Sunday, August 29, 2010

Perang Arab-Israel (aka Yom Kippur War)


1) Peperangan ini juga dinamakan sebagai Perang Yom Kippur iaitu hari kebesaran Yahudi dan dalam bulan kebesaran Islam – Ramadhan. Ia berlaku pada 10 Ramadhan 1393 bersamaan 6 Oktober hingga 22 Oktober 1973.

2) Konflik Arab-Israel berlaku sejak 1948 selepas negara haram Israel ditubuhkan. Pada jun 1967 berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Negara Arab lain seperti Saudi, Sudan, Tunisia, Maghribi dan Algeria turut memberi bantuan ketenteraan.


3) Dalam Perang Enam Hari ini, Israel menjaya menduduki Bukit Golan Syria dann Semenanjung Sinai di Mesir hingga ke Terusan Suez. Selepas itu Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Mereka memperuntukkan tidak kurang US500 juta untuk membina kubu yang diperbuat daripada pasir sepanjang 160km.

Sisa-sisa Garis Bar Lev

4) Kubu ini dipanggil Garis Bar Lev turut disokong dengan dinding konkrit. Binaan daripada pasir menyebabkan ia bertahan daripada serangan udara dan kereta kebal Mesir. Ia disifatkan oleh Menteri Pertahanan Israel sebagai kubu anti kereta kebal terbaik di dunia.

5) Presiden Mesir Anwar Sadat menggantikan Jamal Abdul Nasser pada 1970. Beliau bertekad melawan Israel dan menawan kembali Sinai yang ditawan Israel pada 1967. Pada 1972 Anwar Sadat mengumumkan Mesir sedia berperang dan menyediakan sejuta tentera, jet-jet pejuang MiG-23, roket SAM6, RPG-7 dan peluru berpandu anti kereta kebal Sagger.

6) Tentera Mesir dan Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur. Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang kubu di Bukit Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk. Walaubagaimanapun, Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi ketenteraan yang mahal. Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali Sinai dan Bukit Golan.

7) Ulama Mesir bernama almarhum Syaikh Hafiz Salamah yang juga Imam Masjid Bandar Suez bermimpi kaedah merobohkan kubu Bar Lev. Dalam mimpinya, beliau ditunjukkan cara meruntuhkan kubu itu ialah dengan menggunakan air. Lagipun kubu itu begitu hampir dengan Terusan Suez yang menjadi laluan kapal besar. Ilham ini dipraktikkan apabila Mesir menggunakan meriam air yang biasa digunakan dalam kerja-kerja perlombongan.

8) Selain itu, Mesir turut menggunakan pam gasolin yang lebih kecil dan ringan. Mereka mendapatkan 300 pam buatan British dan 150 pam buatan Jerman. Akhirnya Mesir berjaya meruntuhkan kubu pasir berkenaan dalam tempoh kurang dua jam. Israel menerima tamparan hebat yang tidak diduga oleh mereka. Tentera Mesir terus menyerbu masuk dan menembusi kubu ini disamping bantuan tentera udara menggunakan 250 jet pejuang MiG-21, MiG-19 dan MiG-17. Pasukan jurutera Mesir juga berperanan membuka laluan kubu pasir Bar Lev. Serangan demi serangan menyebabkan pertahanan Israel menjadi lumpuh.

9) Pada 22 Oktober 1974, perjanjian damai diisytiharkan. Rakyat Israel menyalahkan pimpinan Israel dan menuntut Menteri Pertahanan mereka agar meletakkan jawatan. Akhirnya pada akhir 1974, Menteri berkenaan menyerahkan surat perletakan jawatan.

Saturday, August 28, 2010

Cerita Menteri Malaysia dan Menteri Negara Lain


Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Friday, August 27, 2010

Bukan Islam jual lagak dalam soal ibadat, salah siapa sebenarnya?


MULA-MULA bila ada penceramah bukan Islam bercermah dengan membaca potongan ayat al-Quran wamakaruwamakarallah, ramai yang bertakbir dengan seronok, kononnya dakwah sebuah politik cukup berkesan, bukan Islam pun sudah mampu baca dan terjemah ayat al-Quran dengan baik.

Tokoh berkaitan dipuja, malah diberi sokongan padu menjadikannya cukup naik lemak, sanggup berkasar dengan polis, berani memperlekehkan undang-undang kerana diyakini akan ada pihak yang bukan sahaja bersimpati tetapi sanggup berdemonstrasi jika tokoh berkenaan diapa-apakan atau lagak dan gayanya dihadang.

Kemudian dijalinkan kerjasama dengan parti politik yang secara jelas anti Islam dan tokoh-tokoh parti politik berkenaan dijulang dan dilihat lebih berperibadi mulia, lebih tulus dan telus serta lebih Islamik dari tokoh-tokoh parti lawan yang terdiri dari kalangan orang Islam yang kononnya tidak sempurna Islam kerana tidak menyokong parti yang kononnya Islamik dan berpolitik secara sekular.

Dulu orang bukan Islam walaupun Islam tidak dilarang, tetapi secara tradisinya tidak akan naik ke atas masjid kerana dianggap tempat suci umat Islam yang mana orang dalam keadaan hadas besar pun tidak boleh berada dalam masjid tetapi sekarang berlaku sebaliknya. Orang Bukan Islam mula masuk masjid.

Mungkin kerana berkesanan dakwah parti tertentu, maka orang bukan Islam sekarang bila berhadas akan mandi mengangkat hadas untuk sucikan diri dan layak masuk rumah Allah, yakni masjid, surau atau madrasah. Kerana itu mereka boleh masuk masjid dan memberi tazkirah di masjid, surau atau madrasah.

Kesan kepada dakwah parti yang kononnya Islamik sifatnya, berlaku kes doa khutbah Jumaat, khatib membacakan doa kesejahteraan untuk pemimpin bukan Islam sedangkan doa untuk Yang Dipertuan Agung yang merupakan ketua agama bagi negara ini yang berkecuali dalam politik ditiadakan. Ramai pihak yang menentang tetapi parti yang kononnya perjuangannya berteraskan Islam mempertahankannya.

Pandangan tokoh-tokoh agama seperti Mufti Kerajaan Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diperlekeh, malah tokoh-tokoh agama mana pun yang bukan penyokong parti yang mendabik dada cukup Islam, akan diperlekeh, seolah-olah tokoh sahabat parti yang kononnya Islamik sifatnya lebih tahu tentang hukum hakam dari seorang mufti sedangkan tokoh-tokoh dari parti yang anti Islam itu bukan Islam pun.

Terbaru, berlaku kes seorang ahli parlimen di Selangor menyampaikan tazkirah selepas memberi sumbangan di sebuah surau yang membuatkan Sultan Selangor murka dan baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor membuat siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan surau yang terlibat. Sudah tentu ramai yang menganggap Sultan Selangor pro parti skular dan menjadi alat parti berkenaan kerana kemurkaan baginda itu.

Yang anihnya dan sukar untuk dicari sebab musabab terutama oleh kalangan bukan pemain politik ialah kenapa dalam mencari pengaruh politik, hal-hal yang berkaitan dengan urusan keagamaan mesti membabitkan kalangan bukan Islam, sehinggakan orang bukan Islam atas nama tokoh politik boleh beri tazkirah di surau sedangkan sepatutnya yang bukan Islam itulah yang didakwah, bukannya mendakwah.

Apa yang berlaku, kalau mahu dikatakan kesan dakwah parti yang kononnya Islamik, yang bukan Islam masuk Islamnya tidak ada tetapi yang bukan Islam pula yang berani mencampuri urusan umat Islam, menjadikan bukan Islam yang mendakwah, bukannya mereka yang didakwah. Inikah apa yang dinamakan keberkesanan perjuangan parti yang kononnya berlandaskan Islam sejati?

Apakah kerana Islam kononnya cukup terbuka, pada masa-masa akan datang, akan ada berlaku kes umat Islam bersembahyang jemaah termasuk berterawih atau sunat hajat dalam kawasan kuil, ketik dan biara kerana pembinaan kuil, ketik dan kuil datangnya dari sumber yang kononnya lebih halal berbanding dengan masjid yang dibina oleh kerajaan yang kononnya skular.

Melihat kepada keadaan semasa, tidak mustahil ianya akan berlaku kerana dalam sifir politik tidak ada perkara yang mustahil. Bagi saya, kalangan bukan Islam boleh jual lagak dalam soal ibadat umat Islam akhir-akhir ini adalah kerana permainan politik kepartian yang sanggup menggadai dan memperalatkan Islam.

