Thursday, September 30, 2010

Driver Acer Aspire 4540 For Win XP


Driver Acer Aspire 4540 untuk Windows XP

ATI SMBus Driver : Download atau Download
Realtek Audio Driver : Download
Broadcom Bluetooth : Download
Chicony Web Cam : Download
Realtek Card Reader : Download
Atheros LAN : Download
Conexant Modem : Download
VGA ATI Radeon HD 4200 : Download atau Download
Atheros Wireless Driver : Download
Launch Manager : Download

Wednesday, September 29, 2010

GALAS : Giliran Pok Nik Guna Gear Gostan

Lawar.. yg baju putih la

KOTA BHARU – Ahli UMNO diajak sertai Pas dalam usaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan bangsa Melayu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, orang Melayu sepatutnya berada di dalam Pas memandangkan parti itu mewakili semua yang beragama Islam dan sebagai orang Melayu yang beragama Islam tidak ada sebab parti itu ditolak.

“Tak perlu bertanding... saya sokong sangat la. Kalau boleh untuk berterusan. Melayu hanya satu, kenapa parti ada dua. Jadi kalau boleh bukan setakat pilihan raya kecil ini sahaja UMNO tak payah bertanding.

“Semua Melayu duduk dalam Pas. Islam ini bukan untuk Melayu sahaja untuk umat manusia semua. Maka Melayu tak Melayu pun semua duduk di dalam Pas. Senang tak ada apa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan yang mencadangkan supaya UMNO tidak bertanding pada kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

---
PRU 13 tak payah tanding lah, bagi ke BN semua kerana ini akan mengeratkan perpaduan rakyat Malaysia, duit tak habis. Ada berani? Lagipun parti milik keluarga AAA tuu dah tak lama dah.

Pok Nik tak ingat ko, dulu poknik tolak perpadue, Nasa kena sindir, Uncle Hadi di rampas keduduke dio, poknik ambik kuasa presiden, Uncle Hadi kena tutup mulut. Pah bakpo poknik ngundor pulop. Lawe lah poknik, kalu parti poknik mene - mene lah. Kalu kaloh - kaloh lah.

Poknik dop tau ko, melayu ada tiga. Tapi parti mana dulu wujud? Tidakkah PAS ngan parti nak ranap PKR tu serpihan UMNO? Ada molek poknik heret parti Poknik masuk UMNO.

Jawatan Kosong - Majlis Daerah Kuala Krai


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pembantu Penguatkuasa N17
2. Pemandu Kenderaan R3

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

CARA MEMOHON
(i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MDKK 1 yang boleh didapati dari Pejabat ini dengan bayaran RM3.00;
(ii) Permohonan daripada pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing – masing beserta dengan Laporan Sulit, Penyata Perkhidmatan dan Penyata Cuti;
(iii) Permohonan hendaklah menyertakan sekeping gambar berukur pasport, salinan Sijil Persekolahan, salinan Surat Beranak dan sekeping sampul surat berukuran 22 sm X 11 sm beralamat sendiri serta bersetem 30 sen.

Permohonan hendaklah sampai kepada :-

Yang DiPertua,
Majlis Daerah Kuala Krai,
JKR 60, Jalan Sultan Yahya Petra,
18000 KUALA KRAI, Kelantan.

Tarikh Tutup Permohonan: 7 Oktober 2010

Virus PC : Folder Jadi Shortcut dan Super Hidden

Seorang rakan call, bunyi macam nak nangis.

"Awaknya, pendrive kite semua folder jadi shortcut, saiz 1kb. Try scan pendrive tu, virus dapat buang dah, tapi folder tak juga muncul, ada shortcut jer". Berhenti sejenak-ambil angin gamaknya.

"Dalam tu (pendrive la) ada banyak data, gambar, soalan ujian bebudak, lagu...". Sambungnya.

Sebab dia pompuan - kaum yg lemah, aku tolong lah (hahaha..melawak je. Jgn mare)
----

Gambar virus menjadikan folder kepada shortcut macam di bawah


Jangan risau, folder asal masih ada, cuma ia telah di super hidden kan. Anda boleh tengok di:
- Klik My Computer
- Pilih Tools
- Pilih Folder Options
- Pilih View
- Buat macam gambar bawah, tandakan pada show hidden files & folders, dan buang tanda pada dua kotak 'hide...' tu

Sekarang, tengok (buka) pendrive (atau apa-apa drive yg di superhidden foldernya). Kita tak boleh unhide folder tadi kerana fungsi hidden pada folder tersebut telah di disable kan.

Cara paling mudah; guna GeeKz Virus Remover 4.2 Beta (made in Malaysia)

1. Cara nak unhide folder

Selepas install GeeKz VR4.2B:


Arahan:-
Klik tool
Klik Unhidden Folder (seperti gambar)














2. Unhide Folder

Klik butang Browse dan pilih lokasi pen drive anda

Contoh; G:\

Dan tekan butang Start





3. Tunggu sehingga selesai, bila dah selesai, buka pen drive anda kemudian icon shortcut folder tadi bolehlah di buang.

----
Download GeeKz VR 4.2B : Klik SINI
Web Pemilik GeeKz (Kredit) : http://www.geekzlife.net/


AMARAN !!!


Kalau guna Kaspersky Internet Security 2010 (macam saya la), KIS2010 akan detect sebagai OS bahaya, klik Allow jer..

Banyak lagi cara lain..guna OS ni ok dan senang..

Waullahu 'Alam..

GALAS : Kerana Undi, PAS Guna Gear Gostan pulak

Hahaha..adio la

Oleh : Tarmizi Md Jam
Dari : MI

Demi Melayu, Beranikah PAS keluar dari Pakatan?

Cadangan Takiyuddin Hassan, Penolong Setiausaha Agung PAS agar UMNO tidak meletakkan calon dalam Pilihanraya Kecil DUN Galas demi perpaduan Melayu menambahkan lagi senarai ‘cakap tak serupa bikin’ PAS.

UMNO telah lama bercakap mengenai perpaduan dengan PAS. Malah UMNO sanggup merendah diri menghulur salam kepada PAS demi kesinambungan bangsa Melayu, walaupun kedudukan UMNO jauh lebih tinggi dari PAS.

Namun, PAS yang selama ini memperlekehkan huluran salam UMNO serta mempersendakan perpaduan ummah.

Lebih mendukacitakan, Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Hadi Awang yang akan menyaksikan pembentukan kerajaan dari wakil BN dan PAS turut dikritik sendiri oleh ahi PAS.

Sampaikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat “meracau” dan menolak mentah-mentah cadangan Presiden beliau sendiri. Begitulah hodohnya wajah PAS dalam berbicara soal perpaduan Melayu dan umat Islam.

PAS lebih rela bersatu dengan rasis, kafir harbi DAP dari Melayu UMNO. PAS lebih rela mabuk dalam gelombang liberalisasi PKR daripada bersatu dengan Melayu UMNO.

Hari ini, demi memenangi pilihanraya kecil, PAS tiba-tiba menjadikan perpaduan Melayu sebagai alasan pula. PAS cuba memperdayakan siapa sebenarnya?

Cadangan PAS ini mungkin kerana ingin menutup malu kerana tahu bekas ADUN Galas (Allahyarham) tidak berbuat kerja akibat terpaksa berjuang dengan penyakitnya sekian lama.

PAS juga sedia maklum yang parti mereka tiada jasa dan tidak membawa apa-apa perubahan atau kebaikan kepada kawasan tersebut selama berkuasa.

Oleh yang demikian, cadangan agar UMNO tidak bertanding di DUN Galas hanya mencerminkan ketidakkeyakinan PAS untuk memenangi kawasan tersebut.

Lebih-lebih lagi selepas mengetahui yang Ku Li telah mempunyai calon yang sesuai untuk bertanding di situ yang tentunya merupakan orang kuat Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Cadangan PAS ini sebenarnya dangkal kerana perpaduan Melayu tidak akan tercapai selagi PAS bersekongkol dengan kafir harbi dan Melayu liberal pemusnah bangsa sendiri.

Dengan terus berjuang dan bertanding bagi pihak Pakatan Rakyat, PAS secara langsung memperjuangkan kemusnahan bangsa Melayu.

Bukan PAS tidak tahu bahawa perjuangan Pakatan Rakyat ialah ke arah kesamarataan total di mana hak Melayu tidak lagi diiktiraf.

Bukan PAS tidak tahu yang DAP adalah rasis dan anti-Melayu yang tegar. Bukan PAS tidak tahu yang PKR adalah terdiri dari ‘agen’ asing sama ada agen barat mahupun Singapura.

Bukan PAS tidak sedar bahawa dalam Pakatan Rakyat, PAS sentiasa diketepikan dan dipijak oleh pemimpin-pemimpin DAP dan PKR semahu-mahunya. Nama PAS pun kini sudah makin membusuk seperti taik.

Kita tidak percaya yang PAS tidak memahami hakikat ini.

PAS sebenarnya cukup maklum betapa kerjasama dengan Pakatan Rakyat itu memusnahkan Melayu, tetapi pemimpin PAS terlalu tamak, terlalu ego, takbur serta bongkak untuk berpatah balik ke pangkal jalan.

PAS enggan mengaku bahawa mereka hanya dilayan bagai anjing suruhan di dalam Pakatan Rakyat. Di satu tahap, PAS kelihatan seolah-olah rela menjadi anjing dan kerbau bagi kafir harbi dan Melayu liberal di dalam pakatan itu.

Sepatutnya PAS menjadi singa yang akan mempertahankan Islam hingga ke titisan darah terakhir. Malangnya, PAS tidak jadi begitu malah lebih lembik dari anak kucing ngaumannya.

Pelik sekali kerana PAS sanggup terhina demi menjaga air muka. Jika sudah dihina sedemikian rupa, masih adakah air muka untuk dijaga?

Melayu hanya boleh bersatu di bawah payung yang sama. Tidak mungkin penyatuan menjadi kenyataan jika duduk di bawah naungan yang berbeza dan menuju ke arah yang berlainan.

Populariti Perkasa di kalangan Melayu menunjukkan yang orang-orang Melayu sememangnya ingin bersatu tetapi sikap pemimpin Melayu di dalam PAS yang menjadikan penyatuan itu sukar sehingga hampir mustahil untuk direalisasikan.

Jika Takiyuddin ikhlas bercakap mengenai perpaduan Melayu, dia harus keluar dari PAS dan menyertai UMNO. Jika tidak, jelaslah Takiyuddin hanya bercakap demi kerusi dan demi kuasa di Galas, bukan demi Melayu

Tuesday, September 28, 2010

TV Series : Supernatural (Season 2, Episode 1-22)

Supernatural, Season 2 Episode 1-22

2×01 – My Time of Dying
2×02 – Everybody Loves a Clown
2×03 – Bloodlust
2×04 – Children Shouldn’t Play With Dead Things
2×05 – Simon Said
2×06 – No Exit
2×07 – The Usual Suspects
2×08 – Crossroad Blue
2×09 – Croatoan
2×10 – Hunted
2×11 – Playthings
2×12 – Night Shifter
2×13 – Houses of the Holy
2×14 – Born Under A Bad Sign
2×15 – Tall Tales
2×16 – Roadkill
2×17 – Heart
2×18 – Hollywood Babylon
2×19 – Folsom Prison Blues
2×20 – What Is and What Should Never Be
2×21 – All Hell Breaks Loose (1)
2×22 – All Hell Breaks loose (2) (Season Finale)


Supernatural S2E1-22 Subtitle

Download Here

GALAS : UMNO Ditegah dari Bertanding


Oleh: JEFRI ZACHARIAH
Dari : MI

Saya tak nampak sebab mengapa Pas mahu mencadangkan supaya UMNO tidak meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya

Yang paling lawaknya, cadangan itu dibuat atas nama perpaduan orang Melayu.

Menurut Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, UMNO seharusnya menjadikan pilihan raya kecil DUN Galas untuk membuktikan keikhlasannya menyatukan orang Melayu sebagaimana didakwa sebelum ini.

Kononnya jika UMNO boleh mengambil tindakan untuk tidak bertanding di kawasan DUN Penanti, Pulau Pinang atas pelbagai alasan, maka tindakan sama boleh dibuat di DUN Galas yang menjadi 'medan' persaingan antara dua parti Melayu itu.

Bagi Takiyuddin, tindakan mengelak pertandingan dalam pilihan raya boleh menjimatkan wang dan masa yang diketahui umum menuntut perbelanjaan besar.

"Kalau nak betul-betul hasrat perpaduan, apa salahnya untuk pilihan raya kecil ini (UMNO tidak bertanding), untuk pilihan raya umum kita bincang semula, ini untuk menunjukkan keikhlasan dan 'solidariti' (perpaduan) antara dua parti Melayu ni, (UMNO) sepatutnya kompromi bagi kepada Pas.

