Monday, September 26, 2011

Hudud : Arahan Tutup Mulut - PR


Seperti yang diduga pakatan pembangkang yang gabra dengan polimek isu hudud yang mendedahkan kepada mata ramai bagaimana ia ‘ tidor sebantal mimpi lain-lain’ telah bertindak segera untuk buat damage control.

Satu sidang media khas dipanggil oleh Setiausaha Agung PAS-PKR –DAP di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur tengahari Isnin untuk memastikan ia tidak merebak hingga di luar kawalan.

Maka seperti biasa satu arahan TUTUP MULUT dikeluarkan kepada semua pemimpin pakatan pembangkang jangan cakap isu hudud hingga Rabu mala mini bila majlis pimpinan mereka mengadakan mesyuarat untuk memutuskan satu konsensus keatas isu yang menjadi modal politik PAS.

Pengumuman mengenai arahan berkenaan dibuat oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali. Hadir sama Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke yang mewakili Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Keadaan dalam pakatan pembangkang jadi bercempera bila Pengerusi DAP Karpal Singh ‘mengamuk’ balik dan Guan Eng kata semua barisan pimpinan DAP Pusat akan letak jawatan parti jika hudud dimasukan dalam agenda pakatan pembangkang.

Sekalipun jelas wajah garang Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz selamba kata ‘ bye-bye’ jika DAP tak setuju perlaksanaan hukum hudud,namun Mustapha ‘ cover line’ hal itu dengan menyatakan bahawa cakap Menteri Besar Kelantan itu adalah dalam kontek negeri itu sahaja.

Katanya pakatan itu mengamalkan demokrasi dan memberi kebebasan kepada mana-mana negeri dibawahnya laksana atau tidak hukum hudud.

Serentak dengan itu seperti biasa beliau mendakwa isu ini sengaja diperbesarkan oleh media yang dikuasai kerajaan untuk porak perandakan pembangkang.

Untuk mengambarkan ‘ tak ada hal ‘ ketiga-tiga mereka beraksi ambil gambar gengam tangan tanda perpaduan.

-26/9/2011- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL,
Agenda Daily

---
Nota kaki : Adakah bye bye Pok Nik lebih power atau 'batuk-batuk' karpal lebih puaka?

Tapi saya rasa, Rabu ini kepala-kepala PR ini akan kata "Itu urusan negeri Kelantan, PR pusat taknak campur"..

hehe...

1 comment:

  1. Ha, UMA fikir karpal pasti melenting. Karpal kata hudud bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Apakah Karpal boleh terima walaupun hanya di Kelantan. Karpal juga teringin menghantar kerusi beliau di Kelantan.

    PR ni takde s/u ke? Adakah Mustapha SU PR. Kalau Saifuddin tu boleh juga percaya. Kenapa Mustapha jadi jurucakap? Lintang kedak.

    ReplyDelete

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...