Untuk menyekatnya dari menjadi bertambah buruk, maka tugas parti politik terbabit dan tokoh-tokohnya yang dianggap alim dan keramat serta cakap dan pandangannya serba suci dan tidak boleh disanggah oleh sesiapa punlah yang kena betulkan keadaan sebelum Allah murka dan menurunkan bala bencana yang tidak akan sanggup ditanggung azabnya.

Tulisan;
Ramli Abdul Halim

Tambahan;
Bagaimana pula perihal seorang India non-muslim dari parti pembangkang yang mendakwa dirinya bermimpi berjumpa Nabi S.A.W (memberitahu) ketika berceramah di hadapan penyokong parti yang konongnya Islamik, sudah masuk Islamkah ia?

Monday, August 23, 2010

Jawatan Kosong - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)


Pemohon dari warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk
mengisi kekosongan jawatan bagi Pasukan Projek Jambatan Pulau Pinang Kedua
di Lembaga Lebuhraya Malaysia :-

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N 32

2. JURUTEKNIK (ELEKTRIK) GRED J 22

3. JURUTEKNIK (AWAM) GRED J 22

4. JURUTEKNIK (AWAM) GRED J 17

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara on – line melalui laman sesawang
Lembaga Lebuhraya Malaysia di alamat http://e-jawatan.llmnet.gov.my/index.html
mulai 18 Ogos 2010 hingga 1 September 2010.

DOWNLOAD IKLAN

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 September 2010

Sunday, August 22, 2010

Jawatan Kosong - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah


Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk menyertai warga
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui jawatan berikut :-

1. JAWATAN : PEKERJA KHIDMAT SINGKAT (Pengurus Medan Infodesa)
a) Kementerian/Jabatan/ : Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Badan Berkanun/Pihak
Berkuasa Tempatan
b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
c) Klasifikasi Perkhidmatan : Klasifikasi Perkhidmatan Sistem Maklumat

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh Tutup : Terbuka

DOWNLOAD IKLAN

PENGHANTARAN BORANG
a) Permohonan mestilah disertakan bersama dengan satu salinan (salinan perlu
disahkan:
i) Resume/CV Bergambar
ii) Kad Pengenalan
iii) Sijil-Sijil Akademik (SPM,Diploma,Ijazah)
iv) Sijil-Sijil Ko-Kurikulum

b) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada :

SETIAUSAHA BAHAGIAN
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
BAHAGIAN PENGUPAYAAN KOMUNITI DAN INFODESA
TINGKAT BAWAH, MIECC
JALAN DULANG, MINES RESORT CITY
43300 SERI KEMBANGAN
SELANGOR DARUL EHSAN

Saturday, August 21, 2010

Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA)


Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berdedikasi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Institusi-institusi Pendidikan MARA (IPMa).

Calon mestilah mempunyai keperibadian yang sesuai dan sedia berkhidmat sebagai seorang guru yang berpengetahuan, berkemahiran dalam mengajar serta mendidik, menyerlahkan kebolehan berfungsi sebagai guru berkualiti dan terbaik.

BIDANG /SUBJEK :
(Lihat Iklan Di Bawah)

CARA MEMOHON:
i. Permohonan hendaklah dibuat secara online yang boleh dilayari melalui laman web MARA iaitu www.mara.gov.my.
ii. Tarikh permohonan dibuka dari 19 Ogos 2010 hingga 19 September 2010.
iii. Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah melengkapkan borang elektronik di laman webMARA.

Klik Untuk Download Iklan

Klik Untuk Memohon Secara Online

Program Ijazah Sarjana Muda Ambilan Disember 2010/2011 - UPSI

Klik utk besarkan gambar

http://www.upsi.edu.my/online/

Wednesday, August 18, 2010

Selepas FELDA, FELCRA Pula Kena Serang


KUALA LUMPUR – Pas mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku dalam Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).

Sinar Harian


Lepas ni siapa lagi akan kena? KADA, MADA, RISDA dan lain-lain bersedialah untuk diserang pembangkang. Banyak la kerja agensi kerajaan lepas ni, akhirnya terabai tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan dengan sempurna, semunya gara-gara onar dari pihak yang tak ada kerja, tapi nak ganggu orang buat kerja. Siapa yang rugi?

Rakyat juga yang rugi.

Siapa saja boleh buat report, betul atau tak itu tak penting, kalau betul..war war kan, kalau tak betul sorok-sorokkan.

Gamaknya mereka dah bosan hidup harmoni

1Malaysia Kerangka Terbaik Kekalkan Perpaduan

Oleh Jami'ah Shukri, Bharian

Nuim minta gagasan ikut elemen asas perlembagaan, tidak dipengaruhi sentimen sempit

GAGASAN 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai pengertian luas ke arah pembinaan negara Malaysia yang bersatu padu dengan menerima prinsip sedia ada termasuk saling menghormati antara kaum, agama dan hak keistimewaan masing-masing.

Justeru, Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia (Nuim), yang dianggotai ulama, intelektual Islam tanah air dan kakitangan kerajaan untuk melahirkan idea bernas, penyelidikan dan perbincangan tidak terkecuali turut memberi pandangan mengenai 1Malaysia.


Pengerusi Nuim yang juga Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman el-Muhammady, berkata untuk pertama kalinya Nuim mengadakan perbincangan terhadap persepsi di kalangan ahli berkaitan 1Malaysia.

Katanya, berdasarkan perbincangan itu, Nuim mengambil pendirian untuk menerima 1Malaysia sebagai kerangka terbaik untuk menyatupadukan pendirian Malaysia sebagai negara yang mampu mara lebih maju dengan iklim kehidupan aman damai dan sejahtera.

1Malaysia bukan seperti Malaysian Malaysia yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

"Bagi orang Islam ia juga dapat menjalani kehidupan Islam dengan cara yang baik. Antara perkara yang dibincangkan ialah pelaksanaan 1Malaysia perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk Perlembagaan Islam, kedudukan Islam, bahasa dan hak Raja-Raja dan institusi agama di negara ini.

"Negara ini terbentuk daripada sejarah dan tradisi yang sudah sedia ada seperti institusi kesultanan, raja-raja dan Majlis Fatwa Kebangsaan, institusi majlis agama dan kedudukan agama Islam.

"Kita mahu setiap kerangka yang ingin dilakukan perlu mengikut keperluan kita sebagai sebuah negara bangsa, tidak dipengaruhi sentimen sempit sehingga menyebabkan rakyat tidak dapat bekerjasama dan menimbulkan keresahan sosial," katanya selepas mengetuai mesyuarat pertama Muim mengenai 1Malaysia serta majlis berbuka puasa di Hotel Singahsana, Petaling Jaya, kelmarin.

Muhammad Uthman berkata, semua elemen penting dalam asas perlembagaan negara jangan diketepikan kerana ia sebahagian daripada sistem kehidupan sedia ada.

Katanya, apa yang perlu ialah merapat serta mempereratkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan hilangkan prasangka buruk mengenai perkara tertentu, khususnya agama.

Sebaliknya, masyarakat perlu mengamalkan hubungan mesra antara satu sama lain tanpa mengikis jati diri mereka.

"Bukan Islam juga jangan fikir, Islam jahat dan ingin mengikis atau merendahkan agama mereka. Setiap masyarakat juga perlu saling menghormati agama lain walaupun berbeza pegangan.

"Bagi umat Islam kita menghormati agama lain. Kita tidak serang bukan Islam seperti merobohkan rumah ibadat dan tokong. Jika kita memahami hak kepentingan masing-masing, gagasan 1Malaysia mampu dicapai dengan jaya," tambahnya.

Beliau mengharapkan dengan konsep 1Malaysia itu akan memberikan persepsi positif dan bukan menimbulkan salah faham terhadap perkara sensitif dan menganggap isu agama boleh diperkotak-katikkan sesuka hati.

Katanya, ini penting untuk mengelakkan menularnya keresahan jika perkembangan spiritual itu tidak difahami dan diambil kira oleh semua pihak. Ketika ditanya isu perpaduan sekarang, beliau mengulas, kini apa yang dilihat seakan terhakisnya budaya saling menghormati di kalangan masyarakat dan keadaan itu membimbangkan.

"Ini dapat dilihat dalam medium tertentu. Ramai blogger menulis mengenai isu kenegaraan, hak keistimewaan kaum dan meremehkan institusi Raja, agama dan majlis fatwa.

"Komen yang negatif itu tidak membantu. Negara yang bertamadun, memerlukan budaya dan nilai murni walaupun mereka berbeza agama dan pendapat. Kita juga tidak mengamalkan budaya 'koboisme` dan setiap perkara yang ingin diluahkan mestilah dengan saluran yang betul.