"Lagipun, kalau BN menang, ia tidak banyak berubah kerusi dari 45 semua kerusi (jika menang) hanya menjadi tujuh kerusi," katanya

Bagi saya selaku bukan orang UMNO dan bukan orang Pas, apa yang isunya kalau UMNO nak bertanding.

Sudah tentu UMNO pun ada strateginya sendiri, ini adatlah bagi mana-mana parti politik

Sejak bila pula Pas begitu 'prihatin' mengenai perbelanjaan, perpaduan Melayu, keikhlasan dan sebagainya.

Selama ini bila UMNO nak bincang pasal solidariti antara dua parti, Pas yang bukan main lagi nak tolak atas alasan enggan 'naik kapal yang sedang karam'

Sekarang ini bila lihat sokongan masyarakat Galas terhadap UMNO, baru Pas terhegeh-hegeh nak timbulkan isu itu dan ini.

Wahai Pas, jangan banyak cakaplah. Kalau anda rasa anda kuat di Galas, maka 'galaslah' semangat dan kudrat untuk mempertahankan DUN berkenaan

Tentanglah UMNO semahunya, gunakanlah apa saja kekuatan untuk menidakkan keupayaan UMNO di kawasan tersebut

Seperti biasa, kalau nak guna mana-mana dalil dan fatwa pun, gunakanlah kerana ini memang 'forte' parti anda

InsyaAllah, kalau dah rezeki Pas, maka Pas lah akan kekal di situ. Tetapi andai kata kali ini rezeki UMNO, jangan pula tuduh dan fitnah macam-macam kat UMNO

Masyarakat makin cerdik, masyarakat makin bijak.

Lawanlah sebagai seorang yang 'gentleman', bukan dengan cara yang boleh menimbulkan geli-geleman.

Selamat bertarung!

Petua Orang Alim

bila dah senja

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas (stress)
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

-------------------

Tambahan

EMPAT CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Monday, September 27, 2010

TV Series : Merlin (Season 3 Episode 3)

Merlin, Season 3 Episode 3

Download

ADUN Galas, Kelantan Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR - Anggota Dewan Undangan Negeri(Adun) Galas, Che Hashim Sulaima meninggal dunia pada 4.30 petang hari ini di Hospital Al-Islam, Kuala Lumpur, disahkan oleh Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan Mohd Zaki Ibrahim.

Al-Fatihah untuk arwah


Sunday, September 26, 2010

Hasil Judi Tidak Haram

Semasa Anwar di dalam kerajaan, beliau meluluskan lebih dari 5 lesen perjudian.


SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa bantuan dari kerajaan negeri hasil daripada pendapatan perjudian kepada rakyat miskin beragama Islam adalah tidak haram.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat juga menggunakan sumber pendapatan yang serupa iaitu melalui kutipan cukai seperti judi, arak, hiburan dan lain-lain.

Menurutnya, kegiatan yang menggalakkan perjudian perlu dicegah oleh Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri kerana kegiatan tersebut adalah haram di sisi Islam dan boleh merosakkan masyarakat.

“Hakikatnya di Malaysia, berapa banyak lagi cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga berasal dari pelbagai sumber pendapatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika berada di Beijing, China, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Dr Asri berkata, penggunaan wang hasil sumber perjudian untuk membantu orang miskin tidak menyebabkan wang yang diterima rakyat menjadi wang tidak halal.

Menurutnya, sekiranya penerima bantuan kemiskinan mahu menggunakan untuk berniaga, hasil pendapatan daripada perniagaan itu juga dikira halal.

“Transaksi itu dibuat atas tujuan ‘bantuan’, bukan atas judi. Kesalahan ditanggung kerajaan dan syarikat judi, bukannya rakyat,” katanya.

Sinar Harian

---------------
Bolehkah orang Islam memakan nasi dengan kuah gulai babi? Dia tak makan babi, dia makam kuah aje..

Wednesday, September 22, 2010

Info - Berapa tinggi himpunan duit RM 1 billion?

Bayangkan 100 USD ialah RM100 (Sekeping)


Gambar atas : (RM 10,000) 100 keping duit RM 100


Gambar atas : 10,000 keping RM 100 = RM 1 juta (RM 1,000,000.00)


Gambar atas : RM 100,000,000.00 (Seratus juta) 1 juta keping RM 100

Gambar atas : RM 1 billion

Gambar atas : RM 1 Trillion

Jawatan Kosong - Amanah Ikhtiar Malaysia

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA, sebuah badan Amanah Persendirian di bawah The Trustee (Incorporation) Act 1952 (Revised 1981) bertujuan mengurangkan kemiskinan diMalaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

1. Nama Jawatan : PELATIH PENGURUSAN ( Semenanjung )
Gaji dan Elaun : RM 2642.00

2. Nama Jawatan : PELATIH PEMBANTU AMANAH ( Semenanjung )
Gaji dan Elaun : RM 1373.00

3. Nama Jawatan : PEMANDU / PEMBANTU PEJABAT ( Semenanjung )
Gaji dan Elaun : RM 1023.00

DOWNLOAD IKLAN

Calon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan salinan sijil-sijil berkaitan, sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) dan sampul surat ekspres beralamat sendiri.

Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 30hb September 2010. Sila tuliskan nama jawatan pada penjuru kanan sampul surat.

PENOLONG PENGARAH PERJAWATAN
Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia
No. 2 & 4, Jalan Medan Setia 2
Plaza Damansara, Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur.

Tel: 03-20940797 Faks: 03-20951889 / 20939257

Tuanku Muhammad Faris Petra menegur orang Melayu

Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra
(Sultan Muhammad ke-V)

“Mungkinkah orang Melayu tidak bijak berpolitik menyebabkan usaha-usaha menyatukan orang Melayu gagal dicapai? Demi kekuasaan, ada dalam kalangan pemimpin-pemimpin Melayu sanggup mengetepikan kepentingan Melayu sendiri, berbeza dengan para pemimpin kaum lain yang sanggup bersatu biarpun berbeza fahaman demi mempertahankan hak mereka”.

