Saturday, July 31, 2010

Toreh Lengan - Bukti Cinta Anak Remaja



KUALA LUMPUR: Biarpun masih di bangku sekolah, ramai remaja perempuan kini dikesan mengelar lengan hingga berdarah untuk menulis nama kekasih masing-masing, kononnya atas nama cinta.

Mereka melakukan perbuatan itu menggunakan pisau kecil atau mencucuk lengan dengan jarum bagi menghasilkan kesan parut seolah-olah tatu.

Perbuatan itu yang menjadi ‘trend’ terkini di kalangan remaja perempuan didedahkan pakar motivasi dan kaunseling remaja, Ahmadi Din berdasarkan pengalamannya mengendalikan beberapa kes gadis bermasalah.

Ahmadi berkata, baru-baru ini sepasang suami isteri meminta khidmatnya untuk mengatasi masalah anak gadis mereka yang sukar dikawal selepas terjebak aktiviti tidak bermoral dan dia mendapati tangan remaja itu ada kesan torehan nama teman lelakinya.

“Ibu bapa gadis berusia 16 tahun mengadu anak mereka terjebak pelbagai kegiatan tidak bermoral termasuk menghidu gam, merokok, ponteng sekolah dan suka berfoya-foya di disko.

“Selepas mendekati gadis itu saya mendapati lengan tangan kirinya yang mempunyai tanda parut tertulis perkataan yang bermula dengan huruf A. Apabila saya tanya, dia memberitahu tulisan itu nama teman lelakinya,” katanya.

Menurutnya, gadis terbabit mengaku sengaja melukakan tangannya menggunakan jarum sehingga berdarah bagi mengukir nama kekasihnya yang berusia setahun lebih muda daripadanya.

“Dia memberitahu perbuatan itu dilakukannya kerana terpengaruh perbuatan sama oleh rakan sebaya yang mengukir nama kekasih masing-masing pada lengan atau pergelangan tangan.
“Tanpa berselindung, dia mendakwa perbuatan menoreh lengan itu dilakukan bagi membuktikan kesetiaan dan rasa cintanya yang mendalam terhadap kekasihnya yang belajar di sekolah sama,” katanya.

Ahmadi berkata, remaja terbabit tanpa rasa bersalah mendakwa terlalu sayangkan teman lelaki menyebabkan dia hilang pertimbangan dan berani melakukannya.

“Perbuatan itu juga tidak ubah seperti pertandingan bagi membuktikan siapa paling hebat dan berani di kalangan gadis sebaya. Mereka langsung tidak ragu-ragu melakukannya hanya untuk bermegah. Siapa yang mempunyai parut nama paling panjang dianggap paling berani.

“Berdasarkan maklumat dikumpulkan, perbuatan gila mencederakan diri sendiri itu menjadi ‘trend’ baru yang tersebar meluas di kalangan remaja sekolah rendah dan menengah. Jadi, ibu bapa perlu lebih peka dan menyiasat aktiviti anak masing-masing,” katanya.

Ahmadi berkata, kegilaan terbaru itu mungkin diakibatkan kaedah lama menoreh nama pada batang pokok atau kerusi batu di taman rekreasi sebagai bukti cinta dianggap ketinggalan zaman.

“Lebih menyedihkan perbuatan menoreh nama teman lelaki pada lengan hingga berdarah ini sebahagian besarnya dilakukan gadis Melayu yang masih mentah untuk mengenal erti cinta,” katanya.

Menurutnya, perbuatan mencederakan tangan untuk menghasilkan parut tertera tulisan nama seseorang sama seperti membuat tatu dan Islam melarang keras amalan ini.

“Dalam Islam, apa saja perbuatan memudarat dan membahayakan diri adalah haram. Malah, terdapat hadis Rasulullah yang maksudnya Allah melaknat perempuan membuat tatu, perempuan yang meminta dirinya ditatu, perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan yang mengikir giginya,” katanya.

Selain itu, kata Ahmadi, daripada sudut kesihatan perbuatan menoreh kulit menyerupai tatu itu boleh menyebabkan gejala bengkak dan gatal pada bahagian ditoreh yang mengundang jangkitan penyakit Hepatitis B atau C jika jarum digunakan tercemar.

Hari Raya atau Puasa Dahulu?



KURANG dua minggu lagi umat Islam akan menyambut Ramadan. Maknanya ada kira-kira sebulan lebih, hari raya akan diraikan. Bagi umat Islam, Ramadan sememangnya ditunggu-tunggu. Banyak fadilat dan manfaat yang datang bersama Ramadan. Apatah lagi tahun ini umat Islam di Malaysia sekali lagi menyambut ulang tahun kemerdekaan tanah air dalam bulan Ramadan. Tentu banyak nostalgia mahu dibangkitkan sepanjang Ogos yang merupakan bulan merdeka dan juga bulan untuk umat Islam di negara ini menunaikan ibadah puasa.

Sememangnya rezeki juga datang mencurah-mencurah pada bulan yang menguji ketahanan mental dan fizikal umat Islam.

Manakala hari raya atau kedatangan Syawal pula bagi meraikan kejayaan umat Islam melawan godaan nafsu dengan berpuasa selama 30 hari. Begitulah susun-aturnya - Ramadan datang dahulu sebelum Syawal.

