Friday, September 3, 2010

Husam Nak Nafikan Duit Pelajar

Husam nak nafikan duit ihsan yang diberikan kepada pelajar-pelajar
dari keluarga miskin di Kelantan



KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan bercadang untuk memfailkan satu lagi tuntutan untuk menghentikan penyaluran wang ihsan yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan kini sehingga kes saman terhadap Petronas selesai.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dengan peguam kanan yang sama, Tommy Thomas dalam sedikit masa lagi.

“Kerajaan Negeri akan dapatkan pandangan daripada peguam, Tommy bagi tujuan untuk melaksanakan fail tuntutan itu nanti,” beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor di sini, semalam.

Menurutnya, peruntukkan sebanyak RM25 juta yang diluluskan Kerajaan Persekutuan sebagai pemberian wang ihsan pertama kepada negeri itu perlu dihentikan untuk sementara waktu.

“Peruntukkan dari Kerajaan Pusat itu sedikit sebanyak ada kaitannya dengan isu tuntutan royalti minyak yang difailkan Kerajaan Negeri di Mahkamah Dagang, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

“Jadi, kita akan cuba untuk memohon kepada mahkamah supaya pembahagian wang berkenaan dihentikan sehingga keputusan ke atas kes saman Petronas itu diputuskan oleh mahkamah berkenaan,” katanya.

Isnin lalu, Kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas kerana mendakwa syarikat minyak negara itu melanggar perjanjian selain menuntut syarikat sama untuk melaksanakan perjanjian petroleum dengan negeri ini.

Sinar Harian

4 comments:

  1. Kan bantuan diberikan kepada orang melayu juga yang didalam serba kekurangan,agaknya HUSAM tak dapat bantuan kot...,bagi dia bantuan tu...bagi beli lagi banglow,kereta mewah dan seumpamanya..

    ReplyDelete
  2. itulah tahap pemimpin pas

    ReplyDelete
  3. husammm ooii husam..kenapa engkau kecewa yea..sebab x dpt masuk dlm kantoike???heheh tolong sesama bangsa pun kena guna undang-undang ke..nak habak masa beli kek 3000 kenapa x nak stop ??apa mahal sangat ke kek di kelate?? x nampakke rakyat hampa tidur dalam reban ayam???x nampak ke rakyat dinafikan menikmati hak kemudahan air bersih???apa yang korang tahu suh kafir-kafir masuk mesjid dengan buka aurat dan bagi ceramah...hhahaha padan muka hampa karpal dan kit siang dah kencing awal-awal jangan dok guna hukum hudud???lani hampa dok dalam pakatan itu lah akibatnya bala dari ALLAH apabila tolah perpaduan dan memusuhi sesam islam...

    ReplyDelete
  4. salam...
    Husang say.. kalo bagi duit royalti kat ana lagi bagus. ana boleh fikir kbulan depan ana mahu beli kereta apa. merc ana dah ada, camry ana dah ana... bulan depan ana mahu kereta yang lebih besar. ana orang politik, hidup ana mesti ada gaya. mana duit royalti wahai kerajaan pusat? kita kerajaan negeri mahu bayar hutan. kalau tidak, ana jual semua tanah negeri, mahukah kalau ana jual semua tanah dan aset2 negeri?

    ReplyDelete

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...