Tuesday, September 27, 2011

Hudud : Pakatan Setuju Terima Hudud

Dari blog HHalem, 27/9/2011 - yang asal


28/9/2011 - Blog Pisau, admin FB poknik buat tambahan sebab 'hit' naik.. hahah (tambah ulama' muda UMNO)


UMNO Kelantan sokong hudud PAS v1.0

Proses dakwah DAP kepada PAS sudah sampai ke peringkat akhir, hari ini dikhabarkan satu mesyuarat diantara pimpinan aparat pakatan bersidang untuk berbincang mengenai kononnya Hudud akan diperjuangkan semula oleh PAS dan pakatan secara keseluruhannya.

Baru baru ini perbualan Pisau bersama Datuk S :klik sini. beliau ada menyebut mengenai kemahuan Nik Aziz untuk melaksanakan hudud sebelum beliau berundur.

Datuk S mengingatkan bahawa apa yang berlaku selepas ini banyak yang tersirat , beliau turut mengingatkan bahawa politik Nik Aziz amat halus.

Sedarkah anda kenapa secara tiba tiba Anwar Ibrahim dan barisan pimpinan pakatan secara mendadak boleh bersetuju dengan semboyan Hudud Nik Aziz?Sedangkan kita tahu Anwar dengan pluralismenya dan barisan pemimpim melayu PKR turut pernah menyangah hudud.

Kenapa semua ini? Tahukah anda dalam culaan terbaru,laporan kajian sikap yang dikumpul oleh ketiga tiga parti pakatan mereka melihat penurunan sokongan terhadap pakatan amat drastik yang mencecah 34% dalam masa 3 bulan.Malah paling menakutkan pihak pakatan sudah menjangka akan kehilangan banyak kerusi parlimen.

Ini turut dikaitkan dengan penurunan rating Anwar yang didedahkan dalam satu mesyuarat PKR:klik sini

Banyak isu besar aparat pakatan yang menyentap sentimen rakyat sejak sebelum ramadhan hinggalah sekarang berjaya didedahkan, Apabila isu hudud dibangkitkan seperti biasa Lim Guan Eng,Karpal dan Kit Siang akan membantah.Sebelum ini kita melihat PAS bagaikan menikus dengan DAP dalam isu Islam,tahukah anda selepas ini dalam plot rancangan mereka,PAS pula akan bertukar menjadi abang besar dan DAP berlakon tunduk kepada mereka.

Dikhabarkan satu perancangan sudah digarap dengan rapi, percayakah anda jika selepas ini DAP tiba tiba akan menyokong hudud? Siapakah heronya? Nama Anwar akan dijulang,Siapa yang berjaya PAS dakwah,orangnya ialah Kit Siang,Karpal dan Guan Eng.Kesemua nama ini akan digambarkan melalui proses penyucian dan pengampunan oleh PAS kerana mereka menyokong dakwah PAS.

Apa yang berlaku selepas itu? Skrip ini bertujuan untuk menarik semula sokongan orang melayu kononnya PAS berjaya berdakwah kepada DAP. Situasi menang dan menang akan diperolehi oleh PAS dan DAP. Ini kerana DAP begitu mengharapkan sokongan daripada orang melayu dan dalam masa yang sama PAS mahu dilihat sebagai juara umat Islam yang berjaya menundukkan DAP.

Masihkah anda ingat bagaimana Mat Sabu mensasarkan lebih ramai orang melayu akan menyertai DAP? Tujuannya untuk membuktikan orang melayu juga menyertai dan menerima DAP walau pun kita tahu parti ini adalah ultra kiasu rasis chauvanis .

Menurut Datuk S, rancangan ini bertujuan meng"check mate" BN semasa PRU13 nanti.Pokok pangkalnya mereka mahu menang at all cost,hatta berpura pura sanggup merubah prinsip perjuangan kononnya untuk menunjukkan kesepakatan Pakatan Rakyat.

Keratan dari akhbar Haramkah portal lidah bercabang PAS cuba memanipulasi kononnya setengah juta orang menyokong Nik Aziz. Sedangkan lebih ramai penyokong PAS dan pakatan yang keliru dengan tindakan ini,Kenapa?
Ihsan - Pisau.net

-----
Adakah Hudud PAS v2.0 sama dengan hudud PAS v1.0 yang di buat dengan tergesa-gesa, kucar kacir, tanpa pendedahan dan banyak kelemahan kerana semata-mata mahu menunaikan janji PRU 1990?

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...