Namun trend kebelakangan ini semacam terbalik. Belum pun sempat Ramadan menjenguk, iklan-iklan hari raya melimpah-ruah. Jualan murah yang tidak diketahui murah atau mahal berlangsung di sana-sini, semua sempena menyambut hari raya. Jualan murah pula tidak terhad pada satu item sahaja. Namakan apa saja pasti ada saja jualan murah yang berkaitan. Baik pakaian, perabot, aksesori, tiket kapal terbang malah pakaian dalam sekali pun kononnya dijual murah semata-mata untuk memeriahkan hari raya.

Bagaimana pula dengan persiapan menyambut Ramadan. Apa yang diuar-uarkan? Terbacakah kita tentang iklan sembahyang terawih di Dataran Merdeka misalnya? Adakah iklan-iklan yang mengajak anak-anak muda bersama-sama menghidupkan Ramadan di Dataran Pahlawan? Atau sama-sama bertadarus di masjid-masjid bagi menambah pengisian sepanjang Ramadan?

Berbuka

Kebiasaannya, yang diuar-uarkan berkaitan bulan puasa adalah bufet berbuka puasa di hotel-hotel. Hotel itu menawarkan RM65++++, manakala hotel ini pula mempromosikan 100 hidangan berbuka dengan hanya RM95++ satu kepala. Ada pula hotel menyediakan hiburan sampingan seperti persembahan ghazal mengiringi majlis berbuka puasa. Untuk menjadi lebih pelbagai dan kononnya kreatif, ada tawaran menginap di hotel dengan pakej bersahur di dalam bilik.

Jelas apabila datangnya puasa dan hari raya, aspek yang diketengahkan hanyalah soal berbelanja, makan, makan dan makan. Seolah-olah Ramadan dan Syawal adalah bulan untuk umat Islam makan sepuas-puasnya seperti mana iklan - dengan RM95++ anda boleh menikmati 100 juadah berbuka puasa. Nikmatilah harga runtuh dan potongan istimewa untuk perabot baru bagi memeriahkan hari raya anda. Jualan musim perayaan, bazar raya dan macam-macam iklan yang mula memenuhi akhbar dan berkumandang di radio serta televisyen.

Bukan untuk menyalahkan iklan lantaran itu adalah strategi perniagaan mereka, tetapi daripada mana mereka belajar strategi itu kalau bukan berpunca daripada sikap umat Islam itu sendiri.

Mungkin hasil kaji-selidik dan pemerhatian syarikat-syarikat iklan, orang Melayu beragama Islam gemar berlebih-lebihan dalam soal menyediakan juadah berbuka puasa. Mereka juga tidak lokek berbuka puasa di hotel. Seperkara lagi, orang Melayu ada kecenderungan makan di hotel semasa Ramadan seolah-olah sepanjang 11 bulan yang lain mereka tidak oleh berbuat demikian. Peliknya harga bufet yang ditawarkan bukanlah rendah - malah dari tahun ke tahun boleh saja dirumuskan harga bufet berbuka puasa semakin mahal. Namun keterujaan berbuka puasa di hotel menyebabkan hotel-hotel berlumba-lumba mengiklankan promosi berbuka puasa di premis mereka.

Perabot

Lebih daripada itu, orang Melayu memang suka menukar perabot, membeli barang kemas, langsir baru, perhiasan rumah yang baru dan pelbagai lagi setiap kali mahu menyambut kedatangan Syawal. Bukan cerita dongeng kalau dikatakan ada yang sanggup berhutang untuk memenuhi keinginan tersebut. Sedangkan jika dihayati konsep Ramadan dan Syawal itu sendiri, elemen pembaziran, menunjuk-nunjuk dan membuang masa tidak termasuk di dalam senarai. Hakikatnya baik Ramadan maupun Syawal membawa nilai muhasabah diri, mengenang insan yang tidak bernasib baik, bersedekah, meningkatkan amalan kebaikan dan mengeratkan silaturrahim.

Sehubungan itu, kepada umat Islam di Malaysia, biarlah Ramadan menjadi persiapan kepada sambutan hari raya yang serba sederhana. Seperkara yang perlu diingat - Ramadan dan Syawal tahun ini mungkin yang terakhir untuk kita. Atau belum tentu kita dapat melalui dua bulan istimewa itu, justeru kurangkan keterujaan yang tiada kaitan dengan ajaran Islam itu sendiri.

-Utusan

Friday, July 30, 2010

Jawatan Kosong - Universiti Malaysia Sabah


IKLAN JAWATAN KOSONG UMSKAL

Pemohon-pemohon yang terdiri daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan bagi jawatan seperti berikut :

JURUTEKNIK KOMPUTER (FT17)
PEMBANTU TADBIR KEWANGAN (W17)

Muat Turun Syarat Kelayakkan : Download

Muat Turun Borang Permohonan : Download

Tarikh tutup : 11 Ogos 2010

Industri Seks Menguntungkan Thailand


Sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke kota Bangkok, pasti kagum dengan Lapangan Terbang Suvarnabhumi yang dibuka pada 2006. Lapangan terbang kelima tersibuk di Asia itu mengendalikan 40.5 juta penumpang sehingga 2009.

Lapangan terbang itu direka bentuk oleh Helmut Jahn, terletak 25 kilometer dari Bangkok, lebih hebat berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari segi saiz, reka bentuk, hiasan dalaman dan operasi, serta kecekapan kakitangannya.

Bangkok, kota 15 juta jiwa pula tidak pernah tidur dan sentiasa menggelegak dengan kegiatan ekonomi dan perniagaan. Ini adalah syurga membeli-belah bagi mereka yang menggilai beg tangan, pakaian, kasut dan cenderamata.

