Monday, December 5, 2011

Nik Aziz sedia letak jawatan

agi idup agi tanding

Berikut adalah himpunan pendirian Nik Aziz perihal 'kuasa':

5 Nov 1996 : Kota Bharu : Nik aziz sedia letak jawatan jika pelbagai isu politik dan pentadbiran Kelantan sekarang dapat di selesaikan. Menurutnya, beliau sudah lama berniat untuk bersara tetapi keadaan politik tidak mengizinkan.

Maksud tersirat : maknanya, dia boleh bertanding sepanjang hayat sebab dia sentiasa buat isu. Isu air, rampas tanah rakyat, ladang rakyat etc. Pandai kan dia.. :D

24 Jun 1998, Kota Bharu : Nik aziz menegaskan belum tiba masanya untuk melepaskan jawatan Menteri Besar atau bersara dari politik selagi kedudukan UMNO khususnya di negeri ini (Kelantan) masih kuat dan utuh.

Nota : pulak dah.. nk tunggu UMNO lemah ke? Bila tu? PRU 2004 aje UMNO Kelantan kuat, 2008 lemah, dan sebelum 2004 pun nyawa2 ikan.

15 Feb 2003, Tanah Merah: Nik aziz mengumumkan beliau akan bertanding dalam pilihanraya umum yang akan datang. Sehubungan dengan itu, beliau menegaskan PAS akan mengenalkan tradisi golongan ulamak sebagai calon parti.

Sebelum tu baca dulu:
25 Jan 1993, Kota Bharu : MB berkata beliau sengaja meminta pegawai kerajaan menggunakan perkataan Tuan Guru di pangkal namanya dalam majlis urusan surat menyurat atau rasmi untuk menaikkan imej agama Islam.

Nota : Nik aziz suruh pegawai dan kakitangan dia pangil dan tulis perkataan Tuan Guru untuk nama dia.. dia suruh tu. Tuan Guru - orang akan faham itu panggilan utk dia. Dia juga dari ustaz di gelar ulamak oleh penyokongnya. Dia mahu mengenalkan tradisi golongan ulamak sebagai calon parti. Maknanya, dia la tu..

2012 / PRU13 : Bukan dia saja nak bertanding.. anak dan menantu dia pun nak jadi YB.

Dipetik dari Buku tentang pegangan, kata-kata dan janji PAS Kelantan.