Tuesday, September 13, 2011

Itu hak namawee utk jumpa PM


dah setahun dia buat temujanji & tunggu utk jumpa PM

1. PM Najib adalah hak rakyat Malaysia.
2. Sesiapa sahaja boleh berjumpa dia, yg penting guna jalan yg betul..bukan main serbu dalam majlis.
3. Ini bukan kes PM nk jumpa Namawee, tapi Namawee nak jumpa PM.
4. Menolak atau menerima akan memberi 'hit' sedikit sebanyak kepada pihak lawan.
5. Bagi saya, biarlah PM bersifat 'nutral'.
6. Harapnya PM buat sesuatu yang betul umpama tarik rambut dalam tepung.

Suka / Lucu komen camni :

" Juga janji aku, kalau ada bukti najib jumpa anak komunis ni, 8 org keluarga aku dlm parlimen pekan akan undi PR, ada faham najib? " Boleh tengok di blog saudara GAP

Hehehe...

------
Teringat kisah sahabat rapat Nabi s.a.w, beliau adalah saidina Umar al-Khattab. Kisah pada tahun 637 masihi, tentera Islam berjaya menakluk Baitulmuqaddis. Paderi besar Baitulmuqaddis mahu menyerahkan kunci kota Baitulmuqaddis kepada saidina Umar - tapi perlu datang ambil dalam gereja. Saidina Umar pun masuk ke gereja untuk berjumpa paderi tersebut serta mengambil kunci kota suci itu, masa dalam gereja itu kebetulan waktu solat dah masuk (tak silap - waktu zohor). Paderi tu mempelawa saidina Umar agar solat dalam gereja

Saidina Umar menolak pelawaan paderi itu dan menunaikan solat tidak berapa jauh dari gereja itu kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. Tapak tempat saidina Umar bersolat itu didirikan sebuah masjid dinamakan Masjid Umar.

waullahu a'lam

Edit : 3.54

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...