Sunday, September 5, 2010

Lagi Permainan Hina Islam


STYRIA - Sebuah parti berhaluan kanan di Austria menghina rakyat beragama Islam dengan melancarkan mainan video dalam talian yang membenarkan pemain menembak menara masjid dan bilal yang sedang melaungkan azan.

Pemain video dalam talian yang dinamakan 'Bye Bye Mosque' (Selamat Tinggal Masjid) itu diberi 60 saat untuk mengumpul mata dengan menembak masjid, menara dan bilal dalam bentuk animasi.

Parti Kebebasan Austria (FPOe) melancarkan permainan video itu dengan tujuan untuk menggalakkan rakyat mengundi calon parti wilayah Styria, Gerhard Kurzmann semasa pilihan raya tempatan yang akan dijalankan pada 26 September ini.

FPOe turut menjemput pemain mengambil bahagian dalam kaji selidik sama ada pembinaan menara dan masjid patut dihentikan di Austria, dan penganut agama Islam perlu menandatangani pengisytiharan di mana mereka membenarkan undang-undang negara mengambil alih perintah al-Quran.

Agensi berita Austria melaporkan hanya terdapat empat masjid sahaja di seluruh negara itu dan kesemuanya tidak mempunyai menara.

Sinar Harian

1 comment:

  1. Salam ziarah...

    add saya dalam blog anda...

    http://blogtamingsari.blogspot.com/

    ReplyDelete

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...