"Contohnya, sesuatu yang menyentuh pemimpin kena cari jalan dan disampaikan ikut saluran betul dan bukan tunjuk sepanduk di tepi jalan dan memburuk orang lain. Dalam al-Quran juga melarang umatnya melakukan aktiviti sebegitu," katanya.

Beliau berkata, bagi umat Islam, kebebasan bercakap atau memberi pandangan tiada hadnya, tetapi perlu mengikut lunas Islam serta dalam kerangka peradaban negara bertamadun kerana kehidupan bersendikan adat manakala adat juga bersendikan kitab. Apa yang penting, masyarakat Islam umpamanya, perlu kembali kepada wacana arus perdana intelektual Islam.

Oleh itu, katanya, Nuim akan membukukan hasil mesyuarat mengenai 1Malaysia itu sebagai input kepada kerajaan supaya gagasan 1Malaysia mengambil kira rangka asas sedia ada dan sekali gus mampu merungkai segala salah faham, terasa terpinggir atau ketinggalan.

Beliau berkata, perbincangan seterusnya mengenai isu sama akan diadakan dari semasa ke semasa kerana ahli Nuim menunjukkan minat mendalam berkaitannya.

Sesungguhnya, 1Malaysia adalah tonggak ke arah pencapaian Wawasan 2020 dengan bangsa yang bersatu padu dan kuat, selain mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan minda yang progresif dan dinamik.

Tuesday, August 17, 2010

Jawatan Kosong - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)


Pemohon-Pemohon daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di dalam perkhidmatan Lembaga Kemajuan
Pertanian Muda:-

1. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E27 (1 Kekosongan)

Syarat Lantikan :
(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27: P1T5); atau
(iii) diploma ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27: P1T6); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


2. PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 (1 Kekosongan)

Syarat Lantikan :
(a) (i) diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27:P1T5); atau
(ii) Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27:P1T8); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3. PEMBANTU PERTANIAN GRED G17 (3 Kekosongan)

Syarat Lantikan :
(a) Sijil Institut Pertanian, Kementerian Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T8); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[ Hanya calon-calon yang memiliki Sijil Institut Pertanian Selepas Jun 1996 sahaja yang layak memohon]


4. TUKANG K2 GRED R11 (2 Kekosongan)

Syarat Lantikan :
(a) (i) tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; atau
(ii) pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Awam, Pekerja Awam Khas, Pemandu Kenderaan, Operator Loji dan Pemandu/ Operator Jentera Pemunggahyang telah disahkan dalam perkhidmatan;
(b) (i) mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/ Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/ Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2; dan
(c) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.


5. PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 (2 Kekosongan)

Syarat Lantikan :
(a) (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: P1T2);


6. PEKERJA AWAM GRED R1 (7 Kekosongan)

Syarat Lantikan :
(a) (i) tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(Gaji permulaan ialah pada Gred R1: P1T3); dan
(b) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.


UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN) :
(a) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun; dan
(b) Pegawai sedang berkhidmat yang layak untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

TARAF JAWATAN : Tetap
TEMPOH PERCUBAAN :
Calon-calon yang dilantik secara terus atau Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan tetap adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

PEPERIKSAAN / KURSUS INDUKSI :
Mengikut skim perkhidmatan.

CATATAN AM :
(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
(c) Salinan sijil dan dokumen-dokumen yang berkaitan dan disahkan hendaklah disertakan.
(d) Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.


CARA MEMOHON :

1. Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang MADA Am 3 yang boleh dicetak daripada Laman Web MADA http://www.mada.gov.my

MUAT TURUN BORANG MADA Am 3

2. Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-

Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Ibu Pejabat MADA,
Ampang Jajar,
05990 ALOR STAR.
[ u.p.: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia ]

3. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan Laporan Prestasi Tahunan dan salinan Kenyataan Perkhidmatan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Ogos 2010. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

Bulan Puasa Bukan Bulan Untuk Tunjuk Lagak

Oleh : Ramli Abdul Halim

KEWAJIPAN berpuasa yang menduduki tangga ketiga selepas mengucap dua kalimah syahadat dan sembahyang lima waktu dalam senarai Rukun Islam yang lima, adalah untuk menginsafkan manusia, termasuk dari sudut keangkuhan dan ketakburan yang merupakan antara penyakit hati manusia yang sukar dibendung.

Keseronokan, kesenangan, kekayaan, kenikmatan dan sentiasa tidak pernah merasa lapar dan dahaga akan menjadikan manusia lalai, lupa dan tidak akan merasa simpati dengan manusia yang disebabkan oleh faktor dan keadaan-keadaan tertentu menjadikan mereka hidup dalam kesusahan walaupun mereka tidak minta dilahirkan sebagai manusia malang di dunia kepunyaan Allah ini.

Lapar dan dahaga adalah seperkara yang lumrah kepada golongan fakir miskin yang terpaksa hidup dalam kemiskinan dan kefakiran kerana barangkali itulah fitrah dirinya dalam menerima ujian Allah.

Kalau mereka lulus dalam ujian, yankini bersabar dan bersyukur dengan keadaan diri, mungkin si fakir miskin akan menjadi lebih kaya di akhirat nanti berbanding golongan kaya raya semasa di dunia tetapi bakhil dan lupakan Allah.

Manusia yang kaya juga diuji dan kekayaan itu adalah merupakan ujian. Manusia yang gagal dalam ujian dengan diberi kekayaan dan kemuliaan akan menjadi miskin dan hina dina di akhirat nanti. Kehidupan penuh bahagia di dunia akan bertukar dengan sengsara di akhirat nanti dan kekayaan yang dimiliki kalau silap gayanya akan menjadi kayu api neraka nanti.

Si kaya yang tidak lupakan Allah tidak akan memandang rendah, apatah lagi menghina golongan miskin kerana dengan adanya golongan miskin, akan memberi peluang kepada si kaya mengumpul pahala melalui huluran derma atau sedekah kepada golongan fakir miskin, paling tidak pun diadakan majlis berbuka puasa untuk golongan yang kurang bernasib baik dan berzakat.

Seandainya setiap umat Islam menghayati tujuan sebenar kewajipan berpuasa, baru-baru ini Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz tidak akan menasihatkan pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Kalau orang kaya faham tentang hikmah dan tujuan kewajipan berpuasa, hotel-hotel bukannya menjadi pilihan untuk mereka menjadi pangkalan berbuka puasa, sebaliknya mereka akan pilih rumah-ruah anak yatim, rumah penempatan orang tua atau menganjurkan majlis berbuka puasa di rumah masing-masing khusus untuk golongan miskin.

Nasihat yang dibuat Ketua Pengarah JAKIM itu pastinya kerana dikhuatiri setelah berlapar seharian, umat Islam akan merosakkan ibadah puasa masing-masing dengan menikmati juadah yang tidak sahih kehalalannya sewaktu berbuka secara mewah dan ala pesta di hotel-hotel dengan lambakan makanan (kalau halal) yang dibazirkan sedangkan golongan yang miskin hanya berbuka dengan meneguk air putih dan nasi berlaukkan ikan masin.

Nasihat Ketua Pengarah JAKIM itu juga sekali gus menampakkan betapa sepanjang Ramadan, hotel-hotel menjadi tumpuan umat Islam berpesta berbuka puasa, malah ianya lebih bersifat mahu menunjuk lagak tentang kemampuan untuk bermewah-mewah sedangkan berlagak itu bukan sahaja tidak patut dilakukan pada bulan puasa tetapi juga pada bulan-bulan biasa kerana berlagak itu adalah di antara feel perangai syaitan laknatullah.

Bila berbuka puasa di hotel-hotel mewah dan tentulah pula kena berbelanja mewah, mahu tidak tujuan berpuasa tidak akan dapat dihayati dan difahami. Kewajipan berpuasa adalah supaya kita berlapar dan dalam keadaan lapar kita akan rasa tersiksa. Lazinya orang yang dalam keadaan sakit dan tersiksa akan mengingati Allah.

Tidak ada maknanya berpuasa kalau hikmah dan tujuan di sebalik kewajiban berpuasa itu tidak dihayati dan gagal difahami serta gagal diselami akan maksud dan tujuannya dengan yang kaya terus dengan lagak kayanya tanpa ada rasa mahu meringankan beban kemiskinan dan kesiksaaan hidup kalangan yang kurang bernasib baik yang sepatutnya diberi peluang menikmati juadah berbuka puasa hasil sumbangan golongan kaya yang sering membazirkan makanan dan minuman pada pesta berbuka puasa dihotel-hotel mewah yang membabitkan golongan yang sudah kaya.