"Yang menyedihkan ada pula paling taksub hendakkan kuasa sehingga membujur lalu, melintang patah, asal dapat kuasa, sehingga sanggup menang sorak kampung tergadai, selagi sikap ini tidak dikikis, maka selagi itulah usaha untuk menyatukan Melayu hanya akan menjadi satu impian semata-mata”

“Kita harus akur bahawa dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, hak-hak kaum lain adalah sentiasa terjamin”

“Sesungguhnya beta mempunyai impian dan harapan untuk melihat suatu keadaan di mana perbalahan dan perbezaan pendapat antara semua pemimpin Melayu Islam itu dirungkaikan menerusi satu muzakarah secara tertutup”.
-------
Majlis Perhimpunan Perpaduan Melayu, sempena Maulidur Rasul 1429 H bersamaan 12 April 2008, di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.


Demikian ungkapan seorang Tengku Mahkota yang kini bergelar Sultan. Baginda menyeru untuk Melayu tetapi demi kemakmuran, keamanan negara dan kesejahteraan rakyat seluruhnya. Para pemimpinlah perlu lebih berhemah, berhikmah dan bijaksana mengetepikan sebentar perbezaan pendapat, tetapi merenungi bersama semangat perpaduan ummah demi agama, bangsa dan negara.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!.

Sumber : Sinar

TV Series : Chuck (Season 4 Episode 1)

DOWNLOAD

Tuesday, September 21, 2010

Jawatan Kosong - Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Maahad Tahfiz Al -Quran Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu Kelantan.

1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM Gred S 41 - (kekosongan 1)
(Guru Pengajian Islam - Takhasus Qiraat)

SYARAT LANTIKAN:
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) (i) Ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian Islam(Takhasus Qiraat) yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S 41: P1T1);

- lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

CARA MEMOHON:
i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI) Kn1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10 sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta bersetem 50 sen atau mengambil sendiri di Unit Pengurusan Sumber Manusia,Bahagian Khidmat Pengurusan Tingkat 1 , Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
ii) Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2009/ terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
iii) Salinan sah sijil-sijil persekolahan,kad pengenalan,surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul bersetem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan .
iv) Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan .

ALAMAT PERMOHONAN:
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut ;

YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Kompleks Balai Islam, Lundang, 15200 KOTA BHARU .
PERKARA AM:
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Pengurusan Krisis : Belajar dari TV3

Oleh : Nobisha
Dari : http://nobisha.com/home/archives/371


Dalam setiap kursus korporat yang saya kendalikan, pasti ada soalan mengenai bagaimanakah untuk menguruskan krisis — sama ada ia besar atau kecil. Bagi sesetengah orang, krisis memberikan mereka peluang untuk mendapat publisiti; publisiti bagus atau buruk, itu soal kedua.

Bagaimanapun, bagi organisasi media seperti TV3, ia memilih untuk menamatkan krisis yang lahir dari protes terhadap iklan hari raya aidil fitri mengikut buku teks.

Pertama, akui kesilapan dan mohon maaf.

Kedua, tarik balik iklan raya yang diprotes.

Dan, ketiga, umumkan langkah-langkah yang akan diambil bagi menentukan kesalahan yang sama tidak berulang lagi.

Dalam menguruskan krisis, elakkan menyalahkan orang lain, menafikan wujudnya krisis atau memandang remeh impak krisis itu kepada reputasi atau pendapatan (income) organisasi. Lagi lama dibiarkan berterusan, lagi buruk kesannya.

Pendekatan TV3 jauh berbeza dengan sikap sesetengah pemimpin politik.

Ramai pemimpin politik yang memandang rendah kepada protes rakyat. Ada pula yang membiarkan kakitangan bawahan menghadapi krisis. Dan, cara yang popular ialah menyalahkan lawan politik.

Apabila ini berlaku, rakyat hilang keyakinan kepada pemimpin untuk menguruskan krisis.

Sementara protes iklan hari raya sedikit sebanyak menjejaskan imej TV3, namun cara stesyen televisyen itu menguruskan krisis amat bagus.

Eloklah kalau TV3 mengadakan kelas “Crisis Management 101″ kepada pemimpin politik kita!

Monday, September 20, 2010

TV Series : Merlin (Season 3 Episode 2)

Jawatan Kosong - Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Perbadanan Kemajuan KraftanganMalaysia:-

1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41
2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
3. JURUAUDIT W41
4. PEMBANTU MAKMAL C17
5. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E17
6. PELUKIS PELAN J17
7. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17
8. PEMBANTU MUZIUM S17
9. PEMBANTU AKAUNTAN W17
10. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
11. PEKERJA AWAM R1
12. TUKANG K3 R9


TARAF JAWATAN : TETAP
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 2 Oktober 2010
DOWNLOAD IKLAN PERMOHONAN : KLIK
PERMOHONAN HENDAKLAH DI BUAT DI : http://www.jobsmalaysia.gov.my/
MAKLUMAT PENUH : KLIK

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan di talian 03-2162 7459.

Sunday, September 19, 2010

I m Halal - Engin Pencarian yg Islamic dan Halal

Enjin pencarian yang Islamic dan halal, bebas dari ciri-ciri kelucahan

Klik sini untuk guna



Saya cuba taip nama bintang lucah dari Jepun, memang keluar, tapi ada ayat berbunyi; This result might Haram content


Saya try taip 'free porn', walaupun result found dijumpai, i m halal tidak siarkannya. Kalau dalam google, berjujuk keluar.

Try juga 'free sex' juga tidak di papar.

Saya taip 'sex'. Tapi keluar website dakwah Islamiah yg akan menerangkan tentang seks halal dan seks haram (zina)

Sememangnya Halal!!
Bebas dari benda Haram!!

Kredit : Azli Shukri

Jawatan Kosong : SUK Negeri Kelantan


Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat dan sedia untuk berkhidmat untuk mengisi jawatan kosong yang diiklankan seperti berikut:

Jawatan :

1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41

2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J29

3. PENOLONG JURUAUDIT GRED W27

4. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J17

5. PEMBANTU VETERINAR GRED G17

6. PEMBANTU PERTANIAN GRED G17

7. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W17

8. PENGHANTAR NOTIS (PEMBANTU PENGGAWA) GRED N3

9. PEMANDU KENDERAAN GRED R3


Sila Rujuk Kepada Iklan Terlebih Dahulu Sebelum Memohon Bagi Memastikan Syarat - Syarat Jawatan Dipenuhi.
Permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 4 OKTOBER 2010.
Iklan jawatan kosong boleh di MUAT TURUN dari laman ini.

Download Iklan Jawatan : DOWNLOAD

Dapatkan Borang Permohonan di :

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI
KELANTAN
TINGKAT BAWAH, BLOK 6 KOTA DARULNAIM
15503 KOTA BHARU.

