Monday, May 28, 2012

Nik Aziz Tambah Masalah Lagi

Gempar lagi.
Nik Aziz dan PAS Kelantan mahu buat Lebuh Raya pulak dah.
Kali ini Nik Aziz nk letak batu asas lagi..
Nik Aziz nak tambah 'kawan' kepada batu atas Jambatan Palekbang - KB yang tertinggal hampir 13 tahun.
Tak la sunyi sangat Batu Asas Jambatan Palekbang bila Nik Aziz nak bagi rakan barunya.

Gembira la lepas ni Batu Asas Jambatan Palekbang kerana Nik Aziz akan bagi rakan baharu

Apa yang di janjikan PAS Kelantan termasuk Nik Aziz sendiri..
1. Bekalan air sempurna - 17 tahun lagi baru sempurna
2. Kambing Jamnapari - hahaha
3. Koridor depu - jadi koredor tipu
4. Bandar baru Pengkalan Kubor, Tumpat - hahaha.
5. Pelabuhan Darat Kuala Krai - naik hutan dah, lepas ni PAS boleh ambik balak kt situ.
6. Padi Organik - apa tu..kahkahkah
7. Stadium baru - yang ni senyap, mungkin Sultan Muhammad ke-V dan KAFA nk buat kat Tunjung, diaorang pun tahu nik aziz dan pas kencing sahaja..

Bazar Tok Guru - tu pun haru biru, rugi RM50juta, ditambah pula lot kedai kena roboh sebab laluan sempit.. pengurusan yang hebat!!

Prinsip PAS : Letak dan Tinggal (L&T)

Kixdefilla ada cerita menarik lagi : http://kickdefella.net/2012/05/28/lebuhraya-rakyat-husam-hilang-akal/#more-5346

Monday, March 5, 2012

Sekitar Ceramah Hassan Ali di Kota Bharu

Angle ni je leh dapat picture

Mereka dah dengar hal perihal Hassan Ali dari mulut pemimpin/penceramah PAS.
PAS cerita hal Hassan sebelum Hassan datang lagi.
Harakah dah cerita macam-macam dah.

Tapi mereka was-was.. Boleh pakai ke media PAS termasuk pnceramah-penceramahnya?
Penyokong PAS datang, yang tegar-tegar tak masuk, dok tepi jalan (tak masuk gambar ni).

Thursday, January 12, 2012

Hepy be-LATE-ed Berday to Nik Aziz

Sebab tak pacak lilin adalah kerana tak muat.. banyak ooo 81 ni. ingat dapat kek 10kg. menantu tak support ke tok mcm cite dulu?

Oleh kerana nik aziz dan pas bukan lagi pejuang Islam, maka dia sambut pada tahun omputeh iaitu mengikut kelendar Masihi (10 Jan).

Kalu dalam bulan Islam, nik aziz kena sambut 21 Sya'ban 1433 (rasanya). Tapi dek kerana perjuangan dah bertukar dan takut kepada DAP serta Anwar CD, guna kalendar masihi lah.

81 dah? :D

Tuesday, December 6, 2011

Perang Proksi - Bagaimana DAP menewaskan Melayu

Realiti – DAP mencapai keputusan cemerlang di dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu dengan menyapu bersih kesemua 13 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia yang komposisi pemilihnya terdiri daripada pemilih bukan Melayu melebihi 80%.

Husam Musa, Naib Presiden PAS, pakar hubungan Melayu-Cina

DAP kemudiannya menguasai 63% atau 11 kerusi parlimen di konstituensi pemilih bukan Melayu di antara 60-79%% dan menguasai 11% atau 2 kerusi di konstituensi Parlimen yang pemilih bukan Melayunya antara 50-59%.

Sambung Baca SINI

Monday, December 5, 2011

Nik Aziz sedia letak jawatan

agi idup agi tanding

Berikut adalah himpunan pendirian Nik Aziz perihal 'kuasa':

5 Nov 1996 : Kota Bharu : Nik aziz sedia letak jawatan jika pelbagai isu politik dan pentadbiran Kelantan sekarang dapat di selesaikan. Menurutnya, beliau sudah lama berniat untuk bersara tetapi keadaan politik tidak mengizinkan.

Maksud tersirat : maknanya, dia boleh bertanding sepanjang hayat sebab dia sentiasa buat isu. Isu air, rampas tanah rakyat, ladang rakyat etc. Pandai kan dia.. :D

24 Jun 1998, Kota Bharu : Nik aziz menegaskan belum tiba masanya untuk melepaskan jawatan Menteri Besar atau bersara dari politik selagi kedudukan UMNO khususnya di negeri ini (Kelantan) masih kuat dan utuh.

Nota : pulak dah.. nk tunggu UMNO lemah ke? Bila tu? PRU 2004 aje UMNO Kelantan kuat, 2008 lemah, dan sebelum 2004 pun nyawa2 ikan.

15 Feb 2003, Tanah Merah: Nik aziz mengumumkan beliau akan bertanding dalam pilihanraya umum yang akan datang. Sehubungan dengan itu, beliau menegaskan PAS akan mengenalkan tradisi golongan ulamak sebagai calon parti.