Khalid Nak Tutup 'Lubang' Kamera


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan kamera pengintip di pejabat beliau di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor baru-baru ini.

Sambil menyifatkan dalang yang melakukan ‘kerja’ itu mempunyai hak melihat apa yang dilakukan Kerajaan Negeri, beliau menyatakan pihaknya berpegang kepada prinsip ketelusan.

“Kita percaya mereka (individu yang memasang kamera) ada hak untuk melihat apa yang kita buat.


Sumber penuh : SINI

Kalau MB Selangor itu mempunyai sifat ketelusan dan berpegang kepada prinsip ketelusan dalam membuat kerja, apa kata tontonkan sahaja video dalam kamera itu. Boleh juga rakyat menyaksikan setakat mana 'apa yang MB buat'. Tentu menarik kerja-kerja di kerusi MB.

Monday, August 16, 2010

Jawatan Kosong - KEMAS


JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA) KEMAS LEPASAN DIPLOMA TAHUN 2011

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA) KEMAS Lepasan Diploma tahun 2011.

1. SYARAT DAN KELAYAKAN
1.1 Pemohon mestilah warganegara Malaysia
1.2 Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-

(a) Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak yang di iktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya ; dan
(b) Mendapat lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu (dan lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
1.3 Pemohon wanita sahaja layak memohon

2. MAKLUMAT ASAS KURSUS
2.1 Tarikh mula : November 2010 atau tertakluk kepada perubahan kursus
2.2 Tempat : Institut/ Pusat Latihan KEMAS
2.3 Tempoh : Satu (1) hingga dua (2) bulanatau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan.

3. PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN
3.1 Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS 1 Pin. 2005
3.2 Isikan semua maklumat dengan jelas, tepat dan lengkap mengikut butiran yang dikehendaki seperti dalam borang berkenaan.

3.3 Borang ini juga boleh didapati di :
(a) Laman web www.kemas.gov.my ; atau
(b) Ibu Pejabat KEMAS, Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah/Parlimen.
Alamat Ibu Pejabat KEMAS dan Pejabat KEMAS Negeri adalah seperti di dalam iklan.

DOWNLOAD Iklan Tawaran
DOWNLOAD Borang Permohonan

4. PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

4.1 Borang permohonan KEMAS 1 Pin. 2005 yang lengkap disi berserta dengan salinan Kad Pengenalan, sekeping gambar berukuran pasport, salinan Diploma atau lain-lain bidang yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, salinan sijil-sijil persekolahan, salinan Sijil Lahir, salinan Sijil Berhenti Sekolah dan salinan Sijil Kegiatan Luar yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri yang dipohon seperti alamat di para 3.3 (b) sebelum tarikh tutup permohonan

4.2 Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat permohonan.

4.3 Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan

4.4 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 29 Ogos 2010

6. TEMUDUGA DAN KEPUTUSAN
6.1 Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
6.2 Hanya calon-calon yang berjaya dalam Kursus Asas Sijil Pendidikan Awal Kanak- Kanak akan dipertimbangkan untuk berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pemaju Masyarakat TABIKA) Gred S27 secara kontrak di KEMAS.
6.3 Calon-calon yang tidak dihubungi selepas enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Tuesday, August 10, 2010

Kelebihan Solat Tarawih


Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1:

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2:

Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3:

Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4:

Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5:

Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6:

Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam 7:

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.

Malam 8:

Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9:

Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam 10:

Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:

Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12:

Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13:

Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14:

Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15:

Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam 16:

Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:

Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18:

Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19:

Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20:

Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22:

Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23:

Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24:

Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25:

Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26:

Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27:

Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30:

Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"."

Sunday, August 8, 2010

Jawatan Kosong - Pusat Perubatan Universiti Malaya


Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang disenaraikan di bawah :

1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41
2. AKAUNTAN W41 Tetap

3. PENOLONG JURUTERA
4. PENOLONG JURUAUDIT W27

5. JURUTEKNIK PERUBATAN U19

6. JURUTEKNIK J17

7. PEMBANTU AM PEJABAT N1

8. ATENDAN KESIHATAN U3


Status Jawatan: Tetap

KLIK SINI UNTUK SYARAT LANTIKAN DAN PERMOHONAN SECARA ONLINE


Tarikh Tutup Permohonan: 23 Ogos 2010

Berkiblatkan Singapura

Oleh : Zaini Hasan (utusan)
Tajuk : Hikayat Pada Masa Itu...

DAP dan para pemimpinnya kini sering merujuk kepada kejayaan Singapura. Singapura itu dan Singapura ini. Malah, kononnya Pulau Pinang juga kini mendapatkan pelbagai nasihat daripada republik itu.

Kelmarin, Tony Pua, penasihat ekonomi DAP yang juga Ahli Parlimen PJ Utara, turut merujuk kepada sistem yang diamalkan di Singapura apabila mahu menasihati kerajaan Selangor supaya mansuhkan diskaun pembelian rumah untuk bumiputera.

Apabila beliau memperlekehkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Malaysia, dia juga merujuk kepada Singapura yang menurutnya republik itu berada di tahap tertinggi berjaya menarik pelaburan berbanding dengan negara-negara ASEAN lain.

Asyik-asyik Singapura. Kita memang sedar DAP dan parti yang memerintah Singapura sekarang iaitu PAP ialah adik-beradik. Mungkin kerana itu, tumpuannya banyak berkiblatkan republik itu.

Singapura ialah sebuah negara sudah tiada beraja yang mengamalkan sistem republik. Ada juga desas-desus yang mengatakan corak sistem sebegitulah yang diidam-idamkan oleh DAP. Benar atau tidak, saya tidak tahu, tapi berat-beratnya macam betul? Apapun hanya Allah Yang Maha Esa sahaja yang amat mengetahuinya.

Ekoran kegawatan politik yang memperlihatkan – teori saya – orang Melayu berpecah kepada enam (rujuk Cuit 25 Mac 2009: Melayu bukan UMNO lagi, Melayu sudah minoriti) maka tiada mustahil akhirnya, Singapura akan bersambung dengan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Perak, Pulau Pinang (sudah seakan-akan Singapura sekarang) serta Kedah. Apabila kesemua negeri ini bersambung dengan satu ideologi, maka tidak mustahil sistem pemerintahan yang diidam-idamkan oleh DAP itu akan menjadi kenyataan.

Pada masa itu, Singapura akan dikenali sebagai Singapura Raya (the greater Singapore) dan ia tidak perlu bimbang lagi dan pada masa itu DAP akan menjadi sebuah parti yang akan mendapat sokongan padu orang- orang Melayu yang berpecah enam tadi.

Pada masa itu juga, Pas akan terus bekerjasama dengan DAP – sama-sama bertepuk belakang – dengan disokong oleh jiran seberang Tambak Johor (yang pada masa itu semua pihak akan bersetuju bahawa Tambak Johor bukan lagi bernostalgik, dan ia akan dirobohkan bagi membolehkan air laut Selat Tebrau yang cukup kotor itu dapat mengalir dengan tenangnya dan kapal-kapal dapat berlayar melalui selat itu.)

Pasa masa itu, Tony Pua serta Lim Guan Eng serta Lim Kit Siang (mungkin akan menjadi Menteri Mentor Malaysia) akan memerintah. Tony Pua pada masa itu tidak perlu lagi mencadangkan itu dan ini, tapi sudah boleh meminda apa-apa sahaja akta yang difikirkan perlu untuk rakyat Malaysia, khususnya yang berkepentingan orang Melayu.

Pada masa itu juga, orang Melayu akan menjadi orang yang paling tenang kehidupannya di alam maya ini. Dan, pada masa itu juga orang Melayu tidak lagi akan bercakap mengenai soal perpaduan Pas-UMNO, kerana mungkin UMNO sudah tiada lagi, atau mungkin sudah bertukar nama.

Pas pada masa itu, akan menjadi parti yang paling gembira kerana dapat mengembangkan ajaran agamanya tanpa sebarang paksaan (berbanding masa sekarang dan pada zaman Mahafiraun dulu).

Nik Aziz Nik Mat, jika masih hidup pada masa itu akan menjadi orang yang paling gembira, segembiranya beliau apabila dapat berjabat tangan dengan Lee Kuan Yew di Kota Bharu tidak lama dulu.

Pada Masa Itu Lagi...

SEKARANG DAP terlalu memuja Singapura kerana hebatnya negara itu. Dan memuji orang Malaysia kerana dapat bekerja dengan gaji besar di negara itu.