Namun, di sebalik kemodenan dan kemajuan negara 64 juta penduduk itu, satu daripada kegiatan yang menyumbang kepada tiga peratus ekonominya ialah pelacuran. Antara 1993 hingga 1995, pelacuran menyumbang pendapatan tahunan sekitar RM25 bilion.

Percayakah anda, Thailand dikatakan mempunyai 2.8 juta pelacur, termasuk dua juta pelacur wanita, 800,000 pelacur kanak-kanak dan 20,000 pelacur lelaki. Mereka membekalkan perkhidmatan seks komersial kepada lelaki hidung belang dan mereka yang mencari kelainan seks. Kita boleh katakan Thailand syurga seks komersial. Dikatakan sekitar setengah juta lelaki Thailand melanggan pelacur dalam sehari.

Ada 25 jenis pelacur di negara Gajah Putih itu, daripada pelacur jalanan, pelacur kanak-kanak, pondan, pelacur lelaki hinggalah pelacur kelas tinggi di hotel dan apartmen mewah yang mengenakan bayaran serendah RM20 hinggalah RM2,000 sekali perkhidmatan.

Jika anda pernah ke Patpong, di Jalan Silom, di tengah-tengah kota Bangkok selepas jam 7 petang, anda pasti akan melihat dari luar bangunan bagaimana gadis hanya memakai coli dan seluar dalam menari di hadapan lelaki, terutama pelancong asing.

Thailand memang maju, tetapi jurang perbezaan pendapatan begitu menonjol antara yang kaya dan miskin, serta antara penduduk bandar dan luar bandar.

Bagi sebahagian anak gadis Thailand, pelacuran adalah jalan singkat menuju kemewahan. Pembabitan dalam kegiatan seks komersial boleh membawa pendapatan tinggi. Ya, bagi mereka ini, mengapa perlu bekerja di kilang dengan pendapatan RM400 sebulan jika di pusat pelacuran, boleh meraih RM400 atau RM4,000 satu malam?

Mereka bekerja di rumah urut, bar go go, karaoke, bar yang menjual bir, kelab malam, apartmen, hotel dan pusat pelacuran. Di Bangkok, ada sekitar 1,500 pusat pelacuran, manakala di seluruh Thailand sekitar 8,000.

Thailand terkenal sebagai antara destinasi pelancongan seks di dunia, selain Kemboja, India, Brazil dan Mexico. Thailand juga berdepan masalah pemerdagangan wanitanya di luar negara. Seorang sarjana Thailand yang bertugas di sebuah universiti di Singapura membentangkan kertas kerja bagaimana wanita Thailand diseludup dan menjadi pelacur di Singapura dalam satu seminar di sebuah universiti di Hat Yai, April lalu.

Malah, ada yang menyediakan perkhidmatan di dalam hutan di negara pulau enam juta jiwa itu. Semua peserta terkejut melihat gambar dipaparkan oleh sarjana itu, mengenai ‘Mini Bangkok’ di Singapura, lengkap dengan segala keperluan, termasuk keperluan seks daripada wanita Thai sendiri. Sebenarnya, wanita Thailand turut diseludup sehingga ke Jepun dan Eropah untuk tujuan pelacuran.

Kisah duka mereka yang diperah oleh bapa ayam, samseng, dan sindiket sering dipaparkan di dada akhbar Thailand. Bagi pelancong yang berpoket tebal, mereka boleh memilih pelacur kelas atas yang gebu dan cantik atau pelacur kanak-kanak di bawah 16 tahun.

Begitu rancaknya kegiatan itu di Bangkok terserlah apabila pemandu teksi dan tut tut bagai tahu di mana pusat pelacur kelas rendah dan pelacur kelas tinggi menyediakan perkhidmatan mereka. Bagi pelancong asing, mereka tahu kegiatan pelacuran bukan hanya bertumpu di Bangkok, malah juga di Chiang Mai, Phuket, dan Hat Yai.

Bagi lelaki Malaysia yang ingin rasai urut Thai, mereka lebih kerap ke Danok dan Hat Yai, berdekatan sempadan Malaysia. Kok Samoi, destinasi pelancongan pulau mempunyai sekitar 12,000 pelacur. Sebanyak 10 peratus daripada wang pelancong dibelanjakan untuk pelacur di pulau ini.

Banyak pengkaji menulis mengenai kegiatan pelacuran di negara ini. Jika anda rajin singgah di kedai buku di kompleks beli-belah di Siam Paragon, anda boleh saja membeli dan membaca buku seperti Travels in The Skin Trade, Patpong Sisters: An American Woman's View of The Bangkok Sex Trade, Ladyboy, My Name Lon, You Like Me?, dan Memoir of a Thai Prostitute.

Thailand juga antara negara paling tinggi kadar penghidap penyakit AIDS. Jumlahnya ialah 60,000 orang, tetapi dengan pelbagai langkah diambil kerajaan, jumlah itu berkurangan. Mungkinkah negara itu dapat mengurangkan kegiatan pelacuran di kalangan rakyatnya?
- Berita Harian

Thursday, July 29, 2010

Top 10 Antivirus Software

Klik untuk besarkan gambar


No 1 : BitDefender - http://www.bitdefender.com/

No 2 : Kaspersky - http://www.kaspersky.com/

No 3 : Webroot - http://www.webroot.com/

No 4 : Norton Antivirus - http://www.symantec.com/

No 5 : ESET Nod 32 - http://www.eset.my/

No 6 : AVG Antivirus - http://free.avg.com/

No 7 : F-Secure - http://www.f-secure.com/

No 8 : G-Data Antivirus - http://www.gdatasoftware.com/

No 9 : Avira Antivirus - http://www.avira.com/

No 10 : Trend Micro - http://us.trendmicro.com/us/home/

Wednesday, July 28, 2010

Seks Suka Sama Suka

Perempuan nak cinta, lelaki nak apa?