Harga Borang : RM1.00

Bolehkah Menderhaka Kepada Ibubapa?

Gambar sekadar hiasan

Oleh : Ramli Abdul Hamim
Tajuk: Bolehkah anak derhaka kepada ibubapa
Blog : Meli Kapak Jangak

WALAUPUN secara resminya dan bertepatan dengan perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Kelantan, ekoran perisytiharan pemasyhuran yang dibuat oleh Menteri Besar Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 September 2010 yang baru lepas, maka sahlah Tuanku Mumahhad Faris Petra sebagai Sultan dan Yang Diperua bagi Negeri Kelantan dan sekalian tanah jajahan takluknya, namun semacam ada sesuatu yang kurang kena, barangkali kerana terlepas pandang oleh pihak yang patut memprihatikannya.

Dato' Nik Aziz membuat perisytiharan itu apabila Majlis Perajaan Negeri (MPN) dalam mesyuaratnya sebulat suara membuat keputusan memasyhurkan Tuanku Muhammad Faris sebagai Sultan Kelantan Ke-29 menggantikan paduka ayhanda baginda yang gering sejak kira-kira setahun yang lalu manakala Tuanku Muhammad Faris Petra terpaksa akur kepada ketetapan perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri.

Walaupun ianya merupakan satu rekod baru bagi Kelantan apabila Sultan baru dilantik semasa Sultan yang sedia ada masih hidup dan tidak mengistiharkan turun takhta di samping keperibadian Tuanku Muhammad Faris disenangi rakyat jelata kerana sikap dan sifat yang nampak sangat Islamik, namun timbul juga pertanyaan nakal, bolehkah Tuanku Muhammad Faris Petra zuhudkan diri dengan menderhakai ayahnda bonda atau setidak-tidak mengaib dan mengguris hati keduanya dengan perisytiharan pemasyhuran bagi sebagai Sultan Kelantan Ke-29.

Alim ulamak mana, ustaz mana dan lebai mana pun sepakat kata dalam menghukumkan secara mandatori bahawa menderhakai ibubapa adalah satu dosa besar, malah bercakap kasar serta berkata 'oh' kepada ibubapa pun dilarang. Apatah lagi menderhaka, megaib dan menyakiti hati ibubapa. Macam mana ada pihak boleh menterdedahkan Tuanku Muhammad Faris Petra kepada dosa sebesar itu dengan diisytiharkan pemasyhuran baginda sebagai Sultan.

Kalau pun ianya bertujuan untuk selesaikan kemelut yang kononnya berlaku dalam institusi keistanaan, apa pun tindakan dan kuasa yang digunakan bagi menyelesaikan apa yang dikatakan kemelut itu sepatut diselesaikan dengan penuh persefahaman dan merapatkan hubungan kekeluargaan, kena menampakkan bahawa seorang yang zuhud taat, patuh dan menjafa hati dan perasaan serta aib ibubapa, bukannya meluaskan lagi jurang.

Penggunaan tatacara yang boleh menyebabkan rakyat melihat bahawa menderhaka dan mengaibkan ibubapa dibolehkan kena dielakkan sama sekali kerana apa yang berlaku dan dilakukan oleh pimpinan, apatah lagi pada peringkat Sultan akan ditiru dan akan menjadi ikutan rakyat jelata. Kesan jangka masa panjang perlu diambil kira dan banyak sumber hukum kena dirujuk, bukannya hanya melihat hukum dan tatacara yang melabakan kalangan tertentu sahaja.

Kalau ianya berlaku selain dari Negeri Kelantan barangkali ianya tidak akan memberi kesan yang terlalu mendalam berbanding dengan apabila ianya berlaku di Kelantan kerana menteri besar dan ketua menterinya tidak dilihat alim dan zuhud. Bila ianya berlaku di Kelantan apakah Menteri Besar yang bertaraf ulama' kononnya boleh menghalalkan penderhakaan dan pengaiban dan si anak terhadap ibubapa. Apakah halal anak menyakiti hati ibubapa.

Bukan maksud mahu tunjuk pandai, pada pendapat saya, sementara kesempatan masih ada bagi membaiki keterlanjuran, sama ada MPN, SUK mahu pun Menteri Besar Kelantan kena memikirkan semula dari pelbagai sudut dan kena merujuk kepada lebih banyak sumber hukum dalam kes peristiharan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan Ke-29 supaya suatu ketika tidak akan tercatat dalam sejarah Kelantan padah dan musibah kerana menderhaka, mengaib dan menyakiti hati ibubapa kerana baginda terpaksa akur kepada kehendak perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri walaupun bertentangan dengan naluri baginda.

Saya tidak yakin perisytiharan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Ke-29 boleh menyelesaikan kemelut institusi keistinaan jika benar ianya ada kemelut, sebaliknya ianya akan tambah lebih berkemelut apabila ada dua angota penting MPN tidak hadir dalam mesyuarat yang diadakan dan seorang daripada anggota MPN itu pula bukan calang-calang orang.

Apa pun sama-samalah kita berdoa akan segala-galanya akan menjadi baik dan untuk itu demikan kebaikan Tuanku Muhammad Faris Petra sendiri serta institusi keistanaan, rakyat dan negeri Kelantan, kita kena berfikir secara terbuka, telus dan tulus serta kena membuat teguran, kritikan dan cadangan membina sebelum nasi menjadi bubur.

-Nota : Setelah diperbetulkan ejaan

Wang Ihsan Bantu Pelajar di Kelantan

Gambar sekadar hiasan


PASIR PUTEH - Wang ihsan diagihkan secara adil memberi manfaat kepada pelajar yang membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan generasi intelektual.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Mohd Rujhan Salleh berkata, kerajaan berpandangan jauh kerana bantuan yang disediakan mendorong kejayaan pelajar dalam akademik pada masa akan datang.

Menurutnya, pembentukan generasi intelek itu penting bagi membantu pembangunan negara sebanding negara maju.

“Ibu bapa sepatutnya berterima kasih kerana wang ihsan memberi manfaat kepada anak-anak mereka, sekurang-kurangnya beban mereka menjadi lebih ringan.

“Kita mahu melihat negara kita bergerak maju dan tidak ketinggalan di belakang, perkara ini juga menjadi kebanggaan kita semua suatu masa nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Agihan Wang Ihsan Sekolah Menengah (SMK) Seri Aman dan SMK Kamil di Dewan SMK Seri Aman, di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Harun Jusoh dan Pengetua SMK Seri Aman, Kamariah Mamat.

