Wednesday, September 21, 2011

Laksana Hudud Dengan Segera - Tun M

TANJUNG MALIM 21 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mencabar Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melaksanakan hukum hudud dengan segera memandangkan beliau bukan lagi seorang Perdana Menteri.

Ini kerana, selama menjadi pemerintah negara, beliau sering dianggap sebagai penghalang kepada pelaksanaan hukum tersebut di negeri itu.

“Saya bukan Perdana Menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud).

“Pergilah tanya Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) kalau dia nak bagi... Ini dia (Nik Aziz) asyik salahkan saya kononnya kerana saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan perdana Za’ba bertajuk Mampukah Malaysia Menghadapi Cabaran Imperialisme Bentuk Baru anjuran Institut Peradaban Melayu dan Pejabat Kursi Za’ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang hebat oleh sekutunya dalam pembangkang.

Sebelum ini Nik Abdul Aziz pernah dilaporkan berkata bahawa Dr. Mahathir merupakan individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud dan bukan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir turut membidas pemimpin negeri itu yang lebih banyak bercakap tentang politik daripada memberi didikan agama secukupnya kepada rakyat khususnya golongan muda.

Ini kerana, jelas beliau, sekiranya pemimpin negeri berkenaan menerapkan nilai dan hukum agama maka sudah pasti kes-kes HIV/Aids yang mencatat angka tertinggi di negeri itu berbanding negeri lain tidak akan berlaku.

“Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul.

“Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakit Aids... Ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia (nak) salahkan saya,” katanya. (Utusan)

-----
Asal nk PRU, berkokok lah hudud. Husam debat dengan KJ, Husam kata "kita akan buat (hudud)'. Lepas tu PAS terpaksa beri kenyataan kepada DAP (lepas Kit Siang mintak penjelasan dari PAS).

1 comment:

  1. Jangan caya pada ayat kambing nak pancing undi, kita semua dah kenal dengan politik temberang dan politik salahkan orang, aku sebagai rakyat Kelantan masih menanti hukum hudud yg dijanjikan dulu kononnya bila rampas Kelantan baru boleh laksanakan sekarang dah rampas, cakap orang tak bagi pula 20 tahun dah...

    ReplyDelete

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...