Friday, August 27, 2010

Bukan Islam jual lagak dalam soal ibadat, salah siapa sebenarnya?


MULA-MULA bila ada penceramah bukan Islam bercermah dengan membaca potongan ayat al-Quran wamakaruwamakarallah, ramai yang bertakbir dengan seronok, kononnya dakwah sebuah politik cukup berkesan, bukan Islam pun sudah mampu baca dan terjemah ayat al-Quran dengan baik.

Tokoh berkaitan dipuja, malah diberi sokongan padu menjadikannya cukup naik lemak, sanggup berkasar dengan polis, berani memperlekehkan undang-undang kerana diyakini akan ada pihak yang bukan sahaja bersimpati tetapi sanggup berdemonstrasi jika tokoh berkenaan diapa-apakan atau lagak dan gayanya dihadang.

Kemudian dijalinkan kerjasama dengan parti politik yang secara jelas anti Islam dan tokoh-tokoh parti politik berkenaan dijulang dan dilihat lebih berperibadi mulia, lebih tulus dan telus serta lebih Islamik dari tokoh-tokoh parti lawan yang terdiri dari kalangan orang Islam yang kononnya tidak sempurna Islam kerana tidak menyokong parti yang kononnya Islamik dan berpolitik secara sekular.

Dulu orang bukan Islam walaupun Islam tidak dilarang, tetapi secara tradisinya tidak akan naik ke atas masjid kerana dianggap tempat suci umat Islam yang mana orang dalam keadaan hadas besar pun tidak boleh berada dalam masjid tetapi sekarang berlaku sebaliknya. Orang Bukan Islam mula masuk masjid.

Mungkin kerana berkesanan dakwah parti tertentu, maka orang bukan Islam sekarang bila berhadas akan mandi mengangkat hadas untuk sucikan diri dan layak masuk rumah Allah, yakni masjid, surau atau madrasah. Kerana itu mereka boleh masuk masjid dan memberi tazkirah di masjid, surau atau madrasah.

Kesan kepada dakwah parti yang kononnya Islamik sifatnya, berlaku kes doa khutbah Jumaat, khatib membacakan doa kesejahteraan untuk pemimpin bukan Islam sedangkan doa untuk Yang Dipertuan Agung yang merupakan ketua agama bagi negara ini yang berkecuali dalam politik ditiadakan. Ramai pihak yang menentang tetapi parti yang kononnya perjuangannya berteraskan Islam mempertahankannya.

Pandangan tokoh-tokoh agama seperti Mufti Kerajaan Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diperlekeh, malah tokoh-tokoh agama mana pun yang bukan penyokong parti yang mendabik dada cukup Islam, akan diperlekeh, seolah-olah tokoh sahabat parti yang kononnya Islamik sifatnya lebih tahu tentang hukum hakam dari seorang mufti sedangkan tokoh-tokoh dari parti yang anti Islam itu bukan Islam pun.

Terbaru, berlaku kes seorang ahli parlimen di Selangor menyampaikan tazkirah selepas memberi sumbangan di sebuah surau yang membuatkan Sultan Selangor murka dan baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor membuat siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan surau yang terlibat. Sudah tentu ramai yang menganggap Sultan Selangor pro parti skular dan menjadi alat parti berkenaan kerana kemurkaan baginda itu.

Yang anihnya dan sukar untuk dicari sebab musabab terutama oleh kalangan bukan pemain politik ialah kenapa dalam mencari pengaruh politik, hal-hal yang berkaitan dengan urusan keagamaan mesti membabitkan kalangan bukan Islam, sehinggakan orang bukan Islam atas nama tokoh politik boleh beri tazkirah di surau sedangkan sepatutnya yang bukan Islam itulah yang didakwah, bukannya mendakwah.

Apa yang berlaku, kalau mahu dikatakan kesan dakwah parti yang kononnya Islamik, yang bukan Islam masuk Islamnya tidak ada tetapi yang bukan Islam pula yang berani mencampuri urusan umat Islam, menjadikan bukan Islam yang mendakwah, bukannya mereka yang didakwah. Inikah apa yang dinamakan keberkesanan perjuangan parti yang kononnya berlandaskan Islam sejati?

