Tuesday, May 10, 2011

Penyeludup Memang Hebat


KOTA BHARU 10 Mei – Seramai 20 penduduk di Simpangan, Tumpat ‘mengamuk’ dengan mengangkat dan mengalihkan kereta penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan yang cuba menahan empat buah kenderaan dipercayai membawa diesel dan petrol seludup pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian pukul 1.15 petang, tindakan empat pegawai agensi berkenaan menghalang kenderaan itu untuk masuk ke negara jiran menimbulkan kemarahan penduduk tersebut.

Pengarah PPDNKK Kelantan, Fauzi Haron berkata, empat pegawainya ketika itu sedang menjalankan rondaan sebelum terserempak dengan kenderaan terbabit di Pengkalan Haram Nyior.

Beliau berkata, penduduk kampung itu tiba-tiba keluar beramai-ramai dan mengangkat kereta jenis Proton Waja serta mengalihkannya bagi memberi laluan kepada dua buah lori untuk meloloskan diri.

"Pegawai kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana jumlah penduduk yang begitu ramai, keadaan amat tegang sebelum dua buah lori itu beredar.

"Bagaimanapun kita berjaya menyita dua buah kereta yang diubah suai tangki mengandungi lebih 120 liter petrol dan diesel, kesemuanya bernilai RM10,000," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Utusan

----
Seorang rakan semasa sekolah menengah bekerja sambilan sebagai penyeludup beras kecil-kecilan menggunakan motosikal. Pendapatan bersih RM 100 sehari. Penguatkuasa selalunya 'pejam sebelah mata' dengan penyeludup kecil-kecilan begini (Bergantung kepada 'hari' juga). Tu pun jika penyeludup ini tak terlalu 'over' memunggah beras dari Siam ke Malaysia. Setakat satu dua trip sehari, penguatkuasa tak kisah sangat, cari rezeki sampingan katakan.

Yang penguatkuasa marah sangat ialah penyuludup yg menggunakan kereta, mereka ni terlalu over, samseng pon ada. Siap upah pengintip untuk intip jalan samada 'clear or not'. Drive kereta laju dengan beban yang berat.

Penyeludup dan keturunannya boleh pijak kepala kalau ada orang yang tolong 'backup' mereka. Lebih-lebih lagi kalau yg ada pangkat.

Penyeludup besar-besaran ini boleh dapat lebih RM 10,000.00 sebulan!