Sunday, May 8, 2011

Hamas & Fatah Gagal Bersatu Kerana Israel, UMNO & Pas angkara siapa?

Sumber : Anwar Ibrahim Dot Com

Akhirnya pemimpin pergerakan Hamas, Khaled Meshaal telah memeterai perjanjian dengan pemimpin Fatah yang juga Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan bagi pihak Berkuasa Palestin (PA).

Pembentukan kerajaan perpaduan itu pada dasarnya membentuk kerajaan baru di Palestin yang akan menentukan tarikh pilihan raya untuk memilih pimpinan baru orang Islam di Palestin.

Ismail Haniyeh salah seorang pemimpin Hamas yang disegani dalam satu kenyataan menyatakan, mereka akan menghadapi apa sahaja kesukaran untuk memastikan kejayaaan perdamaian di antara dua kumpulan Islam terbesar di Palestin. Malah beliau turut menyeru semua kumpulan bersenjata menghormati perjanjian tersebut.

Dan hari ini, perjanjian tersebut telah menyebabkan orang Islam Palestin kembali bersatu di bawah satu panji dan mengenepikan perbezaan agenda berkumpulan. Malah lebih menariknya, ia disambut gembira di Semenanjung Gaza iaitu kubu kuat pergerakan Hamas dan di Tebing Barat yang merupakan wilayah penguasaan kumpulan Fatah.

Asas yang membawa kerjasama ini dipercayai berkait dengan keterbukaan kedua pemimpin untuk mengenepikan ideologi bagi membantu perjuangan rakyat Palestin yang tertindas.

Namun dalam menghadapi situasi sebegini, Benjamin Netanyahu Presiden Israel telah melahirkan rasa tidak puas hati. Lantas memberi amaran kepada Fatah agar memilih sama ada perdamaian dengan Israel atau Hamas.

Ugutan dari Benjamin ini sebenarnya tidak mengejutkan. Ini kerana beliau sudah mengetahui tentang kesatuan umat Islam di Palestin yang menyukarkan Israel. Mereka terpaksa berdepan dengan kebangkitan rakyat Palestin untuk kembali berkuasa di tanah air sendiri.

Bilangan penduduk Israel hari ini sebenarnya hanyalah sekitar 8 juta sahaja yang sebahagian besarnya dibawa dari negara bekas Kesatuan Soviet. Namun atas kebijaksanaan Zionis, mereka telah berjaya menguasai Asia Barat yang mempunyai umat Islam terbesar iaitu lebih 200 juta dari bilangan rakyat mereka sendiri.

Jiran Israel, Mesir misalnya mempunyai penduduk lebih 80 juta, namun Zionis berjaya mewujudkan pemimpin seperti Anwar Sadat yang boleh melacurkan prinsip berdamai dengan Israel. Begitu juga sebelum kewujudan Israel, kerajaan Turki Uthamaniyah diruntuhkan untuk menaikkan Kamal Atartuk yang telah membaculkan diri dengan membenarkan penubuhan negara Israel malah menyembah Israel dalam banyak bidang keselamatan serta ketenteraan.

Trend perpaduan di kalangan kelompok Islam akhir-akhir ini bukanlah suatu yang mengejutkan, kerana telah banyak saranan dilakukan oleh ulama agar umat Islam bersatu menghadapi penjajahan akidah di zaman moden ini melalui gerakan Kristianisasi dan pro Zionis.

Dalam senario politik Malaysia, idea kerajaan perpaduan juga pernah dilontarkan. Malah yang terbaru oleh Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Razak, yang menyeru supaya umat Islam bersatu. Namun ia ditolak mudah oleh Parti Islam Semalaysia sehinggakan menerima teguran dari Mufti Perlis.

Tindakan PAS yang menolak idea tersebut tanpa diberikan ruang perbincangan dipercayai dipengaruhi oleh peranan yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim melalui kumpulannya di dalam PAS.

Jika di Israel, Benjamin Nentanyahu merupakan orang yang akan memastikan Fatah dan Hamas tidak akan bersatu, di Malaysia dapat kita katakan Benjamin itu adalah Anwar Ibrahim.

Sikap Benjamin Anwar ini sebenarnya selari dengan Presiden Israel itu. Bukti beliau menyokong Israel dan rapat dengan Zionis apabila beliau sanggup mengatakan Hamas adalah kumpulan pengganas dan menyokong pula Perjanjian Annapolis Summit (sebuah perjanjian yang mengiktiraf kewujudan negara haram Israel sewaktu Bush masih berkuasa di White House).

Benjamin Anwar juga satu-satunya pemimpin Islam yang selalu mengadakan perjumpaan dengan Malcoml Hoelien, seorang pemimpin Yahudi Zionis di Amerika Syarikat. Malah dalam siri Anwar’s Appology Tour, beliau pergi melutut kepada Hoelien untuk memohon maaf terhadap pimpinan Yahudi tersebut kerana terlibat dalam aksi protes Israel di Kedutaan Amerika Syarikat pada tahun lepas.

Dalam satu kenyataan minggu lepas, Benjamin Anwar dengan nada yakin menyatakan PAS tidak akan bersatu dengan UMNO, walaupun pucuk pimpinan PAS belum mengeluarkan kenyataan. Keadaan ini membuktikan nasib PAS kini seumpama FATAH yang dikuasai Benjamin Netanyahu sebelum ini.

Sejauh mana besarnya perpecahan umat Islam hari ini di Malaysia, orang yang bertanggungjawab melakukannya ialah Anwar Ibrahim iaitu Benjamin Nentanyahu Malaysia.

Dan seandainya suatu hari nanti, orang Islam hilang kuasa di bumi Malaysia sebagaimana usaha yang sedang dilakukan oleh Jeff Ooi di Pulau Pinang. Jeff Ooi mengumpulkan pengerak Kristian seluruh negeri untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Kristian, orang yang harus bertanggungjawab juga adalah Anwar Ibrahim @ Benjamin Anwar

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...