Sunday, September 19, 2010

Bolehkah Menderhaka Kepada Ibubapa?

Gambar sekadar hiasan

Oleh : Ramli Abdul Hamim
Tajuk: Bolehkah anak derhaka kepada ibubapa
Blog : Meli Kapak Jangak

WALAUPUN secara resminya dan bertepatan dengan perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Kelantan, ekoran perisytiharan pemasyhuran yang dibuat oleh Menteri Besar Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 September 2010 yang baru lepas, maka sahlah Tuanku Mumahhad Faris Petra sebagai Sultan dan Yang Diperua bagi Negeri Kelantan dan sekalian tanah jajahan takluknya, namun semacam ada sesuatu yang kurang kena, barangkali kerana terlepas pandang oleh pihak yang patut memprihatikannya.

Dato' Nik Aziz membuat perisytiharan itu apabila Majlis Perajaan Negeri (MPN) dalam mesyuaratnya sebulat suara membuat keputusan memasyhurkan Tuanku Muhammad Faris sebagai Sultan Kelantan Ke-29 menggantikan paduka ayhanda baginda yang gering sejak kira-kira setahun yang lalu manakala Tuanku Muhammad Faris Petra terpaksa akur kepada ketetapan perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri.

Walaupun ianya merupakan satu rekod baru bagi Kelantan apabila Sultan baru dilantik semasa Sultan yang sedia ada masih hidup dan tidak mengistiharkan turun takhta di samping keperibadian Tuanku Muhammad Faris disenangi rakyat jelata kerana sikap dan sifat yang nampak sangat Islamik, namun timbul juga pertanyaan nakal, bolehkah Tuanku Muhammad Faris Petra zuhudkan diri dengan menderhakai ayahnda bonda atau setidak-tidak mengaib dan mengguris hati keduanya dengan perisytiharan pemasyhuran bagi sebagai Sultan Kelantan Ke-29.

Alim ulamak mana, ustaz mana dan lebai mana pun sepakat kata dalam menghukumkan secara mandatori bahawa menderhakai ibubapa adalah satu dosa besar, malah bercakap kasar serta berkata 'oh' kepada ibubapa pun dilarang. Apatah lagi menderhaka, megaib dan menyakiti hati ibubapa. Macam mana ada pihak boleh menterdedahkan Tuanku Muhammad Faris Petra kepada dosa sebesar itu dengan diisytiharkan pemasyhuran baginda sebagai Sultan.

Kalau pun ianya bertujuan untuk selesaikan kemelut yang kononnya berlaku dalam institusi keistanaan, apa pun tindakan dan kuasa yang digunakan bagi menyelesaikan apa yang dikatakan kemelut itu sepatut diselesaikan dengan penuh persefahaman dan merapatkan hubungan kekeluargaan, kena menampakkan bahawa seorang yang zuhud taat, patuh dan menjafa hati dan perasaan serta aib ibubapa, bukannya meluaskan lagi jurang.

Penggunaan tatacara yang boleh menyebabkan rakyat melihat bahawa menderhaka dan mengaibkan ibubapa dibolehkan kena dielakkan sama sekali kerana apa yang berlaku dan dilakukan oleh pimpinan, apatah lagi pada peringkat Sultan akan ditiru dan akan menjadi ikutan rakyat jelata. Kesan jangka masa panjang perlu diambil kira dan banyak sumber hukum kena dirujuk, bukannya hanya melihat hukum dan tatacara yang melabakan kalangan tertentu sahaja.

Kalau ianya berlaku selain dari Negeri Kelantan barangkali ianya tidak akan memberi kesan yang terlalu mendalam berbanding dengan apabila ianya berlaku di Kelantan kerana menteri besar dan ketua menterinya tidak dilihat alim dan zuhud. Bila ianya berlaku di Kelantan apakah Menteri Besar yang bertaraf ulama' kononnya boleh menghalalkan penderhakaan dan pengaiban dan si anak terhadap ibubapa. Apakah halal anak menyakiti hati ibubapa.

Bukan maksud mahu tunjuk pandai, pada pendapat saya, sementara kesempatan masih ada bagi membaiki keterlanjuran, sama ada MPN, SUK mahu pun Menteri Besar Kelantan kena memikirkan semula dari pelbagai sudut dan kena merujuk kepada lebih banyak sumber hukum dalam kes peristiharan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan Ke-29 supaya suatu ketika tidak akan tercatat dalam sejarah Kelantan padah dan musibah kerana menderhaka, mengaib dan menyakiti hati ibubapa kerana baginda terpaksa akur kepada kehendak perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri walaupun bertentangan dengan naluri baginda.

Saya tidak yakin perisytiharan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Ke-29 boleh menyelesaikan kemelut institusi keistinaan jika benar ianya ada kemelut, sebaliknya ianya akan tambah lebih berkemelut apabila ada dua angota penting MPN tidak hadir dalam mesyuarat yang diadakan dan seorang daripada anggota MPN itu pula bukan calang-calang orang.

Apa pun sama-samalah kita berdoa akan segala-galanya akan menjadi baik dan untuk itu demikan kebaikan Tuanku Muhammad Faris Petra sendiri serta institusi keistanaan, rakyat dan negeri Kelantan, kita kena berfikir secara terbuka, telus dan tulus serta kena membuat teguran, kritikan dan cadangan membina sebelum nasi menjadi bubur.

-Nota : Setelah diperbetulkan ejaan

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...