-Sinar Harian

--------------
Husam kata;

Menurutnya, peruntukkan sebanyak RM25 juta yang diluluskan Kerajaan Persekutuan sebagai pemberian wang ihsan pertama kepada negeri itu perlu dihentikan untuk sementara waktu.

“Peruntukkan dari Kerajaan Pusat itu sedikit sebanyak ada kaitannya dengan isu tuntutan royalti minyak yang difailkan Kerajaan Negeri di Mahkamah Dagang, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

“Jadi, kita akan cuba untuk memohon kepada mahkamah supaya pembahagian wang berkenaan dihentikan sehingga keputusan ke atas kes saman Petronas itu diputuskan oleh mahkamah berkenaan,” katanya.

Wang Ihsan disalurkan kepada pelajar-pelajar yg layak di seluruh Kelantan. Pemberian wang ihsan ini berjaya menutup mulut ramai penyokong PAS yg selama ini mereka menyankakan yg wang itu tidak akan diberikan kepada mereka (Penyokong PAS). Kenyataan Husam yang mahu menafikan pemberian wang tersebut kepada pelajar boleh baca di sini

Pok Ke Penawar HIV AIDS

Gambar Sekadar Hiasan

SUNGAI SATAN – Spesies cicak besar dari famili Gekkonidae yang dikatakan mujarab untuk mengubati penyakit berbahaya atau lebih dikenali dengan panggilan ‘pok ke’ atau ‘gekko-gecko’ mula menjadi kegilaan sebilangan penduduk yang mendakwa reptilia itu ditawarkan pada harga tinggi sehingga mencecah RM50,000.

Mohd Syamsul Jusoh, 31, berkata, dia menemui Pok ke tersebut dalam bilik air rumah adiknya dan tidak menyangka ia adalah haiwan tersebut namun setelah mengamati dengan lebih teliti ia merupakan spesies cicak yang menjadi buruan ramai orang ketika ini.

“Saya memang tidak mengendahkannya pada mulanya namun melihat dengan lebih teliti dan ia adalah Pok ke yang menjadi buruan orang kini.

“Ia umpama rezeki kami kerana tidak perlu susah-susah untuk mencari ia datang sendiri ke rumah kami dan Pok ke dipercayai mengeluarkan bunyi yang agak bising,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Syamsul berkata, Pok ke ini terdapat pelbagai jenis dan tidak semuanya boleh dijadikan penawar dalam perubatan.

“'Pok ke' yang saya jumpai itu bermata hijau dan berwarna hijau sudah seminggu saya jaga agar beratnya bertambah kerana dipercayai harganya akan lebih tinggi,” katanya.

Menurutnya, 'pok ke' atau Tokek iaitu sejenis binatang seperti cicak atau mengkarung dan dikatakan jika dijual boleh mencecah nilai jutaan ringgit bagi jenis yang mata merah atau badan yang berbintik merah lebih lumayan harganya.

“Dipercayai 'pok ke' juga akan menggigit sekiranya diancam dan bukan saja sukar melepaskan gigitannya malah air liurnya yang mempunyai racun boleh meninggalkan kesan buruk,” katanya

'Pok ke' kini mempunyai nilai tinggi di pasaran sehingga mencecah RM100,000 seekor mengikut beratnya dan dipercayai selepas beberapa kajian dilakukan, enzim 'pok ke' yang diambil dari bahagian hatinya itu mujarab untuk mengubati penyakit HIV/Aids.

'Pok ke' yang juga boleh ditemui di negara India, Nepal, Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan Filipina itu memakan serangga, cicak, tikus dan burung kecil.

-Sinar Harian


Spesis Pok Ke ni bukan Pok Ko biasa, dulu-dulu memang ramai. Spesis ni hidup dalam 'rumah padi' (Tempat simpanan padi). Sekarang rumah padi dah tiada, jadi spesis ni susah nk jumpa.

Saturday, September 18, 2010

Lee Kuan Yew - Masih Berkata Matahari Berwarna Hijau

Dipetik Dari: Zaini Hassan
Dari : Utusan

SAYA amat tertarik membaca temasekreview.com - blog mengenai Singapura yang setaraf The Malaysian Insider. Ia amat kritikal terhadap kerajaan, parti pemerintah negara itu, terutamanya terhadap menteri mentornya, Lee Kuan Yew, 87.

Ada entrinya berkisar mengenai Lee Kuan Yew (singkatan: LKY atau di republik itu dikenali sebagai MM Lee) yang dikatakan pernah membuka dan menawarkan hak penduduk tetap (PR) dan kewarganegaraan kepada 'bakat-bakat dari luar' terutamanya terdiri daripada rakyat China dari Republik Rakyat China.

Strategi beliau mungkin untuk mempastikan penguasaan 75 peratus rakyat Cina Singapura dan juga berusaha meningkatkan keturunan India di republik itu. Mungkin LKY sedang merancang untuk memastikan orang Cina jenis PAP terus menguasai pulau itu untuk selama-lamanya.

Dari segi geopolitik, rancangan LKY itu cukup sempurna dan amat baik sekali. Orang yang diberi taraf itu sudah tentu akan terhutang budi dan memastikan PAP terus berkuasa.

Ia sama seperti apa yang dilakukan semasa zaman Tunku Abdul Rahman yang menganugerahkan hak kewarganegaraan tanpa syarat kepada lebih sejuta orang Cina dan India pada masa itu. Orang Melayu di zaman itu sanggup mengurangkan majoriti mereka dari 80 peratus kepada 60 peratus - yang kesannya kekal sehingga ke hari ini.

Tidak pasti apakah strategi LKY juga meliputi usaha untuk meningkatkan orang Melayu melalui pemberian hak kewarganegaraan dan PR kepada keturunan dari kepulauan Melayu (the Malays jungle) yang mengelilingi negara pulau itu?

Namun, melihatkan senario di atas kertas, ia mustahil akan berlaku?

Mengikut sejarahnya, penduduk asal Singapura atau Temasik adalah terdiri daripada keturunan Melayu, Bugis, Jawa, Boyan dan spesies etnik lain dari alam nusantara ini.

Di masa strategi itu amat dipuji oleh saintis politik sebagai bijak, ia sebaliknya tidak berlaku di negara seberang tambak, Malaysia.