KUALA LUMPUR - Sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang telah dikesan oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, 12 daripadanya berlaku di sekolah luar bandar dan sembilan di kawasan bandar.

“Siasatan yang dilakukan kementerian menunjukkan bahawa 20 kes adalah berdasarkan suka sama suka antara pasangan manakala satu kes melibatkan kes rogol,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Azian Osman di persidangan Dewan Negara di sini, semalam.

Mohd Puad berkata, kesemua kes berkenaan berlaku di dalam kawasan perumahan masing-masing dan maklumat tersebut diperoleh daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah-sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah sosial membabitkan pelajar sekolah, kementerian menerusi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan program penerangan mengenai seksualiti, perhubungan antara lelaki dan perempuan serta adab dan tatacara bagaimana untuk bergaul dengan kawan-kawan,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan kes yang berlaku adalah kerana naluri kedewasaan yang ingin mencuba selain mendapat kebebasan keterlaluan daripada keluarga.

Sinar Harian

--
Budak sekarang, banyak terdedah unsur budaya kuning berbelang-belang.

Idea dari aku,
Kalau budak sekolah gatal nk kahwin, bagi mereka kahwin,
Tapi si lelaki kena 'kasi' dulu, kalau tak-mengandung masa belajar, sapa nk jaga.
Amacam?

Jawatan Kosong - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

1. Penolong Pegawai Syariah, Gred LS27
2. Pembantu Hal Ehwal Islam (Bilal Masjid Bandar/Jajahan), Gred S17
3. Pembantu Hal Ehwal Islam (Penyiasat/Nazir Masjid), Gred S17

Borang Permohonan : Sini

Tambahan :

CARA MEMOHON

i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan
(MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x
23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 60 sen atau mengambil
sendiri di Unit Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 1, Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

ii) Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui
Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2010 / terkini
dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.

iii) Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta
surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem
yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang
permohonan.

iv) Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan
dilayan.

ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:
YABhg. Dato’ Timbalan Yang DiPertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Balai Islam, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

Tarikh Tutup : 18/8/2010

Cerpen : Kalau Tak Suka, Pulangkan!


Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya
terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!"
Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut
terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian
terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup
paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak- anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu
patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati
kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia
menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh
suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila" Keluhnya. Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak? "

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha
memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu
berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa
sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti
rugi. "Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat
Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti
kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak
merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak
terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka.
Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa
mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar
abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya.

"Kalau tak suka pulangkan balik!"

Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.

"Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

"Papa! Makan!" Jerit Aiman, anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.

"Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba
saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang
selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

"Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.

"Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan."

"Abang tak suka tengok papa marah-marah. ."

"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain.. Laila
menjeling. Di hati kecilnya turut terguris. Besar sangatkah dosanya hingga
menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita
tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau
nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju.

"Kalau tak suka, pulangkan!"

Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka.
Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari
outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi
ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara
perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi
kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak
tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju
mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas
saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi.. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya.

Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya
terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-
bukan." Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri.. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

"Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan!
Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya
petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi
semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul
di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan
sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit
pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long
balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.." Alangkah
mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila
tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah
merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka
Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat
gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari
A.

"Laila"

"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk
staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya
terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan
turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak
kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat
itu ini. "

"Papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut
pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia
mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa
keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan
hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan
untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas
kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak- anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!"

Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

"Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! "

Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

"Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang
selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak.
Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di
halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan
berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di
bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada
kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila-

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi
membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta
lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.
Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan
dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan
isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.
Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan
harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

Tuesday, July 27, 2010

WC2010-Punca Argentina Kalah dan Kegagalan Messi


Berikut adalah punca utama kekalahan Argentina dan kegagalan Messi mempamirkan permainan menarik.. heheheh









Berita:

BUENOS AIRES 28 Julai - Khidmat Diego Maradona sebagai jurulatih Argentina berakhir hari ini selepas Persekutuan Bola sepak Argentina (AFA) memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya.

Masa depan Maradona disangsikan selepas Argentina ditewaskan Jerman pada suku akhir Piala Dunia di Afrika Selata awal bulan ini.

“Jawatankuasa eksekutif telah sebulat suara untuk tidak memperbaharuai kontrak Diego Armando Maradona sebagai jurulatih pasukan kebangsaan,” kata jurucakap AFA, Ernesto Cherquis Bialo dalam sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa itu.

Khabar angin bahawa kontrak Maradona sebagai jurulatih Argentina yang disandang sejak November 2008 tidak disambung sudah bertiup sebelum pengumuman itu dibuat.

Ahad lalu Maradona memberitahu media tempatan bahawa beliau mahu meneruskan khidmatnya tetapi jika dia dibenarkan memilih pembantunya. - Reuters

Kompeni Yang Kedekut






Infinity Downline - Halal atau Haram Hukumnya?