Pada masa itu, Singapura bukan lagi menjadi tempat tinggal yang paling baik untuk rakyat di negara pulau itu. Mereka mahu mencari tapak-tapak rumah yang lebih besar. Jika sekarang mereka hanya menghuni di rumah-rumah kiub, mereka mahukan rumah-rumah banglo.

Ia hanya boleh diperoleh di tanah Semenanjung yang cukup luas ini. Sekarang pun, jika orang Singapura diberi kerakyatan Malaysia - saya boleh bayangkan, pintu sempadan akan pecah dirempuh mereka.

Mereka mahu mencari tanah yang lebih luas untuk hidup. Sekangkang kera, sudah tidak cukup. Jutawan dan bilionwan sana mahukan rumah yang lebih besar untuk mendirikan mahligai masing-masing. Negara pulau itu sudah terlalu kecil.

Itu pasal sekarang pun, ramai yang sudah bermastautin di Australia atau New Zealand kerana mereka mahukan tanah yang luas.

Pada masa itu, soal batasan sempadan bukan masalah lagi. Berduyun-duyunlah orang seberang sana, mencari ketenangan di tanah Semenanjung atau Sabah dan Sarawak yang penuh dengan kehijauan ini.

Tanah kini terbentang luas bagi mereka. Tidak perlu lagi ke Australia atau pun New Zealand.

Hukum alam sebenarnya berputar. Ia ada kitarannya. Hanya orang yang tidak tahu sejarah, tidak pernah percaya wujudnya kitaran seperti ini. Ingat sejarah; Singapura dulu milik orang lain, kini milik orang lain.

Malaysia juga tidak terkecuali

Saturday, August 7, 2010

Piala Malaysia 2010 - Keputusan Undian Kumpulan

milik siapakah piala ini pada tahun 2010?

KEPUTUSAN UNDIAN PIALA MALAYSIA 2010



KUMPULAN A
Kelantan
N.Sembilan
KL Plus
Selangor PKNS

KUMPULAN B
Terengganu
Pahang
K.Lumpur
Sabah

KUMPULAN C
Johor FC
Kedah
Perak
ATM

KUMPULAN D
Selangor
T-Team
Perlis
Felda United


Kredit : MyAdha

Baby Kena Main









Sian kt baby tu. Kena main

Friday, August 6, 2010

Jawatan Kosong - Kementerian Sumber Manusia


Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan seperti berikut:
1. Pemandu Kenderaan – Gred R3
2. Penghantar Notis – Gred N3
3. Pembantu Am Pejabat – Gred N1
4. Pekerja Awam – Gred R1

DOWNLOAD IKLAN

DOWNLOAD CARA MEMOHON

Cara Memohon:
(i) Permohonan hendaklah dibuat secara online di http://www.jobsmalaysia.gov.my.
(ii) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
(iii) Calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan semasa temuduga.
(iv) Segala kos berkaitan dengan permohonan dan temu duga jawatan tersebut adalah tanggungjawab calon.
(v) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.
(vi) Tarikh tutup permohonan : 16 Ogos 2010.

Thursday, August 5, 2010

Film : Salt 2010


Part 001
Part 002


Cara nk sambung part cerita : SINI

Jawatan Kosong - Pusat Perubatan UKM


Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :

1. PEGAWAI PERGIGIAN U41
2. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
3. PEMBANTU PERUBATAN U29
4. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

KLIK SINI UNTUK SYARAT LANTIKAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan: 19 Ogos 2010

Kemana Kita Selepas Ini?

Jika anda bertanya perasaan saya pasal statistik pendaftaran pengundi baru di atas, saya boleh jawab - Saya Berasa Gerun!

Umum kita lihat, dipihak pakatan pembangkang mendominasi pengundi baru. Terlalu banyak 'majoriti' kalau hendak dibandingkan dengan pakatan pemerintah iaitu Barisan Nasional. Ini baru bulan Jan-Jun 2010 iaitu selama enam bulan, 2009 macam mana? 2011 pula macam mana?

Secara ringkasnya.

Parti komponen kerajaan seperti MCA, MIC dan Gerakan masih terlalu perlahan dalam mencari pengundi baru jika dibandingkan dengan UMNO. Kenapa jadi begini?:-

1. Ada yang memberi pendapat, MCA sudah 'tiada', ramai ahli dan anggota penyokong parti keramat itu lebih senang memberi sokongan kepada DAP. DAP ada segalanya, DAP boleh dapat segalanya. DAP ada parti-parti sahabatnya yang boleh mengikut kemahuannya.

2. Saya merasakan (seperti yang lain-lain juga), jika pakatan pembangkang menang PRU 13, perdana menteri bukan lagi dari bangsa Melayu, kalau ada pun mungkin seperti yang berkalu di Perak iaitu MB-Boneka.

3. Jika dilihat pada statistik diatas, parti DAP yang 'menang'. DAP terlalu agresif dalam mendaftarkan pengundi baru, sehingga mereka komplen SPR kerana kekurangan borang pendaftaran pengundi, boleh baca sini

Bila kita berbicara tentang Melayu akan hilang kuasa, ramai yang balas balik dengan mengatakan kita sedang menakut-nakutkan orang Melayu. Apapun, kita kena terus 'sedar' dan bersama-sama menyedarkan, hak semakin digugat.

Islam di dunia digugat, diugut, dihina kerana mereka berpecah dan tidak mahu bersatu.

Tidak mustahil suatu hari nanti, Malaysia akan bergabung semula dengan Singapura!

Orang tua dahulu berpesan, Sediakan Payung Sebelum Hujan. Jangan sampai basah baru bergadoh nak cari payung, walaupun payung dah kita jumpa, tapi apa boleh buat, kita dah basah.

Adakah UMNO akan bergerak sesorangan?

* Bergadoh - tergesa-gesa

Wednesday, August 4, 2010

Jawatan Kosong - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut:-

1. AHLI FOTOGRAFI B11
2. JURUSOLEK B11
3. PEGAWAI KEBUDAYAAN (PEMBANTU PENTAS) B11
4. PEKERJA AWAM R1
5. PEKERJA AWAM KHAS R3
6. PEMANDU KENDERAAN R3
7. PEMBANTU AM PEJABAT (PAP) N1
8. PEMBANTU KAMERA / PEMANDU N3
9. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
10. TUKANG K2 R11
11. TUKANG K3 (KAYU / JAHIT) R9

KLIK SINI UNTUK SYARAT LANTIKAN

Cara Memohon
(a) Pemohonan hendaklah menggunakan Borang KPKK 01/09 yang boleh didapati dari Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 4, Blok F, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato’ Onn, 50610 Kuala Lumpur atau dalam laman web Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia http://www.kpkk.gov.my/.

BORANG PERMOHONAN JAWATAN KPKK 01/09 ONLINE

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran passport, salinan Sijil Kelahiran, Salinan Kad Pengenalan, Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.

(c) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi terkini dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Pengisytiharan Harta.

(d) Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kiri sampul surat.

(e) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:

(i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
(ii) tidak lengkap atau tidak terang;
(iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
(iv) tidak ditulis nombor Kad Pengenalan;
(v) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; dan
(vi) tidak ditandatangani.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Setiausaha
Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia

Cawangan Pengurusan Sumber Manusia

Tingkat 4, Blok F
Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana
Jalan Dato’ Onn,
50610 Kuala Lumpur


Tarikh tutup permohonan: Tiada tarikh tutup permohonan

Tempoh Sah Laku permohonan adalah selama setahun. Sekiranya calon masih berminat, permohonan perlu diperbaharui selepas SETAHUN.

(b) Calon-calon yang ingin memohon Borang KPKK 01/09 melalui Pos hendaklah menyertakan sampul surat berukuran 16sm x 23sm beralamat sendiri dan dilekatkan setem RM0.50 dan di hantar ke alamat di atas.

(i) Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan akan dipanggil temuduga apabila ada kekosongan bagi jawatan yang dipohon

(ii) Kementerian ini tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon-calon yang akan menghadiri temuduga tersebut

(iii) Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.

Contoh Resume yg Lengkap dan Terkini


INFO YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMBINA SATU RESUME YANG LENGKAP

Maklumat Peribadi (Personal Information)

Maklumat peribadi adalah merangkumi nama, alamat, nombor telefon dan e-mail. Anda boleh juga memasukkan profail ringkas yang merangkumi objektif kerjaya anda. Pastikan bahawa maklumat peribadi adalah ringkas. Tak payah nak masukkan info yang tidak relevan seperti warna rambut, status, tempat lahir, jumlah anak, jumlah isteri, opsss…

Tolong simpan huraian lanjut anda untuk bahagian yang lebih penting.

