Memang penjajahan itu tak bagus, tak ada siapa mau dijajah, baik dijajah Inggeris atau Siam atau Belanda atau Sepanyol. Tp ditakdirkan kita dijajah British, yg bgi saya jauh lebih beruntung dari dijajah SIAM.
Lihat Patani, mereka juga pernah merayu pd Frank Swettenham agar dijajah Inggeris sbg cara utk keluar dari penjajahan Siam. Tp Patani gagal menyertai British Malaya, dan lihatlah keadaan mereka hari ni.
Kalau penjajahan itu jahat, maka apa baiknya KOMUNISME? Mat Sabu cuba nenunjukkan seolah2 komusnisme itu lebih baik dari penjajahan British. Maka baginya siapa yg menentang British itu semuanya hero, termasuk komunis..
Kommunis juga mau menjajah kita sebagaimana British jajah kita. Komunis menentang British bukan utk memerdekakan Malaysia tapi utk jajah Malaysia dibawah sistem komunis yg akan dikuasai oleh etnik Cina yg berpaksikan China Komunis pimpinan MAO TSE TUNG di Peking, China.
Komunisme adalah fahaman luar yg dicipta oleh seorang Yahudi bernama KARL MARX, siap dgn sebuah "kitab" komunis bernama DAS KAPITAL yg menolak kewujudan Allah dan Islam atau sebarang agama.
Kalau komunis menang di Malaysia pada tahun 1940an atau 50an, kita hari ini menjadi seperti ALBANIA atau negara2 Islam lain yg dijajah komunis. Di Albania dan negara2 Islam "stan" (Uzbekistan, Tajikistan, Kazakhstan, dll) yg dijajah selama 70 tahun oleh KOMUNIS, agama Islam dan agama Kristian, bahkan semua agama diharamkan krn komunisme itu anti-Tuhan dan anti-agama.
Maka masjid Muslim, sinagoga Yahudi dan gereja Kristian diroboh atau ditukar jd muzium atau kandang babi dan lembu.Umat Islam terpaksa praktik agamanya secara bawah tanah krn akan dihukum pemerintah komunis jika mempraktiknya secara terbuka.
Hanya pada tahun 1990 setelah komunis jatuh di Eropah akibat keruntuhan Soviet Union barulah umat Islam Albania dan negara2 "stan" bebas dari penjajahan komunis. Tp selepas 70 tahun terputus dgn Islam krn dilarang menganutnya,umat Islam di negara2 ini kini terpinga2 dan sudah tak tahu lagi mengamalkan Islam dengan sebenarnya hingga terpaksa dibantu oleh negara2 Islam lain, bahkan nashkah2 Quran pun sukar dicari/
Kalau kita diperintah komunis sejak 1940an, maka kita juga spt Albania dan negara Islam lain perintahan komunis. Bahkan, kita lebih teruk dari Albania. Krn sejahat2 komunis Albania, mereka masih sebangsa dgn org Islam Albania. Tp komunis Malaysia sebahagian besar berbangsa Cina, yakni kaum pendatang dari China. Maka bukan kalau komunis menjajah Malaysia, bukan saja kita akan dijajah komunis, tp kita juga akan dijajah kaum pendatang Cina dgn bantuan dan sokongna negara China Komunis di Peking. Bahkan kita akan jd wilayah China yg ke 19.
Begitulah jajahtnya Mat Sabu dan Parti PAS yg kini sudah jd Parti Al-Komunis SeMalaysia. Alangkah baik jika Melaysia tak pernah dijajah. Tp sejarah menunjukkan kita telah dijajah. Dan jika saya terpaksa pilih antara penjajahan British dan penjajahan komunis, sejuta kali saya pilih British.
Mat Sabu, PAS dan komunis yg serang Bukit Kepong adalah sebenar2 pengkhianat negara, bukan polis dan keluarga mereka yg mati pertahankan Bukit Kepong. Bukan juga British. Walaupun saya belum dilahirkan lagi ketika peristiwa Bukit Kepong, saya tak buta sejarah dan buta perut mcm Mat Sabu.
----
Mat Sabu sebenarnya marah dgn British yg jajah kita. Jadi apa saja institusi British di Malaysia waktu itu halal diserang mengikut filosof Mat Sabu. Dan siapa saja yg bekerja dgn kerajaan British waktu itu semua musuh mengikut Mat Sabu dan darah mereka halal.
Kalau ikut logik Mat Sabu, bukan saja Polis yg dibayar gaji oleh penjajah British yg diserang dan dibunuh tp siapa saja yg kerja dgn British halal diserang dan dibunuh..
