Thursday, August 5, 2010

Kemana Kita Selepas Ini?

Jika anda bertanya perasaan saya pasal statistik pendaftaran pengundi baru di atas, saya boleh jawab - Saya Berasa Gerun!

Umum kita lihat, dipihak pakatan pembangkang mendominasi pengundi baru. Terlalu banyak 'majoriti' kalau hendak dibandingkan dengan pakatan pemerintah iaitu Barisan Nasional. Ini baru bulan Jan-Jun 2010 iaitu selama enam bulan, 2009 macam mana? 2011 pula macam mana?

Secara ringkasnya.

Parti komponen kerajaan seperti MCA, MIC dan Gerakan masih terlalu perlahan dalam mencari pengundi baru jika dibandingkan dengan UMNO. Kenapa jadi begini?:-

1. Ada yang memberi pendapat, MCA sudah 'tiada', ramai ahli dan anggota penyokong parti keramat itu lebih senang memberi sokongan kepada DAP. DAP ada segalanya, DAP boleh dapat segalanya. DAP ada parti-parti sahabatnya yang boleh mengikut kemahuannya.

2. Saya merasakan (seperti yang lain-lain juga), jika pakatan pembangkang menang PRU 13, perdana menteri bukan lagi dari bangsa Melayu, kalau ada pun mungkin seperti yang berkalu di Perak iaitu MB-Boneka.

3. Jika dilihat pada statistik diatas, parti DAP yang 'menang'. DAP terlalu agresif dalam mendaftarkan pengundi baru, sehingga mereka komplen SPR kerana kekurangan borang pendaftaran pengundi, boleh baca sini

Bila kita berbicara tentang Melayu akan hilang kuasa, ramai yang balas balik dengan mengatakan kita sedang menakut-nakutkan orang Melayu. Apapun, kita kena terus 'sedar' dan bersama-sama menyedarkan, hak semakin digugat.

Islam di dunia digugat, diugut, dihina kerana mereka berpecah dan tidak mahu bersatu.

Tidak mustahil suatu hari nanti, Malaysia akan bergabung semula dengan Singapura!

Orang tua dahulu berpesan, Sediakan Payung Sebelum Hujan. Jangan sampai basah baru bergadoh nak cari payung, walaupun payung dah kita jumpa, tapi apa boleh buat, kita dah basah.

Adakah UMNO akan bergerak sesorangan?

* Bergadoh - tergesa-gesa

3 comments:

  1. Salam ziarah..

    UMNO harus melakukan sesutu untuk menarik minat pengundi baru. terutama sekali dari kalangan belia yg selama ini tak berapa kisah sngt pasal keadaan politik semasa tanah air.

    ReplyDelete
  2. Jom Daftar!!!

    Pucuk pangkalnya diri sendiri. Klu 1 orang boleh bw 10 orang pengundi baru, so, kiralah...

    Bleh refer kat blog Kalam untuk Jom Daftar!!!

    ReplyDelete
  3. Salam...Kenapa kita masih ketinggalan sedangkan PRU 12 sudah memberi petunjuk..Adakah perlu menanti PRU 13 membongkar segalanya.....jangan sampai nasi jadi bubur....BN jangan hanya membilang hari sedangkan PR terutamanya DAP terus
    membilang pengundi....

    ReplyDelete

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...