Sebelum tu baca dulu:
25 Jan 1993, Kota Bharu : MB berkata beliau sengaja meminta pegawai kerajaan menggunakan perkataan Tuan Guru di pangkal namanya dalam majlis urusan surat menyurat atau rasmi untuk menaikkan imej agama Islam.

Nota : Nik aziz suruh pegawai dan kakitangan dia pangil dan tulis perkataan Tuan Guru untuk nama dia.. dia suruh tu. Tuan Guru - orang akan faham itu panggilan utk dia. Dia juga dari ustaz di gelar ulamak oleh penyokongnya. Dia mahu mengenalkan tradisi golongan ulamak sebagai calon parti. Maknanya, dia la tu..

2012 / PRU13 : Bukan dia saja nak bertanding.. anak dan menantu dia pun nak jadi YB.

Dipetik dari Buku tentang pegangan, kata-kata dan janji PAS Kelantan.

Tok Pa bertanding DUN?

nik aziz minum Milo. Tok Pa air suam aje (mujur jernih).
Rakyat guna air paip jernih sikit dari air Milo Nik Aziz.

Dikala pas Kelantan mengugurkan calon-calon 'import' di kubu-kubu parlimen yg kuat untuk diletakkan hero-hero kambing J, Tok Pa pula dikatakan turun dari parlimen untuk bertanding di DUN. Secara automatik beliau akan diangkat menjadi MB jika BN berjaya menawan Kelantan nanti, amin. InsyaAllah.

Lagipun, pada tahun 2003, Tok Pa mahu membawa masuk kilang pemasangan kereta PROTON ke Jeli, tapi dihalang oleh orang tua tu (Nik Aziz) dengan tidak meluluskan tanah tapak kilang. Jadi, rakyat Kelantan hilang pekerjaan yang sepatutnya dah dapat.

Ayuh rakyat Kelantan, berubahlah dan kita sokong Tok Pa dan BN..
Bila lagi kita nak balik kerja di kampung halaman sendiri.
Amat ramai anak Kelantan kerja kilang di luar negeri sendiri

1. Mek ayah sakit kita tak dapat jengok sebab dok jauh.
2. Buah buruk di dahan sebab kita tak de di ghumah.
3. Bisnes kurang sebab anak kelate ramai dok majukan negeri tempat kerja.

Sunday, December 4, 2011

Nik Aziz Turun MB, Anak dan Menantu mahu jadi YB

YAB Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang didakwa oleh mereka yang rapat dengannya sebagai menghidapi barah prostat akan tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan jika PAS masih mengekalkan pegangannya di negeri pantai timur itu selepas Pilihanraya Umum ke 13.

"Ambo nok gi doh, ambo sakit perut...." walaupun itu ayat kegemaran Nik Aziz untuk mengelakkan diri dalam sesuatu keadaan, tetapi kali ini diyakinkan itu bukan alasan yang diguna.

Bagaimanapun Nik Aziz akan kekal bertanding di DUN Chempaka manakala anaknya, Nik Mohd Abduh

Ariffahmi, bakal terbang tinggi dalam arena politik Kelantan?

akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Menantu Nik Aziz pula, Abdul Ariffahmi Ab Rahman di katakan akan dicalonkan bertanding salah satu kerusi DUN di bawah Parlimen Machang. Usaha keras Nik Abduh dan Ariffahmi dikatakan mula menampakkan hasil setelah berjaya meletakkan orang-orang mereka dalam hieraki Perhubungan Negeri setelah Muktamar PAS Jun 2011 lalu.

Demikian maklumat yang diberikan oleh orang kanan PAS Kelantan kepada seorang ahli politik terkemuka negeri itu.

Sementara itu, hari ini juga DetikPerubahan.Com memetik Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, iaitu Mohd Amar Abdullah sebagai berkata bahawa Nik Aziz sudah bersetuju dengan senarai calon yang disiapkan oleh Perhubungan Negeri.

Mohd Amar juga mengesahkan bahawa senarai itu sudah diserahkan kepada PAS Pusat.

Antara perubahan yang dikatakan berlaku ialah Ahli Parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub akan kehilangan kubunya di Parlimen Kubang Kerian yang akan diambil oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Kubang Kerian iaitu Husam Musa.

Husam, tersingkir ke Parlimen dengan alasan dia diperlukan sebagai Menteri di Pusat?

Antara nama besar lain yang turut digugurkan ialah Bekas Timbalan Menteri Besar, Halim Abdul Rahman untuk memberi laluan kepada anak Nik Aziz. Timbalan Menteri Besar sekarang, Ahmad Yaacob yang bergelumang dengan isu Ladang Rakyat dan Air Kelantan Sdn Bhd turut tergugur.

Takiyuddin, sudah lama ada usaha menyingkirkannya ke Parlimen oleh faction tertentu dalam PAS Kelantan.


Sementara itu, Takiyuddin Hassan turut akan menerima nasib yang sama seperti Husam apabila dipindahkan dari DUN Bunut Payung untuk bertanding di Parlimen Kota Bharu.