Apakah kerana Islam kononnya cukup terbuka, pada masa-masa akan datang, akan ada berlaku kes umat Islam bersembahyang jemaah termasuk berterawih atau sunat hajat dalam kawasan kuil, ketik dan biara kerana pembinaan kuil, ketik dan kuil datangnya dari sumber yang kononnya lebih halal berbanding dengan masjid yang dibina oleh kerajaan yang kononnya skular.

Melihat kepada keadaan semasa, tidak mustahil ianya akan berlaku kerana dalam sifir politik tidak ada perkara yang mustahil. Bagi saya, kalangan bukan Islam boleh jual lagak dalam soal ibadat umat Islam akhir-akhir ini adalah kerana permainan politik kepartian yang sanggup menggadai dan memperalatkan Islam.

Untuk menyekatnya dari menjadi bertambah buruk, maka tugas parti politik terbabit dan tokoh-tokohnya yang dianggap alim dan keramat serta cakap dan pandangannya serba suci dan tidak boleh disanggah oleh sesiapa punlah yang kena betulkan keadaan sebelum Allah murka dan menurunkan bala bencana yang tidak akan sanggup ditanggung azabnya.

Tulisan;
Ramli Abdul Halim

Tambahan;
Bagaimana pula perihal seorang India non-muslim dari parti pembangkang yang mendakwa dirinya bermimpi berjumpa Nabi S.A.W (memberitahu) ketika berceramah di hadapan penyokong parti yang konongnya Islamik, sudah masuk Islamkah ia?

5 comments:

  1. Salam ziarah..

    Tidak islam atau beriman seseorang itu..selagi ia tidak mengucap dua kalimah syahadah..tidak kira 30 juzuk al quran habis dibaca ia tetap bergelar kafir..hanya org islam yang berotak dungu sahaja mengangung2kan mereka ini..dunia..dunia..dunia..

    ReplyDelete
  2. Pas terlalu gairah untuk membentuk negara islam tapi tiada satu pun yg di tunjukkan olih pas untuk membela nasib org islam di negara ini hanya diceramah ceramah saja di laung laungkan tapi habis ceramah dicampak ayat tu kedalam longkang kerana org kafir pas sanggup hina islam sendiri itu tanda allah telah butakan hati setiap ahli pas supaya terus menerus menekan org islam di negara ini supaya senang allah menurunkan bala pada kaum kaum ini tunggu pada bulan DEC ini banjir besar akan berlaku di kelantan macam di pakistan islam sama islam bergaduh tidak mahu berbaik sangka lihat saja di iraq islam sama islam bergaduh apa jadi pada iraq hancur negara di buat nya bertaubat lah sebelum bencan lebeh berat akan di turunkan olih allah.

    ReplyDelete
  3. jgnlah kita mendoakan keburukan untuk insan seagama dgn kita....doakan kehancuran utk israel jahanam.....

    ReplyDelete
  4. pengali kubur said...jgnlah marah2...rakyat kelantan tu pun manusia yg beragama islam...tak semuanya sokong PAS...jgn campur adukkan hal politik dgn hal peribadi...tak eloklah doakan banjir besar kat kelantan...sekali kita doakan utk org...berapa org yg doakan keburukan utk kita...apa2 rahsia alam hanya allah yg tahu...kita ni manusia biasa...jgnlah keterlaluan....

    ReplyDelete
  5. Org kafir yang bermimpi bertemu Rasulullah akan mengucapkan Syahadah (dlm jangkamasa tertentu yg tidak terlalu lama) kesan pertemuan tersebut.. Dalam hal ini, jika org kafir itu tetap kafir selepas mendakwa bermimpi jumpa Rasulullah, MAKA YAKINLAH BAHAWA DIA SEORANG YANG AMAT PEMBOHONG...

    ReplyDelete

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...