleh di edit.

Kelantan : 16 Days Without Water

Bo lah, bue kok re lain pulop


Masuk hari ini, Khamis 28 April 2011, sudah 16 hari ketiadaan air. Sana sini kedai makan yang menggunakan air paip AKSB terpaksa di tutup. Krisis tahun ini lebih teruk dari tahun lepas dan tahun sebelumnya.

Petugas pengutip bil dah lama tak nampak muka. Tak boleh salahkan dia dan jangan marahkan dia sebab dia hanya pengutip bil. Jika ke pusat aduan, mereka akan jawab 'kelemahan pengurusan atasan'.

Cukup-cukup la tu menyalahkan pihak lain untuk menutup kelemahan sendiri. Kalau benda basic macam air dah tak boleh urus, camna nk urus negara.

"Sampai bila nak pegang amanah, Tuhan dan tunjuk yang orang 'tu' tak mampu dan tak layak lagi memegang amanah".

Bukan Anwar

KUALA LUMPUR 27 April — Satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Klip video tersebut dimuat naik hari ini di dalam laman ‘Youtube’ dan laman web blogger Papagomo, www.papagomo.com kira-kira 1.30 tengah hari, hari ini.

Usaha menghubungi pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan komen gagal.

Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Sebelum ini, tiga individu yang menggelarkan diri mereka “Datuk T” telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang. — Bernama

---
Bukan Anwar sebab perut tak sama tu..

Tuesday, April 26, 2011

Suara Keadilan 'Kenakan' Haron Din?


KUALA LUMPUR 27 April – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan.

Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini.

"Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar di media massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkan Suara Keadilan membaca Utusan Malaysia adalah haram.

"Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya di sini hari ini. - Utusan