Geopolitik di Malaysia menjadi sebaliknya. Penguasaan orang Melayu yang menjadi induk kuasa negara itu semakin terhakis. Di sesetengah negeri yang dikuasai pembangkang, kuasa bangsa dominan negara ini sudah hilang. Di Selangor yang kononnya diperintah oleh orang Melayu, tangan-tangan ghaibnya ialah orang lain, begitu juga di Perak dulu (sebelum diambil alih) dan tidak perlu cakaplah di Pulau Pinang - ia 100 peratus bukan hak puak dominan negara ini.

Tidak pasti apakah kerajaan Malaysia pun melakukan strategi yang sama seperti LKY dengan memberi banyak PR dan kewarganegaraan kepada rakyat yang seketurunan dengannya?

Apakah itu boleh berlaku? Sekarang pun sudah ada usaha di kalangan hantu-hantu raya yang mahu hubungan Malaysia dan Indonesia, yang mempunyai lebih 250 juta umat yang bercakap bahasa Melayu, diperkotak-katikkan.

Apakah ada pihak yang amat-amat takut sekiranya hubungan Malaysia dan Indonesia menjadi begitu akrab? Presiden Susilo (SBY) sebenarnya amat maklum mengenai perkara itu. Beliau tahu dari segi geografi politik serantau, kuasa Malaysia dan Indonesia amat besar dan berharga.

Kedua-dua kuasa itu jika digabungkan secara strategik, tersusun dan terancang akan menjadi kuasa ekonomi dan kuasa politik yang amat besar. Hal itu turut diakui oleh Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu.

Malaysia dan Indonesia jika digabungkan atas semangat serumpun berjumlah lebih suku bilion. Ia adalah satu demokrasi terbesar di rantau Asia Tenggara. Ia bercakap satu bahasa, dan mengamalkan agama yang sama serta sedikit sebanyak mengamalkan adat resam dan budaya yang sama.

Berbalik kepada otak LKY itu, strategi beliau itu amat baik untuk Singapura. Republik itu mahu memastikan penguasaan Cina di negara pulau itu terus kekal, terutamanya dalam pilihan raya negara itu akan datang. Lebih daripada itu, LKY mahu pastikan partinya PAP terus berkuasa selama-lamanya.

Jika di Malaysia - sudah banyak orang Melayu dan DAP (parti adik-beradik PAP) mahu melenyapkan BN dan UMNO dalam pilihan raya akan datang. Tapi untuk republik itu, DAP mahu PAP terus memerintah?

DAP dikatakan amat akrab dengan PAP, yang turut difahamkan menjadi penasihat kepada kerajaan Pulau Pinang.

Apakah Singapura yang selama ini amat berjaya mengekang penguasaan politik pembangkang di negara itu sudah mulai bimbang? Di atas kertas sekali lagi, parti politik pembangkang di Singapura tidak sebebas di Malaysia.

Di republik itu, tidak ada pemimpin pembangkang yang berani angkat muka - tidak seperti yang kita alami di Malaysia sekarang. Jika angkat muka, mereka akan disaman sehingga bangkrap.

Nampaknya, dari segi demokrasi, kita amat bebas. Internet bebas kata apa sahaja, pembangkang bebas kata apa sahaja, pembangkang juga bebas menyaman mana-mana media arus perdana yang cuba mengancam atau mengkritiknya. Itulah juga yang dilakukan oleh LKY ke atas media asing, membabitkan saman bernilai multi-juta dolar.

Kita di Malaysia memang terkenal cukup bebas. ISA pun kini jarang-jarang digunakan kerana ia tidak demokratik. Cuit minggu lalu yang menyokong ISA telah dihentam oleh The Malaysian Insider dengan memetik pelbagai suara pembangkang. Kata mereka saya cuba mengapi-apikan rakyat.

Nampak gayanya pihak pembangkang di Malaysia kini cukup happy dan relaks. Malaysia cukup bebas untuk melakukan apa sahaja. Momentum mereka semakin hari semakin hebat.

Di Singapura semua di atas tidak berlaku. LKY tidak percaya kepada kebebasan mutlak. Malah seorang yang menghantar komen dalam blog itu menyifatkan PAP is totally about greed and power. Tapi, ironisnya ia diiktiraf sebagai negara yang baik dan parti yang baik oleh pihak pembangkang Malaysia, terutamanya DAP.

Dalam interview terbarunya dengan New York Times (NYT), LKY turut menceritakan kesedihan dan kekesalannya kerana dipaksa keluar (turfed out) dari Malaysia. Namun dalam kesedihan, beliau gembira kerana:

"Kami tidak seperti golongan majoriti yang menyisihkan (squeeze) minoriti, kerana semasa kami menjadi majoriti, kami telah memastikan apa sahaja keturunan kamu, bahasa dan agama kamu semua setaraf... orang Melayu kami berpendidikan Inggeris, mereka bukan lagi seperti Melayu di Malaysia dan kamu boleh melihat mereka adalah yang pakai tudung kepala, tapi begitu moden sekali."

Cuit pernah menulis mengenai isu ini. Sistem politik dan pemerintahan di Malaysia dan Singapura sama sahaja, tapi ia terbalik. Di Malaysia (setakat ini) Melayu yang menguasai birokrasi kerajaan, sebaliknya di Singapura ialah kaum Cinanya. Adalah sedikit kaum India di sana yang diberi jawatan tinggi, mengatasi orang Melayu.

Tapi bagaimana pula dengan orang Melayu Singapura? Alasan popular yang mereka berikan ialah meritokrasi. Jika orang Melayu sana tidak layak, mereka tidak layak dan bukan dipinggirkan.

Tapi hakikatnya di Malaysia, Cina menguasai segala-galanya. Dalam birokrasi kerajaan, orang Cina Malaysia tidak begitu berminat menyertainya kerana mereka lebih berjaya di dalam sektor swasta yang dikuasai oleh orang Cina.

Oleh itu, Mr. MM Lee, apa bezanya dan mengapa perlu anda bersedih?

Beliau turut sedih dan kesal apabila Singapura dipaksa keluar dari Malaysia kerana jika ia tidak berlaku mungkin situasi antara kaum, katanya akan diperbaiki secara lebih holistik.

"Sekarang kita mempunyai Malaysia yang begitu berpecah-belah (polarised). Melayu, Cina dan India di sekolah yang berbeza, hidup secara berpisah dan tidak baik antara satu sama lain.... ia amat buruk untuk kami sebagai jiran terdekat."

Kita setuju dengan perkara itu. Di Singapura, LKY pastikan tiada sekolah Cina dan India, tapi di Malaysia kami membenarkan ia wujud, sehinggakan orang Cina Malaysia tidak mahu sistem itu diubah dan ditukar untuk selama-lamanya.

