Tuesday, September 28, 2010

GALAS : UMNO Ditegah dari Bertanding


Oleh: JEFRI ZACHARIAH
Dari : MI

Saya tak nampak sebab mengapa Pas mahu mencadangkan supaya UMNO tidak meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya

Yang paling lawaknya, cadangan itu dibuat atas nama perpaduan orang Melayu.

Menurut Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, UMNO seharusnya menjadikan pilihan raya kecil DUN Galas untuk membuktikan keikhlasannya menyatukan orang Melayu sebagaimana didakwa sebelum ini.

Kononnya jika UMNO boleh mengambil tindakan untuk tidak bertanding di kawasan DUN Penanti, Pulau Pinang atas pelbagai alasan, maka tindakan sama boleh dibuat di DUN Galas yang menjadi 'medan' persaingan antara dua parti Melayu itu.

Bagi Takiyuddin, tindakan mengelak pertandingan dalam pilihan raya boleh menjimatkan wang dan masa yang diketahui umum menuntut perbelanjaan besar.

"Kalau nak betul-betul hasrat perpaduan, apa salahnya untuk pilihan raya kecil ini (UMNO tidak bertanding), untuk pilihan raya umum kita bincang semula, ini untuk menunjukkan keikhlasan dan 'solidariti' (perpaduan) antara dua parti Melayu ni, (UMNO) sepatutnya kompromi bagi kepada Pas.

"Lagipun, kalau BN menang, ia tidak banyak berubah kerusi dari 45 semua kerusi (jika menang) hanya menjadi tujuh kerusi," katanya

Bagi saya selaku bukan orang UMNO dan bukan orang Pas, apa yang isunya kalau UMNO nak bertanding.

Sudah tentu UMNO pun ada strateginya sendiri, ini adatlah bagi mana-mana parti politik

Sejak bila pula Pas begitu 'prihatin' mengenai perbelanjaan, perpaduan Melayu, keikhlasan dan sebagainya.

Selama ini bila UMNO nak bincang pasal solidariti antara dua parti, Pas yang bukan main lagi nak tolak atas alasan enggan 'naik kapal yang sedang karam'

Sekarang ini bila lihat sokongan masyarakat Galas terhadap UMNO, baru Pas terhegeh-hegeh nak timbulkan isu itu dan ini.

Wahai Pas, jangan banyak cakaplah. Kalau anda rasa anda kuat di Galas, maka 'galaslah' semangat dan kudrat untuk mempertahankan DUN berkenaan

Tentanglah UMNO semahunya, gunakanlah apa saja kekuatan untuk menidakkan keupayaan UMNO di kawasan tersebut

Seperti biasa, kalau nak guna mana-mana dalil dan fatwa pun, gunakanlah kerana ini memang 'forte' parti anda

InsyaAllah, kalau dah rezeki Pas, maka Pas lah akan kekal di situ. Tetapi andai kata kali ini rezeki UMNO, jangan pula tuduh dan fitnah macam-macam kat UMNO

Masyarakat makin cerdik, masyarakat makin bijak.

Lawanlah sebagai seorang yang 'gentleman', bukan dengan cara yang boleh menimbulkan geli-geleman.

Selamat bertarung!

1 comment:

  1. Hahaha.. nape? PAS dah kecut perut ke?.. hahaha Tu lah hari tu sombong & bongkak sgt.. la nie tk bagi UMNO bertanding plk doh.

    ReplyDelete

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...