Kamarudin Jaffar, Ahli Parlimen PAS Tumpat sejak 1999 pula akan dipindahkan untuk bertanding DUN Pengkalan Kubur untuk menentang Noor Zahidi Omar, Setiausaha UMNO Kelantan. Zahidi merupakan ADUN Pengkalan Kubur sejak 2004.

Sekiranya Kamarudin Jaffar berjaya di Pengkalan Kubur dan PAS berjaya mengekalkan kuasanya di Kelantan, beliau akan di lantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Kamarudin bersama ADUN GAAL, Dr Nik Mazian.

Mohd Amar, yang kini exco Kerajaan Negeri sejak 2004 akan di lantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru menggantikan Nik Abdul Aziz. Mohd Amar dikatakan menjadi pilihan Nik Aziz setelah beliau berkali-kali membuktikan sebagai pemimpin yang bersedia berhadapan dengan krisis dan tidak seperti calon pilihan Nik Aziz sebelum ini, Husam Musa yang suka mengamalkan politik kura-kura. Husam terkenal dengan strategi menyembunyikan diri setiap kali krisis timbul dan tidak seperti Mohd Amar.

Bakal Menteri Besar Kelantan yang baru.

Sementara itu PAS dan PKR juga dikatakan telah bersetuju untuk bertukar-tukar kerusi Parlimen. Salah satu kerusi yang dipersetujui dikatakan sebagai kerusi Parlimen Machang yang sebelum ini dimenangi oleh Saifuddin Nasution Ismail dari PKR.

Kerusi DUN Pengkalan Kubur yang dikatakan bakal di tandingi oleh Kamarudin Jaffar dari PAS juga merupakan kerusi yang ditandingi oleh PKR pada 2008.

Sumber dari pihak UMNO Kelantan pula mengatakan hampir 80% Ketua Bahagian UMNO negeri itu akan diletakkan sebagai calon bagi Dewan Undangan Negeri termasuklah Pengerusi Perhubungannya, Mustapa Mohamed. Mustapa dikatakan pasti menjadi pilihan UMNO sebagai Menteri Besar jika UMNO berjaya mengambil semula Kelantan setelah kehilangan negeri itu sejak 1990.

Namun begitu, bekas calon Menteri Besar Kelantan dalam kempen UMNO 2008 dan juga Ketua Bahagian Bachok, Awang Adek Hussin akan bertanding kerusi Parlimen Bachok. Manakala bekas Pengerusi Perhubungan Negeri, Annuar Musa dikatakan tidak akan dicalonkan walaupun sahamnya dikatakan naik semula setelah berjaya mentransfomasikan pasukan bolasepak Kelantan.

Presiden UMNO Najib Razak perlu mengutamakan prestasi di Kelantan dan Kedah sekiranya beliau benar-benar mahu mengukuhkan kedudukan UMNO di Parlimen dan memungkinkan BN kembali menikmati majoriti 2/3. Ini kerana BN dikatakan sudah pasti tidak akan dapat merampas semula Pulau Pinang dan kedudukan UMNO sendiri di Perak dan Selangor dalam bahaya terutamanya di kerusi-kerusi campuran.


Nota : PAS reject Tim Menteri Besar, Ahmad Yaakob sebab dia tak reti menipu dan spelek isu air, ladang rakyat etc.

Sumber : Kick

Sumber : Detik Perubahan

Tuesday, November 22, 2011

Rakyat Kelantan Minum Air di Kelantan, Bukan di Perlis


Dalam keadaan terdesak dengan masalah air, rakyat kelantan menjadi kreatif dengan sendirinya..dan ke'kretifan' ini di kongsi bersama-sama. (Guano demo buleh air? .. Oooo, kawe sedut paka enjeng - nati kawe aja, enjeng keno letok dekat meta baru kuat sedut bla..bla..bla..)


Rakyat kelantan banyak keluar bajet untuk air sahaja.. Ini yang saya lakukan sendiri:

1. Untuk mendapatkan air dari batang paip AKSB, saya membeli sebuah enjin air berharga RM150, wayar air dan kelengkapan untuk membuat sambungan-selepas meter air -> wayar air > enjin air > wayar ke tangki. Disini, saya keluar bajet lagi iaitu,
a) Bil Air,
b) Bil Elektrik dan
c) Bil Angin (Kalu air tiada - hanya angin disedut, atau ada tu air + angin - meter bergerak juga walaupun angin).

2. Saya beli tangki tambahan sebagai persediaan jika terjadi seperti tahun2 sudah.. berminggu tanpa air. Bajet lagi dikeluarkan-beli tangki dan 'paiping' tambahan termasuk upah.

3. Penapis air - penapis air memang wajib ada bagi pengguna air kelantan.. nak mandi tak perlu penapis.. tapi nk memasak dan guna untuk makan minum, wajib tapis.. alat penapis perlu ditukar penapisnya dan di servis. Bajet lagi.

Sebab karat dalam air/makanan, kalau kita 'ambil' selalu, ia akan 'makan' sendi tubuh kita. Ia boleh rosakkan badan suatu hari nanti.