Dah banyak aku jumpa 'pertanyaan' kat 'tag' Login FB dapat 100:

Tak dapat pun?
Tak masuk pun?

Seharian saya tunggu, bila duit nak dapat?

Ayat siapa kat atas tu?

Ia adalah ayat 'orang' yang memasukkan RM100 ke akaun seseorang (orang atas) dalam skim Infinity Downline (bahasa pasarnya - orang bawah yang tiada had)

Dulu aku dah tulis tentang 'keraguan' sistem ni dalam FB aku, kelmarin ada member yang terkena.

"Aku dah masuk bawah orang tu, aku daftar RM100 bawah dia, tapi tak dapat pun RM100, cakap kt situ 'login jer dapat RM100 - mengadu dia kt aku

"Ko jadi 'mangsa' dia la bro" - aku jawab

"Mangsa?"- tanya member aku.

"Ye la..ko bagi dia RM 100, sape nk bagi kt ko RM100?, melainkan ko suruh orang lain 'bank-in' duit ke dalam akaun ko sebanyak RM100, maknanya di sini, ko kena cari orang lain sebagai 'mangsa' ko plk la. Lepas tu orang lain tadi akan cari 'mangsa' dia pula, dan seterusnya".

Disini, siapa yang rajin cari 'mangsa', dia akan dapat banyak wang.

----
Sepuluh tahun dulu (ingat-ingat lupa dah), masa tu aku masih belajar di IPTA, aku dapat satu surat, isi surat tu (ada lima helai) menceritakan tentang sistem tolong menolong. 'Mereka' meminta aku memasukkan RM20 kedalam akaun 3 orang yang berasingan. Maklumat akaun tersebut ada di halaman terakhir berupa slip bank yg difotostat, jadi dia minta aku masukkan RM20 ke ketiga-tiga akaun tersebut melalui akaun BSN (Total RM60 la). Jadi, bila dah masukkan ke ketiga-tiga akaun tersebut, apa yang perlu aku lakukan ialah meletakkan slip maklumat akaun BSN aku dalam halaman tersebut (lupa plk kena buang yg mana sebagai ganti tempat), kemudian aku kena fotostat banyak2, hantar pula kepada orang lain. Dalam helaian surat tersebut juga banyak menceritakan tentang orang-orang yang berjaya mendapat beribu2 ringgit tanpa di sangka-sangka. (kononnya cerita orang yg dah berjaya dapat duit la). Dan dalam surat tu juga ada la hadis2 dan kalu tak silap, ada salinan ayat 1000 dinar yg dah kabur (sebab banyak sangat copy atas copy), macam bagi duit dapat ayat bla-bla-bla.

(Tambah: Apa kata kalau aku tak memasukkan duit ke akaun 3 orang tadi, kemudian aku letak akaun aku, abg aku ke, adik aku ke, kemudian panjangkan surat tersebut-takda masalah kan? hahahah)

Ada rakan di FB mengatakan, kira-kira 10 tahun lepas, beliau ada bertanyakan pegawai bank tentang kesahihan skim tolong menolong melalui surat tersebut dan pihak bank mengesahkan yang sistem itu adalah salah satu dari skim cepat kaya dan ia adalah HARAM.. dengar tu, H.A.R.A.M!!

----
Apa hukum Infinity Downline (lFBdRM100)?

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman ada menjelaskan dalam blognya, dan beliau mengatakan ia sebagai HARAM.

Malah Irfan Khairi (Jutawan intenet) juga menyifatkannya sebagai HARAM

Boleh baca penuh di blog ustaz : http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/

---
Nota kaki:
Apa yang aku tulis adalah pendapat aku, kesangsian aku, keraguan aku hatta pengalaman dari orang2 yg tunggu duit tak masuk. Lain-lain (nk masuk atau tak), hal masing-masing la ek..

Monday, July 26, 2010

Orang Yang Mencintai Kamu



1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika
ada,jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan
menyesal melakukannya!


Sunday, July 25, 2010

Halalkah Pendapatan Nuffnang, Mangga Ad dan Seumpamanya?


SOALAN

Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih

JAWAPAN

Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.

Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.

Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.

Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu’ atau wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)

Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.

Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-

1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.

2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.

3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.

Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.

Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter’ atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.

4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.

KESIMPULAN

Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.

Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

Penipuan Pencuci Emas Dari Rumah ke Rumah


Benda ni terjadi tahun lepas, saya cite sedikit.

1. Ada sekumpulan manusia masuk ke kampung, dua lelaki seorang perempuan. Mereka datang dengan kereta.
2. Mereka singgah dari rumah ke rumah, tujuan mereka adalah untuk MEMCUCI/MENGILAP barang-barang emas (barangan kemas) macam rantai emas, cincin emas, gelang emas etc2.
3. Perkhidmatan mereka ini adalah PERCUMA.
4. Dah perkhidmatan mengilap (mencuci) emas ni percuma, ramai la yang berminat.
5. 'Pencuri' tadi, memasukkan barangan kemas kepunyaan penduduk kampung kedalam satu bekas berisi cecair, mereka pun 'kacau2' la, cecair tadi menjadi keruh (kononnya daki yg melekat pada barang kepas tadi tanggal la).
6. Memang betul, barangan kemas yang di cuci tadi akan berkilauan. Jadi, dengan cara ini..makin ramai yang mahu mengilap emas mereka.
7. Sehinggakan ada sebuah keluarga menyediakan air minuman untuk 'pencuri' tadi.

