Oleh : Nobisha
Dari : http://nobisha.com/home/archives/371
Dalam setiap kursus korporat yang saya kendalikan, pasti ada soalan mengenai bagaimanakah untuk menguruskan krisis — sama ada ia besar atau kecil. Bagi sesetengah orang, krisis memberikan mereka peluang untuk mendapat publisiti; publisiti bagus atau buruk, itu soal kedua.
Bagaimanapun, bagi organisasi media seperti TV3, ia memilih untuk menamatkan krisis yang lahir dari protes terhadap iklan hari raya aidil fitri mengikut buku teks.
Pertama, akui kesilapan dan mohon maaf.
Kedua, tarik balik iklan raya yang diprotes.
Dan, ketiga, umumkan langkah-langkah yang akan diambil bagi menentukan kesalahan yang sama tidak berulang lagi.
Dalam menguruskan krisis, elakkan menyalahkan orang lain, menafikan wujudnya krisis atau memandang remeh impak krisis itu kepada reputasi atau pendapatan (income) organisasi. Lagi lama dibiarkan berterusan, lagi buruk kesannya.
Pendekatan TV3 jauh berbeza dengan sikap sesetengah pemimpin politik.
Ramai pemimpin politik yang memandang rendah kepada protes rakyat. Ada pula yang membiarkan kakitangan bawahan menghadapi krisis. Dan, cara yang popular ialah menyalahkan lawan politik.
Apabila ini berlaku, rakyat hilang keyakinan kepada pemimpin untuk menguruskan krisis.
Sementara protes iklan hari raya sedikit sebanyak menjejaskan imej TV3, namun cara stesyen televisyen itu menguruskan krisis amat bagus.
Eloklah kalau TV3 mengadakan kelas “Crisis Management 101″ kepada pemimpin politik kita!
No comments:
Post a Comment
Salam,
Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..
Wassalam...