Thursday, January 12, 2012

Hepy be-LATE-ed Berday to Nik Aziz

Sebab tak pacak lilin adalah kerana tak muat.. banyak ooo 81 ni. ingat dapat kek 10kg. menantu tak support ke tok mcm cite dulu?

Oleh kerana nik aziz dan pas bukan lagi pejuang Islam, maka dia sambut pada tahun omputeh iaitu mengikut kelendar Masihi (10 Jan).

Kalu dalam bulan Islam, nik aziz kena sambut 21 Sya'ban 1433 (rasanya). Tapi dek kerana perjuangan dah bertukar dan takut kepada DAP serta Anwar CD, guna kalendar masihi lah.

81 dah? :D

Tuesday, December 6, 2011

Perang Proksi - Bagaimana DAP menewaskan Melayu

Realiti – DAP mencapai keputusan cemerlang di dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu dengan menyapu bersih kesemua 13 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia yang komposisi pemilihnya terdiri daripada pemilih bukan Melayu melebihi 80%.

Husam Musa, Naib Presiden PAS, pakar hubungan Melayu-Cina

DAP kemudiannya menguasai 63% atau 11 kerusi parlimen di konstituensi pemilih bukan Melayu di antara 60-79%% dan menguasai 11% atau 2 kerusi di konstituensi Parlimen yang pemilih bukan Melayunya antara 50-59%.

Sambung Baca SINI

Monday, December 5, 2011

Nik Aziz sedia letak jawatan

agi idup agi tanding

Berikut adalah himpunan pendirian Nik Aziz perihal 'kuasa':

5 Nov 1996 : Kota Bharu : Nik aziz sedia letak jawatan jika pelbagai isu politik dan pentadbiran Kelantan sekarang dapat di selesaikan. Menurutnya, beliau sudah lama berniat untuk bersara tetapi keadaan politik tidak mengizinkan.

Maksud tersirat : maknanya, dia boleh bertanding sepanjang hayat sebab dia sentiasa buat isu. Isu air, rampas tanah rakyat, ladang rakyat etc. Pandai kan dia.. :D

24 Jun 1998, Kota Bharu : Nik aziz menegaskan belum tiba masanya untuk melepaskan jawatan Menteri Besar atau bersara dari politik selagi kedudukan UMNO khususnya di negeri ini (Kelantan) masih kuat dan utuh.

Nota : pulak dah.. nk tunggu UMNO lemah ke? Bila tu? PRU 2004 aje UMNO Kelantan kuat, 2008 lemah, dan sebelum 2004 pun nyawa2 ikan.

15 Feb 2003, Tanah Merah: Nik aziz mengumumkan beliau akan bertanding dalam pilihanraya umum yang akan datang. Sehubungan dengan itu, beliau menegaskan PAS akan mengenalkan tradisi golongan ulamak sebagai calon parti.

Sebelum tu baca dulu:
25 Jan 1993, Kota Bharu : MB berkata beliau sengaja meminta pegawai kerajaan menggunakan perkataan Tuan Guru di pangkal namanya dalam majlis urusan surat menyurat atau rasmi untuk menaikkan imej agama Islam.

Nota : Nik aziz suruh pegawai dan kakitangan dia pangil dan tulis perkataan Tuan Guru untuk nama dia.. dia suruh tu. Tuan Guru - orang akan faham itu panggilan utk dia. Dia juga dari ustaz di gelar ulamak oleh penyokongnya. Dia mahu mengenalkan tradisi golongan ulamak sebagai calon parti. Maknanya, dia la tu..

2012 / PRU13 : Bukan dia saja nak bertanding.. anak dan menantu dia pun nak jadi YB.

Dipetik dari Buku tentang pegangan, kata-kata dan janji PAS Kelantan.

Tok Pa bertanding DUN?

nik aziz minum Milo. Tok Pa air suam aje (mujur jernih).
Rakyat guna air paip jernih sikit dari air Milo Nik Aziz.

Dikala pas Kelantan mengugurkan calon-calon 'import' di kubu-kubu parlimen yg kuat untuk diletakkan hero-hero kambing J, Tok Pa pula dikatakan turun dari parlimen untuk bertanding di DUN. Secara automatik beliau akan diangkat menjadi MB jika BN berjaya menawan Kelantan nanti, amin. InsyaAllah.

Lagipun, pada tahun 2003, Tok Pa mahu membawa masuk kilang pemasangan kereta PROTON ke Jeli, tapi dihalang oleh orang tua tu (Nik Aziz) dengan tidak meluluskan tanah tapak kilang. Jadi, rakyat Kelantan hilang pekerjaan yang sepatutnya dah dapat.