Hobi/ Aktiviti Masa Lapang (Interests/ Hobbies)

Majoriti majikan gemar mengambil calon yang mempunyai keseimbangan dalam kerjaya dan hidup. Menerangkan apa yang ada buat di masa senggang dapat menolong future employer menilai karektor anda. Adakah anda seorang yang suka menyertai kerja – kerja amal? Gemar fotografi? Menyelam? Penulisan kreatif? Sebutkan.
Hobi yang dinyatakan tidak semestinya berkaitan dengan kerjaya anda. Malah anda juga boleh memilih untuk tidak menyertakan maklumat berkaitan hobi.

Pendidikan dan Kelayakan Profesional (Education and Professional Qualifications)

Masukkan maklumat yang paling terkini sahaja. Misalnya, anda baru sahaja tamat pengajian ijazah. Maklumat tersebut adalah mencukupi, ditambah dengan maklumat sekolah menengah. Tak payah letak maklumat sekolah rendah, tadika dan taska. Sekiranyaanda berkeras jugak (degil sungguh) nak letak maklumat sekolah rendah sebab anda lompat darjah dua kali (pandainyeeee… anak sape ni..), anda boleh berkongsi maklumat tersebut semasa temuduga, itupun sekiranya diperlukan. Bukan dalam resume.

Maklumat kelayakan profesional adalah kursus – kursus yang pernah anda ikuti atau persijilan (certification) tambahan yang anda perolehi. Misalnya, kursus keusahawanan, Six Sigma, LCCI cerification, kursus andaman dan sebagainya.

Ingat!

Hanya letakkan kelayakan profesional yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon sahaja. Jangan beria – ia nak masukkan semua maklumat sampaikan kursus kahwin pun nak dimasukkan.

Skil/ Kemahiran (Skills)

Sertakan ringkasan skil: kemahiran mengunakan aplikasi komputer, book keeping, kelajuan menaip, project management, menggubah bunga, penyediaan western food, dan sebagainya.

Ingat!

Hanya letakkan skil yang paling relevan dengan kerjaya anda sahaja. Kalau apply untuk kerja network engineer , jangan letak ‘mahir menjahit cross-stitch‘. Kena baling ngan telur busuk.

Bahasa (Language)

Letakkan seberapa banyak bahasa utama yang anda tahu, berserta tahap penggunaan. Sekiranya anda tahu bahasa asing seperti bahasa Jepun atau Perancis, pastikan maklumat tersebut turut disertakan.

Contoh:
Language (Spoken) (Written)
English (8) (10)
Malay (10) (10)
Mandarin (8) (6)
Arab (10) (7)

Kriteria bahasa adalah lebih mudah dibaca dalam bentuk jadual. Pilihan jadual juga mempelbagaikan kandungan resume anda supaya tidak nampak mendatar.

Pengalaman Kerja (Working Experience)

Maklumat yang paling penting dalam penulisan resume anda adalah pengalaman kerja. Mengapa?

• perkara pertama yang akan dipertimbangkan oleh majikan.

• membezakan antara yang experienced dan fresh graduate .

• memutuskan sama ada anda mampu memikul tanggungjawab yang lebih berat.

• menentukan basic salary anda (fuiyo! penting tu).

So camane nak start cerita pasal working experience nih?

* The best would be in reverse chronological order (didahului dengan pengalaman kerja yang paling akhir). Semasa temuduga juga, majikan akan lebih menekankan soalan yang berkaitan dengan pengalaman kerjaya anda yang terkini.

* Nyatakan tarikh (tahun/ bulan) bila anda bermula dan mengakhiri setiap kerjaya. Pastikan tiada ruang kosong atau jarak yang lama di antaranya. Sekiranya ada, pastikan anda boleh menyatakan sebabnya apabila disoal semasa temuduga kelak.

* Terangkan dengan jelas tentang tugas dan tanggungjawab anda untuk setiap kerjaya. Tekankan skil yang paling relevan dengan kerjaya yang anda pohon. Anda boleh menggunakan beberapa perkataan yang power untuk memberikan professional feel kepada penulisan resume anda.

* Hadkan pengalaman kerja anda kepada tiga yang terakhir. Lima paling maksima. Sekiranya anda nyatakan lebih dari itu, majikan mungkin akan mendapat tanggapan bahawa anda suka job hopping (bertukar – tukar kerja).

Fresh graduates : Anda boleh abaikan bahagian ini. Tapi jangan lupa menyatakan tentang kursus atau praktikal yang pernah anda ikuti sekiranya ada.

Pencapaian dalam Kerjaya (Accomplishments)

Fikirkan. Apakah yang akan membezakan penulisan resume anda dengan yang lain? Calon lain pun ada skil yang diperlukan, calon lain pun ada beberapa tahun pengalaman, calon lain pun ada rujukan yang baik. Jadi apa yang anda boleh buat untuk membezakan atau menaikkan taraf resume anda daripada mereka?

Jawapannya adalah: pencapaian anda dalam bidang kerjaya

Inilah kriteria penghulu dalam penulisan sebuah resume. Biasanya diletakkan selepas atau digabungkan dengan kriteria Working Experience. Sekiranya kriteria ini dihuraikan dengan baik (dan segala aspek resume yang lain dipatuhi), saya jamin bahawa kemungkinan anda dipanggil temuduga adalah 110%. Begitulah kuatnya impak Accomplishments. It can work wonders.

Tetapi jarang sekali saya lihat kriteria di atas dititik beratkan oleh calon.

Pencapaian dalam kerjaya bermaksud pencapaian atau sumbangan anda yang ketara semasa bertugas. Ia mungkin dalam bentuk keuntungan, penjimatan, pembaik pulihan, pengiktirafan, anugerah dan sebagainya.

Lihat dua contoh di bawah:
Contoh A

Prepared training modules for new hires

Contoh B

Developed comprehensive training modules (Softskill & Product Knowledge) for new hires that lead to 32% increase in service level

Nampak tak perbezaan antara A dan B? Kedua – duanya menerangkan perkara yang sama tetapi ayat B mempunyai 3 kekuatan:

1. pengunaan perkataan yang power – developed, comprehensive
2. penerangan yang lebih fokus – softskill & product knowledge
3. pencapaian – that lead to 32% increase in service level

Ayat manakah yang anda rasa akan menarik perhatian bakal majikan? Tepuk dada dan tanyalah selera.

Rujukan (Referees)

Maklumat berkaitan dengan orang yang boleh menjadi rujukan anda. Jumlah optimum adalah empat orang. Dua dari bidang akademi, dua dari bidang pekerjaan. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, syarikat dan nombor untuk dihubungi. Tempoh perkenalan adalah tidak perlu.

Penting!

Mintak izin dulu ye? Jangan memandai nak sumbat maklumat orang lain sesuka ati korang. Pentingnya meminta izin adalah supaya rujukananda bersedia untuk bekerjasama sekiranya dihubungi oleh bakal majikan anda.

Bukan semua syarikat memerlukan rujukan. Jadi, anda boleh memilih untuk tidak menyertakan rujukan. Sekiranya diperlukan, maklumat rujukan boleh diberikan semasa temuduga atau diisi dalam borang temuduga.

Gaji (Salary)

Gaji sekarang (current salary)

Ada yang suka menipu dengan meletakkan amaun yang lebih tinggi untuk current salary, dengan harapan akan mendapat expected salary yang diinginkan. Ketahuilah bahawa majoriti syarikat akan meminta slip gaji terakhir sebelum menawarkan anda kerja. Kalau terbukti anda menipu, lupakan saja peluang anda untuk menjawat jawatan tersebut. Dengan kata lain, anda kantoi.

Gaji yang dikehendaki (expected salary)

Expected salary mestilah setimpal dengan kelayakan dan pengalaman anda. Setiap kali anda bertukar kerja, secara kasarnya anda boleh menaikkan expected salary dengan penambahan RM500 – RM2000 (pastikan setimpal dengan pengalaman). Atau gunakan prinsip kenaikan 30% – 50% dari gaji lama.

Jangan sekali – kali meletakkan gaji yang spesifik. Nyatakan lingkungan gaji yang dikehendaki sahaja.

Jangan lupa letakkan terma ‘Negotiable’ atau yang seangkatan dengannya. All the little details count! Terma ini menggambarkan bahawa gaji yang anda kehendaki masih boleh dirundingkan semasa proses temuduga nanti.

Contoh:

Expected Salary

RM2500 – RM3200 (Negotiable)

RM3200

RM2500 – RM3200 (Nego)

RM2500 – RM3200 (Negotiate)

Salary is fully negotiable

Salary is negotiable, depending on the responsibilities of the position.