Bagaimana mereka mencuri?

Mereka celup emas dalam sejenis cecair yg boleh menanggalkan (menghakis) emas (kira macam menipiskan barang kemas). Keruhnya cecair tadi bukan hanya disebabkan daki yang melekat, tetapi emas yang tertanggal/terhakis akibat cecair tadi.

Ramai mangsa yang akan perasan keesokkan harinya bila mereka merasakan barang kemas mereka agak ringan dari kebiasaan. Jadi, untuk memastikan kebenaran, mereka ke kedai emas untuk menimbangnya. Benar, berat timbangan emas mereka merosot. Ada yang kerugian hingga ratusan ringgit. Jadi, bila seorang dah perasan, maka yang lain pun dapat tahu lah yang mereka kena tipu.

Harap kongsi kan, agar yang lain tak kena tipu. Jangan percaya orang yang tidak dikenali. Bodoh la kalau ada yang nak cuci emas percuma, melainkan ada udang di sebalik batu.

Wassalam...

PS: Sory la dengan bahasa. Tak pandai mengolah ayat

Proses Membuat Bola Adidas






















Saturday, July 24, 2010

India Keluarkan Komputer Termurah (Pada Harga RM 112.12)

NEW DELHI: India muncul dengan komputer riba termurah di dunia, peralatan komputer skrin sesentuh yang berharga hanya sekitar AS$35 (RM112.12).

Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Kapil Sibal minggu ini mengumumkan peralatan perkomputeran riba kos rendah yang direka khusus untuk pelajar, menyatakan jabatannya mula berunding dengan pengeluar global untuk memulakan pengeluaran secara besar-besaran tidak lama lagi.

“Kami sudah mencapai satu tahap pembangunan pada hari ini, papan induk, cip pemproses, sambungan, semuanya kos terkumpul sekitar AS$35 (RM112.12), termasuk memori, paparan dan segala-galanya,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata peralatan sesentuh itu dipasang dengan pelayar internet, pembaca PDF dan kemudahan persidangan video, namun perkakasannya dicipta dengan fleksibel bagi membolehkan komponen baru ditambah mengikut keperluan setiap pengguna.

Kapil berkata peralatan komputer berasaskan Linux itu dijangka diperkenalkan kepada institusi pendidikan tinggi bermula 2011, namun sasaran itu ialah untuk menurunkan lagi harganya kepada AS$20 (RM64.07) dan pada akhirnya sehingga AS$10 (RM32.04).

Peralatan itu dibangunkan oleh pasukan penyelidik di institusi teknologi terkemuka India, Institut Teknologi India dan Institut Sains India.

India membelanjakan kira-kira tiga peratus daripada bajet tahunannya untuk pendidikan sekolah dan memperbaiki kadar kecelikan kepada lebih 64 peratus daripada sejumlah 1.2 bilion penduduknya.

Kajian yang dijalankan sebelum ini menunjukkan ramai pelajar tidak begitu mahir membaca atau menulis dan kebanyakan sekolah kerajaan tidak memiliki kemudahan mencukupi. –


Reuters

@ Dunia | Berita Harian

-----
irs@ : Dulu ada syarikat Malaysia juga kata nak keluarkan komputer bernama 'Mak Cik PC' berharga RM500 lebih (Gambar lebih kurang PC ciptaan India di atas). Sampai sekarang tak keluar lagi. Gamaknya pakcik dan ambil makcik PC ni..

Kopitiam Diragui (Halal atau Haram?)

KUALA LUMPUR 24 Julai – Penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam di negara ini diragui status halal setelah pengusahanya didapati mendapatkan sijil halal hanya dengan menelefon syarikat yang mengeluarkannya.

Perkara itu didedahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil serbuan dan siasatan berikutan aduan orang ramai.

Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal itu tidak melakukan pemeriksaan di premis kopitiam terbabit apatah lagi di pusat penyembelihan dan status bekalan daging.

Jelas beliau, sebaliknya syarikat terbabit mengeluarkan sijil halal itu dengan hanya menemu bual pengusaha tersebut melalui telefon sahaja.

Menurutnya, justeru, semua makanan berasaskan daging yang disediakan oleh kopitiam di negara ini diragui status halal.

“Permohonan dibuat melalui telefon... pihak syarikat (halal) itu akan menyoal sama ada mereka menyediakan alkohol atau menyediakan daging babi dan beberapa soalan lain.

“Jika tiada, ia bermakna premis itu layak menerima sijil halal,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar hari ini mendedahkan sebuah kopitiam di Kepong yang diserbu penguat kuasa Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan ayam daripada sebuah pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf.

Saimah berkata, hampir keseluruhan kopitiam di negara ini menggunakan sijil halal dikeluarkan oleh syarikat swasta kerana lebih mudah dan cepat diperolehi.

Beliau memberitahu, sebaliknya jika dipohon daripada Jakim, ia memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh daripada restoran sehingga ke pusat penyembelihan.


-Utusan

Melayu Suka Membazir Ketika Nikah

Kata seorang ustaz, antara calon isteri yang baik ialah yang murah mas kahwinnya. Hal ini termasuklah wang hantarannya, tidaklah terlalu mengada-ngada seperti orang sekarang, hendakkan RM11,111.11 atau RM22,222.22 atau RM33,333.33 atau RM44,444.44. Hidup biarlah berpada-pada, janganlah nak riak, nak menunjuk-nunjuk.