..maka hospital yg dibina British dan pekerjanya juga halal diserang dan dibunuh mengikut logik Mat Sabu..juga sekolah, keretapi, pejabat pos, universiti, kolej, pejabat pertanian, pejabat getah, pejabat padi,pejabat air, pejabat letrik, istana raja, dan lain2 yg dibina atau dibangunkan oleh British...semua ini halal diserang dan dibunuh di zaman British krn semua infrastruktur dan institusi ini adalah dibangunkan oleh British mengikut logik Mat Sabu.
Saya percaya kalau Mat Indera dan komunis serang sebuah hospital dan membunuh 1000 pesakit berbangsa Melayu dan Islam sekali pun, Mat Sabu akan kata komunis2 ini adalah wira dan hero krn mereka menyerang HOSPITAL PENJAJAH BRITISH.
Begitu juga kalau komunis serang pejabat pos dan membunuh 1000 orang pekerja dan pelanggan pejabat pos di zaman British, Mat Sabu akan kata komunis2 ini adalah wira dan hero krn mereka menyerang PEJABAT POS PENJAJAH INGGERIS.
Dan kalau kebetulan komunis serang dan bunuh bapa Mat Sabu sekali pun krn bertugas dgn kerajaan British, Mat Sabu akan kata komunis2 itu adalah wira dan hero walau pun DEPA BUNUH BAPA AKU sebab bapa aku adalah pegawai penjajah British, maka memang patut pun BAPA AKU MAMPOS dibunuh komunis!!
Begitulah logik Mat Sabu walaupun kalau yg dibunuh komunis itu adalah bapanya sendiri.
Sebenarnya Allah SWT sudah takdirkan bhw Malaysia dan negara2 lain yg lemah akan dijajah, kalau tak dijajah Inggeris pun, kita akan dijajah oleh orang lain..
Sebenarnya kita telah lama dijajah jauh lama sebelum kedatangan British. Sebelum kedatangan British,negeri2 Melayu di semenanjung utara seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pattani dah beratus tahun dijajah Siam dan dipaksa bayar bunga emas sbg ufti. Penjajahan Siam juga membuatkan negeri Kedah dipecah2 menjadi Perlis, Pulau Pinnag dan Setul (skrg wilayah satun di Thailand. Hanya Perjanjian 1909 membebaskan negeri2 utara ini dari Siam, kecuali Pattani dan Setul.
Di selatan semenanjung pula, Melaka dijajah Portugis, diikuti oleh Belanda beratus2 tahun, manakala Kesultanan Johor berada di bawah pengaruh Belanda. Kesultanan Johor menanti masa saja utk dijajah sepenuhnya secara rasmi oleh Belanda, dan jika ini berlaku, sudah tentu hari ini Melaka dan SELURUH Johor menjadi wilayah Indonesia krn Indonesia menuntut semua wilayah jajahan Belanda dari Sumatera sampai Papua dan sanggup menumpahkan darah utk usir Belanda.
Tp British datang, mereka kacau program Belanda, mereka ambil Singapura dari Johor. Ini menimbulkan kemarahan Belanda yg anggap seluruh Kesultanan Johor di bawah pengaruhnya. Akhirnya pd 1824, Johor di pecah dua antara Inggeris dan Belanda: Johor Darat (di Semenanjung)diambil Inggeris manakala Johor Laut (Sumatera dan kepulauan Riau) diambil Belanda. Bahagian Belanda diwarisi Indonesia, bahagian Inggeris diwarisi kita..
Di Borneo pula, Belanda berkira2 mau ambil Sarawak yg di anggap sbg sebahagian dari Kalimantan manakala Sepanyol dan Amerika, dan Filipina kemudiannya yg merdeka dari Sepanyol dan US menuntut Sabah.
Kesimpulannya, kalau British tak datang, maka tidak ada Malaya atau Malaysia hari ini. Negeri2 utara, termasuk Perak, akan kekal menjadi wilayah Thailand. Melaka, Johor,Negeri sembilan, Selangor dan Pahang akan jatuh ke Belanda dan akhirnya ke Indonesia. Dan Malaysia Timur akan dipecah antara Indonesia dan Filipina.
Kesimpulan: sejahat penjajah Inggeris pd pandangan Mat Sabu, mereka juga memberikan kita sebuah negara bernama Malaysia dari Perlis sampai Sabah yg tak akan wujud jika Inggeris tak datang. Kalau Inggeris tak jajah kita, ORANG LAIN akan jajah kita. Anda lebih suka dijajah SIAM, BELANDA, INDONESIA dan FILIPINA?
-------
Dipetik dari komen Esperalzi dalam blog GAP