Saya berani keluar modal begini sebab terdesak dan untuk memenuhi keselesaan keluarga. Ditambah pula dengan janji Kerajaan Negeri Al_Kebajikan Islemic, mereka kata 17 tahun lagi pulih la..

Tapi bunyi pulak dok banding dengan negeri lain.. Tak tau bila la rakyat nk dok selesa. Mujur dia tak kata "Mmekah (Mekah) pun air kotor".. hehe, tapi kalu kata "Mekkah pun tak de air" biasa sangat.

Nak tutup kelemahan diri, salahkan orang dan bandingkan dengan negeri orang.

Adakah rakyat Kelantan guna air dari negeri lain? Lain la kalau yg menetap di negeri tersebut, tapi saya bercerita fasal orang Kelantan di Kelantan.

Suratkhabar komen dan kata air Kelantan kotor, mujur juga ada orang ambil berat fasal negeri ini..nak harapkan pemimpin yang ada - berjanggut la.. duduk setara ini la kami. Tapi orang 'tegur' supaya cepat2 perbetulkan, dia bandingkan dengan orang lain dan salahkan orang pula.. yang dok terkebil2 mata atau putih mata ialah rakyat Kelantan sendiri.

Waullahu A'lam..

Saturday, November 12, 2011

Air paip di Kelantan banyak bakteria e-coli

Hari-hari rakyat Kelantan makan dan minum jus bakteria e coli berperisa besi dan karat

Kandungan bahan asing seperti klorin, bakteria E. coli, aluminium dan besi didapati tinggi dalam air terawat di Kelantan dan Perlis.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, ujian makmal yang dijalankan di Loji Rawatan Air (LRA) Pintu Geng, Kota Bharu mendapati kandungan besi dalam air terawat di loji itu adalah sangat ketara iaitu melebihi 0.3 miligram per liter.

Sebagai contoh, pada Februari 2009, sebanyak 20 kali sehari ujian yang dilakukan mendapati kandungan besi dalam air dirawat ialah antara 1.5 hingga 1.8 miligram per liter setiap hari. ~ BERNAMA

Bila ADUN pembangkang Kelantan (BN) bertanyakan perihal karat dalam air yg dibekalkan oleh AKSB (Air Kelantan Sdn Bhd) dalam sidang DUN baru-baru ini, YB Pas Kelantan kata

" Kalau air yang kita bekalkan itu berbahaya (cerita masalah karat dalam air ni), takde (tiada) dah YB-YB pas dalam dewan ini (sambil tunjuk kepada rakan-rakan pas-nya)".

Dia (YB PAS) cuba yakinkan yang karat dalam air AKSB tak bahaya.. haha, untuk makluman, karat yang masuk dalam tubuh akan merosakkan sistem tubuh badan, dan ambil masa yang lama. Buat malu kat budak-budak yang hadir masa sidang DUN je.

Rakyat guna terus air samada utk memasak atau membasuh atau guna air utk keperluan harian, tetapi YB PAS dia pakai penapis dan bertapis2 sebelum masuk kedalam perut pedal mereka.

Cerita panjang perihal masalah air boleh rujuk sini : SINI

Friday, October 28, 2011

Anwar Pernah Rugikan Wang Rakyat sebanyak RM9.3 billion

Anwar bukan pakar pun, dia hanya menumpang populariti TDM. Dia menjadi menteri kawangan ketika ekonomi negara tengah rancak. Minyak dunia pun pada masa tu USD30 se-tong. Getah masa tu 70 sen sekilo.

Ketika Anwar Menteri Kewangan, Bank Negara rugi, Siapa pula kaki judi ?

Patutlah Anwar dibayar RM1 oleh kerajaan Selangor,”if you pay peanut you get monkeys”

Orang macam ni mau bercakap soal ekonomi?Orang yang macam ini yang begitu digilai oleh haprak pakatan? Orang ini bercakap untung rugi wang kerajaan? Orang yang macam ini bercakap soal ketirisan?

Lebih baik anda fikir kembali selepas baca artikel dibawah

Anwar punca negara kehilangan RM9.3 billion WANG RAKYAT

“Anwar mesti mengakui punca terbesar kerugian adalah akibat permainan spekulasi mata wang asing yang gagal. Jelas, kerugian ini bukanlah atas kertas sahaja tetapi kerugian nyata yang ditanggung oleh rakyat jelata. Umat Islam terperanjat bagaimana Menteri Kewangan yang banyak bercakap tentang Islam boleh merestui permainan spekulasi seperti ini. Sedangkan secara jelas ia memperjudikan wang rakyat sebegitu banyak. Bahkan kami hairan kenapa beliau boleh merestui pendekatan Bank Negara yang amat merbahaya ini dan tidak mahu berterus-terang apabila ia menemui kegagalan,” tegas Shabery.

