Sunday, July 11, 2010

Mangga Ads atau Nuffnang?


Pening memikirkannya..dua blog, dan dua pengiklanan.. Yg mana lebih berbaloi??

Aku ada register dengan Mangga Ads, aku juga ada register dengan Nuffnang. Ceritanya, di satu blog aku, trafik tinggi, sampai cecah ratusan pelawat sehari kalu kena hari baik..kalau tak main 80-90 sehari jah. Aku letak kedua-dua iklan serentak, satu Mangga Ads (tepi kanan) satu lagi Nuffnang di atas. Kiranya nuffnang dok tempat tertinggi la.

Satu blog aku (blog ni la), aku letak iklan nuffnang sahaja.

Syarat nuffnang, kalau ada iklan lain didalam blog tersebut, kadar bayaran akan berkurangan, kalau hanya ada satu sahaja iaitu iklan nuffnang sahaja..bayaran akan naik sehingga 20-40 persen. woow.

Jadi..untuk tujuan testing sahaja.. aku buang iklan nuffnang kat blog aku yang satu tu. (unik klik disitu cecah 470 klik). takpa, aku buang..sebab nk test sapa best antara terbes. Aku biarkan kat sini je.. yg unik klik hanya 84 sahaja.

Ni printskrin yg aku sediakan. (tarikh daftar Nuffnang dan Mangga Ad adalah sama)

Kadar bayaran dari Nuffnang

Bilangan klik yg unik (nombor IP berbeza)

Kadar bayaran oleh Mangga Ads

Sebenarnya aku tak faham sepenuhnya berkenaan Mangga Ad.. hehehe. Adakah 0.17 sen adalah kadar klik yg aku dapat, macam mana pula dengan 70 sen tu?? Adakah sebab point tinggi bila daftar email/akaun??..

Apapun, kita tunggu seminggu lagi..


Wassalam....

No comments:

Post a Comment

Salam,

Kepada penjenguk Blog, Jika ingin meninggalkan komen, sila letak nama pena atau nama singkatan. Tulis dengan bahasa yang baik dan mudah. Bahasa atau ayat kutuk-kutuk, provokasi, maki makian adalah dilarang..

Wassalam...