Ayuh rakyat Kelantan, berubahlah dan kita sokong Tok Pa dan BN..
Bila lagi kita nak balik kerja di kampung halaman sendiri.
Amat ramai anak Kelantan kerja kilang di luar negeri sendiri

1. Mek ayah sakit kita tak dapat jengok sebab dok jauh.
2. Buah buruk di dahan sebab kita tak de di ghumah.
3. Bisnes kurang sebab anak kelate ramai dok majukan negeri tempat kerja.

Sunday, December 4, 2011

Nik Aziz Turun MB, Anak dan Menantu mahu jadi YB

YAB Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang didakwa oleh mereka yang rapat dengannya sebagai menghidapi barah prostat akan tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan jika PAS masih mengekalkan pegangannya di negeri pantai timur itu selepas Pilihanraya Umum ke 13.

"Ambo nok gi doh, ambo sakit perut...." walaupun itu ayat kegemaran Nik Aziz untuk mengelakkan diri dalam sesuatu keadaan, tetapi kali ini diyakinkan itu bukan alasan yang diguna.

Bagaimanapun Nik Aziz akan kekal bertanding di DUN Chempaka manakala anaknya, Nik Mohd Abduh

Ariffahmi, bakal terbang tinggi dalam arena politik Kelantan?

akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Menantu Nik Aziz pula, Abdul Ariffahmi Ab Rahman di katakan akan dicalonkan bertanding salah satu kerusi DUN di bawah Parlimen Machang. Usaha keras Nik Abduh dan Ariffahmi dikatakan mula menampakkan hasil setelah berjaya meletakkan orang-orang mereka dalam hieraki Perhubungan Negeri setelah Muktamar PAS Jun 2011 lalu.

Demikian maklumat yang diberikan oleh orang kanan PAS Kelantan kepada seorang ahli politik terkemuka negeri itu.

Sementara itu, hari ini juga DetikPerubahan.Com memetik Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, iaitu Mohd Amar Abdullah sebagai berkata bahawa Nik Aziz sudah bersetuju dengan senarai calon yang disiapkan oleh Perhubungan Negeri.

Mohd Amar juga mengesahkan bahawa senarai itu sudah diserahkan kepada PAS Pusat.

Antara perubahan yang dikatakan berlaku ialah Ahli Parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub akan kehilangan kubunya di Parlimen Kubang Kerian yang akan diambil oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Kubang Kerian iaitu Husam Musa.

Husam, tersingkir ke Parlimen dengan alasan dia diperlukan sebagai Menteri di Pusat?

Antara nama besar lain yang turut digugurkan ialah Bekas Timbalan Menteri Besar, Halim Abdul Rahman untuk memberi laluan kepada anak Nik Aziz. Timbalan Menteri Besar sekarang, Ahmad Yaacob yang bergelumang dengan isu Ladang Rakyat dan Air Kelantan Sdn Bhd turut tergugur.

Takiyuddin, sudah lama ada usaha menyingkirkannya ke Parlimen oleh faction tertentu dalam PAS Kelantan.


Sementara itu, Takiyuddin Hassan turut akan menerima nasib yang sama seperti Husam apabila dipindahkan dari DUN Bunut Payung untuk bertanding di Parlimen Kota Bharu.

Kamarudin Jaffar, Ahli Parlimen PAS Tumpat sejak 1999 pula akan dipindahkan untuk bertanding DUN Pengkalan Kubur untuk menentang Noor Zahidi Omar, Setiausaha UMNO Kelantan. Zahidi merupakan ADUN Pengkalan Kubur sejak 2004.

Sekiranya Kamarudin Jaffar berjaya di Pengkalan Kubur dan PAS berjaya mengekalkan kuasanya di Kelantan, beliau akan di lantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Kamarudin bersama ADUN GAAL, Dr Nik Mazian.

Mohd Amar, yang kini exco Kerajaan Negeri sejak 2004 akan di lantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru menggantikan Nik Abdul Aziz. Mohd Amar dikatakan menjadi pilihan Nik Aziz setelah beliau berkali-kali membuktikan sebagai pemimpin yang bersedia berhadapan dengan krisis dan tidak seperti calon pilihan Nik Aziz sebelum ini, Husam Musa yang suka mengamalkan politik kura-kura. Husam terkenal dengan strategi menyembunyikan diri setiap kali krisis timbul dan tidak seperti Mohd Amar.

Bakal Menteri Besar Kelantan yang baru.

Sementara itu PAS dan PKR juga dikatakan telah bersetuju untuk bertukar-tukar kerusi Parlimen. Salah satu kerusi yang dipersetujui dikatakan sebagai kerusi Parlimen Machang yang sebelum ini dimenangi oleh Saifuddin Nasution Ismail dari PKR.