Beliau seterusnya berkata jumlah RM 9.3 bilion yang lesap itu bukan kecil. Untuk memahami betapa besarnya, boleh kita bayangkan apa yang boleh kita buat dengannya. Misalnya, kita boleh mendirikan 18 buah universiti dengan harga RM500 juta sebuah, atau 45 buah hospital berharga RM200 juta sebuah, atau 180 buah sekolah berharga RM50 juta sebuah ataupun 372,000 buah rumah berharga RM25,000 sebuah. Sekiranya hendak digunakan untuk membayar bonus kepada 800,000 kakitangan kerajaan, sebagaimana yang dituntut oleh CEUPACS, maka tiap-tiap seorang pekerja boleh diberikan RM12,000.

Selanjutnya klik sini

sumber - pisau.net

Tuesday, October 4, 2011

Tak Setuju Gaji Kakitangan Awam Dinaikkan

Ini pendapat peribadi saya serta pengalaman dari kawan-kawan saya sahaja

Menaikkan gaji kakitangan awam boleh memberikan masalah kepada kerajaan sendiri serta pekerja lain. Ia ada juga kebaikan.

1. Masalah - Belanja, adakah dengan kenaikan gaji, penjawat akan berbelanja seperti sediakala (seperti bergaji asal). Kebanyakanya tidak, lagi besar gaji lagi banyak berbelanja (boros).

2. Ada kakitangan awam suka menabung (bagus), tapi mereka ini selalunya menabung mengikut yang ditetapkan..contohnya; setiap bulan kena menabung RM100 dari RM2000 gaji. adakah dengan kenaikkan gaji (eg: RM2300) tabungan akan naik kepada RM 130?

3. Masalah kepada kerajaan - menaikkan gaji bermakna kadar bonus juga akan naik. Jika dulu setengah bulan gaji RM1000 (jika gaji RM2000), jika dinaikkan - berapa RM kerajaan kena belanja PULA?. Jika dinaikkan gaji, pekerja akan ingat 'jasa' ini sehari dua sahaja (Paklah pernah naikkan gaji), lepas tu lupa terus 'jasa' ini. Takkan kerajaan nak suruh penjawat awam ingat 'jasa' mereka menaikkan gaji.

4. Kapitalis akan ambil kesempatan dari kenaikan gaji pekerja awam ini. Sudah tentu barang2 akan naik harga. Pernah di era Paklah, harga mesin basuh auto sebelum naikkan gaji, adalah murah RM100 dari selepas paklah naikkan gaji kakitangan..walhal barangan elektrik sepatutnya semakin murah.

5. Adalah lebih baik, duit untuk menaikkan gaji disalur kepada sektor lain seperti pertanian, atau memberikan subsidi kepada barang-barang keperluan harian.. Dikatakan gaji akan dinaikkan kepada 40%, maknanya kerajaan perlu belanja berbillion ringgit setahun untuk bahagian tambahan gaji sahaja.

6. Jika subsidi ditambah, semua lapisan rakyat akan dapat menikmatinya.

7. Adalah lebih baik berikan bonus tiap-tiap tahun (bonus tak tetap nilainya).. itu akan membuatkan penjawat awam 'ingat jasa' kerajaan kepada mereka.

Tapi saya rasa, kenaikan gaji ini hanyalah kabar angin sahaja..tak pun ini adalah modal politik..bila 'khabar angin' ini (gaji naik) tidak berlaku seperti yg dikhabarkan, ia akan membuatkan pekerja awam rasa xpuas hati..ini akan memberi 'hit' kepada pihak yang buat dan sebar khabar angin sahaja.

Saturday, October 1, 2011

Cina Kelantan Sokong Undang2 Syariah HUDUD


Note : Lama tak 'jupa mata' ngan Chua Hock

PAS abaikan bangunan UMNO KB - Kesederhanaan?

Dikatakan PAS tak akan guna bangunan tersebut sehingga habis PRU 13 agar rakyat tidak tahu perihal kekayaan, keangkuhan serta agar parti PAS sentiasa tampak 'kesederhanaan dan miskin' di mata rakyat.


JALAN BAYAM- Pas pernah mendabik dada kononya berjaya menjatuhkan Umno Kota Bharu apabila membeli bangunan parti itu dengan harga RM4.5 juta.

Malangnya apa yang sudah jadi sekarang, bangunan Umno Kota Bharu itu dibiarkan terbiar tanpa penghuni mahupun penyewa.

Tidakkah ini satu pembaziran kepada duit parti. RM4.5 juta dibazirkan begitu saja tanpa sebarang manfaat untuk rakyat.

“Adakah ini konsep kebajikan untuk rakyat yang dilaungkan Pas. Atau ini konsep membangun bersama Islam Pas.

“Ini perbuatan syaitan yang penuh dengan perasaan bongkak dan membazir, inilah wajah keimanan Pas,” kata seorang pengunjung yang lalu di hadapan bangunan Umno Kota bharu yang mula menjadi cacat keindahan bandar ibu negeri.

Pas Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu dengan harga RM4.5 juta pada Oktober tahun lepas.
Bangunan itu dibeli oleh Dewan Pemuda Pas Kelantan.

Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid Ibrahim dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Read more: SINI

----

Dikatakan UMNO Kelantan tidak mampu membayar dengan harga yang begitu tinggi untuk mendapatkan kembali bangunan yang pada asalnya milik mereka. Hanya PAS Kelantan yang mampu membayar dan memilikinya.