Sudah tentu Mr. MM Lee lebih arif, Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mempunyai sistem sekolah Cina dan Tamil.

Oleh itu, wahai Mr MM Lee, mengapa perlu bersedih? Mungkin juga beliau bersedih kerana Malaysia tidak mengikut caranya dulu menghapuskan sistem sekolah Cina dan menukarkannya kepada satu sistem kebangsaan.

LKY juga menurut blog temasekreview.com didakwa turut menggunakan sentimen berbau rasis untuk mengekalkan kuasa politiknya. Dalam wawancara itu beliau bercakap mengenai soal politik negara itu dan kebimbangannya dengan orang muda yang tidak lagi mahu bercakap mengenai kaum, bahasa dan agama.

Dalam satu petikan wawancara NYT tersebut yang dihentam oleh blog itu, LKY berkata: ''...Cara paling mudah untuk mendapatkan undi majoriti ialah: 'Undilah saya, kita orang Cina, mereka ialah orang India dan mereka ialah orang Melayu'. Maka, masyarakat kita akan berpecah. Kalau kita tiada masyarakat yang bersatu, anda tidak boleh maju."

Ternyata, kenyataan LKY itu tidak disenangi oleh rakyatnya sendiri. Mereka menuduh LKY membuat kenyataan berbau rasis, apabila beliau menyentuh mengenai ras-ras itu.

Namun hakikatnya, jika kita baca blog itu, Singapura sebenarnya bukanlah seperti yang kita sangkakan, atau yang DAP dan pembangkang di sini sangkakan.

Penentangan terhadap kerajaan PAP yang gemar bermain dengan sentimen kecinaan dan perkauman bukan semua yang suka.

Seorang pengulas memberi komen: "Mungkin dia (LKY) terlalu pesimistik... Begitu banyak negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, tidak nampak atau dengar pun mereka berpecah-belah. Biarlah optimistik sikit."

Pengulas yang lain pula menukar kata-kata LKY itu menjadi: Cara untuk mendapatkan undi ialah: 'Undi keluar PAP, Singapura untuk rakyat Singapura!"

Lebih menarik seorang lagi pengulas: "MM Lee, tolong jangan ancam kami! Adakah anda mengapi-apikan 'keganasan'. Kami orang Singapura asli adalah bersatu, walau berbeza bangsa dan agama. Orang Singapura sebenar adalah bijak, merendah diri, disiplin, ramah dan bertolak ansur...

"Apa yang kamu sebut sebagai bakat dari luar, yang kamu benarnya ke dalam negara kami yang aman ini, tidak lain hanyalah pengacau - ia hanya baik untuk PAP."

Seorang pengulas yang tidak makan dengan wawancara LKY itu menyebut, sekarang beliau tidak boleh lagi berkata, "Matahari itu berwarna hijau!"

Membaca wawancara LKY itu, kita tidak pasti apa motifnya menceritakan kesedihan beliau berhubung pemisahan Malaysia-Singapura.

Semua orang tahu, LKY seorang strategis Singapura yang hebat.

Menurut entri terbaru Tun Mahathir, chedet.com.cc: "Jika Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia, PAP pastinya akan memperkenalkan politik bukan perkauman (non-racial), kerana bersama-sama Cina Malaysia, PAP akan mendominasinya secara etnik dan menguasai politik Malaysia. Tiada penentang yang akan dibiarkan dan pastinya tiada siapa yang berani untuk bercakap apa-apa mengenai siapa yang memerintah negara itu."

Persoalannya, apakah LKY bercita-cita besar mahu melihat Malaysia-Singapura digabungkan semula?

Tidak mustahil. Jika DAP dan konco-konconya berjaya menguasai negara ini kelak, ia tidak mustahil boleh berlaku.

Pada masa itu Singapura akan menjadi Singapura Raya.

TV Series : Merlin (Season 3 Episode 1)


Monday, September 6, 2010

TDM Ke Pasir Mas, Kelantan


PASIR MAS – Satu sambutan besar-besaran akan diadakan bagi menyambut kedatangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di hadapan stesyen kereta api dekat sini pada 25 September ini.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, tujuan kedatangan Tun Dr. Mahathir adalah untuk menghadiri Perhimpunan Melayu Perkasa anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Menurutnya, pada majlis tersebut Dr Mahathir akan diarak dengan 3,000 motosikal dan diiringi kumpulan kebudayaan pahlawan sehingga ke lokasi perhimpunan.

Beliau berkata, semua pihak perlu menyedari perpaduan dalam kalangan kaum majoriti amat penting bagi sesebuah negara, disebabkan itu program tersebut diadakan bagi memberitahu kepada semua termasuk bukan Melayu tentang kepentingan ini.

“Perhimpunan ini adalah julung kali diadakan dan kami mahu menerangkan kepada semua bahawa sekiranya orang Melayu berpecah-belah ini maka negara ini tidak akan aman,” katanya ketika ditemui di Kampung Danga di sini.

Ibrahim berkata, perhimpunan bertemakan `Perpaduan Melayu Teras Perpaduan Malaysia’ itu dijangka dihadiri hampir 25,000 peserta dari seluruh negeri ini bermula dari jam 3 petang.

Menurutnya, pemilihan Dr Mahathir untuk memberi ucap utama pada perhimpunan tersebut adalah kerana bekas Perdana Menteri itu merupakan orang yang ada autoriti untuk menghuraikan kemelut yang berlaku supaya orang ramai memahaminya.

“Kita melihat Dr Mahathir adalah orang yang paling sesuai untuk membicarakan mengenai perpaduan kerana beliau sudah melalui beberapa zaman iaitu pada zaman penentangan Malayan Union, pra merdeka dan selepas merdeka.

“Beliau juga pernah menjadi Perdana Menteri lebih dari 20 tahun. Kami percaya beliau dapat menghuraikan segala masalah yang berlaku sekarang berdasarkan pengalamannya,” katanya.

Menurutnya, negara kini dilanda pelbagai isu berkaitan agama seperti baling kepala babi dalam masjid, lempar arak ke surau dan kalimah Allah, dan masalah ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, disebabkan perkara tersebut, perhimpunan yang bakal diadakan itu dapat menjadikan orang bukan pribumi juga memahami masalah yang dialami negara sekarang.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, orang ramai perlu hadir untuk mendengar amanat Dr Mahathir itu supaya lebih jelas dengan keadaan terkini negara.