Kerusi DUN Pengkalan Kubur yang dikatakan bakal di tandingi oleh Kamarudin Jaffar dari PAS juga merupakan kerusi yang ditandingi oleh PKR pada 2008.

Sumber dari pihak UMNO Kelantan pula mengatakan hampir 80% Ketua Bahagian UMNO negeri itu akan diletakkan sebagai calon bagi Dewan Undangan Negeri termasuklah Pengerusi Perhubungannya, Mustapa Mohamed. Mustapa dikatakan pasti menjadi pilihan UMNO sebagai Menteri Besar jika UMNO berjaya mengambil semula Kelantan setelah kehilangan negeri itu sejak 1990.

Namun begitu, bekas calon Menteri Besar Kelantan dalam kempen UMNO 2008 dan juga Ketua Bahagian Bachok, Awang Adek Hussin akan bertanding kerusi Parlimen Bachok. Manakala bekas Pengerusi Perhubungan Negeri, Annuar Musa dikatakan tidak akan dicalonkan walaupun sahamnya dikatakan naik semula setelah berjaya mentransfomasikan pasukan bolasepak Kelantan.

Presiden UMNO Najib Razak perlu mengutamakan prestasi di Kelantan dan Kedah sekiranya beliau benar-benar mahu mengukuhkan kedudukan UMNO di Parlimen dan memungkinkan BN kembali menikmati majoriti 2/3. Ini kerana BN dikatakan sudah pasti tidak akan dapat merampas semula Pulau Pinang dan kedudukan UMNO sendiri di Perak dan Selangor dalam bahaya terutamanya di kerusi-kerusi campuran.


Nota : PAS reject Tim Menteri Besar, Ahmad Yaakob sebab dia tak reti menipu dan spelek isu air, ladang rakyat etc.

Sumber : Kick

Sumber : Detik Perubahan

Tuesday, November 22, 2011

Rakyat Kelantan Minum Air di Kelantan, Bukan di Perlis


Dalam keadaan terdesak dengan masalah air, rakyat kelantan menjadi kreatif dengan sendirinya..dan ke'kretifan' ini di kongsi bersama-sama. (Guano demo buleh air? .. Oooo, kawe sedut paka enjeng - nati kawe aja, enjeng keno letok dekat meta baru kuat sedut bla..bla..bla..)


Rakyat kelantan banyak keluar bajet untuk air sahaja.. Ini yang saya lakukan sendiri:

1. Untuk mendapatkan air dari batang paip AKSB, saya membeli sebuah enjin air berharga RM150, wayar air dan kelengkapan untuk membuat sambungan-selepas meter air -> wayar air > enjin air > wayar ke tangki. Disini, saya keluar bajet lagi iaitu,
a) Bil Air,
b) Bil Elektrik dan
c) Bil Angin (Kalu air tiada - hanya angin disedut, atau ada tu air + angin - meter bergerak juga walaupun angin).

2. Saya beli tangki tambahan sebagai persediaan jika terjadi seperti tahun2 sudah.. berminggu tanpa air. Bajet lagi dikeluarkan-beli tangki dan 'paiping' tambahan termasuk upah.

3. Penapis air - penapis air memang wajib ada bagi pengguna air kelantan.. nak mandi tak perlu penapis.. tapi nk memasak dan guna untuk makan minum, wajib tapis.. alat penapis perlu ditukar penapisnya dan di servis. Bajet lagi.

Sebab karat dalam air/makanan, kalau kita 'ambil' selalu, ia akan 'makan' sendi tubuh kita. Ia boleh rosakkan badan suatu hari nanti.

Saya berani keluar modal begini sebab terdesak dan untuk memenuhi keselesaan keluarga. Ditambah pula dengan janji Kerajaan Negeri Al_Kebajikan Islemic, mereka kata 17 tahun lagi pulih la..

Tapi bunyi pulak dok banding dengan negeri lain.. Tak tau bila la rakyat nk dok selesa. Mujur dia tak kata "Mmekah (Mekah) pun air kotor".. hehe, tapi kalu kata "Mekkah pun tak de air" biasa sangat.

Nak tutup kelemahan diri, salahkan orang dan bandingkan dengan negeri orang.

Adakah rakyat Kelantan guna air dari negeri lain? Lain la kalau yg menetap di negeri tersebut, tapi saya bercerita fasal orang Kelantan di Kelantan.

Suratkhabar komen dan kata air Kelantan kotor, mujur juga ada orang ambil berat fasal negeri ini..nak harapkan pemimpin yang ada - berjanggut la.. duduk setara ini la kami. Tapi orang 'tegur' supaya cepat2 perbetulkan, dia bandingkan dengan orang lain dan salahkan orang pula.. yang dok terkebil2 mata atau putih mata ialah rakyat Kelantan sendiri.

Waullahu A'lam..