Semuanya akan membawa kehancuran. Sia-sia saja amal perbuatan sedangkan kita hendakkan keredaan Allah SWT.

Ia benar-benar berlaku sekarang ini. Sebagai seorang Muslim dan bapa kepada beberapa orang anak remaja yang akan berkahwin suatu masa nanti, eloklah penulis menyentuh hal ini supaya masyarakat Islam dapat bersama-sama membanteras gaya hidup baru yang tidak Islamik ini.

Kebetulan kelas pengajian kuliah Subuh yang penulis ikuti di masjid sekarang ini membicara soal nikah. Ustaz terbabit tidak terlepas daripada memberitahu jemaah bahawa perkahwinan dengan hantaran wang sebegitu banyak bukan daripada ajaran Islam.

Beliau memberitahu dua sebab mengapa amalan berkenaan mesti ditentang selain daripada membazir dan menunjuk-nunjuk. Pertamanya ia dikhuatiri akan menjadi contoh kepada masyarakat dan yang kedua perkahwinan gah begini akan mengecilkan hati orang miskin dan tidak mampu.

Jika orang berada dan berpangkat berbangga dan menghebahkan seluruh negara akan hantaran dan pemberian hadiah yang sebegitu besar, dikhuatiri ia akan menjadi panduan masyarakat. Tidak menghairankan jika bakal keluarga pengantin perempuan akan menuntut wang hantaran sekurang-kurangnya RM10,000, RM15,000 dan RM20,000.

Ada akan jadi dengan masyarakat jika keadaan ini berlaku? Mampukah anak-anak muda yang baru bekerja atau keluar dari universiti menyediakan jumlah wang sebegini besar sedangkan keinginan mereka untuk kahwin sudah memuncak.

Seorang anak muda lulusan universiti (untuk ijazah pertama) ketika mula bekerja sudah berusia 23 tahun. Gaji permulaannya mungkin RM1,300 sebulan. Ditolak dengan bayaran pinjaman pendidikan, pinjaman kereta, sewa bilik, pemberian kepada keluarga dan pelbagai perbelanjaan lain, mungkin dia dapat menyimpan RM200 sebulan.

Jika dihitung setahun, dia baru mampu mengumpul RM2,400. Kalau 10 tahun menghimpun, dia baru mengumpulkan RM24,000. Ketika itu pun umurnya sudah terlajak ke 33 tahun.

Bagi kebanyakan anak muda, pada usia 25-30 tahun, mereka sudah 'gatal' untuk kahwin. Tapi wang tiada. Disebabkan oleh 'segolongan manusia' yang gila glamour dan sebagainya, ibu bapa 'buah hati' mereka akan tetapkan wang hantaran melampau seperti RM10,000, RM20,000 atau RM30,000. Cuba bayangkan bagaimana anak muda kita hendak 'cekau' duit sebegitu banyak bagi membolehkan mereka kahwin?

Bukankah ini akan menimbulkan masalah besar dalam masyarakat. Bukankah akan berlaku fitnah paling hebat dalam masyarakat? Anak-anak muda yang kemaruk untuk kahwin tetapi tidak dapat kahwin akan menerbitkan rangkaian masalah yang bukan saja menjejaskan masyarakat tetapi juga negara, bangsa dan agama.

Ustaz itu bertanya betapa banyak bakal pengantin dan keluarga pengantin cuba mendalami pengajian agama. Katanya, tidak ramai sebab kebanyakan manusia hari ini mengejar dunia dan segala perhiasannya. Jika mereka tahu ilmu agama tidaklah mereka berbuat seperti hari ini. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Sebesar-besar berkat penikahan ialah yang sedikit mas kahwinnya."

Apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada masyarakat kita? Nampaknya, masyarakat sedang menuju ke arah fitnah terbesar sedangkan sebahagian besar anggotanya tidak menyedarinya. Mereka yang mengaku beragama Islam tidak lagi hidup berpandukan ajaran Rasul tetapi mengikut hawa nafsu yang berdasarkan logik akal masing-masing.

Dalam bab perkahwinan ini pun, orang Islam tidak mengikut contoh yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w. tetapi membiarkan diri mereka terjerumus ke dalam lembah yang ditunjuki oleh orang Yahudi dan Nasara.

Misalnya, dalam bab berpakaian, orang Islam yang berkahwin pun mengikut telunjuk Yahudi dan Nasara. Sedangkan sudah jelas dinyatakan salah satu perkara yang membezakan antara orang Islam dengan orang Islam ialah dari segi berpakaian.

Jika pengantin wanita Islam memakai pakaian yang mendedahkan tubuh badan mereka, apakah yang membezakan antara diri mereka dengan orang bukan Islam? Jika mereka memakai gaun menunjukkan sebahagian buah dada atau telanjang belakang (bare back), apa bezanya mereka dengan orang bukan Islam.

Jika Allah SWT mengancam menghumbankan si kufur ke lembah azabnya, apakah jaminan untuk orang Islam yang hidup mengikut telunjuk Yahudi dan Nasara tidak sama dicampakkan ke sana.

Alangkah peliknya sesetengah anggota masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita hidup bagai 'sumpah-sumpah' yang boleh bertukar 'color' (warna). Jika nikah di masjid, boleh pakai tudung litup, majlis bersanding boleh pakai gaun dedah sana dedah sini. Jika khatam Quran, begitu manis bersopan bertudung litup tetapi pada majlis jamuan, tudung ke mana, pakaian seksi juga jadi kebanggaan.