RM 4.5 juta - Berapa buah rumah rakyat miskin yang berharga serendah RM 60,000 dapat dibina jika nak dibandingkan dengan bangunan mewah sebegini. Begitulah kesederhanaan & berkebajikan yang PAS amalkan.

:D

Friday, September 30, 2011

Kecoh Fasal Perkahwinan Norman dan Memey


Lebih menarik adalah kenyataan jujur chef selebriti Malaysia, Chef Wan yang turut hadir ke majlis malam tadi. Chef Wan turut menyifatkan majlis tersebut jauh lebih murah dari angka RM12 juta.

Menurut Chef Wan lagi, ramai media tidak berpuas hati dengan koir yang ada dalam majlis bertemakan New York itu kerana di’katakan mendendangkan lagu bertemakan perkahwinan ala gereja.

Chef Wan turut menulis yang tiada sebarang doa di’bacakan sepanjang majlis sedangkan ini sebuah majlis perkahwinan orang Islam.

Anda boleh membaca kenyataan Chef Wan yang jelas tidak berpuas hati dengan cara majlis ini di’jalankan di Facebook rasmi beliau atau kenyataan copy pasta di’bawah.

Just got back from the Wedding of Norman Hakim and Memey. If u asked me for my honest opinion is just a wedding that Rafelessia organised to promote their products non stop the entire evening as i expected too comercialised that it ruined the event for all the guests i have spoken.

Both Pengantin just play their game since its being sponsored.There nothing wrong with that except it served the purposed to used the Pengantin as their so call model la.

I liked the ambience and Atmosphere but tak tahan MC asyik panggil Taukeh Rafelessia,Dato Jimmy Choo and Lord Taylor tak habis2 puji memuji and mengingat kan kita semua betapa mahal tajaan mlm tu dgn gown dan kasut harga mcm ni dan mcm tu… letih mak lah!

Ramai Press tak suka Choir yg menyanyikan lagu2 gereja kawin ni kata mereka sedangkan ini Wedding org islam satu doa selamat pun tak buat and thema pulak Blacktie and evening dress glam habis.

I am not sure about the choir song gereja ni even though i heard because i sendiri tak tahu apa itu song gereja for wedding.That what the press upset about. Aiyo mesti controversial lepas ni lah. Kita baca la media nanti.

U tengok this weekend jika masin mulut i mesti banyak issue di ketengah kan.I think the sponsors also tak make it clear that this wedding pengantin tak ada banyak involvement.

Just as a model for us to fit all our jewellery on her baju.Press ambil2 gambar pun publicity is for the sponsors lah as i was told by the hotel that the actual cost of the interior is only RM94,000 ,the room is sponsored.

Makan sponsor cover for 200 guests i feel would not be more than RM100,000 la that menu mcm tu. So where is the 12 million yg press2 heboh2 dari awal tahu saja press kita dengar RM12 million. Wow

Sumber : SINI

Thursday, September 29, 2011

Kalau DAP 'Budak2 Takutkan Hantu, Pok Nik dan PAS camna pula?

"Tiduurr lah kaorang" Kata Karpal sinis
KOTA BAHARU, 26 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hukum Hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Beliau menyifatkan DAP seperti "budak-budak kecil takutkan hantu" sedangkan hukum Hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.

"DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam," katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di sini Isnin.

Pada Ahad, Nik Abdul Aziz berkata hukum Hudud itu akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP. - Bernama
Pok Nik kata DAP serupa dengan budak-budak takutkan hantu bila bersoal fasal hudud, sekarang hudud ditolak (walaupun ayat mereka kata tangguh - kita faham bahasa politik).. Pok Nik ok jer..jadi dalam hal ni, Pok Nik takutkan budak-budak.

"Pakatan Rakyat menghormati inisiatif PAS untuk laksanakannya. Untuk melaksanakannya, ia perlu capai kata sepakat dan seterusnya pinda perlembagaan," kata Anwar. - Harakah
Pok Nik kata dia nak buat di Kelantan, Nuaq CD kata perlu capai kata sepakat dan boleh pinda perlembagaan.. (pulak). Tahun 1993, usul Hudud PAS v1.0 dibawa ke DUN Kelantan dan bila pass, dibawa kepada Kebawah Duli Tuanku Al-Sultan Kelantan.
Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga. - Kenyataan penuh Pakatan
Membuktikan Pakatan lebih2 lagi PAS ada kitab baru iaitu Buku Jingga. Al Quran tak perlu rujuk.

Nuar CD kata mereka takkan terheret dengan UMNO untuk merekatkan hubungan antara mereka. Soalnya siapa yg mencabar DAP keluar Pakatan, tidakkah Pok Nik?


Semua salah UMNO
Semua salah UMNO
Semua ni salah UMNO..

Ya Tuhanku, apa akan jadi kalu Pakatan memerintah.. Ugama pon diaorang main-mainkan.

Wednesday, September 28, 2011

Penjelasan Hudud Mustahak - Mufti Perak

Bila beliau menegur kerajaan, pembangkang memuja dan memuji melangit akan beliau. Bila beliau menegur pembangkang, beliau dicerca dan dihina.


