Sunday, September 19, 2010
Pok Ke Penawar HIV AIDS
SUNGAI SATAN – Spesies cicak besar dari famili Gekkonidae yang dikatakan mujarab untuk mengubati penyakit berbahaya atau lebih dikenali dengan panggilan ‘pok ke’ atau ‘gekko-gecko’ mula menjadi kegilaan sebilangan penduduk yang mendakwa reptilia itu ditawarkan pada harga tinggi sehingga mencecah RM50,000.
Mohd Syamsul Jusoh, 31, berkata, dia menemui Pok ke tersebut dalam bilik air rumah adiknya dan tidak menyangka ia adalah haiwan tersebut namun setelah mengamati dengan lebih teliti ia merupakan spesies cicak yang menjadi buruan ramai orang ketika ini.
“Saya memang tidak mengendahkannya pada mulanya namun melihat dengan lebih teliti dan ia adalah Pok ke yang menjadi buruan orang kini.
“Ia umpama rezeki kami kerana tidak perlu susah-susah untuk mencari ia datang sendiri ke rumah kami dan Pok ke dipercayai mengeluarkan bunyi yang agak bising,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Syamsul berkata, Pok ke ini terdapat pelbagai jenis dan tidak semuanya boleh dijadikan penawar dalam perubatan.
“'Pok ke' yang saya jumpai itu bermata hijau dan berwarna hijau sudah seminggu saya jaga agar beratnya bertambah kerana dipercayai harganya akan lebih tinggi,” katanya.
Menurutnya, 'pok ke' atau Tokek iaitu sejenis binatang seperti cicak atau mengkarung dan dikatakan jika dijual boleh mencecah nilai jutaan ringgit bagi jenis yang mata merah atau badan yang berbintik merah lebih lumayan harganya.
“Dipercayai 'pok ke' juga akan menggigit sekiranya diancam dan bukan saja sukar melepaskan gigitannya malah air liurnya yang mempunyai racun boleh meninggalkan kesan buruk,” katanya
'Pok ke' kini mempunyai nilai tinggi di pasaran sehingga mencecah RM100,000 seekor mengikut beratnya dan dipercayai selepas beberapa kajian dilakukan, enzim 'pok ke' yang diambil dari bahagian hatinya itu mujarab untuk mengubati penyakit HIV/Aids.
'Pok ke' yang juga boleh ditemui di negara India, Nepal, Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan Filipina itu memakan serangga, cicak, tikus dan burung kecil.
-Sinar Harian
Spesis Pok Ke ni bukan Pok Ko biasa, dulu-dulu memang ramai. Spesis ni hidup dalam 'rumah padi' (Tempat simpanan padi). Sekarang rumah padi dah tiada, jadi spesis ni susah nk jumpa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Janganlah mcm tu... D negara lain pun ada... cuma mereka anggap sebagai kumpulan cicak biasa... Perlulah d sertakan kajian perubatan yang ilmiah untuk membuktikan Pok Ke ni dapat ubati pesakit AIDS / HIV...
ReplyDeleteTak apa ,
ReplyDeletekalau ada hubungi saya melalui email: amnisolution@yahoo.com
disabah dikenali sebagai "tokkek" certia sama juga..bernilai....beribu ringgit...tapi kerajaan negeri dah buat pengumuman..ia cuma khabar angin saja...tiada bukti saintifik..yg WHO keluarkan...bahwa bleh rawat HIV atau AIDS
ReplyDeletei kg bp harga dia?
ReplyDeletekwn aku dah jmpa yg wrna merah bintik2.. 36 cm..dpt dlm 3 juta...:) berat ia 2 kilo...
ReplyDelete