Wednesday, July 28, 2010

Seks Suka Sama Suka

Perempuan nak cinta, lelaki nak apa?


KUALA LUMPUR - Sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang telah dikesan oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, 12 daripadanya berlaku di sekolah luar bandar dan sembilan di kawasan bandar.

“Siasatan yang dilakukan kementerian menunjukkan bahawa 20 kes adalah berdasarkan suka sama suka antara pasangan manakala satu kes melibatkan kes rogol,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Azian Osman di persidangan Dewan Negara di sini, semalam.

Mohd Puad berkata, kesemua kes berkenaan berlaku di dalam kawasan perumahan masing-masing dan maklumat tersebut diperoleh daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah-sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah sosial membabitkan pelajar sekolah, kementerian menerusi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan program penerangan mengenai seksualiti, perhubungan antara lelaki dan perempuan serta adab dan tatacara bagaimana untuk bergaul dengan kawan-kawan,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan kes yang berlaku adalah kerana naluri kedewasaan yang ingin mencuba selain mendapat kebebasan keterlaluan daripada keluarga.

Sinar Harian

--
Budak sekarang, banyak terdedah unsur budaya kuning berbelang-belang.

Idea dari aku,
Kalau budak sekolah gatal nk kahwin, bagi mereka kahwin,
Tapi si lelaki kena 'kasi' dulu, kalau tak-mengandung masa belajar, sapa nk jaga.
Amacam?

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...