Isu gaji paling baik dibincangkan semasa temuduga. Nyatakan gaji yang dikehendaki (expected salary) dalam resume hanya jika diminta berbuat demikian. Dikhuatiri, jika anda meletakkan gaji yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, risiko untuk anda diketepikan dari panggilan temuduga juga sangat tinggi.

The bottom line is this: if it’s not asked, don’t volunteer. Senang citer.

Sumber : www.jobsmalaysiaonline.com

Jawatan Kosong - Jabatan Kerja Raya (JKR)

Jawatan Kosong di JKR

1. JURUTERA (ELEKTRIK) (1 Kekosongan)
2. JURUTERA (MEKANIKAL) (1 Kekosongan)
3. PENOLONG JURUTERA (AWAM) (8 Kekosongan)
4. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) (7 Kekosongan)
5. PEGAWAI SAINS (3 Kekosongan)
6. JURUTERA (AWAM) (6 Kekosongan)
7. JURUUKUR (BAHAN) (1 Kekosongan)
8. ARKITEK (10 Kekosongan)

KLIK SINI UNTUK SYARAT DAN CARA PERMOHONAN

Tarikh Tutup : 20 Ogos 2010

Bahan Buangan Pengganti Lampin Bayi

Kreatif dan inovatif,
Duit pun jimat,
Kira macam kitar semula la ni..
Hahaha..

Kredit utk buaya merah

Tuesday, August 3, 2010

Gambar Lucu dan Menarik





Keputusan Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa


Katagori : Qari

Juara : Hani Abdel Aziz Ahmed dari Mesir
Naib Juara : Wan Ainuddin Abdullah dari Malaysia
Tempat Ketiga : Abdul Wadoud K Esmail dari Filipina


Katagori : Qariah

Juara : Samia Khanan dari Pakistan
Naib Juara : Dayang Nurfaezah Emran dari Brunei
Tempat Ketiga : Monaifah A Bogabong Alawi dari Filipina

Cerpen : Prinsip!


Cerpen : Prinsip
Oleh/Sumber: RAMLI ABDUL HALIM

TIDAK ada apa yang dibawanya untuk berjumpa dengan rakan seperjuangan yang kini menjadi pemimpin penting, pemimpin yang dipuji-puja dan ditaksubi berjuta pendukung dan penyokong parti yang menjadi wadah perjuangan.

Kopiah rongak birai dan sudah berpetit lalat pun yang merupakan antara jumlah harta miliknya yang tidak secumak mana juga tidak dibawa.

Kepala yang diseliputi rambut lebat tetapi telah uban sepenuhnya dibiarkan tanpa ditutup oleh kopiah mahu pun semuntal ekor berjuntai.

Yang dibawanya adalah hafalan ayat seratus empat puluh lapan hingga seratus empat puluh sembilan Surah An-Nisaa’ serta terjemahannya sebagai bahan hujah untuknya berkata benar walaupun ada telinga dan hati yang sakit menerimanya.

Dia tidak mahu hipokritkan diri: tunjuk lebai dan berjurus kerana tenggekan kopiah atau pun lilitan semuntal kain batik lepas, apatah lagi lilitan serban yang padanya menjadi imej pakaian orang lebai-lebai.

Janggut berjerabu di dagu, misai meliar dan segala bulu gemulu dibiarkan tidak bercukur pun bukan kerana mahu membentuk imej lebai tetapi kerana dia sebenarnya tidak mampu untuk beli pisau pencukur atau gunting bagi mengandam janggut, misai dan sekalian bulu gemulunya. Semuga dia tidak berdosa kerana terpaksa selekeh, disebabkan ketidak-mampuannya. Baju yang dipakai pun hanya baju gumbang yang sudah lusuh. Pun demikian dengan kain pelaikat yang dipakainya, sudah lusuh dengan tepinya sudah banyak tempat rongak dan berjerabu-katu.

Selipar yang dipakai juga sudah nipis dan rongak kronik birai bahagian tumitnya. Itulah kemampuan sebenarnya apabila dia memilih untuk memastikan apa yang menjadi haknya adalah benar-benar halal dan dalam keredaan-Nya, kerana kesediaannya untuk miskin di dunia, kaya di akhirat, sengsara dan hina dina di maya pada serba sementara ini tetapi akan bahagia dan mulia pada kehidupan abadi nanti. Sebagai pejuang, pendukung dan penyokong parti yang kini ditakdirkan berjaya membentuk kerajaan di beberapa buah negeri, dia pernah ditawarkan kawasan balak supaya taraf kehidupannya lebih standard. Kononnya kalau tokoh banyak jasa sepertinya hidup merempat, mahu tidak mahu imej parti yang diperjuangkan, yang didukung dan disokong boleh tercalar, malah boleh timbul persepsi nanti kononnya pimpinan parti tidak reti balas budi.

“Ustaz gila”

Dia tersentak oleh kata nista rakan seperjuangan yang lebih muda darinya yang asalnya merempat tetapi sekarang hidup kaya penuh bergaya kerana acap dapat kawasan balak dan jadi rakan kongsi bermodalkan air liur bagi pembangunan memajukan tanah-tanah simpanan bangsa yang sebilangan besarnya sudah bertukas status hakmilik. Kalau tidak diambil kira bahawa muka rakan seperjuangannya itu adalah ciptaan Allah yang belum tentu halal baginya untuk dijadikan sasaran tumbukan, rakannya itu mungkin sudah tersungkur menerima padah penumbuk jantannya. Mujurlah dia sedar dan dapat sedarkan dirinya bahawa segala ciptaan Allah yang diamanahkan kepada hamba-hamba-Nya, termasuk penumbuknya, tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk perbuatan dan perlakuan yang tidak benar-benar halal, maka dia masih mampu tersengih menerima kata nisa itu. Rakan seperjuangannya agak marah dan kesal bila dia tolak tawaran pemberian kawasan balak kepadanya yang kononnya akan memampukannya menikmati hidup yang sama taraf, kalau pun tidak lebih baik dari wakil-wakil rakyat. Bagi rakan seperjuangnya, dia bukan sahaja tolak tuah, tetapi dia juga telah secara sengaja menyepak terajang rezeki yang datang menggolek dan peluang yang telah jatuh ke riba. Dia kononnya sengaja kehek tubik rezeki yang sudah masuk ke mulut.

“Ana takdok baka gila. Macam mana enta boleh kata ana gila. Ana belum pernah masuk wad gila”
“Kalau pun Ustaz tak gila tapi keputusan Ustaz tu keputusan gila”
“Maksud, enta?”
“Diberi kawasan balak kenapa ditolak?”
“Ana bukan pembalak. Ana tak ada kepakaran tentang balak membalak ni”
“Bukan semua yang dapat kawasan balak ada kepakaran tentang balak”
“Apa orang yang tak ada kepakaran macam ana ni boleh buat bila diberi sesuatu bidang yang ana tak ada kepakaran mengenainya?”
“Ustaz akan dapat wang”
“Mudah bunyinya”
“Memang mudah”
“Tanpa modal?”
“Hmm... Tanpa modal. Malah tak payah keluar peluh pun”
“Biar betul”
“Bila ada kawasan, taukeh-taukeh balak akan datang cari Ustaz”
“Tujuannya?”
“Beli kawasan”
“Dapat percuma, kemudian dijual?”
“Ya lah. Tak ‘kan nak bagi percuma”
“Betul ke cara begitu?”
“Itulah yang diamalkan”
“Halal ke?”
“Bukannya kita curi atau rompak. Tapi kita diberi kawasan. Malah Ustaz minta pun tidak”
“Siapa pemberinya?”
“Orang yang ada kuasa. Dia orang tu ‘kan rakan kita juga. Rakan kena tolong rakan”
Em-bi?”
“Dan exconya juga?”
“Kenapa orang macam ana yang diberikan kawasan?”
“Kerana Ustaz banyak jasa kepada perjuangan”
“Jasa kepada perjuangan?”
“Ya”
“Ana tak berapa cerat
“Ustaz bekerja kuat menarik minat dan kecenderungan orang ramai selaku pengundi menyokong parti kita. Parti melabelkan Ustaz sebagai arkitek kepada kejayaan parti capai sekarang. Hasilnya sebagaimana yang Ustaz sendiri tau ‘lah
“Ana tak berapa tau sebenarnya”
“Kena ana beritahu ke?”
“Kalau tak diberitahu macam mana ana akan boleh tau apa yang ana belum tau”
“Antara hasilnya, rakan yang dulu sama-sama sengkek, yang dulu paling kencang pun hanya guru sekolah agama rakyat, kini dah jadi pemimpin utama, dah menduduki kerusi exco dan wakil rakyat”
“Jadinya?”
“Mereka berada pada tahap sekarang antaranya kerana budi Ustaz”
“Ya ke?”
“Kata orang ada ubi ada batas, bila terima budi kena balas”
“Ana tak anggap ana telah berbudi. Kalau pun memang ana memang berbudi, ana tak minta dibalas”
“Tapi tak salah ‘kan kalau budi Ustaz mau dibalas”
“Dengan memberikan ana kawasan balak?”
“Antaranyalah”
“Itu yang enta kata balas budi?”
“Ha ah”
“Bagi ana itu bukan balas budi namanya”
“Dah tu?”
“Ana melihat pemberian kawasan balak itu sama seperti ana diberi kayu api neraka”
“Masyaallah!”
“Kalau Em-bi dan exco merasakan ana berbudi kepada mereka, balas budi yang patut diberikan kepada ana adalah apa yang menjadi hak mutlak mereka, bukan mengkhianati mandat dan pecah amanah dengan memberikan apa yang bukan hak mutlak mereka kepada ana”
“Maksud Ustaz?”
“Kawasan balak bukan hak milik mutlak mereka. Balak adalah kepunyaan sekalian rakyat negeri ini, milik generasi sekarang dan akan datang. Mereka diberi mandat dan amanah untuk menguruskannya sahaja. Memberikan kawasan balak kepada orang yang tidak benar-benar berhak macam ana, bermakna mereka pecah amanah. Pada zahirnya mereka beri balak untuk ana, hakikatnya mereka memerikan ana kayu api neraka”

