Saturday, May 14, 2011

Video X : Anda Nilaikan Sendiri - TKPN

Dipertil : AgendaDaily

Analisis kedua video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilakukan oleh pakar luar negara telah mengukuhkan penemuan pakar tempatan sebelum ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu demikian dalam satu sidang media di Bukit Aman Jumaat ketika menjawab soalan wartawan mengenai perkembangan siasatan kes video seks itu.LIHAT VIDEO PENUH KENYATAAN BELIAU DI RUANGAN VIDEO AGENDADAILY.

"Polis telah terima laporan pakar luar dan ia mengukuhkan keterangan pakar tempatan mengenai kesahihan video tersebut,"katanya.Ditanya mengenai apakah polis akan mendedahkan siapakah pelaku dalam video tersebut, kata Khalid, polis telah kenal pasti siapa dia, tetapi tidak ada keperluan undang-undang untuk mendedahkannya.

Namun Timbalan Ketua Polis Negara itu menambah bila ada keperluan undang-undang kemudian hari ia akan dihebahkan.

"Apa yang saya boleh katakan, kalau dah video itu sahih, lain-lain tuan-tuan boleh buat andaianlah," katanya berjenaka ketika menjawab satu soalan lain.

Mengulas mengenai apakah Trio Datuk T akan didakwa, kata Khalid, polis hanya menjalankan siasatan, soal pendakwaan terpulang kepada Pejabat Peguam Negara.

Ditanya apakah jika terbukti Anwar pelaku dalam video seks tersebut, apakah beliau boleh didakwa membuat laporan polis palsu, kata Khalid "Tengoklah nanti,".

Mengulas mengenai individu yang memuat naik rakaman video seks tersebut, Khalid berkata, polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat pihak yang bertanggungjawab dalam memuat naik video berkenaan.

"Sebenarnya bukan mudah hendak mengesan orang yang memuat naik video tersebut di 'Youtube' sebab dia buat di luar negara, memang memakan masa untuk siasat dimana dia muat naik," katanya.

Khalid juga mengakui siasatan kes itu kini sudah sampai ke tahap akhir dan laporan dijangka dihantar kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat selain akan memanggil semua yang terlibat termasuk individu yang memuat naik video untuk diambil keterangan.

Ketika diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat oleh anak perempuan Anwar, Nurul Izzah tentang keluarganya yang menerima ugutan serta pemandu Anwar yang mendakwa keretanya telah dirosakkan, beliau berkata polis akan menyiasat segala laporan yang diterima dengan adil.

"Apa jua ancaman dan laporan akan dijalankan siasatan dengan seadil-adilnya tanpa mengira sesiapa dan fahaman politik mereka," katanya.

Khalid juga mengakui siasatan kes ini kini sudah sampai ke tahap akhir dan laporan dijangka dihantar kepada pejabat peguam negara tidak lama lagi.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan tarikh tepat bila ia dijangka selesai dan sama ada trio Datuk T sebagai pihak di belakangnya akan didakwa di mahkamah selepas ini.-13/5/2011

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...