PUTRAJAYA 27 Sept. – Pelaksanaan hukum hudud di negara ini atau di Kelantan memerlukan penjelasan terperinci berhubung prosedur dan kaedah hukumannya kepada rakyat supaya tidak menimbul kekeliruan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menarik perhatian bagaimana hukum hudud dilaksanakan di Pakistan, Bangladesh dan Afghanistan tetapi kerana tidak cukup persediaan oleh kerajaan masing-masing, pelaksanaannya gagal berfungsi dengan baik.

Dalam aspek ini, beliau mempersoalkan kerajaan negeri Pas Kelantan sama ada telah menyediakan syarat- syarat yang cukup daripada segi undang- undang untuk melaksanakan hukum hudud tersebut atau hanya sekadar gimik menguar-uarkan untuk berbuat demikian.

“Kita tidak boleh bercakap (menguar-uarkan akan melaksanakan hukum hudud) sahaja, ia (pelaksanaannya) perlu persediaan yang cukup, kalau sudah siap, bolehlah jalankan.

“Pada saya, tidak kiralah sama ada rancangan pelaksanaan hukum hudud ini ada tujuan politik atau tidak, sebab tujuannya adalah betul.

“Tapi janganlah kita hanya gimik sahaja, itu satu pendustaan...kalau gimik, itu memang satu penipuan. Kalau sudah ada kemampuan, teruskanlah sahaja pelaksanaan hudud ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Beliau mengulas hasrat kerajaan negeri Kelantan yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hukum hudud meskipun ditentang keras oleh sekutu rapatnya, DAP dalam pakatan pembangkang.

Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya Ahad lalu berkata, Kelantan kini dalam usaha memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum di mahkamah syariahnya.

Ditanya sama ada hukum hudud boleh dipakai ke atas orang bukan Islam di negara ini, Harussani berkata: “Kenakan ke atas orang Islam sahaja pun tak mengapa (manakala), yang bukan Islam boleh dihukum dengan cara lain.”

Mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa belum tiba masanya untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia, ditambah dengan komposisi kaum yang mendiami negara ini, beliau menegaskan: “Kalau belum tiba masanya, bila pula akan muncul masa tersebut.”

Sumber : Utusan Malaysia

Tuesday, September 27, 2011

Hudud : Pakatan Setuju Terima Hudud

Dari blog HHalem, 27/9/2011 - yang asal


28/9/2011 - Blog Pisau, admin FB poknik buat tambahan sebab 'hit' naik.. hahah (tambah ulama' muda UMNO)


UMNO Kelantan sokong hudud PAS v1.0

Proses dakwah DAP kepada PAS sudah sampai ke peringkat akhir, hari ini dikhabarkan satu mesyuarat diantara pimpinan aparat pakatan bersidang untuk berbincang mengenai kononnya Hudud akan diperjuangkan semula oleh PAS dan pakatan secara keseluruhannya.

Baru baru ini perbualan Pisau bersama Datuk S :klik sini. beliau ada menyebut mengenai kemahuan Nik Aziz untuk melaksanakan hudud sebelum beliau berundur.

Datuk S mengingatkan bahawa apa yang berlaku selepas ini banyak yang tersirat , beliau turut mengingatkan bahawa politik Nik Aziz amat halus.

Sedarkah anda kenapa secara tiba tiba Anwar Ibrahim dan barisan pimpinan pakatan secara mendadak boleh bersetuju dengan semboyan Hudud Nik Aziz?Sedangkan kita tahu Anwar dengan pluralismenya dan barisan pemimpim melayu PKR turut pernah menyangah hudud.

Kenapa semua ini? Tahukah anda dalam culaan terbaru,laporan kajian sikap yang dikumpul oleh ketiga tiga parti pakatan mereka melihat penurunan sokongan terhadap pakatan amat drastik yang mencecah 34% dalam masa 3 bulan.Malah paling menakutkan pihak pakatan sudah menjangka akan kehilangan banyak kerusi parlimen.

Ini turut dikaitkan dengan penurunan rating Anwar yang didedahkan dalam satu mesyuarat PKR:klik sini

Banyak isu besar aparat pakatan yang menyentap sentimen rakyat sejak sebelum ramadhan hinggalah sekarang berjaya didedahkan, Apabila isu hudud dibangkitkan seperti biasa Lim Guan Eng,Karpal dan Kit Siang akan membantah.Sebelum ini kita melihat PAS bagaikan menikus dengan DAP dalam isu Islam,tahukah anda selepas ini dalam plot rancangan mereka,PAS pula akan bertukar menjadi abang besar dan DAP berlakon tunduk kepada mereka.

Dikhabarkan satu perancangan sudah digarap dengan rapi, percayakah anda jika selepas ini DAP tiba tiba akan menyokong hudud? Siapakah heronya? Nama Anwar akan dijulang,Siapa yang berjaya PAS dakwah,orangnya ialah Kit Siang,Karpal dan Guan Eng.Kesemua nama ini akan digambarkan melalui proses penyucian dan pengampunan oleh PAS kerana mereka menyokong dakwah PAS.