“Kalau macam tu ‘lah pendirian Ustaz, maka kalau nanti hidup Ustaz terus susah dan merempat, terus sengkek, Ustaz jangan salahkan sesiapa. Peluang dah dibuka tapi Ustaz menolaknya”
“Biarlah ana papa kedana, namun mengambil apa yang tidak sepatutnya menjadi hak mutlak ana, jawabnya tidak sekali-kali. Bagi ana Em-bi atau exco tidak cukup berhak mutlak untuk mengagih-agihkan atau menyokong pemberian balak atau punca-punca pendapatan lain dari hasil negeri kepada siapa yang mereka suka demi kepentingan politik dan menafikan hak mereka yang berhak yang tetapi dianggap tidak memberi laba dalam usaha mengekalkan kuasa”.

Ketegasan pendiriannya itu menjadikan keduanya tidak seerat dulu lagi, umpama tidur sebantal tetapi mimpi tidak sama, malah nada dan dengkurnya juga tidak serupa.

Rakannya itu bertambah kaya dan bergaya kerana satu demi satu kawasan balak diperolehi sedangkan dia tetap juga pada takuk lama dan dia semacam renggang dan direnggangkan dari aktiviti parti kerana sikap dan prinsip hidupnya.

“Pakcik dah buat temujanji?” langkahnya tersekat bila pengawal keselamatan bermisai tebal memegang tangannya, menghalang dia dari masuk ke ruang tamu pejabat Em-bi.
Em-bi yang suruh datang”
“Pandai juga pakcik temberang”
“Ana temberang?”
“Kalau nak samas-seghial, tak payah jumpa em-bi. Saya pun boleh bagi”
Nyaris-nyais penumbuk membuatkan pengawal keselamatan terpaksa terbongkok-bongkok memungut taburan gigi sendiri.

Kemunculan em-bi yang baru melangkah masuk ke ruang pejabat menjadikan wajah pengawal keselamatan yang menjengkelkannya itu hilang dari kepeduliannya.

Mudah-mudahan em-bi bukan baru datang dari rumah kerana waktu sepatutnya memulakan kerja sudah berjam-jam berlalu. Baginya bukan curi harta benda sahaja berdosa, curi masa pun turut berdosa sama.

Ahlam-wasahlam birobbikum!” secepat kilat em-bi memeluknya membuatkan pengawal keselamatan tercengang melihat Em-bi memesrainya.
Tafadhol!
“Tak apalah. Cukuplah kita hanya jumpa di sini. Ana tak mau kotorkan pejabat enta”.
Merah padam muka pengawal keselamatan yang terasa pedas dan menyengatnya apa yang diungkapkannya.
“Mari masuk dulu”
“Tak perlu”
“Lama tak kita tak jumpa”
“Lebih baik lama tak jumpa kalau mendatangkan pahala daripada kerap jumpa tetapi menambahkan dosa yang sedia ada”
“Ana yakin enta tidak maksudkan dengan tawaran kawasan balak yang enta tolak. Kedatangan enta tentunya tidak ada kaitan dengan isu itu. Ana minta maaf jika enta tersinggung dengan tawaran kawasan balak untuk enta”
“Betul. Ana datang bukan kerana itu. Bukan pasal tawaran kawasan balak yang bagi ana bersifat tawaran kayu api neraka itu”
“Tapi dah pasti tetap ada tujuannya”
“Betul”
“Boleh ana tau?”
“Ana bawa untuk enta ayat seratus empat puluh lapan hingga seratus empat puluh sembilan Surah An-Nisaa"
Em-bi tergamam.
Dia membaca ayat berkenaan berulang kali menjadikan muka Em-bi merah padam.
“Ana baca kenyaatan enta di akhbar lidah resmi parti, akhbar arus perdana, kaset, cd dan vcd ceramah enta”.
Muka Em-bi direnung dalam. Dalam renungan itu dia menanti dan mengharapkan respon em-bi.
Pun begitu tidak ada sepatah apa pun keluar dari em-bi.
“Ana mau tanya enta, Tuhan mana, ayat Quran mana dan Rasul-Nya mana yang menghalalkan enta mengutuk dan mencerca tokoh parti lawan?”
Em-bi terlopong.
“Ana juga mendapati enta sering doakan kemusnahan pihak lawan. Ana mau tau Tuhan mana, ayat Quran mana dan Rasul-Nya yang mana menghalalkan enta berdoa sedemikian?. Bukankah yang alim dituntut alimkan yang jahil, supaya yang jahil diberi hidayah”
“Selama ni tak ada yang ingat dan sedarkan ana tentang ini”
“Ada sebabnya kenapa tidak ada yang berani buka mulut”
“Boleh enta berikan contoh?”
“Enta menggunakan kuasa dan kedudukan enta memperjahil dan menjauhkan mereka dari matlamat sebenar perjuangan parti yang kita sama-sama dukung dan sokong, menjadikan parti dibanjiri oleh pendukung dan penyokong jahil yang enta sendiri tidak berusaha untuk merdekakan mereka dari kejahilan”
“Tuduhan enta terlalu berat”
“Ana terpaksa berkata benar”
“Ana biarkan pendukung dan penyokong kekal dalam jahil?”
“Betul. Kerana jahil, walaupun apa yang enta syarahkan dan doakan tidak selari dengan apa yang dimahukan oleh Islam, oleh Allah dan Rasul-Nya, mereka terimanya sebagai benar belaka”
“Ya ke?”
“Pemberian kawasan balak dan kurniaan kedudukan dan jawatan menyebabkan yang alim pun sanggup memperjahilkan supaya peluang terus dapat kawasan balak dan terus menerima pelbagai peluang dan kekal pada jawatan yang disandang tidak akan terjejas. Mereka lupa dan ada antaranya buat-buat lupa bahawa enta bukan maksum. Enta hanya manusia biasa yang perlu sentiasa ditegur dan diperingatkan”
“Jadinya?”
“Enta kena segera bertaubat”
“Dengan berundur dari kedudukan ana sekarang?”
“Berundur dari jawatan yang disandang tidak akan membantu menghapuskan doa yang telah dilakukan”
“Apa yang kena ana buat”
“Rujuk al-Quran dan Hadis. Apa yang halal kena buat, apa yang haram kena dijauhi walupun tidak melabakan dari sudut kepentingan politik”
“Kalau enta jadi ana, apa yang akan enta buat?”
“Berhenti memburuk, mencerca dan menghina pihak lawan. Jauhkan diri dari meneruskan amalan mendoakan kemusnahan orang lain. Perbuatan sedemikian bukan perbuatan orang alim tapi perlakuan dan tindakan orang jahil”

Ada air mata mengalir di pipi em-bi ketika dia melangkah pergi membawa imej serba sederhananya yang tidak pernah berganjak dari menjadi prinsip hidupnya yang mengutamakan halal-haram dalam apa jua yang mahu dilakukannya.

Waullahu A'lam