Yang dibimbangi, golongan ini akan menjadi ikutan, 'set trend' dalam masyarakat. Akan timbullah kata-kata seperti, 'si dia tu boleh buat begitu, kenapa kita tidak boleh?' 'Si dia tu, boleh bikin pelamin dalam masjid, kenapa kita tidak boleh?' 'Anak dia dapat hantaran RM22,222.22, kenapa anak kita tidak boleh dapat RM33,333.33 kerana anak dia lulus SPM saja sedangkan anak kita lulusan universiti luar negara?'

Ustaz kuliah Subuh itu cukup bimbang, perkembangan hal ehwal kahwin di negara kita sedang menuju apa yang berlaku di sesetengah negara Arab. Katanya, di negara berkenaan, adalah sukar seorang bujang berkahwin kerana tuntutan keluarga pengantin perempuan terlalu banyak dan tinggi. Misalnya, menyediakan rumah, kereta dan pembantu rumah.

Mampukah si bujang menyediakan kemewahan ini sedangkan mereka 'baru nak kenal hidup'. Ramailah anak bujang Arab, jadi bujang terlajak. Ramai yang kahwin warga asing dan tak kurang juga yang hanyut di kota-kota maksiat seperti Bangkok, London dan Paris.

Jadi kepada mereka yang prihatin kepada kesucian Islam, marilah sama-sama membanteras amalan kurang sihat yang mula menular dalam masyarakat kini. Tidak kiralah sama ada anda ustaz, jurutera, tukang masak, pekedai, atau orang kaya raya atau berpangkat, marilah bersama-sama kita melawan golongan yang hidup tidak berpandukan agama ini.

Antara langkahnya boleh dimulai dengan keluarga sendiri. Janganlah kita mengada-ngada meletakkan hantaran anak-anak kita RM1/2 juta, RM222,222.22, RM77,777.77 atau RM22,222.22. Ingatlah pernikahan paling diberkati adalah yang paling sedikit mas kahwinnya seperti disabdakan oleh junjungan besar kita.


Artikel Kepilan

Masyarakat Melayu perlu hentikan segera sifat boros, membazir

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) sekali lagi menggesa masyarakat Melayu supaya menghentikan segera sifat boros dan membazir serta memberikan keutamaan kepada perkara yang lebih bermanfaat.

Akhbar tempatan sebelum ini mendedahkan berita perkahwinan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit dan terbaru sebuah lagi perkahwinan yang mendapat liputan utama akhbar tempatan turut menelan belanja berjuta ringgit.

Perkahwinan sememangnya satu perkara yang baik bahkan dituntut oleh agama Islam sendiri tetapi apa yang dipersoalkan di sini ialah kenapa berita ini yang digembar-gemburkan oleh media serta menjadi lebih penting daripada berita yang lain sehingga mendapat liputan muka depan.

Apakah tidak ada lagi isu-isu lain yang lebih penting daripadanya sedangkan masih banyak isu-isu lain yang perlu diutamakan.

Teras kesal dengan apa yang digembar-gemburkan oleh akhbar-akhbar tempatan kita yang begitu mengutamakan berita perkahwinan ini memandangkan ia menggambarkan kepada umum bahawa masyarakat Melayu lebih mengutamakan budaya pembaziran, kemegahan, hiburan dan turut memalukan bangsa.

Apa yang dilakukan oleh seseorang itu adalah haknya tetapi tidakkah kita merasa prihatin, sensitif dan peka dengan isu lain yang lebih penting untuk diutamakan seperti nasib kanak-kanak, wanita dan orang tua yang menjadi mangsa perang terbaru di Lebanon, Afghanistan, Iraq, Chechnya, dan Palestin.

Saban hari media elektronik dan cetak mendedahkan nasib penduduk di pedalaman Baling, Padang Terap, Sik, dan tempat-tempat lain lagi yang memerlukan pembelaan tetapi malangnya ada segelintir yang sanggup berhabisan berjuta ringgit untuk perkara lain sedangkan ada lagi perkara penting yang perlu diutamakan.

Teras memandang berat perkara ini kerana masyarakat Melayu perlu meletakkan Islam sebagai landasan bertindak untuk membawa perubahan ke arah sebuah masyarakat Melayu yang menterjemah seluruh ajaran Islam secara kaffah dalam kehidupan sam ada secara menyentuh persoalan hal ehwal peribadi, berkeluarga, bermasyarakat, berorganisasi dan bernegara.

Sehubungan itu, Teras mengharapkan masyarakat Melayu Islam menghentikan segera tabiat boros, membazir dalam perbelanjaan, dalam majlis perkahwinan, lebih mengutamakan simpanan untuk masa depan pendidikan anak-anak dan mengelakkan kemewahan hidup yang melampau.

Mengadakan majlis perkahwinan yang mewah adalah satu pembaziran, malah melanggar ia sudah melanggar syarak kerana ia sudah menjadi satu yang riak, takbur, membazir dan melampau serta memberikan mesej yang salah kepada masyarakat dan mewujudkan kelas dalam masyarakat.


Dipetik dari http://www.megasutra.com

Petua Menghadapi Suasana 'Frust Bercinta'


Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.

Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang , apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati.

Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”


Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan (segala pujian bagi Allah).”

1. Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.
Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “ Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah dan

2. Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.

3. Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.

Wallahu’alam.