Sunday, July 11, 2010

Mangsa Kejutan Elektrik

Sendiri cari pasal, sendiri yang kena.Kerana 'mangsa' ini lah seluruh rumah boleh terputus bekalan elektrik. Lihat gambar-gambar ngeri yang di paparkan.


Mangsa berada dibawah papan litar.


Mangsa yang sudah 'kering' (banyak hari terperap di dalam Unit Bekalan Kuasa gamaknya). Dah jadi fosil

Mangsa yang sudah melekat di casing PSU

Ulasan;
1. Kejadian ini berlaku, apabila pengguna menekan atau meng-on kan suis komputer (wall plug), bekalan elektrik terus terputus. (Fius automatik di dinding rumah terbuka atau off).

2. Cicak memang gemar tinggal di tempat yang kering dan hangat serta bercelah-celah.

3. Cara untuk menghalang kemasukan cicak ialah;

a. jika menggunakan komputer yg mempunyai power supply yg mana casing kipas di belakang mempunyai lubang yg besar, pastikan ia ditutup dengan jejaring nyamuk.

b. Beli atau guna PSU yang casing kipasnya mempunyai lubang-lubang seperti jejaring yg kecil.

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...