Sunday, September 26, 2010
Hasil Judi Tidak Haram
SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa bantuan dari kerajaan negeri hasil daripada pendapatan perjudian kepada rakyat miskin beragama Islam adalah tidak haram.
Beliau berkata, Kerajaan Pusat juga menggunakan sumber pendapatan yang serupa iaitu melalui kutipan cukai seperti judi, arak, hiburan dan lain-lain.
Menurutnya, kegiatan yang menggalakkan perjudian perlu dicegah oleh Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri kerana kegiatan tersebut adalah haram di sisi Islam dan boleh merosakkan masyarakat.
“Hakikatnya di Malaysia, berapa banyak lagi cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.
“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga berasal dari pelbagai sumber pendapatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika berada di Beijing, China, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.
Dr Asri berkata, penggunaan wang hasil sumber perjudian untuk membantu orang miskin tidak menyebabkan wang yang diterima rakyat menjadi wang tidak halal.
Menurutnya, sekiranya penerima bantuan kemiskinan mahu menggunakan untuk berniaga, hasil pendapatan daripada perniagaan itu juga dikira halal.
“Transaksi itu dibuat atas tujuan ‘bantuan’, bukan atas judi. Kesalahan ditanggung kerajaan dan syarikat judi, bukannya rakyat,” katanya.
Sinar Harian
---------------
Bolehkah orang Islam memakan nasi dengan kuah gulai babi? Dia tak makan babi, dia makam kuah aje..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PAS DAN UMNO SAMA JE... MASING2 GUNA AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK..KITA BLOGGER MESTI BERETIKA UNTUK MENGELUARKAN KENYATAAN YANG TIDAK BERAT SEBELAH YANG MANA SALAH TETAP SALAH..
ReplyDeleteASRI NI TAK BOLEH PAKAI SANGAT DIA NI WAHABI SAYA TERTARIK DENGAN P/S BLOG SAUDARA TAK HARAMKE MAKAN KUAH GULAI BABI?
ARAK JUDI ITU DAH MEMANG TERANG-TERANG HARAM KERAJAAN UMNO -BN MEMANG SALAH LULUSKAN LESEN JUDI GENTING MAGNUM SPORT TOTO 4D, PAS JUGA SALAH LULUSKAN LESEN ARAK SOKONG WANG HARAM UNTUK PEMBERIAN WANG WARGA MAS PULAU PINANG..
SIAPA YANG BETUL SEKARANG?
KITA ADA AKAL DAN PUNYA FIKIRAN KITA DAH TAK NAMPAK PAS MENJAMIN KESEJAHTERAAN ,KITA NAMPAK UMNO BANYAK BERJASA PADA RAKYAT TAPI ADA SEBILANGAN PEMIMPIN YANG TERUK AKHLAK.. OLEH ITU SEMASA PRU 13 UNDILAH ORANG ISLAM YANG MENGAMALKAN ISLAM ITU SAHAJA,,
Aku nak tanya pula, bolehkah orang islam makan nasi dengan gulai ikan yang dimasak dari periuk yang digunakan masak gulai babi. Kalau ok, patutlah ramai orang PAS dah jadi macam babi, sanggup menyondol punggung DAP.
ReplyDeletePercayalah kalau DAP punya pasal, apatah lagi kafir guan eng, tok guru politik dan ahli PAS mesti ada kitab extra, yang akan membolehkannya. Ahli PAS tidak sedar bahawa di kelantan, tak perlu satu undi kafir pun, PAS tetap menang atas dasar Islam. Tapi kini, PAS dah lebih teruk dari umno, maka inilah masanya untuk berada dibawah kerajaan yang selari dengan kerajaan pusat. Ibarat undangan kenduri yang ada perkara maksiat dalamnya, maka gugurlah hukum wajib untuk hadir, sama seperti PAS.
ReplyDeletesalam. pendapat Dr. Asri tu sama dgn pendapat Ustaz Zaharuddin. boleh aku tau latar belakang tuan tanah (penulis blog ni). maksud aku latar belakang pendidikan agama. sebab aku dulu sama pendapat dgn tuah tanah. lepas aku baca kenyataan Dr. Asri dgn Ustaz Zaharuddin aku jadi confuse. tp sebab ilmu agama dorang lebih tinggi kalau nak banding dgn aku, jd aku guna pakai pendapat dorang. tapi aku tak terhenti di situ saja. aku still mencari dan belajar untuk kepastian lg. jd elok kiranya kalau aku boleh tau latar belakang pendidikan agama tuah tanah.
ReplyDelete