Wanita pada pandangan seorang lelaki adalah seperti;
1. Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan
2. Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
3. Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.
4. Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.
5. Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.
6. Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.
7. Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapkan rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.
8. Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.
9. Bersikap penggoda kerana wanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenangi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.
Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.
Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka.
Bersambung....
No comments:
Post a Comment
Salam,
Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..
Wassalam...