Wednesday, September 29, 2010

GALAS : Kerana Undi, PAS Guna Gear Gostan pulak

Hahaha..adio la

Oleh : Tarmizi Md Jam
Dari : MI

Demi Melayu, Beranikah PAS keluar dari Pakatan?

Cadangan Takiyuddin Hassan, Penolong Setiausaha Agung PAS agar UMNO tidak meletakkan calon dalam Pilihanraya Kecil DUN Galas demi perpaduan Melayu menambahkan lagi senarai ‘cakap tak serupa bikin’ PAS.

UMNO telah lama bercakap mengenai perpaduan dengan PAS. Malah UMNO sanggup merendah diri menghulur salam kepada PAS demi kesinambungan bangsa Melayu, walaupun kedudukan UMNO jauh lebih tinggi dari PAS.

Namun, PAS yang selama ini memperlekehkan huluran salam UMNO serta mempersendakan perpaduan ummah.

Lebih mendukacitakan, Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Hadi Awang yang akan menyaksikan pembentukan kerajaan dari wakil BN dan PAS turut dikritik sendiri oleh ahi PAS.

Sampaikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat “meracau” dan menolak mentah-mentah cadangan Presiden beliau sendiri. Begitulah hodohnya wajah PAS dalam berbicara soal perpaduan Melayu dan umat Islam.

PAS lebih rela bersatu dengan rasis, kafir harbi DAP dari Melayu UMNO. PAS lebih rela mabuk dalam gelombang liberalisasi PKR daripada bersatu dengan Melayu UMNO.

Hari ini, demi memenangi pilihanraya kecil, PAS tiba-tiba menjadikan perpaduan Melayu sebagai alasan pula. PAS cuba memperdayakan siapa sebenarnya?

Cadangan PAS ini mungkin kerana ingin menutup malu kerana tahu bekas ADUN Galas (Allahyarham) tidak berbuat kerja akibat terpaksa berjuang dengan penyakitnya sekian lama.

PAS juga sedia maklum yang parti mereka tiada jasa dan tidak membawa apa-apa perubahan atau kebaikan kepada kawasan tersebut selama berkuasa.

Oleh yang demikian, cadangan agar UMNO tidak bertanding di DUN Galas hanya mencerminkan ketidakkeyakinan PAS untuk memenangi kawasan tersebut.

Lebih-lebih lagi selepas mengetahui yang Ku Li telah mempunyai calon yang sesuai untuk bertanding di situ yang tentunya merupakan orang kuat Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Cadangan PAS ini sebenarnya dangkal kerana perpaduan Melayu tidak akan tercapai selagi PAS bersekongkol dengan kafir harbi dan Melayu liberal pemusnah bangsa sendiri.

Dengan terus berjuang dan bertanding bagi pihak Pakatan Rakyat, PAS secara langsung memperjuangkan kemusnahan bangsa Melayu.

Bukan PAS tidak tahu bahawa perjuangan Pakatan Rakyat ialah ke arah kesamarataan total di mana hak Melayu tidak lagi diiktiraf.

Bukan PAS tidak tahu yang DAP adalah rasis dan anti-Melayu yang tegar. Bukan PAS tidak tahu yang PKR adalah terdiri dari ‘agen’ asing sama ada agen barat mahupun Singapura.

Bukan PAS tidak sedar bahawa dalam Pakatan Rakyat, PAS sentiasa diketepikan dan dipijak oleh pemimpin-pemimpin DAP dan PKR semahu-mahunya. Nama PAS pun kini sudah makin membusuk seperti taik.

Kita tidak percaya yang PAS tidak memahami hakikat ini.

PAS sebenarnya cukup maklum betapa kerjasama dengan Pakatan Rakyat itu memusnahkan Melayu, tetapi pemimpin PAS terlalu tamak, terlalu ego, takbur serta bongkak untuk berpatah balik ke pangkal jalan.

PAS enggan mengaku bahawa mereka hanya dilayan bagai anjing suruhan di dalam Pakatan Rakyat. Di satu tahap, PAS kelihatan seolah-olah rela menjadi anjing dan kerbau bagi kafir harbi dan Melayu liberal di dalam pakatan itu.

Sepatutnya PAS menjadi singa yang akan mempertahankan Islam hingga ke titisan darah terakhir. Malangnya, PAS tidak jadi begitu malah lebih lembik dari anak kucing ngaumannya.

Pelik sekali kerana PAS sanggup terhina demi menjaga air muka. Jika sudah dihina sedemikian rupa, masih adakah air muka untuk dijaga?

Melayu hanya boleh bersatu di bawah payung yang sama. Tidak mungkin penyatuan menjadi kenyataan jika duduk di bawah naungan yang berbeza dan menuju ke arah yang berlainan.

Populariti Perkasa di kalangan Melayu menunjukkan yang orang-orang Melayu sememangnya ingin bersatu tetapi sikap pemimpin Melayu di dalam PAS yang menjadikan penyatuan itu sukar sehingga hampir mustahil untuk direalisasikan.

Jika Takiyuddin ikhlas bercakap mengenai perpaduan Melayu, dia harus keluar dari PAS dan menyertai UMNO. Jika tidak, jelaslah Takiyuddin hanya bercakap demi kerusi dan demi kuasa di Galas, bukan demi Melayu

2 comments:

  1. Saudara, mengigut pacahan DUN galas: melayu 62.3%, cina 24.6% , india 1.9% , lain2 11.2%. Jadi peluang BN untuk menang memang tipis berdasarkan sentimen orang cina. Lagi pula dengan kerajaan pusat merampas hasil bumi kelantan yang akan membuatkan orang melayu di Galas terus berdendam.

    ReplyDelete
  2. Kalau benar kerajaan pusat merampas hasil bumi kelantan suruh je PAS bawa kes ni ke mahkamah..biar mahkamah yang putuskan pihak mana yang benar..sebelum ada keputusan yang dibuat jangan ada pihak yang berani membuat tuduhan membuta-tuli apatah lagi rakyat yang tidak tahu fakta sebenar ...

    ReplyDelete

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...