Apa yang berlaku selepas itu? Skrip ini bertujuan untuk menarik semula sokongan orang melayu kononnya PAS berjaya berdakwah kepada DAP. Situasi menang dan menang akan diperolehi oleh PAS dan DAP. Ini kerana DAP begitu mengharapkan sokongan daripada orang melayu dan dalam masa yang sama PAS mahu dilihat sebagai juara umat Islam yang berjaya menundukkan DAP.

Masihkah anda ingat bagaimana Mat Sabu mensasarkan lebih ramai orang melayu akan menyertai DAP? Tujuannya untuk membuktikan orang melayu juga menyertai dan menerima DAP walau pun kita tahu parti ini adalah ultra kiasu rasis chauvanis .

Menurut Datuk S, rancangan ini bertujuan meng"check mate" BN semasa PRU13 nanti.Pokok pangkalnya mereka mahu menang at all cost,hatta berpura pura sanggup merubah prinsip perjuangan kononnya untuk menunjukkan kesepakatan Pakatan Rakyat.

Keratan dari akhbar Haramkah portal lidah bercabang PAS cuba memanipulasi kononnya setengah juta orang menyokong Nik Aziz. Sedangkan lebih ramai penyokong PAS dan pakatan yang keliru dengan tindakan ini,Kenapa?
Ihsan - Pisau.net

-----
Adakah Hudud PAS v2.0 sama dengan hudud PAS v1.0 yang di buat dengan tergesa-gesa, kucar kacir, tanpa pendedahan dan banyak kelemahan kerana semata-mata mahu menunaikan janji PRU 1990?

UMNO-BN Kelantan Pernah Sokong Hudud Kelantan

(Klik utk besar imej)

peristiwa DUN Kelantan era 1993

Note :
Dr Asyraf ialah cucu kepada Ulama tersohor Kelantan iaitu Tok Selehor. Merupakan bekas calon Parlimen Tumpat (UMNO-BN) melawan YB. kamarudin jaafar (PKR berbaju PAS). Pernah berlaku kempen saat-saat akhir PRU12, kedua-dua calon ini bertembung di sebuah masjid-masa tu dah masuk waktu Zohor (Solat Jumaat). Selesai khutbah, imam masjid minta Kamaruddin Jaafar (KJ) (Calon PAS) menjadi imam.. Errr, KJ tolak/serahkan kepada Dr. Asyraf supaya jadi imam. Jadi, solat Jumaat hari tu di imamkan oleh Dr Asyraf. KJ jadi makmum. Dalam ceramah politik-ugama, suruh sangat undi 'calon' yang boleh imamkan sembahyang. Waullahu A'lam.

Monday, September 26, 2011

Hudud : Arahan Tutup Mulut - PR


Seperti yang diduga pakatan pembangkang yang gabra dengan polimek isu hudud yang mendedahkan kepada mata ramai bagaimana ia ‘ tidor sebantal mimpi lain-lain’ telah bertindak segera untuk buat damage control.

Satu sidang media khas dipanggil oleh Setiausaha Agung PAS-PKR –DAP di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur tengahari Isnin untuk memastikan ia tidak merebak hingga di luar kawalan.

Maka seperti biasa satu arahan TUTUP MULUT dikeluarkan kepada semua pemimpin pakatan pembangkang jangan cakap isu hudud hingga Rabu mala mini bila majlis pimpinan mereka mengadakan mesyuarat untuk memutuskan satu konsensus keatas isu yang menjadi modal politik PAS.

Pengumuman mengenai arahan berkenaan dibuat oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali. Hadir sama Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke yang mewakili Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Keadaan dalam pakatan pembangkang jadi bercempera bila Pengerusi DAP Karpal Singh ‘mengamuk’ balik dan Guan Eng kata semua barisan pimpinan DAP Pusat akan letak jawatan parti jika hudud dimasukan dalam agenda pakatan pembangkang.

Sekalipun jelas wajah garang Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz selamba kata ‘ bye-bye’ jika DAP tak setuju perlaksanaan hukum hudud,namun Mustapha ‘ cover line’ hal itu dengan menyatakan bahawa cakap Menteri Besar Kelantan itu adalah dalam kontek negeri itu sahaja.

Katanya pakatan itu mengamalkan demokrasi dan memberi kebebasan kepada mana-mana negeri dibawahnya laksana atau tidak hukum hudud.

Serentak dengan itu seperti biasa beliau mendakwa isu ini sengaja diperbesarkan oleh media yang dikuasai kerajaan untuk porak perandakan pembangkang.

Untuk mengambarkan ‘ tak ada hal ‘ ketiga-tiga mereka beraksi ambil gambar gengam tangan tanda perpaduan.

-26/9/2011- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL,
Agenda Daily

---
Nota kaki : Adakah bye bye Pok Nik lebih power atau 'batuk-batuk' karpal lebih puaka?

Tapi saya rasa, Rabu ini kepala-kepala PR ini akan kata "Itu urusan negeri Kelantan, PR pusat taknak campur"..

hehe...